@churalliya

Monday, October 28, 2013

Murah rezeki sejak berhijab

Alhamdulillah... syukur dikelilingi kawan-kawan yang sangat manis macam candycrush!!

Sejak berhijab ni, mekchu dapat banyak sangat prezen dari kawan2.. minggu awal2 dulu boleh dikatakan hari2 abang posmen datang hantar kat opis.. hari2 ku terasa sangat indah..

Tak kira lah pemberian itu yang terpakai, atau belum berpakai atau yang masih baru dari kedai.. semua pun masih elok cantik lagi.. dan paling penting niat tu ikhlas sebagai tanda sokongan mekchu dah berhijrah..

Nak tepuk bahu sambil cakap kemon mekchu, kemon mekchu.. kipidap mekchu.... memang tak dapat la kan.... Dengan cara terperanjat-peranjat macam ni sebenarnya lagi memainkan peranan sebenarnya.. lagi touching.. lagi senang nak menangis juga.. hahaha aii ni kan mudah cembeng orangnyaa...

Setiap pemberian kawan-kawan mekchu ada publish kat instagram.. Kat blog ni nak buat entry pulak supaya senang nak kenang nanti.. ada yang dah pakai, ada yang belum sempat nak pakai lagi.. InsyaAllah, mekchu akan pakai semua nya andai berkesempatan..


ni dari syikin ibrahim.. dulu silent reader sekarang dia dah berani bersuara :) 
**************************************************************************************

ini pulak dari zura alycia.. siap bagi sekali dengan FM dan duit raya najmi & najwa.. 
**************************************************************************************


ini dari mak tang Puteri Mona.. masa dapat ni dia dalam pantang.. pun sempat soh tok laki dia gi pos.. bukak je bungkusan terus rasa nak meleleh air mata.. 
**************************************************************************************


yang belah atas pemberian Mimie Qirana yang bersuara sedap... sejak dah pindah pejabat agama ni rekues dia nyanyi lagu sepohon kayu tak dapat2 lagi..

Yang belah bawah tu pemberian sahabat dulu kini dan selamanya, rosnizam mat a.k.a ms_onie... tudung tu special sebab dia bawak sendiri masa datang raya hari tu.. Hadiah birthday mekchu.. awwwww....
**************************************************************************************

shawl ni pulak dari kawan papajib kawan ku jua.. hahahaha.. shacip.. tergelak-gelak baca notes dia kelam kabut gi buat pos laju.. macam2 tau korang ni.. alahai, buat susah2 aje.. 
**************************************************************************************


haaa.. shawl pink dan biru ni lain pulak ceritanya.. malam tu nini D siap2 wassap bagi tau esok mekchu dapat parcel tapi bukan atas nama dia.. alaaaaa, baru nak felling ada secret admirer kannnn... gojes sangat shawl tu.. 
**************************************************************************************

Shawl hijau prezen dari owner Pritilulu.. mekchu ada beli 2-3 tudung kat kedai dia baru2 ni.. tak sangka pulak bila nak balik tu dia selitkan sekali shawl hijau ni kat dalam bag.. adoi kak, baik nya kamoo... dia kata sebagai tanda sokongan selepas berhijab.. Alhamdulillah..
**************************************************************************************


[ @ ] churalliya Dia panggil kite ranggi.. sbb tu prezenkan tudung jeans ni.. mahal kot kak tudung #pearlhaya ni. Tak pernah ada dlm koleksi lagi. Terima kasih byk2.. akk dh ceriakan hari sy. Sy doakan akk terus suksessss.. amin.. - dari senior sekolah ku kak zie..


terus declare tudung feberet walau pun korang nak kata kepala besar...

**************************************************************************************
yang ini lain.. ini bukan kategori prezen.. sebab kalau prezen ni kita macam seprise berdebar2 tatau apa isi kat dalam kan.. shawl ni mekchu memang dah siap2 order online bila tahu papajib outstation kat KB hari tu.. mekchu order, tapi papajib yang bayar.. hahaha.. harus pandai amek kesempatan lorrr...

Ternyata ramai yang sokong sejak mekchu pakai tudung ni.. tak tahu lah macam mana nak cakap. Terharu sangat.. Sangat! Ingat lagi tak masa nak mula kerja lepas cuti raya dulu tu mekchu hanya ada 5 helai tudung aje? Tuhan telah permudahkan perjalanan hamba-Nya.. Syukur..

