@churalliya

Thursday, March 13, 2014

Bertambah lagi setahun

Menjadikan umur terkini kepada angka 35...

Relek la papa, 35 sekadar nombor.. Jangan la sedih umur dah banyak.. kikikiki... Walau pun mekchu sebaya, tapi mekchu tetap muda dari papajib...

Tidak mencari sebarang hadiah untuk papajib pun.. Sebab tahu dia dah ada semua..Kalau tanya nak hadiah apa dia mesti jawab nak kayu golp.. sebelum hadiah menjadi tak ikhlas, lebih baik tak payah bagi langsung... hahahaha...

Mekchu cuma order rainbow cake yang paling sedap in town aje.. Kekonon nak seprise.. Cake tu mekchu yang teringin nak makan.. Sebab kalau tanya nak kek apa mesti dia jawab tak nak... Isshhh tau sangat dah papajib tu...

berlolah pujuk mas nak tumpang pegi kedai DIY semata-mata nak carik lilin comel huruf-huruf tu... tak pernah dpt tiup lilin banyak macam tu di kek sendiri.. kek papajib pun buleh... 

dah boleh kaw team dengan abam mi.. tapi dia bising (sbb excited)... suruh amek pisau ikut pintu belakang senyap2, tapi mekchu kat depan ni pun boleh dengar.. apatah lagi papajib yang mengadap pintu dapur tu... hahaha

Kat situ dah bajet kantoi...

Lepas tu suruh abang mi panggilkan papajib... Dia panggil macam ni..

"papa... papa.. sini cepat mama panggil tengok kek"

Dushhhhhhh... habis seprise mama..

Tapi papajib pandai... Dia pandai amek hati buat2 terperanjat dan terharu...

comel kan tuan pengarah pakai mask ngan topi birthday macam tu.. mana nak carikkkkk dia nak sporting pakai macam tu... mekchu beli 1 set je pun.. anak2 nak pakai pun mekchu tak bagi... beli banyak nanti membazir.. 

Nak bergambar ber-4 tak de monopod :( Nak kena beli la satu...

susah rupanya nak nyalakan semua lilin... hahahaha panasss wok kena tangan... itu je la huruf2 yang berjaya dinyalakan...

Masa ni peluh mekcu dah tik tik tik dah.. dengan anak yang tak sabar2.. dengan pakai baju 2 lapis lagi... dengan tak de kipas lagi... menyala 5 batang lilin pun dah syukur...

Nyanyi dan tiup lilin.... yeyyyyy..  Untung lah dah 35 tahun pun dapat tiup lilin lagi.. Ingat neelopak je ke yang boleh?


Upacara suap menyuap kejap, lepas tu terus ke Mydin..

growing old with you is the best thing to do ~ paling suka dengan caption birthday ni... chop! jangan tiru..

besar dah abam mi... 


Gitu lah seadanya.... yang pasti akan ada kesinambungan sambutan birthday papajib ni.... Akan ada.. Pasti ada... (kemain.. yang ini kalah neelopak)


by mekchuN (^_^)

Thursday, March 6, 2014

Dah boleh buat member dah......


dah boleh buat duckface sama-sama....

dah boleh pakai munge kat kepala sama-sama....

dah boleh tunggu komuter sama-sama...

Lepas ni tak sabar nak tunggu pegi shopping lipstick sama-sama pulak...

Ehhh bukan lipstick aje.. lipbum, lipgloss, liplap... hahahaha...

by mekchuN (^_^)

Monday, March 3, 2014

Che Wa 1 tahun 4 bulan

Anak dara dah besar... Dah 1 tahun 4 bulan..


  • Gigi? Baru tumbuh 2 batang belah atas... Lambat kemain tumbuh gigi.. Setahun 3 bulan kot baru nampak putih.. Orang tua2 cakap kalau tumbuh atas dulu nanti dah besar suka melawan cakap? Betul ke?
  • Kalau malam, tak pernah merengek nak susu.. Bagi sebotol sebelum tido, pukul 6.30 pagi baru mintak susu.. Senang sangat jaga kamu anak... 
  • Sangat garang... paling suka menyakat abang.. Abang rampas barang, nanti dia datang terkedek gi rampas balik.. Berani la abang nak rampas semula.. tu yang member selalu frust belakang pintu... hahahaha
  • Berat? Tinggi? tak tahu yang terkini... sebab tak de appoinment kan.. 
  • Pampers size M muat lagi..

