Pagi hari ke-4 sambung mempacking barang2 kecik yg tertinggal.. Selagi tak abis mandi pagi, selagi tu lah akan ada barang yg tak abis packing... alamak, kantoi la pulak gi b/fast tak mandi...
Lepas b/fast papajib, abam mi & azuan pegi satu kedai jeans ni.. Aria Jeans. Semalam pergi kedai ni tapi dah tutup.. So pak supir tunjuk aje tempatnya.. Dekat je ngan hotel.. Dorang menapak je ke kedai pagi tu.. Dia bukan kedai sebenarnya, tapi dorang panggil factory..
Mekchu dan wawa tak ikut.. nak sambung packing.. Tapi sebelum tu, layan amek gambar dengan kecibung wawa ni dulu..
jumpsuit dan kasut dari Anakecil.. sebab comel lalu terus pakai.. nasib lah kulit wawa ni tak alergic apa2.. risau jugak..
Wawa tido aje, terus mekchu sambung packing..
Tengah memijak2 sambil melompat2 atas bag (nak kasi betul2 compress sbb tak lepas nak zip) dapat wassap gambar ni..
suka sebab mekchu punya terlebih satu.. kain jeans lembut..
Papajib dah mula menggila carik seluar blocking ni.. chop bukan mekchu yg pengaruh ok.. dia terpengaruh dengan sendiri.. seluar bunga2 mekchu pun dia nak terai sarung... teringin la tew nak ada seluar bunga2.. Senang nak bawak gi men golp.. tapi yang jual seluar blocking ni cutting bawah dia kecik.. takut bila jalan mengepit je nanti.. hahahaha... tu yang beli kain dan boleh tempah sendiri tu..
Sebenarnya, kat situ pun boleh siap tempah.. Orang tu kata petang tu dah boleh datang ambil.. tapi flight kitorang petang tu.. memang tak sempat.. Kalau tau, hari 1st hari tu dah datang sini.. So, korang kalau berminat nak cari kain jeans blocking sila masukkan Aria Jeans ni di hari pertama/kedua ke dalam itinerary bandung korang nanti...
Bila dah balik seremban, dah tatau nak tempah kat mana.. Kedai otai repair jeans kat bazar yg selalu kami pergi tu tak amek tempahan jeans rupanya.. kawan2 seremban, tau tak kat mana nak tempah jeans selain Victor?
Harga? papajib ada bagi tau harga dia tapi mekchu lupa.. murah rasanya sebab kalo mahal tak hingin papajib tu membeli..
ini rupa depan kedai tu.. kalau berminat boleh amek alamat seperti di atas..
Lepas je dorang balik bilik, kena selesaikan masalah nak sumbat kain seluar tu pulak..
Setel semua, turun lah kami ke lobi dengan bag yang dah beranak pinak. Siap dapat anak angkat lagi (kotak)
abam mi pun pakai t-shirt dari Anakecil jugak.. sejak kawan dengan adam, dah pandai pakai cap terbalik :)
Masa pak supir masukkan bag2 kami dalam kereta kan, masa ni mekchu berdoa aje supaya muat.. supaya pak supir tak perlu patah semula gi tukar kereta yang lebih besar.. supaya kami tak tertinggal flight.. 2-3 kali jugak dia keluar masuk kan bag.. akhirnya muat.... pfttttt... memang pandai betul dia susun..
sedih pulak tengok azuan yg macam kelemasan dikelilingi bag.. nmpak hujung kepala aje kat belakang tu....
Keluar je hotel, kami ke Pasar Baru semula.. Scha ada hajat yang tak dapat hari tu... hahaha alasan jual nama orang.. mekchu pun sama.. lupa nak membeli beberapa keperluan..
Kami ke kedai Sir Cinta tu aje. yang kat parking lot yang mekchu ada cerita tu.. tak masuk kat dalam pon sebab kalo dah masuk dalam tu panjang ceritanya nanti... takut tak sempat nak kejar flight..
wawa baru bangun tido..
kan dah kata.. jgn risau kedai2 kat sana memang tak kedekut kerusi.. senang nak lepaskan lelah..
Apa persamaan kami dalam gambar di atas? Ya betul, 3-3 pun pakai baju baru.. ehemmmmmmmm........
Pasar Baru dan Rumah Mode adalah 2 destinasi yang kerap akan minta di-repeat.. Jadi bersiap sedialah.. Kalau boleh jangan ada perangai me-repeat ni. Kalau boleh la kan.. hahaha mekchu memang tak boleh. tetapi sebaliknya kalau boleh lagi nak mintak pak supir hantar ke Rumah Mode hari tu.. melampau pulak tak ingat nak balik ke weiiiii?
