Tak bawak nenek labu berjalan pun sepanjang cuti sekolah.. Last minute planning dengan akak mekchu bawak jugak la nenek labu pegi bercuti.. yang jauh2 mesti dia tak nak.. Jadi kami ke PD sajork..
Boleh je kalau nak bawak jauh, tapi nenek labu akan lebih pentingkan ayam itik dia, daun2 bersepah kat laman rumah dia, rumput dan kemuncup dia, bunga orkid dia.. itu adalah lebih penting dari pegi bercuti ni.. susah hoiiii nak pujuk nenek labu ni ikut pegi bercuti..
Kali ni menjadi dengan umpan
"kita tido kat hotel atas air tau mak...." Sebenarnya kami yang dah lama teringin nak tido kat Grand Lexis sana.. kikiki..
Kat emel tulis check-in pukul 4 petang.. Sampai kat sana jam 3.30 ptg.. ingat dah lambat sangat dah tu.. Dah terbayang pukul 4.05 ptg dah boleh berendam dalam pool..
Siap2 janji ngan akak mekchu jumpa kat sana sebelum pukul 4. Rugi kalau lambat. Bayar mahal. Masuk lambat, keluar awal.. Selalu check-in pukul 2 pun dah terasa lambat.. ini kan pulak pukul 4 petang...
Apa-apa pun kena singgah isi perut kat Marrybrown Bandar Sri Sendayan dulu.
Sekali sampai sana kemain la ramai umat.. kami datang sana hari Ahad dan esok tu adalah hari Isnin dan hari kerja.. kenapa.. kenapa? kenapa korang semua nak check-in hari yang sama dengan kami? Hahahaha...
Sabar la beratur kemain panjang nak check-in... setengah jam baru dapat letak tangan atas counter check-in.. Lepas tu tak terus dapat kunci bilik pun tau..
"bila bilik ready nanti kami akan call"
Lepas setengah jam
"bilik akak belum ready lagi.. ada masalah dengan pump kat swimming pool"
Lepas setengah jam lagi
"masalah pump swimming pool akak belum ok lagi"
Apa jawapan kami pada staff tu tak perlu la nyatakan kat sini.. tak manis. Yang pasti bukan kami sorang je yang ulang alik bermuka berang kat counter tu..
Ada sorang kakak tu mengamuk betul dia.. mula2 senyap aje.. tiba2 dia bersuara wowwwww respect terus.. mekchu suspek dia reporter kot.. dia kata nak publish pasal service hotel tu yang sangat teruk.. terus mekchu macam nak support akak tu jugak..
kak, saya pun nak publish jugak, tapi kat blog (^_^)
Dan ini lah kami sementara menunggu di lobi..
tak de gambar nenek labu pun.. najmi ngkikut nenek labu la ni tak suka bergambar...
Dah siap gi main archery pun masih belum boleh masuk bilik lagi..
Paling tak tahan abam mi ni... punya lah teruja beli senapang air nak main tembak2 dengan abg ameer..
last2 terkulai kat atas sofa.. punya la member tension lama sangat tunggu..
Tak lama lepas tu kecibung wawa pun join tido sama sebelah abang mi..
Amukan halilintar jugak la kami kat situ.. Pukul
5.45 PETANG baru dapat kunci bilik.. homaiiiiiii lama sungguh.. dah nak malam kot..
Terus dorang upgrade bilik kami dari Premium ke Grand Pool Villa Sea view, dari tingkat 1 ke ground floor dan boleh check-out daripada pukul 12 t/hari kepada pukul 2 petang.. pandai pulak beli hati kitorang..
Bila masuk bilik, hati yang membengkak tadi kerus kecut... hahahaha.. terus sejuk je pandang bilik dan pemandangan kat situ..
memang kena naik buggy ni.. bilik kemain jauh ke tengah laut sana..
budak kecik ni elok tido kepenatan menunggu..
Mekchu tak de snap setiap inci ruangan kat bilik tu.. toilet, dapur, ruang tv semua kan.. korang tau je la mekchu ni.. ini bukan blog travelling pon.. hahaha.. amek mana yg sempat aje..
