@churalliya

Thursday, February 23, 2012

Mi-cah masuk InTrend lagi

65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend



Paparan khas Blog Pilihan InTrend kini melangkah ke tahun ketiga, meraikan para penggiat media sosial baru. Dan selepas melepasi beberapa fasa saringan dan pemurnian, sidang redaksi berbesar hati memperkenalkan 65 Blog Pilihan InTrend untuk tahun 2012. Sudi-sudikan! ~ InTrend Mac 2012


Ada beberapa kategori. Antaranya Fesyenista, Hijabista, Santapan, Usahawan, Si Cilik Manja, Mahligai Cinta dan Anugerah Khas Juri InTrend. Dan mi-cah terpilih untuk Si Cilik Manja.


Bukan main ko ye anak.. over shadow mama sendiri.. itu pun nasib ada jugak gambar mama dia sikit.. gambar papa-jit dia lagi kesian.. nampak tang mata je.. hahahaha..

Bila tunjuk InTrend pada mi-cah semalam, tersipu-sipu malu.. nyampahhhh!!!

Bila tunjuk kat nenek labu pulak senyum meleret dia.. dia ingatkan mi-cah yang pakai baju merah tu aje.. tak perasan budak yang buat mulut koyak tu pun cucu dia.. Dia cakap "ingatkan anak jepun mana tadi.." sekali mi-cah dengar terus jawab "bukan anak jepun la nek, anak orang Inggeris..." hahahahaha kelakar ok..

Terima kasih yang tak terhingga kepada sidang redaksi InTrend kerana telah memilih blog picisan mekchu ini dan seterusnya memilih putera kami untuk menghiasi kategori Si Cilik Manja. Lepas ni pilih la emak dia pulak yeee... hehehehehe..

Terima kasih jugak kepada zura (siap buat entry) dan ida iereen yang telah maklumkan lebih awal pasal benda ni.. Pantas betul dorang.. paling tak tahan bila baca komen dari Nad@MamaZakwan ni kat entry zura..

hahahaha... nak kena gigit gigit cuping telinga ni taw.. 

Terima kasih papa kerana sungguh-sungguh untuk dapatkan InTrend ni.. 2 hari jugak mencari kat seremban ni.. Kedai yang ke-8 baru jumpa.. dia dah sentap turun naik kereta dalam hujan renyai-renyai.. Dah sampai tahap "lepas ni tak payah la masuk majalah lagi" hahahahahahaha marah sangat la tu.. tapi suka kan sebenarnya......

Bila dah masuk majalah gini, tak boleh lah nak malas-malas update blog lagi kan.. Pertama bulan Ogos lepas di segmen Pena Siber dan ini kali ke-2.. Alhamdulillah syukur... Siapa yang tak melonjak gembira kalau hobi secara suka-suka macam ni dihargai..

Lepas ni mekchu lantik mi-cah untuk sama-sama update blog.. tak kira!! sape suruh comel sangat.. hahahahaha.. bayangkan anak orang Inggeris tu update blog sambil menangis...

26 comments:

eB said...

wah tahniah yer :)

puanstoberi said...

Hik hik... ai kan Mekchu napak je gambar Micah tu terus - eh, ni blog Mekchu ni. Hihi.

Ada gak buat entry smlm, tp masukkan keratan tu je la.kat sini
http://pnstoberi.blogspot.com/2012/02/perihal-nana-dan-intrend.html

Anyway...jgn malas2 lagi tulis blog tau, ramai nati masuk baca. Hihikss :D

Nini D.. said...

tahniah mekchu & mi-cah!!
kredit buat papa-jit yg sempoi tolong cari majalah!

CaDLyNN said...

michah mmg sgt sgt comel...rase nk cubit2..hehe

congrats mekchu...

mamyharraz said...

Tahniah mic-cah tahniah mek-chu

hensem bangat pakwe korea nih (mi-cah) mmg layak masuk majalah :)

Mummy Ayu said...

tahniah..wah makin glamour la yer..

KAIN VIETNAM TERBAIK said...

hihi...comel je mi-cah dalam majalah..gelemer la micah

Pepel BoNda AmaNi said...

mi-cah nari K-POP skit...

Unknown said...

congrats ye mekchu sbb masuk magazine & congrats gak sbb ade anak comel mcm micah!

syawalsimpsons said...

TERBAIK LA MI CAH...ANAK ORG INGGERIS..KAKAKAK....PASNI MENANGIS TAK BERLAGU LA UPDATE BLOG BILA MAMA CHU DIER JADI M BESAR..KAKAKKAKAK

ibuhebat said...

wah.. tahniah mama n baby :)

QasehnyaRania said...

patutla tak jumpa, march punya..hehe

btw tahniah buat mekchu..semangat papa-jit cari kan... ;)

meletop la churalliya lepas ni, jgn malas2 tau mekchu nanti su tak da mende nak dibaca.beli majalah kene bayar.baca cni tak yah bayor, just click2 je ;)

Dee said...

mekchu...cutenya micah..tahniah dpt masuk intrend..agak2 anak inggeris tu boleh tak dee kenakan dia panggilan hangit..muahaha..

Fiza Rahman said...

Tahniah mekchu & mi-cah.

Myalycia said...

hahaha... anak inggeris kata kau.. pasni blanjo den xkiro ;p

agak2 kalau ada tema k-pop michah masuk magazine lg kot hehe..

nad said...

adoiyai mekchu ni...
ai gurau2 manje jek tu, hehehehehe

okla takmo ckp pjg2 ~ TAHNIAH MEKCHU n CO! :)

ratusiput said...

pasni kompem papa jit lak masuk majalah pastu nenek labu.ehehe...wah micah...hero koreaku masuk majalah...kelasssssssssss ko nak....tahniah ye mekchu... :)

kazmyra afkar said...

wahhh.. tahniah..

::NureeN:: said...

Semlm ada baca kat n3 sape ntah lupa.. dia ckp mekchu msk intrend... pergghh mmg glamourlah

Bitt (double IS) said...

congratulations micah...sain kat lengan aunty mehh akekekeke

Anis Azalea said...

hehehe micah so cute. memang layak masuk magazine.

ilass said...

bestlah mi-cah... mesti ramai nk chopp anak orang inggeris ni wat menantu.. haha :D

Unknown said...

Salam kenal Mekchu :)

Rezeki buat blog kita utk tahun ini kan, tahniah!

*Me follow sekali ur cute blog nie ;)

Chekpid said...

hamboi....hover tau micah ni.congrats mekchu. rezeki anak ko tu...mana la tau kan, kot2 ada pulak nk jadikan anak ko model inggeris lps nih, harusss pose senget bahu menjadi trademark.

Aleyn said...

Congratttt!!!

lily lotus said...

phewit :) congrates...pasnih mekchu kena jadi pengurus untuk anak sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...