Kat sana dua hari berturut kami makan kuih banderas ni.. bunyinya kena teran sebutan banderas tu sikit.. sekali cuba, terus terkenyam... hari berikutnya minta pak supir carik kan lagi kat tepi2 jalan tu..
kena cuba.. senang je nak ingat nama kuih ni.. ingat antonio banderas :)
Rasa dia dari tepung beras campur kelapa pas tu yang kat luar tu rangup.. wawa ngan am pun suka.. kena lah korek isi dia buat suap kat dorang.. yang kami ni makan kulit luar tu aje.. hari 1st tak cukup.. nasib jumpa lagi dan makan lah sampai kembong.. Kalau jumpa kuih ni kena cuba ok..
Sebelum terus ke airport, kami singgah di Kartika Sari dulu.. misi nak membeli brownies kukus dan pisang keju.. Itu adalah benda yang selalu disebut kawan2...
Pastikan singgah di Kartika Sari hari last korang kat sana.. kedai dia otw ke airport tu.. konpem sempat punya jangan risau..
sesi soal jawab dengan penjual tu.. maklum la, mekchu tak pernah tengok rupa brownies tu.. bila tanya haaa hambek kemain banyak perisa dia bagi.. dah la konpius tatau nak yang beli mana..
serius dalam dilema.. nak try semua takut tak abis pulak.. tau je la kat rumah tu mekchu sorang je penggemar kek ni.. itu pun tak de la addicted sangat..
Sudahnya beli 1 kotak brownies kukus perisa original dan 1 kotak pisang keju.. dah tu bila sampai rumah terus menyesal sendiri kepada tak beli lebih.. sebab rasa dia sangat sedappppppp... patut lah penjual tu pelik mekchu beli sikit.. Rp35,000 je satu kotak.. Dalam RM10-15 je pon..
Korang kalau dah sampai Kartika Sari ni, sila lah beli lebih dari 1.. memang tak akan menyesal.. percaya lah cakap mekchu ni.. memang mula2 risau takut cepat muak.. tapi tidak sama sekali..
memang mekchu sorang je yang ngadap... tak share dgn orang lain pun.. nasib nenek labu, papajib dan abam mi bukan penggemar kek.. pesaing terdekat wawa aje..
Sesiapa yang nak ke Bandung (terutama kawan2 di sekitar Seremban) tooolong bg tau mekchu ok.. sebab nak kirim kek ni.. senang nak pick-up.. Kalo kawan2 di bandaraya KL tu mcm susah pulak nak kirim, nak kena pos bagai..
Hari tu ada member papajib ke Bandung.. hati dah berbunga riang.. tapi dia tak sempat pulak nak belikan sebab dia amek pakej Bandung-Jakarta.. tak pe la, tak de jeki...
Setel beli kek, terus lah kami ke airport.. itu kira last destinasi la tu.. uhukkkk :(
Jejak je airport dia, kembali tercengang-cengang.. terperanjat2 jugak sebab tiba2 dah kena beratur, tiba2 dah kena scan bag semua.. Papajib lah yang serik nak kena angkut bag tu satu2 naik ke atas sementara nak dapatkan troli.. dah la semua bertangga.. dengan stroller wawa lagi.. dia tido time ni.. azuan & scha relek je.. sikit je barangnya...
itu lah dia.. datang dengan 2 bag besar biru dan merah kat bawah tu aje (dalam keadaan separa penuh).. bila balik sendiri mau ingat..
setel check-in..
Kat belakang tu toilet ye.. Sila membuang siap2 di situ.. mekchu pergi keluar masuk pun masih ramai.. Kengkonon nak gi toilet kat area bording nanti..
Siap boleh layan minum nescafe ais kat sini sementara tggu flight.. dengan yakin sekali nak membuang kat toilet 'lagi satu'..
Sekali tiba masa naik atas nak bording tiba2 je dah kena beratur.. tiba2 dah sampai kat pintu.. omaiiiiiii mana nak carik toilet... demmit!!!! pundi kencing dah penuh...
saya ambil gambar dia...
Dan bila saya toleh..
dia pula ambil gambar saya... hahaha nasib ada gambar kat airport bandung.. dah la masa sampai hari tu menonong masing2 masuk ke dalam...
Bai bai Bandung.. Till we meet again..
Elok je signal pasang belt tu padam, terus orang yg pertama bangun carik toilet.. lepas tu macam nak pitam sebab kena jalan dalam keadaan goyang2.. nak kencing dalam keadaan goyang2 jugak.. kena carik paip air dalam keadaan goyang2 jugak.. nasib tak blueekkkkk kat dalam tu... paras caffein dah naik sampai kepala la tu..
