@churalliya

Tuesday, December 13, 2011

Training yang Simple but Nice

Kalau baju sesuai lah kita cakap simple but nice.. Ini cubaan mekchu untuk menggarapkan ayat itu pada training Desktop Management System (DMS) minggu lepas..ehh minggu-minggu lepas.. Trainingnya memang best dan sangat sesuai dengan jiwaku..

Bagus tau kalau opis korang ada DMS ni.. sila proposed kat boss untuk bajet tahun depan ok..

Ingat lagi entry mekchu yang dah sampai The Stands, Kota Damansara tu? kalo saje2 nak pegi sana memang kucing bertanduk kot baru sampai.. Sebab ada training lah maka boleh eksyen dengan korang...

Training 2 hari.. Dan hari pertama.

 
partner sama2 kat dlm operasi & network.. kalau dulu ada kami, ada lah kak jemm.. tapi sekarang, tsk.. tsk..

Dan training hari pertama berlangsung dengan jayanya.. semua soalan mekchu cikgu dapat jawab.. hahaha patutnya cikgu lah yang tanya anak murid kan..

Petang tu kami di bawa melawat pejabat Worldtech Solution ni.. pejabat gile cantik.. masuk2 je terus tanya receptionist "ini pejabat ke rumah kak?" hahaha..

sedang beramas mesra dengan director.. 

itu sir capo yang minat pulak nak tau strategi dalaman company.. hahaha.. org lain dah keluar, dia masih kat dalam tu.. 

Habis hari pertama. Masa nak datang pagi tu kami konvoi 3bijik  kereta.. bila balik semua sendiri-sendiri.. masa tu amat bersyukur bila nampak signboard U-turn.. hahaha.. 3 kali kot kena U-turn akibat tersalah jalan.. asyik nampak jalan ke IKEA aje.. heppp heppppp...

Bermula lah hari ke-2.

Training pun best-best belaka dan tiba-tiba, tiba lah masa makan.. ini memang masa yang ditunggu-tunggu.. The Strands tu kawasan yang akan membangun kan. nampak gayanya happening je nanti..

otw gi makan tu, nampak macam-macam pulak alphabet beso2 gini.. gerammm sangat.. 

Maka ke Sekinchan Ikan bakar lah kami..

 
 ada ikan siakap masak pedas dengan sambal, lala goreng, ulam, sotong.. ya ampunnn, siap telan air liur bila menaip.. mekchu order air longan + kollagen semulajadi.. ahakss...

Lan, aku dah cover perut ko.. hak hak hak.. 

Sedappppp sangat..

Sambung training dan sebelum balik tu ada sesi penyampaian sijil dan bergambar ramai-ramai..

itu pejabat tau, bukan rumah okehhhh... 

Suka. Teramat suka dengan kerjaya sekarang.. Lambat lagi nak naik 44 pun tak pe.. Beruntung sebab dapat team mate yang best.. Biarlah orang lain nampak yang senang-senang je pada kami.. Sebaliknya yang susah itu biarlah disimpan dalam hati..

Susah senang biarlah hanya kami saja yang tahu.. (ayat penutup yang tak boleh blah)

Monday, December 12, 2011

Kami pun tidak mahu ketinggalan

Tiket dah beli. Tinggal nak beli tisu je lagi :p

Penantian seorang isteri

Semalam.

Subuh-subuh papa-jit dah keluar menebas. Banyak lagi rupanya semak samun yang belum ditebas..

Jadi berduaan je lah ngan mi-cah pagi tu.. Gurau-gurau atas katil ngan mi-cah.. Kol 8.30 mcm tu baru betul2 turun dari katil.. Siapkan b/fast dia dan b/fast mekchu jugak.. Mesin kain. Sidai kain. Mop rumah. Kemas rumah luar dan dalam. Sehinggalah membasuh lantai depan dan belakang..

Satu kepuasan bila rumah berkilat.

Dok lepak sekejap melepaslah lelah.. Pukul 1 baru hegeh gi mandi.. Papa-jit janji nak gi kenduri kawin.. Tekak memang dah terkenang-kenang nak makan nasi minyak.. saje membiarkan perut hanya beralaskan roti pagi tu..

1.30pm - siap-siapkan diri. Siapkan mi-cah jugak. Sambung lepak tengok 613..
2.15pm - dapat call dari papa-jit kata tengah penyampaian hadiah. Ok fine. Sambung menunggu dengan duduk paling sopan sebab takut baju kedut..
2.30pm - mi-cah dah tak bleh tahan. Ajak tunggu kat luar sambil tengok dia main beskal.. Ok, boleh.

tunggu kat luar.. bajet mesti kejap lagi papa-jit balik.. siap dah nak bertemakan hitam hari tu.. 

dengarnya wedding anak dato'.. terus capai baju Matase Sutera.. mengelip mak.. lengan dan leher tu siap berlabuci tau..