Bilik ada 2 katil king size.. pas tu ada sofa.. ada wifi.. sedang elok la untuk kami.. anak2 buah mekchu konpem la atas sofa tu kan.. Mekchu share dengan akak. Nak belanja sorang2 tak mampu.. uhukkk.... Korang kalau nak tgk harga boleh la ke website Grand Lexis tu...
ni ada curik gambar kat fb anak2 buah mekchu tu.. ntah mana dorang dapat.. mcm ni la susunatur bilik kami tu.. yang ini premium rasanya.. cuma beza view kat pool luar tu aje..
dapur selesa... siap ada microwave.. tu akak mekchu dah sibuk masak nugget... siap bawak periuk belanga semua.. hahahaha tau dah nanti kelaparan..
kejap je tido budak kecibung tu.. suara halilintar masing2 yg excited tgk view mengejutkan dia..
Ni gambar anak2 buah mekchu.. dengan dorang pun tak sempat nak bergambar.. Curik dari Instagram masing2 aje..
Baru abis SPM. Sekarang buat A-level fast track kat Intec
Form 5 sekarang kat sekolah mekchu dulu STJ.. lalalala.. dah bujang sangat..
Jarang dapat update kisah budak 2 orang ni.. Dulu mekchu yang jaga dorang. Bawak jalan ke hulu ke hilir.. masing2 tak nak tido ngan mama dorang.. nak ikut mekchu tido kat kampung.. cepatnya la hai masa berlalu.. masing2 dah panjang2...
feeling2 tengah horneymoon tapi jangan harap la... baru je nak felling......
datang dah abam mi kacau daun.. dia bukan boleh tengok kitorang nak senang2 sikit..
papajib ni memang jahat.. mekchu kepit sekuat boleh.. mekchu pastikan kalau jatuh, biar jatuh bersama... hahaha tau dia takot...
Lepas tu semua gambar sensored dah... boleh tayang gambar papajib ngan anak2 ni aje..
Lama jugak tak berendam.. kalo ada pool yang macam ni baru lah rajin nak join berendam.. Selama ni lagi rela tengok dari join.. leceh kot nak salin2 baju...
Mandi sampai kecut segalanya... hahaha.. kesian wawa sampai biru2 bibir..
Tak sempat nak jalan2 kat luar pun.. abis mandi je hari dah malam... rugi... rugi...
Disebabkan masa macam cepat sangat berlalu malam tu, terus decide tak nak keluar bilik langsung.. abg ipar je keluar gi tapaw makan.. sayang sangat rasanya nak tinggalkan bilik..
tu la rupa dinner kami malam tu... hahaha... lagi sedap makan atas katil kan.. kat rumah tak dapat nak buat gitu..
Malam tu tido sepah2.. yang penting mekchu dapat tido atas katil kan.. hahaha..
Pagi esok dah kena siap2 pegi keje.. arghhhh tak best nyaaa... ya, kena keje jugak nok.. cuti mak kan dah abissss... papajib pun keje jugak.. Nasib dekat je PD ke seremban tu..
Waktu lunch ke PD semula sebab nak check-out guna CC mekchu kan.. so kena datang sana jugak laaa nampak gayanyaa...
tinggalkan budak2 sekejap pagi tu.. mintak tlg nenek labu & akak mekchu tengok kan dorang sekejap...
sampai je sana tengok rambut wawa bau minyak gamat.. hahahaha... rupanya wawa terjun katil masa tinggal dengan mama-wom (akak mekchu) dia sementara nenek labu pegi b/fast.. abam mi la sibuk nak makan nugget..
Mama-wom dia punya penik toksah cakap la.. jatuh katil je kot.. tak yah la penik sangat... sampai mengigau malam akak mekchu tu.. alahai, wawa tak de apa2 laaa.. terjun katil tu biasa..
kita kumpul duit, nanti datang sini lagi...
alahai, nak balik dah ke...
Tak sampai doplohpatjam pun.. Lagi satu percutian singkat kami untuk tahun 2013.. Kalau perasan semua pun sekejap2 kan.. Bila dengar macam tercekik-cekik aje... Jadik laaa..
Impian nak tido atas air dah tercapai..
by mekchuN (^_^)