@churalliya

Thursday, January 3, 2013

Najmi di hari kedua sekolah

Nak kejut bangun mandi pun dah nak dekat sejam.. Celik mata memang tak de masalah.. Memang dari dulu senang bukak mata.. Celik je mata terus carik adik dan cium.. Tapi nak masuk bilik air punya lah payah.. Sempat gi dapur makan biskut bagai, tapi tak jugak nak mandi.. macam2 skill memujuk dah guna, dia masih tak nak mandi..

Sudahnya pukul 8.20 pagi baru setuju nak mandi.. Kelas start pukul 8.. Bagusnya wahai anak..

Sampai je sekolah semua dah start buat chicken dance.. Dia xcited, tapi pemalu yang amat!!

Hari ni mekchu hantar mi-cah sorang-sorang.. Jadinya tiada siapa yang nak tegur mekchu bila terlalu ikutkan cakap anak.. Dia mintak mekchu duduk kat sebelah dia sepanjang masa. Semalam kuat sikit semangat sebab ada papa-jib sama-sama..

Nak dekat 4 jam jugak duduk atas lantai betul2 sebelah mi-cah.. sama-sama kembali belajar.. Nak lunjurkan kaki pun dia ingat kita nak balik..

nak suruh makan pun sedih.. semua pun sedih.. tak salah pakcik dia panggil mat sedih.. huhuhu.. 

Hari ni menu mee hoon sup.. Siap ada udang, sotong, daging, karet semua.. Telah air liur je tengok.. Perut ni dari pagi tak berisi..

Mekchu perasan, bila mekchu ada sama-sama dalam kelas dia tak berani bersuara lantang macam hari sebelumnya.. Macam-macam ayat rayuan keluar.. Hari ni tak dengar suara langsung..

bila duduk jauh sikit, mula lah meraung.. tu tengah menangis la tu sebab mekchu duduk jauh.. 

Dia ni kan kalau menangis sikit2 ok lagi.. boleh tahan lagi.. ini menangis jenis meraung tu sambil muka alahaiiiiii.... runtuh hati kalau tengok..

Bila dia keluar toilet dan tengok mekchu ada lagi kat situ, dia punya lah peluk mekchu.. siap cium dahi, pipi, mulut semua.. terharu sangat lah tu mama dia masih setia menanti..

Entah lah hari-hari esok macam mana.. nak suruh cikgu kunci pintu, dia lari lagi laju dari cikgu..

Tak dapat keluar pintu depan, dia ikut pintu dapur.. Mungkin esok nak kena kaw team dengan cikgu kot..

Wednesday, January 2, 2013

1001 pengalaman baru mi-cah ke sekolah

Tak nak tertinggal abadikan entry pengalaman pertama abg long mi-cah ke sekolah.. 

Bangun pagi steady je sebab dia excited nak pakai beg dan kasut baru dia.. 

 baju sekolah tak dapat lagi.. so, pakai tracksuit dengan t-shirt putih sajork..

Sampai je sekolah, tengok semua dah masuk.. boleh tahan lah ramai murid-muridnya.. Ada sorang budak tu dah basah baju menangis tak nak masuk ke dalam.. Masa ni mi-cah tengok budak tu sebelah mata aje..

Bila kelas dah nak mula, mekchu pun keluar.. Intai dari luar aje.. Semua parents pun macam tu.. yang pakai baju biru tu semua dah 6 tahun.. yang pakai baju biasa tu 4 & 5 tahun.. Senang nak kenal..

 ni masa baca doa dan nyanyi lagu negaraku, lagu tadika kemas dengan apa ntah.. nampak mi-cah dah cembeng2 masa ni..

Belum pun habis nyanyi semua lagu dah boleh nampak air mata dia tik tik tik.. adoiii anak bujang dah start menangis.. siap bahu terhenjut-henjut lagi..


Bagi isyarat kat papa-jib. Dia kata biarkan dulu.. Mekchu syak dia sedih sebab dia tak tahu nyanyi lagu negaraku la..

So, intai je la dari luar.. Sakit2 gak la pinggang dok mengintai..

ya, dia sedang bersungguh-sungguh menangis.. 

Bila cikgu suruh duduk tempat, terus dengar suara dia meraung.. kuat oooooo... sambil menangis dan meraung sempat dia bina ayat...