Wawa adalah kakak. Nisa adalah adik. Tp kenapa nisa lagi tinggi dan matanya sangat besooo? 

Baru ku faham kenapa ramai yg cakap macam ni kat wawa "eeeeee... kecik2 dah pandai jalan...." (^_^) hahahaha #najwasyahira

Kali ni mekchu malas nak cerita pasal millestone wawa ni.. Kali ni special sikit.. layan aje pehlisss.....

#1 : Ketiak lenguh kendong henbag

"mama, jom jalan...."

"lenguh dah ketiak pegang henbag ni..cepat la mama...." 

"ishhhhh.. lambat la mama ni... wawa pegi dulu laaa....."

#2 : Wawa dan skendel

"mana la skendel ni tak sampai2 lagi.. sampai tertido kite nunggu tau..."

"ehhhh.. Senyum. Senyum. Skedel dah sampai tu... tak sia-sia pakai bunga besar kat telinga...."

"nak buat2 terjatuh la depan skendel.... opocot..... "

#3 : Kalaulah daun ni duit...

 "kesian nenek.. penuh laman nenek dengan daun"

"nak tolong nenek kutip daun lah.. tak kan nak makan tido free aje kannn hari2...."

"daun ni kalau minum pun sodappppp"

#4 : Tonggek tak kiteee?

 "ok mama.. wawa dah sedia nak posing lekap kat dinding ni... "

"ehhh kejap. Kejap... tunggu wawa nak posing pakai kasut. Baru cun... "

"hahhhhh? amacam mama? ke nak kena tonggek lagi?"

Mekchu yang hari-hari jumpa ni pun gerammmm tengok budak kecibung ni..

Tolong jangan besar cepat sangat wawa.. Nanti mama kena tanya bila nak menambah lagi.. Mama tak shuke soklan tu!!

by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 26, 2014

Macam mana najmi terbuka hati nak makan di sekolah

(entry sambungan dari Kenapa abang mi tak suka makan di sekolah. Entry makan pun ada sambungan ke?)

Mekchu hantar abang mi macam biasa sampai pintu kelas.. Sekali cikgu datang dan borak2 pasal kes abang mi tak nak makan..

Cikgu : "semalam saya siap koyakkan sikit roti telur dan cakap kalau najmi sayangkan mama, najmi kena makan sikit.."
mekchu : "oooo patut lah ada luak sikit roti telur tu"

Cikgu bercerita lagi...
cikgu : "kenapa najmi tak nak makan ni.. kesian mama penat dia masak tau..."
abang mi : DIAM
cikgu : "errrmmm? kenapa najmi tak nak makan"
abang mi : DIAM lagi
cikgu : "kesian tau mama pagi2 masak kan bekal, najmi tak nak makan. kenapa?"
abang mi : "mi tengah fikirkan jawapan ni cikgu"
cikgu : "cuba bagi tahu cikgu kenapa najmi tak nak makan"
abang mi : "sebab perut mi ni ada angin jahat......"

Terus cikgu gelak...

Ok, mengaku memang perkataan angin jahat tu mekchu yang wujudkan... dah tu tatau nak eksplen macam mana lagi kat dia...