Dari 5 helai, sekarang dah jadi hampir 50 helai.. Perlu declare DILARANG membeli sebarang jenis shawl/tudung lagi dah lepas ni... Berkuat kuasa pada tarikh entry ini dipublish :)


by mekchuN (^_^)

Friday, October 25, 2013

Rindu masa berkualiti

Laaaaaamanya tak balik rumah sendiri... Rindu pulak nak buat aktiviti sihat macam korang...

Paling rindu nak pegi erobik...





Rindu nak bersihkan kawasan rumah yang sekangkang beruk tu...




Rindu nak golek-golek kat rumah sendiri.. ~ Gambar golek-golek tak de..

Rindu nak masak-masak kat rumah sendiri.. ~ gambar masakan tak de jugak.. tapi percaya lah mekchu masak hari tu..

Rindu nak beriadah bersama family..



Disebabkan sangat syok main go kart ni, maka esoknya kami repeat lagi...



Ada instavideo.. tapi masih tak berjaya copy paste kat sini...

Kawan-kawan seremban, jom layan go kart nak? Tapi ni children go kart.. belasah aje laaa kalo tak ramai konpem ane tu bagi main punya... Kat Aeon Big (care4 lama). Sila roger mekchu kalo ke sana ok...


by mekchuN (^_^)

Wednesday, October 23, 2013

Himpunan Entry Bandung di sini....

Korang kalau nak carik entry yang dulu2, boleh je Ctrl + F dan taip aje apa benda yang korang nak carik..

Atau nak cari dari kotak search kat atas tu pun buleh...
Atau cuba cari melalui Labels kat tepi sebelah kanan tu pun can..
Pandai2 la ikut jalan mana yang senang...

Tapi untuk entry Bandung (ada yang rekues suruh mekchu letak kat tepi satu satu nak kasi senang nak carik katanya) mekchu dah letak dah kat sebelah tepi tu.. suka tak???

perasan ke idok kat belah tepi tu?

Link List yang bukan2 ku dah delete.. ntahapaapantah letak Segmen Mari Kenali Mekchu konon... hahahaha.. itu masa mula2 buat blog.. kengkonon nak bagi uols senang nak kenal mekchu.. Pas tu link list Tutorial celah gigi tu pun ku dah delete!! Buat menyemak je.. bukan best sangat pun tutorial tu..

Kalo tak nak pegi Bandung dalam masa terdekat tak ape, mekchu memang sayang korang lebih... memang mekchu biarkan aje kat tepi tu sampailah agak2 mata ni dah menyampah tengok... nanti lagi 2-3 hari nak pegi pun boleh masuk sini dah terus klik klik klik aje..

Daaaaa....


by mekchuN (^_^)

Tuesday, October 22, 2013

Kecibung wawa dah 1 tahun

Kejap je kan... mekchu yang hari2 tengok wawa pun rasa sekejap je dah 1 tahun... Sekejap je dah besar.. Tapi wawa ni halus je orangnya, jadi mekchu tetap nak kata dia kecik lagi.. masih baby lagi...

Selamat hari lahir yang pertama sayang...

Gambar dia bangun tido pagi tadi..

Tak buat birthday party kot.. anak kedua gitu laaaa....

Sedikit perkembangan wawa menjelang 1 tahun secara senapas..
Belum berjalan. Belum tumbuh gigi. Berat 7 kilo lebih sikit aje. Halus kann.. Baju baby semua masih boleh pakai. Masih setia pada susu mama. Pandai buat muka musyuk, muka terkejut. Pandai gaduh dengan abang. Suka dokong. Suka bercakap. Suka kucing. Tak suka nurse dan doktor.. hahahaha...

Mama doakan wawa menjadi anak yang solehah, yang bijak, yang berjaya, yang sihat, yang sentiasa menggembirakan hati mama, papa dan abang... Amin...

Bila wawa dah setahun ni, mula la soklan 'bila nak menambah akan kedengaran'.. tak caya tengok laaaa....

Kejap lagi nak carik balik entry bersalinkan wawa dulu...

by mekchuN (^_^)

Monday, October 21, 2013

Penyediaan bubur anak ketika pergi bercuti

Risaukan bagaimana nak sediakan bubur anak ketika bercuti jauh? Risau tiada makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak sepanjang waktu bercuti?

Kalau korang ada perasaan tu, syabasssss... korang adalah ibu yang prihatin..

Secara jujurnya mekchu memang tak pernah terpikir nak masak bubur kat hotel.. nak angkut slow cooker naik kapal terbang.. terus pikir penyelesaian yang mudah iaitu bagi makan roti atau nasi dengan sup atau biskut.. Kenyang ke budak tu? jeng jeng jeng...