"Cikgu.. boleh tolong panggil mama-mi tak.. Tadi dia kata nak amek telefon kat kereta"
"Cikgu, mi nak mama-mi.. nak mama-mi jugak"
"Cikgu, mi dah penat sangat ni.. toooooolong lah panggilkan mama-mi"
"Cikgu.. Bila nak balik ni..." ~ pada jam 9.30 pagi

Kuat tau dia cakap.. boleh dengar sampai luar.. cakap dalam sedu sedan yang dah tak tertanggung.. hahaha..

Masa tu parents lain semua dah balik.. tinggal kami aje kat situ.. So, gerak gi sarapan dulu dengan hati yang konon-konon kental..

roti canai sekeping pun tak abis.. tengah susah hati pikirkan anak der...

20 minit lepas tu datang semula.. tengok mi-cah dah ok..

tengah khusyuk mewarna.. 

Sekali ntah macam mana dia boleh ternampak mekchu kat luar.. apa lagi, dia lari keluar ikut pintu dapur..

Kena lah pujuk suruh dia masuk dalam semula.. dah dia tak bagi mekchu keluar.. bila dengar mi-cah nangis, kawan2 yang dah berenti nangis tadi semua menangis balik.. adoiii carik nahas btol..

So, terpaksa lah jadi murid paling tua kat situ.. tak boleh nak gerak langsung.. nasib tak dihalaunya oleh cikgu..

 ajar dia berkawan.. mi-cah ni kan pemalu. 4 tahun lebih duduk ngan nenek.. 

Jam 10.30pagi, tiba waktu makan..

beratur nak basuh tangan.. 

Dia masuk je tandas, terus mekchu keluar... punya lah histeria kat situ.. mekchu dengar dia cakap lagi...

"Cikgu, saya nak ambil air saya kat dapur" ~ dalam sendu yang terindah..

Tiba2 dah ada belakang mekchu sambil peluk kaki ni kuat2... dan terdengar cikgu menjerit dari dalam.. hahahaha.. pandai ngko ye keluar ikut pintu dapur..

 kena lah hantar dia masuk ikut pintu dapur jugak.. sambil tu sempat mata ni jeling2 dapur yang memang sangat bersih.. 

dan masa makan.. hari ni makan nasi kuning dengan kurma ayam.. 

Bila mi-cah leka, mekchu cuba melepaskan diri lagi.. tapi sekejap je dia dah ada kat belakang kita.. Dia suruh masuk dalam duduk sama2 dengan dia. Alasan, takut mama penat berdiri kat luar..

drama air mata sangat hari pertama ni.. budak kat belakang dia tu pulak memang duduk kat situ dari pagi sampai balik.. 

Dan ini dia maskot otromen bila dah sampai waktu balik..

kemain ngko senyum ye.. 

Harap2 esok, lusa dan seterusnya dia makin ok dan suka nak pegi sekolah.. Kita dulu pun macam tu kan.. tak jumpa kawan lagi memang rasa tak seronok..

Tadi dia dah dapat hadiah mainan dari salah sorang kawan yang cuba memujuk..

Monday, December 31, 2012

Kerna kami punya pilihan

Saje kasi tajuk ada bunyik indon skit :)

Entry penutup 2012 mekchu nak cerita pasal abg long mi-cah la.. Tahun ni umur dia 4 tahun dan lagi 2 hari dia akan mula bersekolah iaitu pada umur dia 5 tahun (4 tahun setengah sebenarnya).. Kira halal lah kira umur genap2 terus walau pun dia lahir bulan Julai..

Sememangnya sebelum ni kami tak pernah ambil kisah pasal persekolahan dia.. Bagi kami dia masih kecik dan sila nikmati masa kecik anda puas-puas.. sebab sekali ngko dah ke sekolah, maka ko tak boleh nak mengada dan manja2 lagi.. Masa kecik hanya datang sekali sahaja..

