@churalliya

Wednesday, November 16, 2011

Cast Your Votes

Saje nak share dengan kawan-kawan...


Tau kan Nuffnang ada buat Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Senarai finalist dah keluar dan korang dah boleh mula vote SEKARANG sehingga sebelum jam 11.59pm, 27 November 2011.

Ini adalah awards untuk blogger seluruh Asia Pacific. Dan of kos lah yang jadi final itu bukan calang-calang blogger.. memang mereka yang sangat femes de ames dan talentent..

Ada 12 kategori..
3 blogger pujaan mekchu Beautifulnara, Hanis Zalikha dan Xia Xue telah tercalon.. dah vote untuk dorang pun.. yang lain-lain tu sumpah tak pernah baca pun.. Asia-Pacific katanyaaaaaa...

Mekchu dah letakkan Voting Poll kat side bar blog.. Korang nak vote dari situ pun boleh..


Ehhh lupa, boleh vote setiap 2 jam tau.. Vote sampai lebam sebelum 27 November 2011..

Tata...

Cemburu


. . . . . . . . . . . . . .

Tuesday, November 15, 2011

Minah-Munah

Pakcik ada bagi 2 ekor anak kucing.. masa dapat tu kecik lagi.. Skang dah besar panjang dah..

Mekchu cadangkan beberapa nama untuk kucing-kucing tu pada mi-cah..

"Cumi-Ciki?" ~ tak nak
"Upin-Ipin?"~ tak nak
"Sofiyya-Fiona?" ~ tak nak, tak nak, tak nak!!!

Datang nenek labu dia dan cadangkan "Minah-Munah". Terus setuju..

Ok, fine.. nama gadis kampung jugak yang dia sukaaaa...

tengok muka nakal dia tu.. 

Mekchu sebenarnya tak galakkan dia main kucing sebab takut dia batuk.. lagi pun kitorang laki bini tak suka kucing.. takut pun iye jugak.. tapi nenek labu dah nak bela kucing, ikutkan aje..

Kemain kalo dia berborak dengan minah-munah.. paling best part kalo dia bagi makan.. siap "sabar.. sabar.. jangan rebut-rebut ok".. kadang-kadang kalo dia geram, dicampak minah-munah macam bola bowling..

Kalo minah-munah masuk rumah, dia lah yang paling laju tolong halau keluar.. sebab kalo mama-chu dia nampak, memang kena halau dengan rotan.. so sebelum minah-munah kena rotan lah jawabnya, baik dia yang halau dengan cara paling bersopan santun (konon)..

yang mana satu minah, yang mana satu munah ntah.. mi-cah je yang kenal.. 

Ada sekali tu kan, pelik tak nampak minah-munah pagi-pagi.. selalu bukak je pintu dapur tu dah mengiaw-ngiaw dah mintak makan.. tapi hari tu tak nampak pulak.. ingatkan minah-munah dah pergi membawa diri..

Sekali nenek labu tipon.. kata dah jumpa minah-munah kat dalam lemari belakang rumah.. terus tau suspek utama dalam kes ini.. hahahaha.. tidak syak lagi..

"mi, siapa yang letak minah-munah dalam almari? mi tau tak?"
"mi-cah laaaaa.. siapa lagiiiiii" ~ dengan begitu konfiden sekali..

Tepuk dahi. Nasib lah panjang lagi umur kucing tuh..

kadang-kadang je caring. selebihnya mengganas...

tetap kekalkan imej senget dia.. sempat record video masa dia bercakap-cakap dengan minah-munah tu.. so suweeetttt... tengok lah, nanti2 upload kalo rajin..

Kesian sebenarnya tengok mi-cah tu.. Berkawan dengan kucing je kat rumah.. bila teringat, memang sedih.. nak hantar sekolah macam-macam pulak yang kena pikir.. sebab tinggal kat kampung kan.. sekolah kat kampung ada, tapi siapa nak hantar dan jemput dia.. pas tu kalo pindah umah seremban, siapa pulak nak temankan nenek labu tu...

Beruntung pada kawan-kawan yang mempunyai ibu bapa yang masih sihat dan berteman di rumah.. Jangan lupa sentiasa tanyakan khabar pada mereka ok.. 

