@churalliya

Friday, August 16, 2013

Bukan pujian, tapi sokongan

Anda perlu menyokong mekchu.. bukan menghentam mekchu..

Mekchu baru seminggu berhijab.. kalau nak diikutkan semua baju pun tak sesuai.. semua baju ketat.. semua baju pun sendat dan padat.. satu almari kena tukar.. ohh mekchu ada 3 almari.. so 3 almari kena tukar.. ko mampu ke nak sponser?

Tolong lah.. benda2 macam ni lah yang membuatkan mekchu down.. Teguran macam ni lah yang membuatkan ramai kawan2 yang nak berubah terus bertangguh.. Menegur tak salah, tapi perlu kena pada caranya.. dan saya punya sebab kenapa tak publish komen anda!

Mekchu tak mengharapkan komen yang berbentuk pujian, tetapi sokongan.

FULL STOP (.)


by mekchuN (^_^)

25 comments:

Mimy Hamid said...

aku pun pernah menghadapi situasi mcm ko masa awal berhijab...sabar ye ...sama istiqamah fren

mama maman aka yana said...

jgn dengar kata2 negatif mekchu.. buat tak tau jew.. mekchu tau mekchu buat benda baik.. insyaallah Tuhan ada.. ok..

positif dear.. :)

nad said...

Huhuhu... Mekchu...!
Jarang bace entry mekchu yg camni
Selain pasal bibik tu la (hehe)
Kuatkan semangat ye mekchu
Kalau ada sorg yg hentam
Masih ramai lagi yg menyokong
Semoga mekchu trus istiqomah
Suka mekchu dgn penampilan baru :)

Unknown said...

manusia..tak pernah nak nampak perubahan yang positif..dok nampak yang negetif saja..kuatkan hati,cekalkan hati..teruskan usaha...

abaikan langau2 tu mekchu..

mama_onie said...

Alah manusia mekchu... buatlah apa sekalipun tetap diorg nak mengata... janji niat kita berubah bkn sbb mereka, tapi lillahi taala!

Bitt (double IS) said...

haihh la ada gak org cemburu tengok kecantikkan mekchu bertudung ni..dah perfect kat kepala depa p tunding belah lain plak...haihh la...tak pe mekchu biar Allah yang adili...kita pon tak tahu adakah amalan kita diterima sama ada menegur apatah lagi mengata...dan kebanyakkan kita je perasan(konon amalan dah diterima la bila dah lama pakai tudung dan tutup aurat pastu boleh sound2 org...haihh)

so mekchu dont worry...mereka akan di adili oleh ALLAH S.w.t

takut plak org buat statement kat i ni..ustazah berbogel di kepala plak..ahahhahahahhaa doakan baik2 je k...

jgn putus harapan mekchu...go mekchu...kepada yang banyak cakap suruh je kasi account nombor suh dia transfer lebih afdal khennn...kalau nak transfer kat i pon boleh gak boleh i beli tudung ariani gak... ;)

Suliana said...

Sabar lah kak. nak berubah kpd kebaikan mmg byk ujian. Anggaplah ia sbgai cabaran utk akak.. Jgn putus smgt ye.. *hugs*

Unknown said...

Sabar beb..mulut longkang mmg x leh tutup :p

sheAYANG said...

Assalam kak.

Sabar ye kak. Mungkin ini ujian Allah. Kekal istiqamah eh. Jangan down. Hidup tak selalu indah,langit tak selalunya biru.

Doa banyak-banyak. Keep on supporting you.! :)

ayunidati said...

Tak pe... biarkan merekA... sy sokong mekchu... selamat hari raya...

CikGu KiNa said...

Dugaan bila nak buat benda baik...sabar ye...

Unknown said...

Mekchu.!! I sapot u.. dont worry okeh *peluk sambil tepuk2 bahu*

ilass said...

ramai yang sokong mekchu. dont worry.

memang tidak perlu layan komen yang tidak cerdik dari orang yang kunun perfect!

yana said...