Sekali datang cikgu besar (pra) dan terus mekchu kena sekolah kat situ jugak pagi tu...

cikgu besar : "tak baik sebenarnya cakap angin jahat pada budak2 umur macam dorang ni"
mekchu : SENGIH
cikgu besar : "budak2 ni ada minda.. minda mereka sedang dalam proses berfikir mana yang elok mana yang tidak.. kalau kita bagi tahu alasan macam tu tak baik kan..."
mekchu : SENGIH lagi
cikgu besar : "kita patut cakap macam ni... makcik tukang masak kantin tu orang Islam. Dia bersih. Dia basuh tangan sebelum masak. Dia masak sedap. Makcik tu dah lama kerja memasak kat sekolah... blaa.. bla... blaaa..."
Masa ni mekchu dah blushingggggggggggg
mekchu : "Ok cikgu, nanti saya ekspen dengan najmi sama macam apa yang cikgu cakap tu. Terima kasih ya cikgu. Saya akan cuba pujuk najmi lagi"

Terus blah masuk opis... Merah punch card ku akibat kena sekolah di sekolah anak...

Dan mekchu cuba ceritakan dan jelaskan dengan abang mi sebijik macam apa yang cikgu besar tu cakap... dan alhamdulillah, minggu lepas dia ada bagi tahu dia ada cuba makan mee goreng kat sekolah...

abang mi : "mama... mama....... tadi kan mi makan mee goreng kat sekolah.. sedap lah mama...."
mekchu : "haaaa... kan mama dah kata. Makcik kantin tu orang Islam. Dia masak sedap. Dia basuh tangan sebelum masak. Dia pembersih tak macam mapley" ~ yang hujung tu mekchu tambah
abang mi : "minggu depan cikgu kata mama tak payah masak bekal mi... Mi nak cuba makan kat kantin sekolah"

Ternyata jauh sangat bezanya kualiti ayat seorang ibu muda dengan ayat cikgu besar kan... Mereka memang sangat berkemahiran dalam psikologi anak.. Terbaekkkk...

hari pertama ke sekolah tanpa bag bekal.. 

Sepanjang hari mekchu berdebar dan tak sabar nak tunggu abang mi balik sekolah..


"mama, mi makan masakan makcik kantin kat sekolah tadi... mi tambah ikan 2 kali!! sedap lah makcik kantin masak.. bukan macam mama masak"

Dah pulak.... sempat ngko kenakan mama kannnnnnnnnn......

ini minggu ke-2 tanpa bag bekal

abang mi : mama dah tak payah masak bekal ni tau.... 
mekchu : sampai bila? 
abang mi : SELAMANYA.......

Syukur... syukur... syukur... Tiada paksaan... Keinginan itu datang dengan sendiri...

Atau mungkin juga abang mi ada 'pendorong' atau erti kata lain 'pemberi semangat' di sekolah?... Dia selalu sebut nama batrisya. Apakah??


by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 18, 2014

Kenapa abang mi tak suka makan di sekolah?

Kenapa ehhh??

"Sebab cikgu masak menjijikkan" ~ itu adalah jawapan dia dulu2..

Kadang-kadang ada jugak dia jawab macam ni "cikgu masak tak menyelerakan". Mekchu tak pernah ajar dia ayat2 macam tu.. Kemungkinan besar dia belajar dari hagemaru.

Jap mekchu cuba dedahkan kat sini kenapa dia sampai boleh bagi statement di luar jangkaan macam tu...

Najmi ni memang agak memilih bab makan... sikit laa... tak cerewet mana pun sebenarnya... Kalau kitorang makan kat luar dia makan aje.. bukannya jenis yang tak nak makan kat luar pun.. Semua pun dia bedal.. Dan paling suka nasi goreng cina + telur dadar.. Itu menu wajib dia..

Nak kata tak makan kat luar pentipu sangat... mama dia pun bukannya golongan yang rajin memasak kat rumah kan.. Beli tapaw pun dia makan aje tanpa banyak songeh...

Dah tu, apa punca dia tak nak makan kat sekolah?

Abang mi ni susah nak makan kat luar TANPA seseorang yang dia kenal dan percaya ada bersama dia.. maknanya kalau tak de mekchu, papajib, nenek, maksu, paksu, kakak bella, mama-wom dan sesiapa aje lah yang dia boleh percaya, dia tak akan makan... Lapar cemana pun dia tak akan jamah pun.. Sanggup ko kan!!!