Bagi hotel yang ada sediakan menu bubur, beruntung lah.. tapi macam mana nak tahu hotel tu ada masak bubur ke tak? ada nombor chef dia tak?

Maka, meh sini mekchu share macam mana mekchu sediakan bubur wawa masa kat Bandung hari tu.. ini pun sebab ada yang minta share kan.. cehhhh perasan hebat sangat ni... ehemmmm!! walhal faridah (opismate) yang ajar satu per satu sehari sebelum ke Bandung..


Perkara yang perlu disediakan :
1. Slow cooker size kecil. Tak berat, tak ringan. Sedang2.. Nak travel sekali dengan kotak pun boleh, nak buang kotak pun boleh.
2. Beras anak secukupnya
3. Lauk. Kalau nak aeroplane dicadangkan agar gunakan ikan bilis yang digoreng dan diblend halus. Senang nak bawak. Kalau naik kereta, boleh je kalau nak bawak ayam atau ikan yang dah direbus. Letak bersama dengan ice pax.
4. Sayur. Balut cantik2 dalam paper.. Sampai je hotel sumbat masuk dalam peties dia..
5. Bawang goreng (add on)
6. Senduk/sudu

Dah.. tu aje bahan nya..

Cara sedia bubur :
1. Malam sebelum tidur basuh beras dan masuk kan ke dalam slow cooker.. Biarkan hingga ke pagi.. Pastikan air tak terlalu banyak macam kita masak bubur kat atas api tu..
2. Pagi tu mesti beras tu akan kembang. Baru masuk kan ikan bilis/ayam/sayur
3. Kacau-kacau dan siapppp....

Dah.. itu aje.. Selamat mencuba.. (kembang kempis idong perasan macam hebat sangat dah ni) hezzz hezz hezzzz...

Mekchu letak label entry ni dibawah tajuk 'resepi'.. Kesian ada 2 entry je setakat ni...

by mekchuN (^_^)

Friday, October 18, 2013

Sinetron : Bibik Lela dan Bibik Shanti pulak

Macam yang korang semua sedia maklum, kisah bibik ni memang tiada kesudahan... Dah ada berbelas-belas jugak entry pasal bibik kat sini...

Bibik yang terakhir (bibik yana) berambus bulan June hari tu.. entry kenapa dia berambus ada kat sini.. mekchu pun baru lepas baca tadi.. Kelako pulak pasal papajib soh stand by kayu tu... hahahaha..

Diam tak diam dekat 5 bulan jugak lah nenek labu jaga budak2 ni kat rumah.. hari2 mekchu call tanya nak makan apa.. tak bagi nenek labu masak.. mekchu nak memasak pun tak boleh janji jugak.. tak bleh janji sedap.. hahaha..  itu yang call aje tanya nak makan apa..

Kat mana nak mula ehh?

Kami kan ambil bibik dengan anak saudara aje.. nak murah konon... nak jimat... jadi sabar aje lah menanti dari hari ke hari kata nak ganti bibik.. dari 10 puasa sampai lah 100 puasa pun tak nampak batang idong jugak..

Tiba di suatu petang yang indah, akak mekchu call kata ada berita baik... Dia bagi tau khairol (org indon yang selalu tolong repair longkang, extend rumah, buat porch keta, tukar atap, tukar pagar) ada datang rumah dan bagi tau isteri dia nak cari kerja.. Si khairol ni memang tahu kami mencari bibik untuk nenek labu..

Siapa yang tak nak kan... Dia yang datang menyerah mencari kerja.. Selalu kita yang berabis duit bagi kat ejen untuk carik bibik. Berapa banyak bleh jimat kat situ.. Terus setuju dan esoknya lepas keje mekchu pegi amek bibik dan terus bawak balik rumah nenek labu...

"mak.... nanti adik bawak balik hadiah besar untuk mak"
"hahhhhh?"
"tapi hadiah ni tak boleh balut sebab terlalu besar"
"bibik la tuh..."

Nenek labu pun dah boleh agak.. Nampak sangat yang dia sangat perlukan bibik...

pekenalkan bibik lela..

Al kisah bibik lela gini......... Dia kan ada suami kat ampangan tu, khairol... Jadi laki dia ni rekues dalam sebulan suruh bawak bibik lela ni kat rumah dorang kat ampangan.. Dekat dengan rumah akak mekchu aje... Nampak gaya dia nak sangat bekerja jadi kami terima sebab mekchu pun dalam sebulan konpem ada balik rumah seremban tu.. Nanti boleh je hantar dia kat ampangan tu...

