@churalliya

Friday, August 5, 2011

Doomagic Pillowcase

Najmi dah ada sarung bantal baru.. weeeeee.... sebenarnya memang dah lama sangat nak cari sarung bantal yang cantik-cantik untuk budak.. tapi setakat cari dalam hati aje lah.. macam najmi, dia kan dah pakai bantal saiz dewasa..  sekali terpandang kat Arissa's Choice dan terus choppppp....

Najmi dan mi-cah adalah merujuk kepada budak bobot yang sama...

Tak nampak sarung bantal nya?... lek lu.. sap kok lu.. 

Copy paste dari blogshop Arissa's Choice

Doomagic Pillowcase

Fit standard sizes of pillows.
Size:80 x 55cm

  • Made from ultra-soft 100% cotton with soft poly fill in in the tails, ears, fins and feet. Doomagic Pillowcases fit standard sizes of pillows.
  • Ultra-soft 250 thread count sateen cotton sheeting.
  • Features feet and tails stuffed with premium poly fill.
  • Machine-washable,durably constructed.

HARGA PASARAN : RM 38 - RM 45
HARGA KAMI : RM 35
 Lola the Bunny
Kod : DM 01
Status : Available
 Coco the Cat
Kod : DM 02
Status : Available
 * Pillow not include
Dan inilah mi-cah punya...
 Dylan the Dino
Kod : DM 03

Anda juga boleh membuat pre-order untuk design yang lain. Hanya perlu deposit RM15 sahaja. Jika tiada stok kami akan memulangkan kembali wang anda. Untuk pre-order kami akan membuat penghantaran selewat2nya pada 15 Ogos 2011.

 Design lain yang boleh dipilih ialah seperti berikut :-

Harold the Dog

Zeke the Fish
Brandy the Pony
Mi-cah suka sangat dengan 'bantal nenesor' (dinosour) dia tu.. tak boleh lah orang lain pinjam sekejap, terus ditarik tanpa perasaan simpati langsung.. Nak tengok rupa bila disarungkan kat bantal tido mi-cah?
pandai malu-malu wooo budak ni skang...

pas tu pandai berlakon jugak buat-buat tido kena sangat lah dengan tema 'bantal nenesor'
haaaa.. nampak kan.. mmg ngam2 dengan saiz bantal yang kita beli kat jasko tu.. so, dunt worry.. kain dia pulak mmg sejuk sebab 100% cotton.. pas tu macam 'bantal nenesor' ni kat belah ekor, kaki tu ada siap2 macam sponge kat dalam dia.. sangat selesa..
najmi a.k.a mi-cah

"mi, sape beli bantal dinosour ni?"
"papa"

ermmm.. papa ko gak yang dapat nama....

Ok, jika berminat sila klik di Arissa's Choice untuk jatuh hati padanya...

Thursday, August 4, 2011

Menghargai

Terlalu menghargai korang semua..

 72 likes.. tak tau dah mana nak sorok muka.. 

dan merupakan entry faling for-fular.. harap2 bertahan lama..

dah letak link kat tepi jugak...

sebenarnya nak ucap terima kasih kat 2 orang ni yang banyak tunjuk ajar mekchu masa mula2 nak bergoblog 2 tahun lepas.. thanks to sifoo jemah viruspadu dan sir capogrande..

kenapa kepoh? ehemmmm... sekius me pehlissss... 1st time masuk majalah hokey, mestilah 3 bulan, 3 hari cerita tak habis.. kalau dah tak larat baca pasal cerita masuk majalah, tolong masuk kan lagi dan lagi dalam majalah.. lama-lama kalau dah boring, konpem tak de cerita lagi.. ngeeee...

3 kali Khamis baru siap

Rindu nak naik altis.. Rindu nak tengok dragon ball Z dalam altis... Rindu spek mata hitam esprit yang tertinggal dalam altis.. fuhhh, nasib baik tak hilang..

Korang nak tau, total bill repair altis tu lagik 60 hengget nak 9riban.. ya ampunnn.. naib baik lah claim insurance..lama pun tak kisah laa... hasil dia serupa baru beb!! oyye, hantar bengkel sebab papa-jit eksiden langgar moto hari tu.. eh, bukan dia yang langgar, tapi moto tu yang langgar dia..

Sekali lagi, cobaan nak update dari BB semalam tapi masih menemui jalan buntuT.. hahaha.. geram ahhh.. camera dah setting image paling kecik.. small (640x480) pun tak maun gak..

Mekchu agak la kan.. main agak-agak je la sebab dah kehilangan arah sebenarnya.. agaknya selama ni mewah upload gambar besar2 bagak, mungkin space dia dah penuh dan tak boleh nak attach gambar lagi.. space apa?  ntah.. space cop gaban kot!!