Masa kecik2 abang mi senang muntah.. Tanya lah papajib tu, kedai mana kat seremban ni yang dia tak muntah... Majoriti pegi mesti muntah.. Ada sekali tu, papajib siap pegi amek mop kedai dan mop muntah anak dia.. Kat rumah pun tak rajin macam tu weii... Serba salah punya pasal sbb tuan kedai baru lepas mop lantai masa tu.. hahahaha...

Abang mi tak boleh loya, lepas tu mula lah muntah. Senang sangat nak muntah. Nak makan kemain payah.. Tengok sisa makanan kat pinggan orang pun boleh loya. Bau sambal belacan kat tangan papajib pun boleh loya.. hahahaha memang perangai mama sangat ni..

Ini paling kelakar. Masa mekchu tengah mabuk ngandung wawa dulu. Kejap2 pegi sinki bluekkkk sampai penuh sinki kan.. Yang abang mi ni boleh datang siap sedut bau dalam sinki tu.. HAHAHAHAHA anak.. Sudahnya mekchu muntah kat sinki, abang mi muntah kat dlm toilet bowl.. hadoiiii dah tau awak tu mudah loya, yang pegi sedut bau muntah mama tu kenapa....

gambar lama.. macam gegirl kan pakai celak. ni zaman dia senang muntah ni..

Setahun yang lepas pegi sekolah taska langsung tak pernah makan kat sekolah... Budak2 lain kol 10.30 pagi time makan, abang mi tolong jaga kucing jangan bagi masuk dalam kelas.. hahahaha apa pesyen la ko anak oiiii... Itu ok la lagi sebab pukul 12 tgh hari dah boleh balik rumah. Nenek labu dah masak kat rumah... Tahun ni sekolah sampai petang gile ngko kalo tak makan..

Besyukur sebab abang mi nak bawak bekal.. Jadi hari2 lah mekchu masak bekal dia.. Bukan sejenis. Tapi 2 jenis!! Bayangkan pompuan yang pemalas memasak ni tiba2 boleh jadi rajin dan kreatif dalam sekelip mata.. Anak punya pasal kan...

Bulan Januari pun berlalu.

Dah masuk bulan Februari pun.. ehh dah pertengahan bulan Februari... yeyyy.. rasa nak chicken dance kejap celebrate kesunggukan mekchu celik kan mata bangun sebelum subuh nak masak bekal abang mi...

Tanpa jemu. Kadang seronok. Kadang tidak..

Abang mi pulak kadang makan dan selalunya tidak... cemana kita bekalkan dia pagi tu, mcm tu la dia bawak balik.. tak ke risau takut perut dia masuk angin?

Tu pasal tiap2 petang siap paksa suruh singgah kedai nak makan roti canai.. tak nak bagi kesian pulak..




Tu cerita kalau singgah mapley lepas balik sekolah... 

Ni pulak cerita kalau tak singgah mapley... selalu sangat makan masakan mapley tak elok jugak kan...  

Bila seharian tak makan tu kan, balik rumah dia punya kelaparan tok sah cakap... mekchu panas lauk yang dia bawak bekal tu, terus makan habis licin...




Memang kesian sangat... (x sure korang boleh view insta video ni ke tidak)

Akak mekchu ada cadangkan belikan dia pinggan, cawan, sudu & garfu sendiri.. mungkin dia geli guna barang2 sekolah.. Idea yg sangat bernas.. tapi mekchu tak pikir itu boleh membantu.. Dia boleh je minum guna cawan sekolah.. cuma tak boleh makan? why? why?

Sebelum tido memang kena pikir nak masak apa untuk esok.. Kadang dah pikir siap2 menu untuk 2-3 hari akan datang.. kalao tidak tak lena tido... Banyak kali jugak tak jadi tido sebab terpikir ayam, udang tak keluarkan lagi.. Nasi tak masak lagi nak buat nasi goreng esok kelam kabut.. uishhhh memang dah macam mak-mak sangat..

Ni menu awal2 dulu.. Antaranya.. (cehhhhhhh)

roti telur + nasi putih + daging beef steak masak kicap + teh O

Alaaa.. tak banyak pulak amek gambar bento abang mi.. Mekchu bukannya pandai masak pun.. sendiri nak amek gambar pun segan..

ni lauk telur masak kicap kot.. ke ayam dalam tu... 

