@churalliya

Friday, November 16, 2012

Pengalaman Berurut 3 hari berturut

Dah macam pantun 2 kerat pulak...

Hari ke-8, 9 dan 10 baru dapat berurut.. Sepatutnya hari ke-5. Tapi disebabkan Hari Raya Haji kan.. dah tu sabtu dengan ahad akak urut tu ada hal pulak.. So, hari ke-8 pun tak pe la.. janji urut aii kasi selim balik..

Memang dah biasa dengan akak urut ni.. kami panggil dia kak nora.. sejak mekchu keguguran 2 kali tahun 2007 lepas.. bersalin kan mi-cah pun urut dengan akak nora jugak.. kalau rajin lepas kering period pun datang urut dengan kak nora jugak..

Bukan mekchu je yang kena urut.. baby najwa pun sama..

Hari pertama (hari ke-8 berpantang), kak nora datang mandikan baby najwa dulu.. sebelum mandi tu dia belek baby, bersihkan pusat, ehem ehem dan segala-galanya.. lepas tu mandi dengan air sejuk hokehhhh... kesian sgt najwa.. mula2 je dia menangis.. lepas tu elok je dia senyap..

 tu dia najwa kena mandi dengan air sejuk... 

Lepas selesai mandi, ada sesi mengurut baby pulak.. Ya, baby pun perlu diurut sebab dia kan lama duduk bergulung dalam perut mummy.. So, kena lah bagi massage sikit.. kasi lancar peredaran darah dan paling penting kasi otot dia kuat2 belaka..

urut tapak kaki, 

urut belakang.. 

urut perut..

urut betis.. ishh semua2 lah yang diurutnya...

Dan yang paling penting tuam perut dan belakang baby.. hari pertama je guna daun sireh dengan lilin.. hari berikutnya terus guna bunjut lada hitam yang dipanaskan pada seterika..

Lepas selesai mengurut baby (urut biasa-biasa je tawu, bukan beria tekan kuat-kuat macam urut orang bersalin), sesi senaman pulak.. owhhhh ini memang tak sanggup nak tengok sebenarnya.. Ini pun amek gambar sambil tutup mata je ni..

 tuh dia.. buat 3 kali macam tu.. memang berderup-derap bunyi tulang baby.. 

lepas tu 'samersop berpusing' ni.. hari 1st mekchu tak sanggup tengok.. hari ke-2 ni baru ada kekuatan nak tengok.. itu pun sbb nak amek gambar masuk belog.. Ini untuk mengelakkan baby dari lemah semangat.. 

Harap-harap kuat lah semangat anak haku tu.. 

Proses yang sama jugak untuk 3 hari berturut. Mekchu tak sampai hati sebenarnya nak tengok najwa kena mandi dengan air sejuk.. sebelum kak nora sampai, mekchu pegi tuang air panas kat dalam kolam dengan harapan dia amek air kolam tu buat mandi.. sekali dia pegi tadah air paip daaa.. Dah la air rumah nenek labu ni adalah air perigi.. memang sejuk, tak tipu..

Ya, air perigi yang dah disambungkan pada pam.. Jadi kami tidak tercemar dengan air klorin dan tak perlukan penapis.. Beruntung sebab bukan semua dapat merasa mandi dengan air perigi sekarang ni..

dan di hari ke-3.. abang long datang memberikan semangat.. 

Setel je part najwa, tiba lah part mekchu pulak.. Hari pertama urut memang sakit yang hamat!! Satu yang mekchu suka kak nora ialah bab tangan dia.. pergghhh dia kalo mengurut memang superb.. tangan dia macam ada kuasa.. tau je kat mana yang kita sakit.. kalo kita mengadoi sakit, lagi dia belek part yang sakit tu sampai la urat tu lembut.. Oleh itu kalau sakit, baik ngko diam kan aje..

Ok, mekchu urut satu badan termasuk lah urut tetek untuk lancarkan aliran susu... terpaling suka bila urut belakang badan dan kepala.. hilang segala stress.. best sangat-sangat.. Lepas berurut terus bertungku (guna batu) kat perut dan belakang badan serta sengkak 3 kali.. Sengkak ni penting untuk naik kan semula peranakan.. Kalau terus sengkak tanpa bertungku dulu, alamat pecah lah perut ngko.. Sengkak yang pertama sakit macam nak mammmmm... keluar jugak lah air mata ni.. lepas tu terus terasa darah mengalir.. masuk toilet tengok berketul-ketul ngko...

Lepas siap urut, tungku dan sengkak, kak nora pakaikan bengkung dan sanggulkan rambut.. haruslah selim bila dah berbengkung..

Gambar mekchu berurut nan hado.. kalo ada pun sensored.. tak lepas untuk tontonan.. kikiki..

Dan kerja2 tungku (mekchu guna tungku moden bentuk bantal tu aje) dan bengkung diteruskan hingga lah ke hari ini.. malam je kadang2 malas nak pakai..

Ohh ye, mengenai kak nora urut tu. Kalau ada kawan2 yang minta contact number dia, mekchu tak boleh bagi buat masa ni atas kehendak tuan empunya badan..



Dan ini mekchu 10 hari dalam pantang... Ramai yang kata mekchu senang nak kurus semula.. Isshh tak de la senang sangat kali ni.. tak macam kali pertama dulu.. 'Belon air' itu masih ada..

Nenek labu masak sedap-sedap... achaner nak kurus niiiii... komengaaaaa...

11 comments:

Lynn Hamzah said...

memang dah nampak kurus arr mek chu...jealous lynn tengok...

etiey.com said...

Tang baby kpla ke bwh tu mmg seriau. Tak sanggup

Siti Shuhadah said...

sonok tau kena urut..hihihi..pasni mekchu selim river la...jeles!!

Nory Zoulkefle said...

easa nak berurut jugaklah sebabb byk sgt angin dalam badann ni...huhu

Chekpid said...

urutan samersopp itew sangat menakutkan..sumpah takpernah buat kat bebudak neyh. baby najwa besar sok boleh lah samersop abng long kalau dibuli lagik

♥MAMASYAZA♥ said...

betullah, mekchu cepat kurus, cam akak ni ha, susah sgt nak turunkan berat badan, siap tak mkn mlm, siap sebelah ptg cycling ngan anak2 lagi. bab nak turun mmg payah gile...tension beb

JIVEBUMZ said...

Selim dh tu mekchu bab urut baby tu nk serammmm sgt

yana said...

Utk baby ke6..berat masa ngandung..65kg jek..tp nak turun amatlah payah..last timbang masa 2 bulan lepas..60.2..pastu sampai la...x timbang2..haha

QasehnyaRania said...

seriau nya nengok wawa gitew..

mekchu pakai kain batik pon still nampak cun gitew ;D

CuTeMiUt78 said...

uiiiisshhh.. siap kena buat samasop erk... seriau tgk...

therosputih said...

selim giler mekchu pakai bengkung, macam anak dara u....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...