Maka, bersabarlah seorang isteri yang dah siap pakai baju cantik dan wangi-wangi menanti kepulangan seorang suami..

2.50pm - update status fb "Masih menunggu suami pulang dari golf tournament untuk ke kenduri kawen. Lapar nasi minyak. Cpt lah pulang sebelum perut berombak angin!" ingat filem je ke boleh berombak. Perut ni kalo tak diisi, lagi teruk berombaknya...

3.00pm - Call papa-jit. Katanya MB berucap panjang lebar. Tak habis lagi. Ok, pasrah disitu

Gile kol 3 lebih baru nak gi rumah orang kawin..

Slow2 masuk dalam. Tukar t-shirt.. Masakkan mi-cah nugget.. Sambil ternampak tin sardin kat dalam lemari.. Slow2 masuk bilik tukar kain pulak.. Capai bawang, cili, sardin semua buat sambal sardin..

Dan itulah sambal sardin yang paling sedap yang pernah mekchu masak.. Cicah sama roti.. Habis 3 keping!!

3.30pm - Papa-jit call dan tanya nak pegi wedding tak.. sambal sardin dah terhidang depan mata, baju dah siap bertukar.. malas pulak rasanya.. Biarlah keinginan nasi minyak itu digantikan dengan sambal sardin.. Merajuk habis dah tu kononnyaa... So, dia pegi wedding sorang-sorang aje..

4.30pm - Pulangnya suami dari medan peperangan sambil membawa kotak besoooOooo...

Masa tu otomatik terus senyum..

Hadiah kedua di bawa pulang selain dari hadiah bola golf :)

Terus koyakkan wrapper secara rakus.. last bukak hadiah besar masa kawin dulu rasanya..

MILUX electronic oven toaster with rotisserie and convection. 45liters.. mesin basuh pun baru 7liters.. hahaha..

Besar gile.. tak tahu nak letak mana.. ingatkan nak simpan dalam kotak tu aje.. Lepas tu blur.. reti ke nak guna ni? nak masak apa?

begitulah masakan mekchu satu hari nanti.. tunggggguuuu..

Kalau suami korang suka keluar main golf, harap bersabarlah banyak-banyak.. Kadang-kadang penantian berbaloi, kadang-kadang tidak..

Tapi kali ini tak sia-sia penantian seorang isteri.. kan... Terima kasih papa..

Sunday, December 11, 2011

Basikal baru

Suka betul mi-cah dapat basikal baru. Semalam kat giant x pandai kayuh lagi. Balik je rumah terus geng dengan neighbour depan main beskal.

Hari ni saje bawak dia main kat Kompleks sukan ni. Luas sikit. Esok dah start keje maka dia pun start lah kuarantin kat rumah nenek labu..

Apa saja untuk-mu-sayang...

Friday, December 9, 2011

Semua-semua pun bercerita pasal OMBAK RINDU

Sejujur-jujurnya mekchu tak tahu menahu langsung pasal Ombak Rindu ni.. tau-tau je kawan2 dah buat entry kat blog review pasal Ombak Rindu.. Ramai yang tulis katanya tak sebest novel.

Oh ye pasal novel. Mekchu ni bukan penggemar novel.  Bab 1 Laskar Pelangi pun tak abis-abis lagi... hahaha.. Pas tu kat facebook penuh dengan posting dialong, gambar, video clip. Ini memang dah semacam punya penangan..

Bila hari-hari pun baca status pasal Ombak Rindu ni, tak bleh tahannnnn.... Tambahan pulak bila artis pun tweet kata Ombak Rindu best, terdetik lah dalam hati tu nak tengok..

Dan sekarang papa-jit baru habis bengkel di Penang.. hari tu ada gurau2 kata nak tengok Ombak Rindu.. hahaha macam tak percaya dia nak tengok Ombak Rindu.. tapi tak mustahil dia akan tengok sementara tunggu flight kat Penang tu.. Hari tu filem Libas pun dia bleh layan sorang-sorang.. 

 
 

Selagi tak tengok sendiri, selagi itu lah tak boleh nak komen kan.. Harap-harap dapat lah tengok wayang to-geder-geder..

Kalau tengok cerita sedih kan, nanti mesti kejap-kejap dia jenguk buat muka comel dan check mata mekchu kot2 ada air mata.. hahaha benci kalo cam tu sebab memang otomatik dari mood sedih akan jadi terbahak-bahak tergelak...

Buah Pulasan Labu

Hazry tanya, buah pulasan ke buah labu? kah kah kah.. ada je point dia nak kenakan mekchu..

Sampai je rumah nenek labu terus semayang.. Lepas tu ajak mi-cah temankan sama-sama petik buah pulasan.. Memang suka sangat lah dia..