Tercabar jugak diri ini bila tengok anak kawan2 yang lain yang lebih kecik dari mi-cah dah mula bersekolah dan dah mula pandai menulis dan membaca.. Memang kami tak nak pikir dan bandingkan semua itu kerna kami punya pilihan.. Tinggal dengan nenek labu selagi mana belum sampai masa nak pegi sekolah.. ngeee ;)

Dan bila ketika MASA itu sampai, akan ke sekolah jugak anak bujang kami itu... Itu pun kalau ikutkan tahun depan aje nak masuk kan dia ke sekolah.. tapi zaman sekarang dah tak sama dengan zaman kita dulu-dulu kan.. papa-jib tu langsung tak tadika pon..

ada jugak survey beberapa sekolah kat bandar tu.. yang dekat2 dengan opis.. 

Ada beberapa faktor jugak yang perlu dipertimbangkan.. Bincang punya bincang dan pikir punya pikir, kami mengambil keputusan untuk melepaskan sekolah di bandar dan menghantar mi-cah sekolah di kampung sahaja demi kebaikan dia yang pertama kali nak ke sekolah..

Pikir positif.. Sekolah kat mana-mana pun sama as long sekolah tu mengikut silibus yang dah ditetapkan.. cuma tak glamer la kot sekolah kampung khennnn... Tiada Genius Aulad atau Smart Reader mahu pun Q-dees juga Krista. Kalau boleh memang kami nak hantar anak ke Pre-Islamic School.. InsyaAllah, kalau ada rezeki tahun depan ye sayang...

Kalo orang tanya...
"Hantar anak sekolah kat mana?"
"Tadika KEMAS!" ~ seharusnya akan dijawab dengan rasa bangga..

Bila dah decide nak hantar mi-cah sekolah mana, baru lah hegeh pegi carik keperluan sekolah macam anak-anak orang lain..

mencari beg sekolah.. 

beg otromen jugak yang menjadi pilihan.. 

"mama, i'd told you.. no camera please..." jangan percaya mi-cah cakap omputih.. mama dia je yang berangan..

carik kasut pulak.. dia suka ada angry bird kat situ..

memang pengalaman pertama untuk kami semua..

Balik tu mi-cah tak habis-habis try kasut sambil kendong beg baru dia ke hulu ke hilir.. balik kampung pilah pun di bawaknya kasut dan beg sekolah tu..


Nenek jah (mak mertua) kata, macam tu lah perangai papa-jib masa kecik-kecik dulu.. belum mula sekolah, kasut dah kepam..

Sementara cuti bersalin masih berbaki ni, dapat lah mekchu tengok-tengok kan mi-cah...

Harap-harap mi-cah suka dengan sekolah, kawan-kawan dan cikgu dia nanti.. Dan lepas ni harus lah akan ada cerita pasal abg long dan sekolah dia pulak.. Tatau la macam mana kerenah dia nanti.. Tak sabar jugak nak tengok perkembangan dia.. mungkin akan ada ayat yang makin menggeletek dari ayat hagemaru.. kikiki..

Bila anak dah mula sekolah ni, terus terasa diri dah semakin berusia..

SELAMAT TAHUN BARU 2013 buat kawan-kawan semua..




Thursday, December 27, 2012

My Post Natal Physio Class

Tak pernah amek tahu pun pasal ada kelas physio lepas bersalin ni. Semua berlaku masa dalam wad selepas bersalin #habibinajwa 2 bulan lepas.. Pyhsiotherapist datang melawat dan berikan info pasal post natal class..

nampak menarik bukan.... RM100 untuk 4 kali kelas + 1 baby massage..

Makanya lepas habis pantang hari tu bermula lah sesi kelas pertama dan kelas kedua.. Pengalaman baru yang sangat best.. Kelas ketiga, keempat dan baby massage belum lagi..

Bila baca class, ingatkan kelas yang ramai-ramai tu.. sekali one-to-one session.. ohh itu sudah bagus.. 

Ini kelas pertama.. dup dap, dup dap lagi sebab tak tahu suasana yang macam mana.. 

 kasi timbang dulu.. tiba2 jadi ringan ~ 50kg.. biar betul penimbang ni.. nak jaga hati ke apa?

motip nak kena amek gambar dengan bola? sebab bola ni comel tapi berat..

ni fasa keboringan menunggu 'cikgu'. kebetulan ramai la pulak pesakit nak buat physio hari tu.. 

1st class buat kat dalam gym sebab kat wad physio tu full house.. best jugak sebab ada cermin dan tilam yang besarrrrr....

katil di mana excersice post natal physio akan dilakukan..

