@churalliya

Tuesday, January 8, 2013

Abg mi-cah, sekolah dan dialog

Tak de mood nak cerita benda lain sebab sekarang memang fokus pada abg long mi-cah ni semata..

Di hari ke-3 sekolah = Jumaat lepas.

Hari tu kami gunakan pendekatan kentalkan hati.. Mekchu pujuk dan siap kan dia... Papa-jib hantar gi sekolah dan terus gi keje tanpa toleh2 lagi.. kalau mekchu konpem berkali-kali toleh dah tu.. huhuhu.. Sebelum tu pastikan abg mi salam dan tinggalkan pada cikgu dia.. Memang menangis la.. nak buat macam mana lagi kan..

Time rehat sms cikgu dan cikgu kata dia menangis kejap aje.. elok main dalam kumpulan masa tu.. legaaaaa nya hati masa tu..

Datang sekolah setengah jam awal nak jemput anak balik.. menjemput anak dari sekolah adalah sesuatu yang sangat-sangat-sangat mengujakan... serius i'm sooo excited..

dan ini lah abg mi lepas habis waktu sekolah.. lebih baik dari hari sebelumnya.. mungkin sebab pakai baju hard rock Jakarta gi sekolah kot.. hahaha.. 

Lepas tu, bawak gi makan mcd sebagai upah dia untuk hari tu.. Masa tu mulut dia tak berhenti2 cerita pasal sekolah dia.. ohhh indahnya waktu tu..

 bersungguh-sungguh dia makan.. ini konpem tak selera makan masa kat sekolah..

Bila tanya "abang makan apa kat sekolah tadi?"
"Mi makan nasi kempit dgn kuah kacang... papa suka lah tu.."

Kahkahkah.. nasi kempit ko yeee... tau je dia itu memang favourite papa-jib dia..

 lepas tu soh bg report kat papa-jib bagi tau dia baik dan menangis kejap aje.. sambil tu sempat mintak menan steamroll.. 

nampak dah beso btol anak bujang ni.. 

Boleh tak nak dia umur 3 tahun je sampai bila-bila? sebab 3 tahun tu adalah masa yang paling best rasanya..

Dan ini abg mi di hari ke-4 sekolah = hari Isnin..


Misi adalah GAGAL.. dah elok siap mandi, pakai baju semua.. bila tiba nak pakai kasut masuk kereta, dia gi nyorok celah meja kat tepi sofa tak nak keluar.. menangis meleleh-leleh macam kena cubit.. air mata leleh, air hidung leleh... lepas pujuk dalam 15 minit, dia lari masuk dalam bilik pulak menyorok belakang pintu bilik..

Kami tak nak menggunakan kekerasan.. Pujuk dengan cara yang paling sabar kalau boleh.. tapi tak jalan dengan alasan...

"Boleh tak mi cuti hari ni... mi rasa badan mi ni nak demam.. penat sangat..."

Itu lah penangan bila dah cuti hari Sabtu dan Ahad.. masa tu kan, ya Allah tension nya rasa... terasa diri ni macam tak guna sangat sebab tak berjaya pujuk anak sendiri pegi sekolah.. down gile!!

Kemudian, abg long mi-cah di hari ke-5 sekolah..

Lepas solat subuh, tarik napas panjang2 dan mula kan semula operasi memujuk abg mi mandi dan pegi sekolah.. Kali ni dia tak nyorok belakang pintu, tapi dia lari keliling rumah.. pagi-pagi dah berpeluh dok mengejar dia..

"Mama biarkan je la mi kat sini... mi nak duduk sini sampai malam.. semua tak sayangkan mi.." ~ ayat yang rasa nak kesian atau nak gelak?

Dan papa-jib terus menggunakan kuasa seorang papa.. terus dokong dia bawak masuk kereta.. sambil tu tangan lambai-lambai ke arah mekchu..

"mama... jom la ikut mi.. jom laaaaa..."

Bila mekchu sambut tangan dia terus dia tarik tangan mekchu dan cium pipi, dahi dan cakap...