Ohh Tuhan, semoga Engkau permudahkan segalanya buat kami.. Aminnnn...

Nadi Chinta ::Matase Sutera Impian Nadi Chinta

Penyertaan daripada si gagah dan macho lagi hygiene, Nadi Chinta (http://nadichintaku.blogspot.com/)

*******
Menurut firasat dan nujuman nadi chinta, mekchu seorang insan yang cukup sederhana, 'apa kata wanita' bila mekchu merupakan Pegawai teknologi maklumat yang happy go luck dan mudah didampingi..kalau ada tekanan perasaan jumpalah mekchu terus hilang tekanan tue..mekchu kalau berpacaran bersama bapak gonjolong ibarat david beckham ngan victoria..banyak mata2 yang memandang..(statement nie ikhlas daripada nadi chinta bukan bodek untuk menang)


ttg blok kuning oren nie plak..kekadang nadi chinta tgk dah macam blog 'ayapin'..hehehe ayapin ada blog ke? btw blog kuning oren mekchu nie amat menarik pilihan colornya dan cantuman gambar keluarga tercinta cukup menunjukkan betapa cerahnya sinar kebahagian mekcu bersama keluarganya..dalam blog nie jugalah nadi chinta tahu siapa gerangan insan yg telah menghalau hantu2 wisma negeri akibat solekan mekchu pagi2 di opis...aduan ganguan mistik makin berkurangan sejak mekchu berdandan diopis..hehehe


entry yang menjadi pilihan nadi chinta sudah tentu story2 family bahagia mekchu..cerita2 yang sangat romantik, bahagia, dan ceria..apa yang nadi chinta boleh ungkapkan pada mekcu adalah 'Kebahagian, Keakraban dan Keintiman Mekchu bersama keluarga tercintanya...


untuk cadangan penambahbaikan, nadi chinta harap mekchu dapat mentransformasikan blog supaya lebih attractive dan menyelitkan ilmu2 dalam bab 'Sharing is Caring'...hehehe jgn tolak markah ye mekchu...


nadi chinta patut menang vaucher RM50 dari matase sutera kerana nadi chinta amat memerlukan koleksi Matase Sutera bukan untuk nadi chinta tapi untuk isteri tersayang bagi Ulangtahun Perkahwinan Kami..ia akan menjadi memori indah bagi nadi chinta menghadiahkan koleksi Matase Sutera buat isteri tersayang..


Inilah bingkisan Nadi Chinta untuk Mekchu..


'Matase Sutera Impian Nadi Chinta'

*******
Ibarat David Beckham dengan Victoria okehhhh....

Thanks NC ehhh.. nanti ada sikit buah tangan yang tak seberapa daripada mekchu sebagai tanda penghargaan menyertai Contest@Mekchu tempoh hari.. dalam pada bizi membizi kebizian, sempat jugak mengarang ayat kan.. heibat!!

Bagi mekchu, NC ni icon idola kat sini sebab dia sangatlah menjaga penampilan dan sangat mementingkan hygiene juga.. hehehe.. Ib, rajin2 lah update blog..

Sebelum balik, kita sapu semua..

Hari last bengkel baik-baik saja.. Tambahan hati masing-masing yang dah tak sabar nak balik rumah..

Sebelum betul2 balik tu, kitorang langsaikan acara-acara wajib kalo orang pegi Sarawak..

Ke Pasar Tamu Satok mencari terubok masin dengan sayur midin dan juga buah dabai.. haaaaaa, terror kan kitorang baru 3 hari dah tahu nama-nama makanan orang Sarawak..

  sesi tawar menawar terubok masin.. kemain tokeh tu, main kira2 atas tapak tangan je..

cukup lah sorang sekor.. nanti senget pulak kapal terbang (alasan)

panas okeh masa nih.. dah habis besar bukak mata dah..

Sayur midin ntah ke mana.. buah dabai pun ntah mana.. seploh minit je kitorang kat situ.. patut pun abang teksi offer diri kata nak tunggu.. dia pun dah faham orang memang tak akan lama kat pasar tu..

So, ada masa lagi.. nak ke mana pulak tu?