Logik tak?

Wednesday, August 3, 2011

Puding Trifle ku yang pertama

Rasanya papa-jit bangga dengan binik dia ni.. hahaha..

Oooo... noti ehh korang nak tgk puding aii.. mesti dalam hati "alaaaa.. konpem tak menggiurkan kalo mekchu yang buat".. aiman tak kisah.. janji aiman puas hati..

Semestinya tak mampu menandingi puding neena gonjeng.. dia mmg chef di dapur, sedangkan mekchu chef di meja makan sajork.. hahahaha...

Dan inilah hasil pertama air tangan mekchu..

tgk rupa pun dah comot erkk.. hahaha...

potong sikit je dulu.. nak simpan sampai hujung bulan puasa.. jimat (:

korang nak tau, mekchu berdebar tau masa papa-jit nak ngap semalam.. hahahaha.. sbb puding2 macam ni memang bukan makanan dia.. 1st try pulak tu.. bila tanya sedap ke tak, dia senyum je... dan tak tambah lagi.. dalam hati, mungkin dia dah kenyang kot.. apakah?

hanya lumix.. ahkak tak de dslr untuk menggiurkan korang...

mekchu teringin sampai tahap terasa-rasa kat saluran tekak masa rasa tahun lepas.. tiba-tiba teringat dan terus gugel.. memang bulan puasa ni keje menggugel resepi je kan.. tapi dia macam lain sikit kat layer bawah tu.. tak letak swiss roll, tapi macam puding jagung gitu.. memang mengahadap.. separuh bekas mekchu baham sorang-sorang..

nak cuba yang macam ni pulak.. atau sape2 yg baik hati tlg bungkuskan utk mekchu?

sape yg kenal mekchu dia mmg tau lah mekchu ni tak suka memasak.. so for the 1st try, good job mama-chu walau pun dikategorikan menu orang pemalas oleh mereka yang dah amatur.. clap clap (puji diri sendiri je nok........)

Sape curik gambar Puding Trifle buat juadah berbuka ni weii?

Ini memang gemparrrrrrr.... gambar puding trifle dalam entry mekchu semalam telah dicuri!!!

message dari empunya diri yang mekchu curik gambar semalam tu.. 

Jeng, mesti kamoo ingat mekchu keluarkan gambar sbb takut kamoo marah kan.. hehehe.. so suweeett lah...

itu lah gambar yang penuh tanda tanya.. gambar yang mekchu curik, kini sekali lagi telah dicurik.. OMG!!

Tau lah ramai yang jelessss.. tapi tak kan sampai sanggup nak curik buat juadah berbuka semalam.. sampai hati... tsk.. tsk..

Patut lah macam pelik kawan-kawan yang komen kata nak tgk cemana rupa bentuk puding trifle tu.. rupenya gambar dah hilang...

Ok, itu baru gambar neenagonjeng, nanti mekchu kasik tayang gambar versi mekchu pulak.. hahaha..

Tuesday, August 2, 2011

Rahsia kekal bertenaga

Pagi tadi buat julung-julung kalinya mekchu.....

1. Terus bangun sahur walaupun alarm baru sekali bunyik (selalu lapanblas kali bunyi baru hengeh2 bangun)
2. Buat air nescafe senyuman di bibir (selalu mmg senyum, tapi tak manis)
3. Lepas sahur terus menggosok sorang 4 pasang baju keje...
4. Dan sempat buat puding trifle sebelum bersiap pegi keje

Nak tahu rahsia? korang masuk tido pukul 9 malam.. hahahaha.. nescaya energy fully recharged!

Mekchu bulan puasa masuk keje kol 7.30 pagi.. so, pukul 7 dah kena gerak... agak gelabah jugak pagi tadi sbb tak jumpa pembukak tin nak bukak buah peach.. hahahaha...

gambar hiasan menu berbuka hari pertama.. dalam banyak2 menu, cekodoh cicah sardin jugak yang di rekues oleh papa-jit.. itu pun macam nak pengsan memasak.. hahaha...

curik gambar dari neenagonjeng tanpa izin (nama pun curik, mestilah tanpa izin) ngeee...

Oh puding trifle... sangat teringin nak makan selepas terliur kat blog neena gonjeng ngan ienanok..

* mekchu dah upload gambar sekali lagi.. semalam ada org curik gambar puding trifle tu buat juadah berbuka :)

Mi-cah selepas 2 minggu tanpa bibik

Mi-cah kan, dia sikit pun tak tanya mana kakak dia.. tak heran langsung.. walhal, dia dan kakak ita dia saaaaangat rapat... tak boleh langsung kakak ita dia hilang dari pandangan, nnti sibuk lah dia cari kakak dia keliling rumah sampai jumpa..

mi-cah posing dgn beg kakak ita dia.. malam sebelum bibik balik..