Bibik lela ni ok.. Nenek labu suka.. Wawa pun suka.. Wawa kan dah kenal orang.. Tapi bila nampak bibik lela terus depa tangan suruh orang tu angkat... ewahhhh...

Bila dah ok, lain pulak ceritanya... Mekchu ingat lagi dia start keje hari Khamis.. Khamis ok.. Jumaat ok.. Tiba hari Sabtu tu dah buat hal... Dia bagi tau suami dia call minta dia balik.. Suami demam menggigil... adehhhhhhhhhh...

Baru 3 hari kerja suami dah demam gigil rindu bini... achaner tu? Itu la dia masalah kalau laki ada sekali kat sini..

Dan nak jadi cerita lagi (sinetron sangat)............. Kebetulan pagi Sabtu tu (pagi yang sama) mekchu dapat call dari anak saudara mekchu (ejen bibik yg byk kelentong tu) bagi tahu bibik baru dah sampai 2 orang.. Dia nak hantar salah sorang bibik baru petang tu jugak.. Derrrr..... ini memang dah macam drama sinetron.. Dah macam musim bibik pun ada.. sekali datang kemain banyak lagi..

Serba salah jugak masa tu... ingatkan nak hantar bibik lela ni balik dalam 1 malam aje jumpa laki dia yag demam pus pus tu.. lepas tu nak ambil semula.. Bila dah dapat call dari anak saudara mekchu ni, nak tak nak terpaksa lah buat pilihan...  Pilihan yang terbaik (kami harapkan).. Kami melepaskan bibik lela ni setelah bekerja selama 3 hari.. Buat abis air liur je ajar dia lipat baju, gosok baju semua..

Dan petang hari yang sama kami dapat bibik baru (bibik shanti).. Ibarat patah tumbuh hilang berganti.. puiiiiiii...


Tidak mahu tertipu lagi, kali ni kami sediakan agreement.. serik dah asyik kena tipu.. Kami ni bukan cop duit.. asyik2 nak duit tapi bibiknya tak dapat2.. kalau dapat pun kemain lama kena tunggu.. Lepas tu macam2 la kena top up lagi.. Kali ni kami nekad nak setelkan dokumen dan permit sendiri.. Banyak boleh jimat kalau buat sendiri.. Dorang mark up kat situ je ntah berapa ribu...

Passport bibik Shanti ni mekchu tengok cop masuk Malaysia 27 sept. 28 sept terus di hantar ke rumah nenek labu..

bibik shanti, bibik lagi sorang nak hantar rumah cina dan omar sbg ejen bibik dalam sinetron ni

Gambar anak saudara mekchu tu biarlah rahsia... itu lah pahit manis kalau berurusan dengan darah daging sendiri.. Nak rekeman kat kawan2 pun malu...

Bibik shanti ni dah kawin... laki ada kat indon sana..



Masa baru sampai, kemain masuk je rumah terus tanya mana penyapu... tak menyempat nak salin baju, nak bukak tudung terus menyapu.... sapu rumah penuh bersemangat macam menyental lantai kekdahnyaaaa....... Seminggu bibik kerja dengan kami, wawa pulak masuk ward..

Sepanjang mekchu kat dalam ward, hari2 nenek labu call membebel tak puas hati dengan bibik shanti ni.. Dah la mekchu tension kat hospital, kena pulak dengar nenek labu bebel pasal bibik.. mekchu setakat boleh dengar aje la.. Mungkin sebab mekchu tak de, bibik dah berani tido, dah berani curik tulang, dah berani termenung sana, termenung sini, buat keje sambil lewa semua2 lah yang membolehkan majikan naik hangin...

Dipendek kan cerita (sebelum korang mual membaca), hari wawa boleh discharge Akak mekchu balik rumah nenek labu.. Nak spot check nak tengok sejauh mana bibik ni pemalas macam yang nenek labu cerita..

Bila tanya, dia cakap pening.. Nenek labu siap dah buat milo. Dah bagi makan panadol berhari2 pun masih pening... Ini dah lebeyyyyyy.. siapa yang jaga siapa pulak ni kannnn....Akak mekchu ni memang mata2 gelap wannabe... dia memang suka tanya sampai ke akar umbi.. korek punya korek punya korek.. paksa bibik bagi tau sakit apa......... sekali baru lah bibik bagi tahu yang dia hamil lalu menangis teresak-esak..... dermmmmmmmmm bibik bunting yang ngko bagi yeeee!!!!!!