Pening pulak kepala.. sebab tu mekchu tak nak apply jadi stewarders.. hahahahaha..
papajib relek2 aje dokong wawa jalan2 dalam tu.. idok lerrrrr nak muntohhhhhh....
Lepas dapat makan, baru lah ok.. oooooooo nak kena isi rupanya perut ni...
baru lah boleh senyum... abam mi dah mengantuk masa ni.. biarkan dia kat tepi tu..
kecibung wawa pulak baru bangun.. memang tak tido la jawabnyaaaa.. baru plan nak membuta dalam flight..
baru 2 orang ok.. baru 2...
Percutian dan destinasi yang bukan mekchu rancang tapi best...
korang.... nanti kumpul2 duit kita buat trip lagi ok..
Pagi esok bangun pagi je abam mi tanya pasal adam.. Adam pulak tya pasal abang kekemi dia.. hahaha comel kan dia panggil nama tu.. abang kekemi... awwwwww...
dah sampai LCCT
Apaaa? adik nak naik eroplane lagi? nanti kita pegi lagi yeee...
Nota Kaki :
1. Kalau teringin nak beli kain jeans blocking tu, boleh ke Aria Jeans. Dicadangkan supaya pergi pada hari pertama/kedua korang sampai.. sebab boleh tempah terus.. hari last dah boleh pakai pegi Kartika Sari :)
2. Kartika Sari kena pergi last day.. Dan sila beli brownies kukus dia lebih daripada 1 kotak. Sesuai untuk dijadikan sebagai souviner untuk bos, family dan mekchu juga (^_^)
3. Dah sampai airport, pegi toilet yang ada kat bawah tu siap2.. jangan ada niat nak menyimpan tak bagus untuk kesihatan
Maka dengan itu mekchu tamatkan entry percutian ke Bandung ni (6-9 sept 2013).. Nanti mekchu letak kan semua link supaya senang kawan2 nak refer ok.. Tak menunjuk kan.. tak de kannn kannn kannnnnnn? Dia belum cuba torai test baca cara mekchu share info, dah tuduh yang bukan-bukan...
16 comments:
seronoknya
sue dah try kartika sari punya kek tu..mmg terbaik kan...insyalah nak G lagi ni..kumpul duit dolu
takde langsung mcm nak menunjuk2!! apa la mekchu ni.lenkali tulis la dgn riak haloba skit. hahaha
riena pegi bln 6 hari tu. mmg besttt..bila baca review mekchu ni rasa mcm rugi pulak x pegi rumah mode dan kartika sari. tp tulah,kalau nak pegi mmg kena bwk berjuta2222 rupiah..baru la seronok. huhu
mmg bandung destinasi wajib pegi. menabunglah lagi. huhuhu
beg mmg confirm beranak pinak ye :)
nak pegi..nak pegi...
syoknye..
kecibung wawa too cute to handle. :)
memang best kann shopping kat Bandung..pasar baru ngan rumah mode tu wajib!!!! hehehehe..comel baju wawa..cute sangat dia!!!!
aku mmg nk repeat balik bandung ni.. confirm taun depan.. jom g sesama nak ;)
wah!!...clap...clap..clap.best3x..
sape menunjuk?..sape?..sape?...takde pon.very the low profile & happening keh!
Dengan berakhirnya entry Bandung ini maka makin meluap nafsu nak ke Bandung!
u jangan bagi papajib jalan kepit kepit haha. nice trip!
mekchu..bandung mmg seronok..kalau ada rezeki boleh dee pergi lagi..hehehe..
kak, kalau yana kan nak patah blek kedai yang pernah pergi mmg membebel la suami ku itu.. dah pergi takde nak return return der.. hahaha.. ok.. lain kali jangan tahan nak shishi.. sgt bahaya..
Salam Suraya..
Wawa dah sihat?Kenapa selalu dalam entry ada tulis bukan nak menunjuk? Siapa yang cakap nak menunjuk?Apa pun yang kita buat,akhir sekali ia akan bertitik tolak dari diri kita sendiri,mungkin kawan2 blog yang lain tak berani cakap,tapi pada orang, kadang2 bila publish cerita perlu ada limitasinya,apa limitasinya?Terserah,hanya Suraya yang tahu..
tu baru brownies kukus. lenkali try brownies coklat ala2 kek lapis Cadbury. serious x cukup 1. haha
brownines kukus memang the best in the world !!!!!! satu lagi bagelen cheese !!! bila dah nak abis tu rasa macam nak menangis,sebab entah bila la nak dapat makan lagi T_T
Pre order bagelen,brownies kartika sari & brownies amanda
Whatsapp 0192633431
http://mamarxstorymory.wordpress.com/2014/10/20/pre-order-brownies-amanda-kartika-sari
Post a Comment