@churalliya

Thursday, August 22, 2013

3 Syawal 1434H

Letih nok nak siapkan entry raya..

Raya ke-3 apa jadi erk? ohhhh malam raya ke-2 tu kami dah sampai Labu dah.. nak beraya dengan family labu pulak.. dapat jumpa abang mekchu je.. akak mekchu dah balik pahang..

Pagi kami dah ke pusara arwah abah.. Kat Labu dorang buat tahlil arwah pada hari raya ke-3..

muka 'bugel' mekchu.. pinjam tudung bawal nenek.. 

Terpisat2 jugak pagi tu.. malam tu beraya entah sampai kol berapa.. kol 8 tahlil dah start.. nak layan kerenah abam mi yang kejap nak pegi.. kejap tak nak.. kejap nak.. Bila cakap dapat duit raya, baru betul2 teguh pendirian nak pegi..

Teringat masa kecik2 dulu suka pegi tahlil arwah ni.. sebab nanti dapat duit raya.. tapi dulu dapat duit syiling aje laa.. kemain berat poket bawak balik rumah.. kecing.. kecing.. kecing..

Abam mi dapat seringgit je... hahaha terror lagi mama ngko..

Selesai tahlil, kami sambung baca yassin pulak..

antara sedar dan tidak.. dah 6 tahun kami beraya tanpa arwah.. al-fatihah.. 

Lepas tu rehat2 sekejap dan pergi ke rumah arwah maklong (nenek labu punya kakak) dan ada tahlil arwah lagi.. kali ni anak2 arwah yang bacakan..

 raya ke-3 pakai baju batik aje.. 

Sebenarnya bukan purposely nak buat baju raya.. baju untuk bawak gi keje hari khamis sebenarnya tu.. kain tu beli masa ada pameran batik kat kompleks kraf masa lepas pantang dulu.. huiiii lama sangat dah tu... simpan terperok dalam almari... tempah sekali dengan baju2 raya, terus declare baju raya la nampaknya..

bersama #doubleNAJ

Tamo amek gambar dengan lagi sorang NAJ sebab dia pakai baju golp.. ai is tak shuke...

yang ini kalau cakap adik beradik pun percaya sangat kan.. 

Najmi & najwa dengan anak2 abang mekchu.. kira sepupu dorang la kan senang cakap.. muka, mata memang sepesen..

Selesai je tahlil, balik rumah nenek labu dan rehat.... basuh baju dan kemas baju.. lipat baju dan iron baju jugak.. isshhh kalau cerita pasal baju ni memang tak kan habis..

Ketahuilah betapa jauh perjalanan setiap helai baju yang kita nampak kat dalam almari tu untuk tiba semula ke dalam almari untuk dipakai semula oleh tuannya.. Oleh itu, sila tarik baju tu elok2 supaya tidak menyakiti hati orang yang menguruskan baju2 tersebut.. *ok ini emosi terlebih..

Baju den bertingkek-tingkek...........

Baru nak luruskan pinggang selepas uruskan baju2, papajib bagi tau ada kawan dia nak datang raya.. melompat turun dari katil dan terus potong bawang.. nak masak sardin..

Setel masak sardin, dorang pun sampai.. lama jugak lah kena tunggu sementara nak goreng kuih kodok pulak..

Ya, menu untuk tetamu di hari raya dan tak hari raya pun tetap kuih kodok cicah sardin.. Ini bukan ikut tekak tetamu, tapi ikut tekak tuan rumah..

Dekat setengah jam jugak dorang tunggu baru dapat makan.. tahu je la mekchu ni kalo ke dapur memang ulit sikit.. tak bleh tengok sinki tu ada pinggan.. tengah menggoreng apa sekali pun, sinki mesti kosong dulu.. dah guna mangkuk terus basuh. dah guna sudu terus basuh..  sebab tu la lambat.... bukan lambat, tapi lembab.. hahaha..

Tengah2 sedap mencicah, nak la gi tambah kuih kodok.. sekali gas habisssssss.. hatta, fairuze & family, ini bukan saje2, ini memang tak nak bagi korang menambah.. hahahaha..

kesian korang.. tak dapat nak menambah.. tak pe, nanti boleh datang lagi.. 

 pe benda ntah menantang ni.. tak ingat pulak nama dia.. tapi melopong la dengar wife hatta cerita. Siapa yang bela haiwan ni memang sangat hebat.. serius.. 

papajib tak payah nak pura2 nak alim gaya sepohon kayu sangat kat situ..nasib dah tukar baju.. bila geng golp dah berjumpa.. time raya pun memasing nak tunjuk skill.. menyampah!

Bila sebut je pasal golp otomatik lemah.. raya2 pun tetap nak main golp.. bukan setakat raya, time puasa hari tu pun tetap ada Juara Ramadhan.. minggu ni Juara Syawal pulak.

Dah la. Ok bai. 


by mekchuN (^_^)

7 comments:

Nini D.. said...

baca dari mula boleh senyum2 lagik..bila dah sampai penghujung dah xleh senyum..terus membahak!! hakhakhak..
papajib gaya sepohon kayu mmg tak boleh blah!

syawalsimpsons said...

Dauunya rimbun..sambung dgn sepohon kayu tu...mmmm takpe nnt dtg umah jenah insyallah gas tak abis

amirah said...

hahaha...gaya memang insap abis tu papajib..muahaha

Mama Vogue said...

Sugar Glider ke tu??

Hehehe.. bila baca komen yg lain terus tgk gaya sepohon kayu papajib..!!

mama_onie said...

Kat bawah dah macam ayat sentap sikit hehehe

yana said...

tiba2 teringin nak mn cokodok kuah sardin..rindulah dkt Suraya tiba2!

QasehnyaRania said...

memang best bila dpt pegang sugar glider tu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...