Tiba-tiba nampak mekchu sedang tekun membuat pasu sarawak.. kat mana entah ni.. abang teksi tu yang bawak kan...

JK pun ada bergambar ngan pasu nih.. tp dorang khusyuk pandang pasu.. betul lah tu.. sampai turn mekchu, sibuk nak pandang camera..

leka tengok orang sana mengukir pasu..

Sedang leka dok amek gambar dan sempat berangan kejap, tiba-tiba terdengar ada orang jerit nama mekchu.. tapi dia tak de la panggil mekchu..

what a surprise terjumpa ilynnsi virgo biru kat kedai pasu sarawak.. dia baru balik dari feeding orang utan..

Ok, ilynn ni lah yang jadi photographer masa birthday mi-cah 2 tahun dulu yang disponser tu (ehem-ehem).. dia baru lepas deliver baby girl :) Masa tu dia tak de la bawak baby dia.. gile ape nak bawak baby gi tengok orang utan..Tak sangka ok boleh jumpa kat sana..

Masa tu dah berpeluh-peluh sangat dah.. masuk kedai pasu dulu buat-buat pilih barang.. tp sebenarnya nak kasik sejuk badan :)

 a ahhh.. pakai selipor sajork.. ate katanya nak ke pasar kannn... 

Idak ler teman nak membeli pasu sarawak tu.. kurang minat sebenarnya.. tapi kagum dengan hasil tangan yang cantik dan kemas..

Lepas tengok-tengok dan agak-agak peluh dah kering, kitorang balik ke hotel dan start packing dan siap-siap check-out.. dah kawtimmmmmm dengan orang hotel check-out lambat sikit :)

Bila dah check-out tu, laju-laju tinggalkan beg kat hotel dan teruskan misi yang lagi siiikit nak habis.. siap tanya ngan orang hotel kat mana nasi ayam penyet selain dari seberang sungai.. tak kuasa pulak nak naik sampan tu lagik.. tapi sebelum tu harus lah jalan-jalan cari souviner kan... 

tak de lah sakan sangat.. cukup lah t-shirt orang utan sorang selai, FM, keychain, pemukul lalat daripada rotan, seluar quick silver mi-cah 2 helai, dan senduk nasik.. hihihihi...

Lepas tu misi cari nasi ayam penyet tu.. masa ni dah penatttt sangat.. harusssssss makan nasi ayam penyet jugak sebab dah lapar tahap bleh bertukar kaler hijau masa tu..
penat ibarat tinggal kulit dan tulang :)

"U jalan terussssssss sampai jumpa tugu kucing.. depan sikit jumpa mcdonalds, depan lagi ada pizza.. haaa.. depan tu restoran ayam penyet.." berapa banyak depan daaaa... tapi serius penatttt..  jauh okehh kena menapak..

Nasib lah tidak menghampakan.. baru tau orang tu soh kitorang ke Raja Ayam Bakar - yang ada ayam penyet jugak.. dan pun baru tau rupanya kedai tu sangat dicari-cari oleh orang ramai kalau ke Kuching :) 

sedappppppppppp.....

Perut ceria bukan main dapat makan nasi ayam bakar hari tu.. kenyang sampai malam (kot). Lepas tu kami terus ke airport untuk tengok #sofiyya dan seterusnya pulang ke pangkuan keluarga..

Mi-cah demam masa tu akibat kerinduan sama mama-chu dia.. kami jarang pisah lama-lama..

Sekian, tamat entry bengkel Sarawak.. mekchu klasifikasikan sebagai happy ending sebab dapat makan nasi ayam bakar.. ngeh ngeh...

Monday, November 14, 2011

Perkhabaran gembira dari Ipoh

Ipoh-Ipoh mali..

yeyyyy.. dapat voucher..

Papa-jit dah janji segala hadiah yang dia dapat kalo men golf otomatik akan jadi milik mekchu.. pengecualian kalo dapat hadiah bola golf.. itu mekchu tak nak!!

Seminarnya start Isnin sampai Rabu.. tapi pagi-pagi Ahad dah gerak pegi Ipoh.. rupanya ada tournament golf petang tu.. tak pe, mekchu tak marah.. sikit pun tak sentap.. nampak kan mekchu tengah senyum ni *senyum

Alahai Rania


Ada 27 komen sebenarnya.. mekchu sempat baca 3 dulu.. mula-mula ingatkan spam.. sekali betul komen daripada reader baru di blog ni.

