@churalliya

Tuesday, September 4, 2012

Check-up @ 32 weeks

Makin ramai kawan2 yang sama-sama bawak perut dah selamat bersalin.. Alhamdulillah.. bila ingatkan dah hujung2 ni, mmg cuak la nak alami suasana dlm labour room.. Biar 1st time kan, sebab kita tatau apa yg akan jadi. Ni kalo dah tahu lepas ni doktor dtg pecahkan ketuban, lepas ni nurse dtg check bukaan, lepas ni bla bla bla.. adoiiii mengerikan..

Sekarang kena datang check-up selang 2 minggu.. nak hujung2 nanti selang seminggu lak..

Ok, fast update check-up @32 weeks..
1. Berat naik sangat mendadak dari 55.5 kilo kepada 58.5 kilo.. sila ucapkan syabasss betty.. tak sia2 makan banyak masa raya.. Total naik berat badan BARU 10 kilo..
2. Berat baby pun naik banyak dari 1.24 kilo kepada 1.7 kilo.. bagus anak mama..
3. BP ok, air kencing pun ok
4. Kedudukan terkini kepala baby belah kiri, kaki belah kanan.. uri semua belah atas
5. Masa buat 3D scan, tapak kaki ada kat kepala.. hahaha.. tapi frust sbb doktor tak print pulak gambar tu..
6. Ukuran kepala baby 33 weeks, badan dan peha 32 weeks.. hahaha tak pe, mama kecik2 pun mcm tu.. tapi tetap comel sampai besar :)
7. apa lagi erk? haaa again it's a girl (risau lak kot2 dah hujung tumbuh bebird kan..) Alhamdulillah, setiap kali scan memang jelas nampak vagina a.k.a 'munge' di situ..

Check-up kali ni kena amek enjection kancing gigi..

Jumpa member papa-jit lepas amek enjection tu.. dia pelik dan terus ingat mekchu kena kancing gigi masa tu.. hahahaha.. kantoi tak tahu prosedur la tuhhhhhh...

Der, orang pompuan nak bersalin mmg kena amek enjection kancing gigi der.. tak bermakna dia kena kancing gigi, tapi untuk mengelakkan kena kancing gigi masa bersalin nanti..

Gambar check-up tak de pulak.. achaner ni? jap carik gambar lain yg semusim dengan nya..

lebih kurang la tu.. gmbr tu masa 31 weeks.. 

Rugi kot kalo tak amek gambar banyak2 time pregnen ni kan.. dah la masa mi-cah dulu x sampai 10 keping gambar pregnen.. tsk tsk..

Doakan mekchu selamat bawak perut dan selamat melahirkan ye.. amin..

10 comments:

syawalsimpsons said...

mari kiter sama doa double suraya di permudahkan bersalin...ammminnnn.....
nampak sangat kan munge2 kat situ erk...kikikikiki...

syabas mera dos...berjaya naik dgn mendadak dgn jayanyer...doakan sue pulok khamis ni check up 36minggu berat naik dengan jayanyer gak...2X dah tuwun ni

amirah said...

kancing gigi? ouchhh...pas inject xleh angkat tgn...terseksaaa

yana said...

Hb dah naik belum?

Chekpid said...

aku amek injection kancing gigi masa 4 bulan lagi. as long dan ada movement should be ok. wa..dah nampak bunga, petanda boleh membayangkan baju2 comel dan headband untuk najwa shah putri..eh!

SURIA AMANDA said...

sentiasa mendoakan...amin....

Hida Kadiso said...

naik mendadak mekchu.. tahniahh.. semoga baik2 saje di labour room nanti.. cayok2!!

Bitt (double IS) said...

wahhhh terpampang beso kad raya mekchu ni!! hahahha
mekchu selamat hari raya erk..maaf zahir dan batin sepanjang kite berblog juga...

selamat bersalin jugak utk mekchu...

Myalycia said...

tak sabar nk tunggu kau bersalin ni ..

kemma said...

x sabar tggu cik munge..hehe.smoga dimudahkan n selamat semuanya..amin

QasehnyaRania said...

tak sabar nk tgk bb mekchu ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...