"mama, jaga diri baik-baik ye.. jaga adik baik-baik ye..."

Dalam hati dah menggeletek.. tapi ku tahan jebat!!!

Selamat pun habiskan waktu sekolah.. Lepas dah amek dia, terus bawak pegi main lompat2 sebab dah janji..


tiba-tiba mama dia nak enterprame dalam cerita ni kannnn... 

Setiap pagi akan berdebar.. setiap hari akan menimba pengalaman demi pengalaman dalam membesarkan anak..


18 comments:

Unknown said...

Hadoiii abg long nie pandai berlakon drama lah.. Gelak guling2 auntie baca tau! Hehe

therosputih said...

berdebar jugak bila baca entry nih, taktau nak expect macam mana la micah ari2 sebelum pegi sekolah tu...sabar banyak2lah mekchu...

Lynn Abd Latib said...

Alolo comelnya ayat2 dia
Xper,chaiyok2!!

Suria Amanda said...

bertabah la yer..demi anakandamu...dia manja lagi tu..pasal tu dia cipta mcm2 alasan...huhu...

nad said...

Huhuhu..!
In shaa Allah, lama2 micah ok
Bijak dia berkata2
Tu sbb la saya tak p ikut anta zakwan p skool
Sbb ni la, takut zakwan nak ikut balik
Kalu papanya anta, mmg anta trus,xde toleh2
Balik pun camtu...
Tkpe, lama2 micah ok jd saaaangat ok dan saaangat rajin p skool.

Ya ALiya said...

lari kelilig rumah tu....jgn pasni panjat pokok pulasan udah la....hehehe...

Anonymous said...

hehe kiut la micah buat perangai gitu...ala mekcu sementara dia nak biasa ja,nti lama2 dan kenal kwn mesti micah ok

Anonymous said...

hehe kiut la micah buat perangai gitu...ala mekcu sementara dia nak biasa ja,nti lama2 dan kenal kwn mesti micah ok

Nazirah Azeman said...

hahahahahahha kelakar la abg long nih."mama jaga diri baik2 yer,jaga adik baik2 yer"

Aini said...

drama sangat abang long...huhu.. Aunty dulu pun tadika hari pertama duk menangisi je kat pintu tadika tu separuh hari...hahaha

-anidaothman- said...

hihihihih, mengekek jaaa bila bc n3 ni..bijak ye micah.. mcm-mcm alasan ada :)

huwaaa mcm nida, pepagi dh kena doKOng ...uhmakaiii, rs nak patah pingang

Cyda Acme said...

Hahhh ... Adli pun dah mula wat perangai dah sejak semalam. Aduiihhhh

Chekpid said...

Serupa anak aku no.2...byk drama....bgs jg utk ko...keluar peluh kasj reduce mana2 lemak degil

MrsTicer said...

ha ha same mekchu tapi anak kite nak hantar taska je baru nak masuk 3 tahun april ni tapi tiap2 pagi adalah meronta pasal taska baru kan adoiii..tiap2 pagi ibu mesti bergetar jiwa ha ha

yana said...

Ciuman kompas org panggil tu..sama jek ngan ank org yg no4..payah jugak nak pergi sekolah masa dia 5 tahun..tp bila dah 6 tahun..alhamdulillah..cuma sekarang ni nak lepaskan dia dr tempat tidur sekali dgn org jek blm berjaya..agaknya nak tunggu umur 7 tahun..apapun..setiap anak berbeza...jgnlah banding dgn ank org..even ngan adik beradik pun ragam x sama..all the best!

Nini D.. said...

gitulah pengalaman teman taun lps mekchu..seriusss sangat mencabar!
tapi insyaAllah,pasti boleh!

QasehnyaRania said...

hihi..mi-cah.. micah..pagi2 dah ajak mama main kejar2 ye..

pandai berlakon ni ;D

aLyNnZ said...

huhhh mencabar gaks..tak tau ler camner danish skolah nanti..hihi..tp ayat abag mi mmg meruntun nqalbu boleh cair dibuatnyer..

mekchu g lompat2 tu kat mana yer..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...