Ke Balairong Seri lagi lah kiteee.. Walau pun pada mulanya papa-jib tak nak bawak mekchu.. tsk tsk :( Sedih wok tak dapat nak bersosial.. asyik la jaga anak je kat rumah..
Alasan = lepas habis majlis dia terus nak gi main golf.. tak ke sentap tu uols? dipendek kan cerita golf tu pun cancel.. itu lah, doa orang teraniaya selalu dimakbulkan.. huh.. siap berdoa ke? hahaha..
Maka dapatlah bini papa-jib ni keluar bersosial jumpa kawan-kawan lama..
pompuan yang dah lama tak dapat bersosial..
kasut je baru.. baju, clutch bag dan selendang recycle sajork..
Attire sutera creepe dari Matase Sutera, kasut & clutch bag dari Vincci dan selendang mak datin dari Casa Moda. Make-up sendiri bikin..
Sampai je istana, harus isi perut dulu.. nasi lemak sumbat, mee hoon sumbat, ayam rendang sumbat, popia sambal pun sumbat.. kalo tak sumbat banyak2 nanti kebulur nak tunggu lunch.. pengalaman mendewasakan.. ecehhh..
dan selepas selesai menyumbat..
Terus masuk ke Balairong Seri untuk Istiadat Pengurniaan Pingat.. kami hanya memeriahkan majlis aje.. bukannya dapat pingat.. tu dada papa-jib dah bercalit duit syiling dah ok lah tu..
dapat seat belakang la pulak.. tapi tetap best sebab tepi dinding.. berderet tepi dinding tu 3 pasangan..
pasangan tuan faizal & ila paling depan..
kami di tengah...
dan pasangan tuan kito & az paling belakang.. hahaha tiket paling murah ler tew....
Sepanjang majlis adalah mengantuk semata.. dah la sekian lama tak duduk lama (apa punya ayat daaa), sakit2 jugak pinggang ni.. maklum la, dah 3 bulan dok rumah memang berbaring je keje ngko....
semak nama-nama penerima pingat tahun ni.. mana la tau kot2 kenal..
selebihnya main talipon.. fuhhhh nasib ada talipon best.. tak de la boring sangat nak tunggu masa makan..
Tiba waktu makan, kami antara yang terawal keluar.. sebab dekat dengan pintu.. menonong masing-masing ke Dewan Banquet.. dan terasa-rasa dessert sedap kat tekak..
dengan az sebelum dia kena 'halau' duduk kerusi lain.. hahahaha.. punya lah banyak tempat duduk kosong, nak jugak duduk tempat korang kan. nasib lah korang jenis cool..
Gambar makanan x de sebab segan dengan orang depan.. semua yang otai2 kat situ.. jenis dada dah tercalit dengan banyak pingat.. ahkak segan nak kluarkan camera..
sempat amek gambar bag hanger ni aje.. tetap nak panggil bag hanger sebab fungsi dia adalah hanger untuk menggantung bag (^_^)
Lepas habis makan, masing-masing tak boleh balik selagi ada yang belum puas bergambar..Siapa ntah yang letak kan syarat tu.. rasakan tahun ni memang banyak gambarnya..
si datin wannabe..
yang sentiasa mengharapkan laki dia dapat dato' cepat-cepat..
the complete set of us :)
saje pilih gambar ni sebab...... ya betul.. sebab mekchu nampak kurus cenggini..
Tak puas dalam Dewan Banquet, nak bergambar dalam Balairong Seri pulak.. tadi ramai sangat orang..
kat sebelah depan sana tempat Tuanku kurniakan pingat tu ramai sangat orang.. jadi kami bergambar kat pintu masuk ni sajork..
kalo dapat amek keris ni bawak balik letak kat pintu rumah memang sempoi..
kalau ada di antara mereka adalah boss korang, sila scroll cepat-cepat ke bawah.. hahaha..
us on a yellow carpet..
Bila tanya dah habis bergambar ke belum....
"Belummmmmmm......" laju-laju kaum isteri menjawab.. hahaha..
sedondon pulak dengan ila, pregnen mommy ni..
ok ini last.. kami yang berlatar belakangkan istana.. kat sini memang wajib bergambar.. tapi awas kalau kena sound dengan dato' adat yang marahkan pijak rumput..
sementara tunggu driver.. ehhh cantik pulak view bawah pokok kurma ni.. kalo tau amek je gambar kat sini banyak-bayak.. konpem tak sentap kena sound pijak rumput..
Sekian cerita sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-65. Daulat Tuanku..
Kalau ada rezeki mekchu up entry dinner pulak ye.. itu pon kalo papa-jib nak bawak la.. rasanya waktu malam tak de yang main golf kot..
Kalau nak baca balik entry-entry lama ada kat sini..
Entry papa-jib dapat pingat
Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-64
Majlis Santapan Negeri Sempena Hari Keputeraan Ke-63
Arghh ada banyak lagi tapi malas nak listkan.. kalau rajin, find label istana kat tepi tu..
by mekchuN (^_^)