Terima kasih Rania yang telah komen secara marathon.. Sangat terharu.. semua link kat tepi tu dia klik, baca dan komen.. terima kasih sekali lagi :)

Dah sampai opis baru perasan sebenarnya.. Yang pelik, apsal tak sedar langsung bunyik sebanyak 27 kali kat talipon.. Alarm yang menjerit-jerit pun separa sedar, ini kan pulak bunyik alert message kan..

Friday, November 11, 2011

Topspot, Kuching bukan Topshop :)

Asyik tersalah cakap aje.. hari tu nama hotel four point, mekchu cakap four square.. pas tu tmpat makan topspot mekchu cakap topshop.. sukatimaklahnak...

Senahsirap komen kat fb kata suruh gi makan kat topspot.. laju2 tanya orang2 sarawak kat mana.. kebetulan bengkel hari ke-2 habis awal sikit berbanding hari pertama.. awal pun dalam pukul 7 jugak sampai hotel..

Sekali lagi, skill campak-campak barang dan siap laju-laju diperlukan.. Rupanya sekangkang beruk je dari Habour View tu.. cuma tonggek sikit la kena naik bukit :)

Orang-orang sarawak advice soh gi makan kat kedai no.25.. kamik sik faham kenapa kitak suruh makan sana..

kat sini makanan disahkan halal..

copppp nak jaga meja.. JK (jejaka kanan) yang pegi pilih lauk.. lauk apa pun redha..

ramai nye orang.. mekchu suka kalo ramai macam ni, sebab konpem makanan memang sedap-sedap..

dan makanan nya... ya ampunnnn.. memang sah orang yang order tu sedang dalam kelaparan.. 

Ikan 2 ekor, sotong berkulit lagi, ketam beso2 lagi, sayur midin (betul ke nor?), udang, ikan lagik masak asam kari.. Ada lagi 3-4 lauk yang belum sampai.. tapi tak boleh nak tunggu lagik dah.. baca doa terus ngappppp.....

sekali dengan SUK Pahang.. 

Masa nak bayar memang berdebar... bajet sorang RM40 ke RM50.. tapi korang nak tau bape? Hanya RM124.50 untuk 5 orang makan dengan hidangan lauk pauk yang super duper banyak.. terbaeeeekkk wokkkk..

Kitak sayang kamik (ke terbalik?)

seafoodnya adalah fresh from aquarium..

adik beradik dory kot.. banyak lah seafood yang tak pernah jumpa sebelum nih.. 

Lepas melantak, saje ikut jalan jauh nak balik hotel.. kasik excersice gunakan balik lelemak yang telah terbentuk tadi..

dapat kawan baru.. iza dari SUK Pahang..

Jalan-jalan kat sekitar depan-depan waterfront tu aje.. nak sampai sana entah bila lagik kan..

ermm.. ada pun gambar bertiga.. mekchu bersama JK :) kalo sape yang layan entry sebelum-sebelum ni, boleh tahu kot ini bengkel apa..

Teringat ada gambar lambungkan mi-cah kat tugu kucing ni.. elok je telinga kucing tu kat kepala mi-cah - macam mickey mouse.. nanti lah kalo jumpa mekchu letak gambar tuh..

frust tak boleh upload gambar kat fb malam tu.. baru nak tayang ngan korang gambar makanan tau.. kena restart bekberi baru ok.. hetchu!!

Jalan-jalan menghirup udara Sarawak sambil melepaskan tekanan di kepala dan juga di perut.. hahaha.. tak perasan dah jauh. Lepas tu menyesal sebab penat okeh nak menapak balik semula ke hotel..

Entry 11.11.11

Saje nak abadikan tarikh keramat hari ini..

11.11.11, jam 11.11 pagi (auto publish boleh laaaaa)

Dan tentunya mereka yang paling bz hari ini adalah tok imam dan tuan dokter :)

Teringat kisah sedih 9 bulan dulu.. Seandainya 9 bulan dahulu ........................ dah-dah!! tak yah buat cerita sedih kat sini..