Sebelum bibik nak balik hari tu, kitowang dah risau dan tanya dia mcm mana kalo mi-cah demam sebab rindukan dia.. dan dia minta kami jangan risau.. mungkin dia ada baca something utk mi-cah supaya mi-cah lupakan dia.. tapi on the other side, bibik pulak yang teramat rindukan mi-cah.. setiap kali talipon, mesti dia tanyakan khabar mi-cah terlebih dahulu, baru lah khabar kami semua.. dan diikuti dengan suara tangisan di hujung sana...

suka tgk dorang.. dulu tengok tak de perasaan apa pon.. skang bila tengok, jadi sedih.....

Sekarang mi-cah dijaga oleh nenek labu dan kami masih tinggal di kampung.. hati ni risau sangat nak biarkan nenek labu tinggal sorang2 kat kampung tu.. pengganti bibik tak sampai-sampai lagi.. 2 bulan punya urusan pun tak setel lagi.. malas nak ckp, nnti mekchu pressure... tolong doakan pengganti bibik nanti baik dan setia macam kakak ita.. supaya senang hati kami untuk berpindah dan tinggal di rumah sendiri..

baju biru tu baju nenek.. baju bibik jadi banyak sbb semua baju nenek dia boleh pakai..


Sehabis boleh nak balik keje awal.. mmg berbeza lah dari hidup yang dulu.. sampai je rumah layan anak teruna dulu dan mandikan.. nak mandikan kena bergaduh dan bertukar oren dulu baru dia nak mandi.. pas tu suapkan makan dan kemas rumah.. OMG!! part kemas rumah tu mmg penat.. dah 3 thn okeh tak basuh pinggan dan sapu kat rumah nenek labu.. (of kos tidak rumah sendiri)

Kalau balik keje tu, nampak lah mi-cah tengah main kat laman nenek dia.. kadang-kadang tgh sapu daun bawah pokok, kadang-kadang main kat reban ayam, kadang-kadang petik buah rambutan.. oh, dia mmg anak orang kampung...

sibuk betul masing-masing sapu daun.. ada byk lagi gmbr sbnarnya, tp ke mana ntah..

dak kecik tu mmg sibuk.. sama mcm nenek, tak boleh tengok daun bersepah..

ok, siap 1 longgok sampah..

sbnarnya dia ada buat 3 longgok.. mama-chu sangat kagum.. tapi gambar dah kena delete kot..

lepas tu amek buah rambutan pulak..

Tiap2 hari call rumah, risaukan mi-cah dan nenek.. nenek tu bukannya kuat sangat.. nak pulak mi-cah skang sikit punya hebat perangai dia.. selagi tipon tu tak berangkat, selagi tu lah risau je hati ni.. kalo bibik ada dulu, tak heran langsung nak call rumah hari-hari..  

Malam tadi mekchu mimpikan bibik.. terasa rindu sangat kat dia.. papa, cancel lah pegi NY.. kita pegi surabaya je lah tengok-tengok bibik.. ehhh?

Monday, August 1, 2011

Menggadaikan jari

Semalam rumah baru habis cat.. nak tak nak, kena kemas lah jugak sebab hari kerja kitowang tak duduk sana.. nak tunggu hari minggu, al-maklumlah hari minggu dalam bulan puasa ni nak balik k.pilah pulak..

Sedaya yang boleh mengerah tenaga dan keringat mencuci dan mengemas rumah... kena siapkan jugak mekchu!! u go mekchu!!

Atok-jah banyak membantu... terima kasih atok..

Demi rumah yang bersih, jari sendiri tergadai..


Khusyuk menyental lantai dgn thinner... budak2 yang cat tu tiba2 je dah balik.. itu yang rasa nak mengauuummmmmmm je tu...

Tengok skang tangan ahkak ko dah tak cantik.. susah okehh ahkak ko ni nak thumb print masuk bilik server.. sape nak jawab? tsk.. tsk..

Dah tau punca

Bila ditelek dan dibelek, dah dpt tau punca kenapa sekejap boleh, sekejap x boleh update blog dari BB. Sbnarnya tak boleh update bersekali dgn gmbar.. Kalo update biasa mmg lepas.

Nasib baik tak hempas betul2 lagi BB ni.. Saje je menguji kesabaran dan kewarasan..

Langkah seterusnya, nak csi kenapa pulak x bleh update sekali ngan gambar.. Kalau ada yg dah tau jawapan, tlg share, bleh? #matikutu
Sent from my Red ® Lovers

Ngetest

Lalalala
Sent from my Red ® Lovers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...