Ya, mekchu tinggal di kampung pada hari kerja dan mi-cah memang dibesarkan di kampung.. bestt ooo tinggal kat kampung..

Pokok nya 8 langkah je dari pintu dapur tu..

dah cecah tanah.. sape tak gerammmm..

memang dia saje yang pegang gunting tu.. siap tahu kat mana nenek dia simpan..

see.. dekat je kan dengan pintu dapur.. lepas longgok, dia buat main bowling.. nasib lah kalo sape makan ada rasa pening2 skit..

nyummmmehhhhh... isi nya garing dan manis..

Kalo korang selalu makan pulasan kan, memang dah tak heran dengan rambutan lagi.. isi dia lain sangat.. bila masuk je dalam mulut, walaweiiiiii sedap dia.. 

ok. siap packing untuk opismate kesayangan ku... 

Jadi, sila mengaku sebagai opismate mekchu sekarang untuk membolehkan korang dapat makan pulasan jugak.. 

Thursday, December 8, 2011

Me@W.O.R.K

Dah hujung-hujung tahun ni sibuk memanjang kan.. Semua nak kena kejar sebelum hello tahun baru..


Ehhh.. mekchu tak pernah cerita kan pasal keje mekchu sekarang ni.. tiba-tiba korang tengok mekchu tengah megajar.. lepas tu korang nampak mekchu pegi training.. lepas tu pegi bengkel.. nampak best je kan...

Senyum. Tak perlu buat memek muka..

Wednesday, December 7, 2011

Tips Untuk Mendapatkan Buffered (BE) Earning daripada Nuffnang

Ok, tips ini amat berguna untuk diri sendiri dan untak kawan-kawan juga.. Bila terbaca sesuatu yang bagus, mesti lah rasa nak share kan..

Copy daripada ceeramoon adik kesayangan kak jemm. ehhh betul ke kesayangan? Hai ceera :)

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

 - Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager


Kat blog mekchu ni ada 3 iklan.. SATU : semestinya nuffnang. DUA : kotak2 yang bersusun kat atas tu daripada ChurpChurp (adik beradik kepada nuffnang jugak). dan KETIGA : iklan banner daripada blogger. Yang KETIGA tu tak boleh nak buang pulak. Sebab itu salah satu sumber pendapatan jugak tu :)

Jadi, sila lah check semula blog korang. Kat mana korang tepekkan Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle nuffnang tu.. harap2 dah sesuai tempatnya.. dan jangan lupa edit survey jugak. Kalau nak baca kesimpulan sila baca kat entry ceera ni http://c33ram00n.blogspot.com/2011/12/tips-cara-dapatkan-buffered-earning.html

Senyum :)

"My Great Cuti Cuti Cinta Contest"

Nasib baik lah tak pernah miss buat entry pergi bercuti.. Bila ada blogger yang wat contest pasal bercuti, laju je copy paste entry lamaaaaa...

Hai cik puan kebun stoberri..  mekchu datang ni nak join contest :) tapi sebelum tu, happy 3rd anniversary.. *lurve

Cuti terpaling great kami tahun ni masa celebrate annivesary Mei lepas kat Singapore..

Dengarkanlah intro bagi contest ini.. jangan pitammmm cepat sangat.. banyak lagi nak cerita ni..

Kami ke Singapore adalah selama 3H2M di bawah travel pakej.. kalo kat seremban ni mekchu amek Proxima Travel & Tours.. pegi-balik drive sendiri dan kedua-dua malam stay di The Zon Regency Hotel, JB.. hotel tu tersangat lah strategik sebab dekat dengan stulang.. kedai makan banyak sangat kat area hotel tu.. dan dekat jugak nak masuk singapore..

itinerary adalah request daripada kami sendiri... kalo ikutkan memang travel ejen ada sediakan city tour lawat esplande, singapore flyer, merlion park, geylang, semua2 tu.. tp tujuan utama kami adalah nak ke USS dan shopping sahaja.. sbb tu dia jadi percutian yang agak pendek dan sendat tapi happy... haaa, punyalah susah nak luahkan perasaan tu kannn...

Bila dah di customize semua, jadi lah macam yang tertayang part by part macam hari tu.. terima kasih sebab sentiasa follow mekchu dan bg semangat soh update.. tanpa korang, siapalah mekchu (sempat)..

kalo ikut itinerary kami hari tu, kos seorang hanyalah RM485 sahaja.. murah kan.. semua orang boleh pergi.. tak payah nak tunggu turn dapat duit kutu pun boleh pegi..