Menu lain macam nasi goreng cina, nasi goreng udang manis (ni abg mi yg bg nama), nasi goreng kicap... hahahaha balik2 nasi goreng... Mula2 nampak la dia makan, nak hujung2 langsung tak bersentuh.. Dah muak agaknya.. tapi bila tanya nak makan apa, dia jawab nasi goreng... hmppphhhhhhhh...

Sehingga lah abang mi rekues sendiri nak makan spegeti.. Terus mekchu google resepi.. hahaha fine kena gelak.. kalau tak de orang nak google resepi spegeti, maka tak kan la ada orang buat entry resepi spegeti kan.. kan.. kan.... Ramai yg cakap senang.. 1st timer ni cuak jugak.. Dan akhirnya dapat thumbs up dari abang mi...



Yesss... dia suka..

Lepas tu dapat pesanan dari cikgu dia..

"mama, cikgu pesan nanti mama masak nasi putih, lepas tu masak lauk.. makan nasi goreng hari2 tak elok" ~ ewahhhhh sekali cikgu dah sound daaaa.... Bila kita tanya, dia jugak yang nak makan nasi goreng.. Mesti cikgu ingat mekchu tak pandai masak lain selain nasi goreng kan...

Esok tu jugak mekchu belajar masak kurma ayam dari nenek labu!!!


Sudahnya luak siiiiikit aje pun... sama jugak tak nak makan...

Kadang2 dah buntu nk buat cemana lagi nak bagi abang mi ni makan kat sekolah..

Mama masak bekal pun tak abis makan... nak buat cemana lagi?

"mama masak tak sedap"
Fine. Budak-budak memang ikhlas. 

Sehingga lah pada satu pagi tu (dah macam cerita seram pulak)...

*bersambung (pada entry macam mana abang mi akhirnya nak makan di sekolah)


by mekchuN (^_^)

Thursday, February 13, 2014

Tanjat gegirl


Kusssssssssssss semangat...

Sekali scroll ingatkan papajib dengan sugar mummy mana lah kan... hahahahaha... Binik sendiri pun boleh tergigil tangan sekali imbas tengok gambar ni..

Ini 1st time terkejut betul.. selalunya buat2 terkejut je nak jaga hati (^_^)

by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 11, 2014

Keperluan nak tido gantikan buai

Wawa tak tido buai.. Kalau dengan mekchu, biarkan dia tido sendiri aje.. Kalau dengan nenek labu, kena pakai rocker.. Nasib badan kecik, jadi fisher price rocker tu masih muat untuk budak kecibung ni walau pun dah kena ikat sebab dah patah angkara abang mi..

Bila tak tido buai, jadi keperluan dia nak tido agak melampau jugak laa..


Puting : checked
Botol susu : checked
Bantal : checked
Kain : checked


Kalau kat rumah boleh lah nak ada semua tu.. Dia akan angkut kesemua ok.. Kalau tak cukup salah satu dia akan bebel lah suruh kita carik kan.. Bila dah jumpa senyum kemain.. 

Selalunya kalau keluar rumah punting ngan kain adalah wajib.. terpaling wajib puting tu.. tak boleh tak de.. Pernah jugak tak bawak puting bila keluar, dia tido jugak cuma susah sikit la nak lena.. 

dah... semorang tepi.. tepi... tuan puteri nak beradu.. 

Angkut la ke hulu ke hilir barang2 tu.. Comel je terkedek-kedek jalan sambil seret kain..

Nanti bila tiba2 sunyi aje, sila lah carik kat mana wawa tido.. Kadang elok je cantik atas bantal macam keadaan asal.. selalunya bantal ke mana, dia ke mana.. tapi punting ngan kain tu yang akan kekal..



Senang banyak jaga wawa ni berbanding abang mi dulu... Kurang melasak dan kurang meragam..

Wawa, semoga kamoo terus tak banyak ragam sampai besar ok..


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...