Patut lah pening tak baik2... kalau pening biasa makan ubat bangun esok dah elok dah... Kalau sakit buatan orang ni 9 bulan baru baik pening kot... terus call anak saudara dan suruh dia ambil semula bibik shanti ni tapi dengan pengganti!! Dia pun terperanjat dengar bibik mengandung..

Mekchu nak aje belikan tester... tapi maca geli pulak nak suruh dia kencing... saje nak tahu dia ni betul pregnen atau cipta alasan tak nak keje sini... tapi bila tengok memang gaya orang tengah mabuk... minum air suam muntah, bau nenek labu menumis muntah.. asyik nak membutaaaaa aje...

Memang memendam sakit hati je simpan bibik mabuk ni lama-lama..


Bila tengok muka bibik ni pun gerammmm aje... asal tidokan wawa dia yang tido dulu... suruh basuh pinggan pun bermuka sakit... suruh lipat baju pun bermuka sakit... apa aje la keje yang boleh suruh dia buat... Tu belum nenek labu suruh mesin rumput lagi tu.. Kemuncup dah mula panjang dah kat laman luar tu... Baik pulangkan aje laaaaaa....

Memang kami mengharapkan bila pulang terus dapat pengganti bibik shanti ni.. tapi sementara nak tunggu pengganti takut pulak kalau jadi apa2 kat dia.. kami tak nak bertanggungjawab... Buatnya gugur ke, pengsan ke eiiiiiii takot.... Dah la x amek apa2 supliment awal2 mengandung. Makan pun tak nak... So, jln terbaik adalah pulangkan aje... Ntah tahun ke berapa pulak nak dapat pengganti wallahualam....

haaa macam tu la muka dia sepanjang kat sini.. muka sakit.. dah selamat hantar semula kepada ejen dia semalam.. pandai2 ngko la hantar dia balik indon...

Tu la dia... macam-macam perangai... macam-macam ragam... bibik demi bibik... tetap berdoa agar suatu hari nanti kami dapat bibik sebaik bibik ita (bibik yang jaga micah dulu).. Ohhyeee ramai yang cadangkan suruh call bibik ita tu tya nak kerja semula ke tidak... Kami awal2 dah tanya kat dia.. Laki dia sekarang tengah sakit... kena jaga laki dia kat sana.. Dia memang nak keje semula dengan kami.. Dia bagi tahu akan datang kembali ke sini lepas laki dia mati... hukkk aloohhhhhh....

Hadoiiiii tiba2 migrain!!!!


by mekchuN (^_^)

Thursday, October 17, 2013

Bekorban demi pasukan

Sempena Raya Haji katanyaaaa... sedang elok la cerita pasal pengorbanan...

Ngam2 4 hari kat hospital, mekchu diberi keizinan dari papajib untuk keluar dari spital pegi bantu kawan2 untuk game volleyball.. Dia kan suka binik dia bersukan... pompuan tu je yang malas sebab tak kuasa nak sakit2 badan... Siapa follow Instagram (@churalliya) perasan kot ada gambar friendly volleyball 2 minggu lepas kalo tak salah...

Kita hanya merancang kan... tetapi kalau niat kita betul insyaAllah Tuhan tu akan permudahkan...

Wawa yang sakit.. mekchu ni tak sihat.. jadi tak salah kot kalau mekchu pegi bantu kawan2 main volleyball.. Kalau dok spital tak keluar peluh lagi bertambah sakit kot.. ~ isi kandungan perenggan ni sangat penting... takut ada yang tersalah erti.. Nak buat baik pun masih ada yang bercakap belakang... why lor??

Game hari 1st tak dapat datang sebab wawa masih lemah masa tu.. Bila dengar dorang dapat masuk semi-final terus bersemangat nak pegi main sama... nampak je mekchu ni lembik, tapi semangat kesukanan boleh tahan jugak apa... malas je nak tunjuk selalu.. cehhhh.. boleh tahan kuat kelentong jugak...

tepat 8 malam papajib dan abam mi datang bersama segala baju yang dipesan.. take turn jaga anak kejap.. siap pesan petang tu jangan bagi wawa tido... hahaha cuak la tu kalau wawa meragam.. dah siap pam susu semua.. senang nak handle kecibung wawa tu.. 

dapat ucapan good luck dari abam mi... alaaaa drama sangat ni... 

