Syukur alhamdulillah, tak sangka hobi suka-suka ni akhirnya membuahkan hasil dan rupa-rupanya mendapat perhatian readers.. ingatkan syok sendiri aje.. #fuuhhhselamat... hehehe.. dan yang paling berseri-seri bila ada tanda bintang tu..
Dan sebagai pembakar semangat semua... (full page) sebenarnya x de la full sangat.. ingatkan nak scan, tp kemalasan kemelandaan kepulakkan...
hahaha.. gambar tembikai tu paling mahal... besar mekchu tergelak..
"wahhh.. muka papa pun masuk majalah?"
"mestilaaaa... tak kan muka daim kot.."
Dan zoom sikit ingatkan boleh lah korang dapat baca..
Tak pe.. sebelum kena marah, mekchu faham... sakit mata ehh.. ok, kena zoom lagi kan...
Vavavava.. gambar siap pegang fail, pas tu pakai name tag.. hahaha.. masa hari anugerah APC tu.. mahap kan lah dia..
Berdebar tau nak tau InTrend cakap apa....
Sila tampil ke depan sesiapa yang ada emelkan pasal blog ni kepada intrend ye.. ada hadiah menanti dari mekchu... hahaha konpem lah ramai yang beratur..
Blog yang asyik cerita pasal bibik pun boleh terpilih ke? hahahaha... blog mekchu ni semua cerita pun sebat.. jangan tak tau.. cerita politik je tak pernah cuba.. takut kena masuk lokap (daim dah tak de, kalo tak nak jugak try)
Kepada editor InTrend, banyak-banyak-banyak-banyak terima kasih kerana memilih blog kuning oren ni sebagai pemenang.. dan ayat tu sangat mengena... tak tahu lah nak kata apa.. happy yang teramat ni.. (blogger kan tak pandai berkata-kata.. pandai menaip aje) Sedang elok langganan Anjung Seri dah habis bulan lepas, dan definitely akan langgan InTrend pulak lepas ni..
Korang memang patut langgan InTrend jugak sbb byk info kat dalam tu, bahasa dia pun sempoiiii sangat... ala, macam kecik2 dulu kan ke gilakan Cleo.. sape ada Cleo, dia mmg hebat la waktu tu.. mekchu ni suka tgk fesyen artis.. pas tu berangan... mekap2 pun banyak.. dulu-dulu tak de Intrend lagi, kalo tidak tak de maknanya nak beli Cleo.. of kos dah pilih InTrend.. lapan kali ganda seploh dia punya best..
Mekchu malew taw bila tgk blogger lain yang terpilih tu follower semua dah cecah riban-riban.. mekchu ni baru je cecah 4 ratusan.. alahai, terasa kerdilnya diri ni....
Korang adalah penyeri hidup mekchu di alam maya ni.. hidup mekchu bertambah bermakna bila dapat kenal dengan korang semua walau pun tak pernah jumpa.. sesekali kalau dapat borak, macam kawan sejak tadika kekdahnya... terima kasih koranggggg... rasa macam nak cemolot ngan semua..
Harap-harap friendship kita ni akan kekal selamanya.. amin...












