Tahniah kepada adik-adik yang memilih hari ini untuk bernikah (boleh letak tarikh cantik ni kat kad kawin)

Tahniah juga kepada kawan-kawan yang memilih hari bertuah ini untuk c-section delivery (boleh letak tarikh cantik kad mykid anak)...

Tahniah dari mekchu..

Thursday, November 10, 2011

Wanie::MEKCHU, SAYA NAK JUGAK PAKAI BAJU CANTIK CAMTU !

Penyertaan daripada Wanie

a) Korang letaklah tajuk ikut suka asalkan ada perkataan MEKCHU pada tajuk.. motip?

Mekchu kalau mekchu tak nampak tajuk tu saya menangis kemeraungan.

Sila karang satu entry yang ringkas (sekurang-kurangya 2 muka surat.. hahahambek) dengan menjawab soalan-soalan seperti di bawah :

b) Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?

Gadis ayu tapi saya lagi ayu bernama Mekchu ataupun nama gelaran yang saya senirik bagi Kak Lana adalah seorang gadis yang muke macam Lana dari citer superman.

Boleh tahan kuat merepek kerepek. Rajin join contest tapi rajin pulak saya vote dia..aik? ni statement bercirikan ape benda ni.

Oklah, manalah tau pasal peribadi dia ke ape. Bukannye penah jumpe face to face pun. Yang i know dia ni rajin melayan peminat macam ai... ok ler tu tak diva sangat kan?

c) Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?

Appearance layout segala ok je. Layout kemas dan tak semak samun.  Saya memang subscribe to blog-blog yang saya suke baca, bila saya suke baca maka ia best, dia best sebab tulisan dia. Bukan sekadar mencari publisiti murahan tayang gambar muncung-muncung. Celoteh dia saya suke baca mengisi masa lapang. Lagi satu saya terpaling suke tengok gambar mi-cah. lagi-lagi tang dia amik gambar kepala senget-senget tu. gile maha comel budak tecit ni.


d) Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?

semua entry saya layan. mampu???  Like seriously tak penah nak ada suke baca entry-entry yang berciri-cirikan jalan-jalan je ke, masak-masak je ke, letak pic je ke.  Semua pun suke nak baca.  Coz her life is interesting.  So apa yang kite baca pun jadi interesting.

e) Cadangan untuk tambah baik blog kuning oren

Non hado..dedulu saya tak suke part 'do u love me because i'm a blogger or i'm a blogger because u love me' sebab saya rasa ayat tu entah apa ke benda nye tah hahahahah (pengakuan ikhlas yuols)

tapi nak wat camne, tagline tu lantak pi kat dia lah sebab saya nak baca entry...tagline lirik lagu selena gomez sekarang saya dah suke dah ...sebab saya pun suke lagu tu..miahahaha.

yang penting semoga mekchu punye kerajinan update blog tu kekal.

f) Kenapa korang nak menang voucher RM50 dari Matase Sutera

sebab saya adalah panas hati tengok baju-baju mekchu yang beli dari matase sutera tu sebab kemain lawa nye. jadi kalau dapat voucher ni mestila nak kene belikan?? kalau tak, rugi lah !!! eh macam lah dapat !

Ok mekchu. sile bagi saya menang. thanks in advance ! hahaha

*****
Wanie adalah orang yang pertama submit entry :) Jam ni publish, jam seterusnya dia dah siap mengarang.. pantas kan.. Tapi mungkin kali ini kurang bernasib baik.. ehh, dia pandai design card sendiri tau.. comel-comel sangat.. dah mintak sekeping, tapi tak dapat-dapat.. hahaha.. nampak je ganas, tapi sebenarnya penuh dengan sifat keferemfuanan dia tu.. ahakss..

Kami sama-sama suka Lana Lang dan berebut-rebut nak jadi awek superman.. part (e) tu memang tak de orang lain pernah tegur selain ngko.. nak sama-sama apply jadi awek justin bieber pulak ke?

Wanie, nanti msg mekchu address okeh.. ada something nak bagi atas tanda penghargaan sebab sudi join Contest@Mekchu hari tu.. akak sayammm ko ketat-ketat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...