My dear friend,
Perkara yg betul,walaupun ramai yg tak buat ianya ttp betul..dan perkara yg salah,walaupun ramai yg buat,ianya ttp salah...org baru baca entry ni...nasihat org..One thing at a time dear...mmg sukar..sbb m.su mula memakai tudung saat ilmu agama di dada rakan2 yg lain dah tinggi..tp tak bermaksud mereka boleh menjadi terlalu judgemental..cubalah satu persatu..eh..bukan thn lepas ke dua tahun lepas org ada wat entry bday m.su..pakai tudung? Alhamdulillah

mama adaman said...

betul kata YANA tu.... kena banyak mendoakan utk kebaikan kawan bukan menghentam... you can do it.. we all support u..chaiyok!!!

zunirrah zamri said...

Mekchu buat tak tahu jer..mulut orang mana leh tutup..
Kita sokong mekchu..xperasan pun perubahan bila da baca baru perasan..
Alhamdullillah Allah sayang dengan mekchu dia gerakkan hati mekchu kearah yg lebih baik dan bagus.

amani jibriel said...

Tahniah yer mekchu... lama x singgah cini sebok gaya lah katakana.
Ape pon kita buat kerana allah... byk sabau n jgn putus asa. comel jer mekchu... sib baik da kawin, kalu x I pinangkan mekchu untuk abang I... haha.
Apepon tutup aurat itu wajib cuma kita sebagai perempuan x mampu buat sekali harung, pelan-pelan kayuh yer mekchu.

wildcutecat said...

ada step by step untuk berubah. mungkin mereka yang menghentam tu tak faham atau rasa mereka dah perfect sangat. entah -entah mereka pun tak sealim mana.

sabar banyak2 ye mekchu... ;-)

mikamusz said...

alamak... dah jadi sadis pulak... itu memang cabaran pada org yang selalu jadi perhatian ramai. Sabar okey. Doa bebanyak supaya Allah kuatkan hati kita ni.

@e_da said...

sabar ya mekchu.. mereka yg menghentam tu cemburu bila kita buat sesuatu benda yg baik.. mereka hanya segelintir... kami lebih ramai yg menyokong niat baikmu itu... :)

amirah said...

jgn dgr semua benda yg negatif mekchu. semoga mekchu teruskn usaha yg baik.yg dh berhijab penuh dah mengikut syariat pun kdng2 ada jugak yg tak betulnya. so tetapkan niat tabahkan hati..insyaAllah sama sama kita beristiqamah..

QasehnyaRania said...

ooo. alhamdulillah.
su doakan semoga mekchu terus istiqamah :)

in shaa ALLAh pelan2 ye meckhu. abaikan yg berbaur negatif k. kutip yg positif je :)

Azfaliza Abd Latif said...

toksah layan la 'mulut2 longkang' tu buat sakit ati jer.. org jenis gitu mmg tak senang tgk org senang.. yg penting kita tau apa yg terbaik utk diri kita sendiri & family..

hepi sudah cam biasa, wokeh!

;)

yana2605 said...

Ehh mekchu dh berhijab..haih tak tau pn..rasa2 tiap2 hari btandang kt blog nie..huhuhuhuhu tahniah ya!! by the way biasa la bila kita ke arah ke baikkan mula la syaitan makin ramai yg cuba utk menarik kita kembali ke arah btentanggan..btabah la ya.. sbb nak buat baik tu bkn sesuatu yg mudah tp nak buat jahat tu senang sgt...

Anonymous said...

mek chu,
bersangka baik la...mungkin yg menegur tu sebabnya syg, dia tak nak mek chu 'terlambat', sebabnya ajal kita tak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat.

kalau kata baru nak sampai seru pakai tudung, jgnla mcm tu. seruan tu dah lama ada, sejak Alquran diturunkan..

dan lagi satu mek chu, perempuan islam ni, tak wajib bertudung, tapi wajib menutup aurat. bukannya membungkus aurat...
semoga Allah mudahkan perjalanan hidup mek chu ke jalanNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...