Cikgu yang ajar tu perempuan singh yang comel.. sebab dia comel lah mekchu nak pegi kelas ni.. Kelas pertama excersice yang ringan-ringan aje.. tak bleh push terus..

 guna bebola besar ni.. naik kat punggung dan perut.. 8, 8 lagi..

pas tu kemut dan kepit bantal ni.. pun 8, 8 lagi.. 

Dapat snap gambar ni sebab 'cikgu' keluar pegi jenguk patient dia yang lain..

Ada beberapa excersice yang lain.. semua memang fokus pada perut semata-mata.. aiii loike :) Sesi kelas ni ada la dalam 30 - 45 minit macam tu.. 

lepas habis excersise, terus kena tuam perut dan belakang dengan hot packs..

'Cikgu' suruh amalkan kat rumah.. kalo teringat memang buat.. tapi dalam seminit dua je gitu... 

Dan ini pulak 2nd class.. 

Appoinment petang. Tapi dari pagi dah keluar atas sebab ada misi nak carik talipon hari tu.. So, bila petang tetex dah makin bengkak. Memang bawak pam ngan ice packs siap-siap yang menjadi best friend lepas bersalin ni.. 

 mintak excuse sekejap untuk mengepam.. kikiki.. kalo tidak, memang lah tak selesa nak buat excercise.. 

ehhh sama pulak kaler baju dan seluar.. kaler je yang sama.. 

2nd class, exsercise yang agak berat sikit berbanding yang pertama dulu.. buktinya, balik tu terus rasa sakit-sakit kat perut.. 

Kalo nak perut kempis, kena lah rajin kan.. nak tiba2 kempis memang mustahil laaa... ini pun luaran je nampak kurus, tapi hakikatnya masih 'bertilamkan air'.. 

Kalau tak kempis jugak, tak pe lah kan... at least I tried.. #ayatpenyedaphati..

Monday, December 24, 2012

Talipon baru kiteeee

Setelah menimbang kilo komen-komen yang berduyun tiba dari kawan-kawan kat fb, makanya sebulat suara memilih...

Dan hasilnya tidak mengecewakan.. mekchu sukeeee :) cover agak meriah ok..

Note II. Beli kat seremban sajork dgn harga RM2369. Plus upgrade 16GB memory card + free cover + free screen protector + free antivirus. Memang tak survey apa pon. Terus naik Terminal 1 tu, gi kat kedai yang kami pernah beli blackberry sebelum ni.. So, tak pasti harga tu murah atau mahal.. Terus beli. Lagi pun papa-jib top-up katanya.. Tq papa-jib hensem :) (terus dapat hensem)

5 hari tanpa talipon ibarat hidup tak dapat makan nasik.. kikikiki..

Kalau memang dah plan nak beli talipon, mungkin ada masa nak survey dulu kot.. Macam tau2 je dah bonus kan..

harus muka tuan tanah disitu.. 

Nasib dah biasa pakai tab 10.1 dapat free yang menjadi hak milik kekal mi-cah tu.. jadi tak de la canggung sangat nak guna... 

Dan ini adalah gambar-gambar terawal hasil dari #mynewbaby

 bersama kesayangan ~ d' double NAJ. Lagi sorang NAJ tak de sebab sibuk menebas rumput..

ni pulak baru lepas makan nasi minyak yang sekian lama tak makan.. 

Ada orang kata mekchu macam Emma Maembong.. hahahaha... 1st time dengar. Kalau macam Sofea Jane selalu lah dengar.. HAHAHAHA #pitammmm.....

Dah dah.. jangan senyum lebih-lebih.. So sekarang dah boleh kembali bebas untuk berwassaping, facebooking, tweeting, instagraming.. cuma bbm-ing je yang dah tak boleh. Kepada kawan2 BBM, sila ambil maklum ye :)

BBM dihati..

Friday, December 21, 2012

Beristirehat di Ancasa Resort, PD

Berhajat nak bawak nenek labu tido hotel sebagai tanda penghargaan penat jaga mekchu sepanjang berpantang hari tu.. Booking hotel area PD sajork. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat itu walau pun kami kehilangan atok jah beberapa hari sebelumnya. 

