@churalliya

Thursday, February 7, 2013

Baby wawa kena massage

Ini sebenarnya sesi untuk melengkapkan pakej Post-Natal Physio Class yang mekchu ambil dulu tu. Anak dah 3 bulan pun tak setel-setel lagi.. Sesi class pertama dan kedua ada kat entry ini..

Sesi kelas ke tiga tak de entry dan tiba-tiba entry untuk kelas yang ke-4 terus...

4th class ni lebih kepada baby massage + sambung mummy nye excersice untuk pengempisan perut.. tapi nak kejar masa punya pasal, so let go je excersice untuk mummy tu.. buat baby massage aje..

 haiwan2 comel sentiasa bersama walau di mana.. baby wawa semakin pelik

sampai je baby wawa tido.. lena betol dia tido kat mama yang tak berapa nak empuk ni..

ce tengok.. putih kemain budak kecik tu..

Agak susah jugak nak dapatkan masa papa-jib.. kena lah bawak dia sekali kasik tahu cara-cara baby massage.. Dah 3 kali kelas mekchu gi sorang-sorang.. yang last ni memang nak suruh dia join jugak!

baby wawa yang dah dibugil kan.. kikiki.. budak rambut lebat tunggu masa nak kena urut.. 

Kalau siapa pernah pegi physio department, Hospital Columbia Asia Seremban (new building) dia akan perasan bahawa semua staff kat department tu adalah berbangsa singh..

 miss nampreet, physiotherapist mekchu dari 1st class dulu.. orangnya comel je..

Najwa memang tak suka betul kalau orang usik muka dia.. terutama kalo kita usik hidung dia.. punya lah dia mengamuk dan cuba nak tepis dengan tangan yang tak seberapa nak panjang tu.. hihi

Mekchu ditunjukkan cara-cara yang betul untuk urut baby.. ada 6 bahagian kesemuanya (muka, dada, perut, tangan, kaki dan belakang). Memang selalu tengok kat tv, tapi kali ni depan mata.. kira lebih teruja lah gitu..

Kita digalakkan untuk mengurut dengan gunakan baby oil..

bila tiba nak urut tempat lain, dia dah mula tersengih.. 

Lebih kurang 15 minit, setel semua.. Toleh tepi tengok-tengok papa-jib dah menghilangkan diri.. Derrrrr... kita penat-penat lah set appoinment supaya dia dapat belajar sama-sama..

dan ini lah rupa najwa lepas kena urut.. rambut ko dik macam lepas mandi.. 

Mekchu tak urut guna baby oil pun sebab tak suka dia berminyak-minyak.. mekchu gunakan lotion aje.. selain wangi, tangan kita pun boleh jadi lembut.. paling terbaik kalau guna bedtime lotion tu.. pergghhh harummm sangat.. rasa nak cium sampai hilang bau..

Ni ada step by step cara-cara urutan baby yang betul.. selama ni kita main belasah aje kan..

bermula dengan bahagian muka.. 

kendian dada..

lepas tu tangan..

diikuti dengan kaki.. 

dan perut.. part buat I LOVE YOU tu yang paling mekchu ingat :) sangat bagus untuk penghadaman..

dan last sekali bahagian belakang.. 

Sebelum ni amek masa 5 minit untuk siapkan permaisuri yang bertakhta dihati.. ewahh lebih2 pulak.. sekarang dah tahu cara nak urut, paling busuk pun 10 minit baru baby wawa boleh siap cantik dan wangi..

Sentuhan sempurna mencipta kasih sayang selamanya ~ ayat reka sendiri



by mekchuN (^_^)

10 comments:

shuhadah Zainol said...

comel sgt la si wawa ni..geram tgk dia..

best la tu kena urut...hehe..

Iyiana said...

nak test kat luqman la pas ni.

syawalsimpsons said...

mak jemah pon suke urut izz gitoo..merelakan je

Unknown said...

steady lah wawa kena urut..hehe..

nad said...

Nayli.dh takmo kene urut..urut kaki, abes ditendangnye.kite, huhu

mama_onie said...

Ai ni kekampungan sikit... so tatau nak massage baby betul2 sampai skrg takat urut kaki dan tangan je kat Akeem tu.. so lepas ni boleh urut Akeem ikut steps nih.. ehhh 4 tahun boleh lagi kan baby massage

yana said...

semangat nye najwa..

Azfaliza Abd Latif said...

ni kalau aku praktikkan kat Adam, tobat dia tendang aku sbb renyah ke dia huhu...suka tgk baby Najwa masa tgh kena urut...sengih kegelian kot hihi

ch@ said...

kita belajar drpd buku je mekchu.
terbaiklah mekchu dpt blajar life.
wawa gebu.

QasehnyaRania said...

teraeklah servis kat columbia asia ni kan..
gebunya wawa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...