Cuak gak hari pertama tanpa mekchu dorang bleh masuk semi-final.. sekali takut mekchu datang je terus kalah.. haaaaaa caneeee?

pinjam inner golp papajib.. 

Dah 4 hari tak jumpa matahari... dapat keluar malam, matahari pun dah tak de.. walau bagaimanapun, perempuan ni tetap gembira...

Semi final Satria (team mekchu.. macam paham2 je kan aii ni peminat tegar oren) lawan Wira (pepel)..


pinjam tanpa izin gambar dari blog nadi chinta.. tak yah mintak izin, mekchu yang snap kan.. tanpa mekchu korang tak de gambar cenggini tawu... 

 game dah mula.. hati ku berdebar-debar... 

nampak perempuan tu serve bola? 

Setiap kali nak serve kan mesti mekchu cakap macam ni "ini untuk anak mama.. fuhhhh masuk lah ngko" Alhamdulillah, masuk.. memang target kasi masuk je.. ada la sekali dua tak masuk.. Dari sekolah dulu coach ajar server tu paling penting.. selain yang lain2 pun penting jugak.. tapi yang lain2 tu tak kena bola pun tak pe.. tapi part serve bola tu memang semua kena ambik.. tak bleh elak.. So...... kena lah bedal kasik masuk jugak..

ini lah maksud mekchu.. kalau tengah game sila menyorok belakang mizi.. expecially masa nak amek 1st ball.. nescaya tidak dilabel sebagai lubuk... kahkahkah... 

Tapi berjaya jugak laaaa selamatkan beberapa bijik bola.. menjahanamkan pun beberapa bijik jugak :D

Alhamdulillah, Satria layak masuk Final..

sebelum mula Final.. Satria masuk final weii tahun ni.. tak pernah-pernah... percaturan korang menjadi laaa... atau mungkin dengan bantuan mekchu korang jadi lebih semangat?? echeeehhhhh.... 

Final lawan dengan Waja.. Team otai yang tiap2 tahun pun masuk Final.. solid2 player dorang.. yang sorang budak pakai baju seluar hitam tu gile liat weiiii... budak baru..

Mekchu harapkan tahun depan ada nama baru untuk kumpulan sukan ni.. berjaman asyik guna nama kereta Proton.. adeiiiiiii....

1st game kalah... agak tertekan... tapi mekchu macam biasa menten je relax... 

siap ketap2 bibir dalam court.. 

Setelah berhempas pulas, Johan adalah team Waja.. dorang memang patut menang.. tapi kitorang pun patut menang jugak sebenarnya... ehh? kalau 2-2 nak menang siapa nak kalah.. Fine, kami mengalah lah...

Naib Johan.. bak kata boss, ok lah tu ada johan cuma kena buang naib tu untuk tahun depan... 

thanks papajib atas ke-sportingan anda... 

Seronok dapat lihat dunia luar walau pun hanya 3 jam cuma... ewahhh ayat kemain... 


by mekchuN (^_^)

Wednesday, October 16, 2013

Salam Aidiladha 1434H



Tak de buat persiapan apa pon raya tahun ni.. Dapat kluar hospital 2 hari sebelum raya pun dah bersyukur sgt dah...

Baju recycle je raya yang lepas (boleh pon).. Shawl je tukar pakai girlpren bagi..

Malam raya tido rumah seremban. Pagi raya kat rumah akak. Ptg raya kat pilah.. InsyAallah mekchu cuti smpai jumaat ni.. Isnin dpn baru masuk opis. Cuti jaga wawa kat rumah.. Doktor yg suruh pantau wawa lagi.. 

Wawa nampaknya dah makin sihat. Gambar dan video dia ada byk kat Instagram (@churalliya).

So gurls, jgn noti2.. kerja rajin2 ok..

Monday, October 14, 2013

Alhamdulillah kecibung wawa dah boleh balik beraya

Kalau kira hari bersamaan 8 hari.. Tapi dalam bill kira 7 hari..

Alhamdulillah, semalam wawa dah discharge.. kami dah boleh balik beraya... yeyyy...


Terima kasih di atas doa kawan-kawan semua.. Semoga wawa terus dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa... Amin...

Selamat menyambut Hari Raya Qurban untuk semua yang beragama Islam.. 8 hari di hospital adalah pengorbanan tanpa had mama untuk Najwa Syahira... sayang sangat sangat dengan kecibung mama yang sorang ni...


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...