4 hari berada di Pilah atas urusan kenduri tahlil dan mengemas rumah.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Pagi tu bergerak dari Pilah dan terus amek nenek labu dan bibik. Kemudian kami ke Ancasa Resort & Spa. Dah lama booking sebenarnya, kita hanya merancang kan.. Dia yang menentukan. 

Sampai je Ancasa, terus masing-masing rehat dan recharge battery..

kakak nabila (anak buah papa-jib) yg snap gambar ni ~ menjawab soalan misteri kat instagram hari tu..

Aci tak orang tanya kat instagram, mekchu jawab kat blog? kikiki...

Agak-agak dah segar sikit, terus turun bawah bawak budak-budak mandi pool.. 

after a while.. 

Masing-masing tak tukar baju pun.. Itu lah baju yang dipakai dari Pilah pagi tu.. Main sarung je baju apa yang sempat.. mekchu pinjam t-shirt papa-jib :)

Abg long mi-cah sedang sibuk turun naik gelongsor.. tak mungkin dia nak layan bergambar sama-sama ~ menjawab soalan kawan-kawan di fb pulak :)

 bersama nenek labu.. happy kalau tengok parents kita happy kan.. 

1st time bawak wawa tido hotel dan dia sangat behave..

Naik bilik, siap2 nak pegi makan.. Kami makan kat Mimi Ikan Bakar. Dekat2 je ngan hotel.. 

 sekarang makan dah kembali kepada konsep kunyah2 telan.. 

bibik, nenek labu, kakak bella, papa-jib & mi-cah.. 

Makan sedap sebab papa-jib belanja :)

Esoknya layan mandi laut ngan mandi pool lagi.. Gi laut mekchu tak ikut sbb tak confident nak bawak baby.. 

 seronok mi-cah sebab ada kakak bella dia.. sikit pun tak heran mama dia terjerit2 kat tepi soh pandang camera..

teringin nak gantikan tempat kakak bella tu.. tapi......

dugong sesat terdampar dalam kolam :)

kat lobi selepas check-out..

Percutian yang lebih kepada menenangkan fikiran sebenarnya.. Syukur kerana Dia masih memberi kami ruang dan peluang.. 

Al-fatihah kepada atok jah..

Thursday, December 20, 2012

Si penggemar sayuran

Sesekali baru muncul cerita pasal mi-cah kat sini kan.. Kalau tidak dulu memang asyik muka dia aje yang menempel.. Sejak ada rival ni, maka kurang lah.. Ada ke auntie2 yang rindukan budak pipi bijik rambutan ni?

Tak de la update pasal perkembangan pon.. dah berkembang sangat kot.. hahaha..

Mekchu tak pernah bagi tahu kan mi-cah ni sebenarnya penggemar sayuran.. Dari kecik lagi suka sayur. Dia boleh habiskan semangkuk sayur tanpa kesah orang lain tak dapat makan.. Kadang2 tu nenek labu terpaksa masak sayur 2 kali.. Sawi, bayam, kangkung, brokoli, semua pun dia sapu..

Kobis dia tak suka.. sebab bagi dia kobis tu bukan sayur sebab tak kaler hijau.. hahaha...

bila dalam pantang ni dapat lah snap gmbr dia makan sayur. Selalu lepas balik keje dengar cerita dari nenek labu aje..

 dia sangat kenal dengan bau tumisan sayur.. mula lah dari depan terus berlari ke dapur dan tanya "nenek masak apa tu? sedapnya bau"

nasi agak susah skit nak makan.. sesekali ikut mood.. paling suka lauk telur mata dengan kicap manis kipas udang..

makan sekali sehari.. siang makan banyak, malam diet tak makan.. lebih kurang konsep macam ular sawa la.. bila dapat makan banyak, 2-3 minggu tak yah makan.. ehh iye ke?

Bila kita puji dia bagus makan sayur, mula lah dia nak eskyen.. lompat sana sini, berguling macam dalam Kids Superstar tu.. pas tu ajak main silat.. ehh, dia pandai tau buat bunga silat.. belajar ngan papa-jit.. hahaha.. kelakar sgt tengok dia menghafal step..

budak yang hyper dan ganas.. gambar sehari sebelum dapat adik.. 

Kalau tanya apa cara nak bagi anak suka makan sayur, mekchu hanya ada dua jawapan.. mak bapak kena selalu makan sayur dan perlu ada menu sayur setiap hari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...