Apa yang dapat untuk RM485 tu?
1. Tiket masuk USS (harga tiket je dah RM170 untuk dewasa. kanak2 umur 6 tahun ke atas tak pasti pulak berapa.. ahakssss)
2. 2 nights stay at The Zon Regency Hotel, JB (included b/fast)
3. Transport ke USS pergi dan balik (pegi pukul 9 pagi tunggu kat lobi, balik up to 10 malam.. tp kitowang dapat bertahan sampai 8 malam je.. melecet... hahahaha)

Tatau lah ok ke tak.. tp itu lah pakej yang kami amek masa kat sana hari tu.. tidak termasuk transport untuk 2nd day dan makan minum tau.. transport 2nd day tu kami cari sendiri.. kalo ikutkan dalam RM500 untuk sewa transport sehari siap ngan driver nak bawak kita jalan2 (upon request nak bawak gi mana). Nanti sewa transport tu bahagi lah dengan umat manusia yang join trip kan.. kalo 5 orang, kena lah tambah sorang seratus.. gitu....

Copy paste dari entry lama ini http://churalliya.blogspot.com/2011/05/singapore-itinerary.html

Ehhhh, ada lagik entry masa jalan-jalan kat sana.. rugi pulak kalau tak promote kat sini :)
♥  Us @ USS Part I
♥  Us @ USS Part II
♥  Us @ USS Part III
♥  Us @ Orchard Rd
(Tumpang lalu ehh tuan tanah ~ sambil jalan terbongkok-bongkok sikit)

Menjawab kepada soalan-soalan yang memungkin seseorang itu untuk menang..

Tempat CUTI-CUTI CINTA pn.stoberi kita seperti berikut :
1. Jan - Kundasang, Sabah
2. Julai - Cameron Highland, Pahang
3. Oktober - Hong Kong, China

Saya suka blog pnstoberi kerana ..... dia rajin update.. kalo tangguh2 nak baca, memang kena baca secara marathon lah jawabnya.. kalau masuk blog dia, ngko akan rasa macam ada kat kebun stoberi.. pas tu lelap mata dan berangan lah tengah makan stoberi cicah garam kat cameron :) suhu sejuk2 kat opis tu dah sama dah tu.. pas tu suka sebab entry dia banyak yang mencari PASAL.. hahaha... ce selak balik entry lama, semua pun tajuk bermula dengan PASAL.. dannnnnnnnn yang paling suka sebab baru-baru ni dia telah mempengaruhi mekchu (secara tidak sengaja) untuk membuat slide show gambar2 dalam facebook.. ohhh itu memang mengujakan..

Dan terus tepek slide show tersebut kasik tuan rumah jeles sebab dia teringin sangat nak gi USS tuh..


Our 6th Anniv @ Singapore Slideshow: Suraya’s trip from Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia to Singapore was created by TripAdvisor. See another Singapore slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.



Dan itu lah percutian mekchu yang diklasifikasikan paling best untuk tahun ini (dah sekali itu aje bercuti tahun ni, memang lah best. Sempattttt bagi hint kat papa-jit)

Tuesday, December 6, 2011

Koleksi perfume yang tak macam koleksi

Mekchu ni bukanlah minat sangat nak cuba perfume2 baru di pasaran.. pakai asal ado je.. 

Ada jugak botol yang dah buang sebab zaman dulu mana lah ada tempat nak simpan.. buat semak je kan.. masa nak buat wordrobe dulu, saje rekues buat kan rak macam tu sebab senang nak simpan botol perfume (macam lah banyak sangat)


Vavavavavava... lemari dah penuh walau pun bukan semua botol perfume :) ada pulak losyen, tiger balm, shower gel.. hahaha.. ada lagi 2 layer kat bawah tak bleh masuk blog!

Kami tak de perfume yang betul2 menjadi feberet sampai beli sedozen buat stok.. apa yang wangi dan boleh diterima hidung, itu yang kami beli.. itu pun cukup sebotol.. dah habis sebotol, tahun depan baru beli lagi.. sementara tu pakai lah perfume body shop dulu.. hahahaha...

Nak buat pengakuan kejap boleh? Hadiah lucky draw masa Karnival ICT hari tu bukan perfume tau.. tak sampai hati pulak nak tipu korang lama-lama.. bahaya mekchu ni, dapat thumb drive pun di katanya dapat kunci kereta.. hahahaha... awas korang...

Selalu kan, bila masuk je kedai perfume mesti pening kepala nak pilih.. sedut lah bijik kopi 18x pun, tetap semua pun bau busuk.. masa tu lah rasa macam perut dah kembung angin.. rasa nak wekk wekkk aje..

Nak tanya korang lah... perfume apa yang korang suka dan tolong suggestkan boleh? Ingat nak beli perfume baru lah.. lama sangat rasanya tak beli selain dari body shop :)

Mekchu dah wangi, tak payah pakai minyak wangi pun tak pe sebenarnya.. Kan mekchu pakai Downy Passion.. hahahahahahaha.. ampunnn jangan panggggg dulu..

Jangan lupa tolong suggest ok.. Maaaaaaacih ^o^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...