@churalliya

Wednesday, October 12, 2011

Contest @ Mekchu

Seperti yang telah dipukul canang sebelum ni.. dan akan menjadi entry melekat lebih dari 2 hari rasanya..

Contest nya tak susah sangat, tapi tak jugak senang sangat.. yang sedang-sedang saje... Memerlukan skill mengarang ayat.. hahahaha.. sape yg terror mengarut dan melalut, konpem sap sap soii je..


Tajuk :
Korang letaklah tajuk ikut suka asalkan ada perkataan MEKCHU pada tajuk.. motip?

Sila karang satu entry yang ringkas (sekurang-kurangya 2 muka surat.. hahahambek) dengan menjawab soalan-soalan seperti di bawah :
Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?
Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?
Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?
Cadangan untuk tambah baik blog kuning oren
Kenapa korang nak menang voucher RM50 dari Matase Sutera 

Contoh karangan yang dah siap daripada cikbedahkuatgossip. Pantas betul dia mengarang kan...

Pada pandangan mata cikbedah, mekchu tu bila kat luar dan bila kat dalam gambar berbeza sangat.. kat dalam blog nampak cantik dan ayu sangat, bila kat luar comot gile weiii... rambut kusut masai, muka pucat.. bla, bla, bla (lagi korang ikhlas, lagi banyak markah disitu). Tapi tak tahu kenapa suka sangat bila tengok dia pegang dulang.. hahahha (pas tu cikbedah pun tepek gambar mekchu pegang dulang)

Mengenai blog kuning oren tu pulak, dah 2 tahun aku nengok dia pakai template yang sama.. header pun sama je konsepnya, cuma tukar gambar je.. itu pun setahun sekali.. tapi yang best pasal blog mekchu tu sebab dia ada letak link blog cikbedah ni.. itu yang cikbedah suka sangat tu...

Cikbedah suka sangat bila mekchu buat entry masakan dia.. rajin betul dia memasak dan paling best dia sikit pun tak kedekut nak share resepi. Lagi satu suka bila mekchu cerita pasal bibik dia sebab terus teringat bibik yang curik rantai emas cikbedah 3 tahun lepas. Dia letak rantai cikbedah tu kat dalam kek. Kek tu konon-konon nak bawak balik indon bagi anak-anak makan.. Frust cikbedah ni taw..

Tiada apa yang perlu ditambahbaik (kena tolak markah).. semua pun dah ok.. cuma cikbedah harapkan ada lebih banyak ruangan gossip la.. bagi cikbedah, hidup tak ceria tanpa gossip..

Mata cikbedah ni dah bernanah dan berdarah nengok asyik mekchu je yang pakai baju2 cantik dari Matase Sutera tu.. dia bukannya cantik pon, harapkan baju je cantik... Jadi, disebabkan cikbedah lagi cantik maka cikbedah lagi patut sarung baju-baju cantik tu... sebab itu lah cikbedah nak menang RM50 tu buat top-up nak beli baju.. nanti bajet RMK11 lulus, terus cikbedah gi order caftan creepe, nak pakai raya haji nanti :)

Tips :
Haruslah entry yang paling ikhlas, dan cara penyampaian yang paling kreatif mempunyai peluang cerah nak menang.. Bila sekali baca, hati terus tergoda :)

Tarikh tutup :
Contest @ Mekchu akan tamat pada jam 12 tengah hari 20 Oktober 2011 dan pengumuman akan dibuat seminggu selepas tu.. 

Hadiah :
Haruslah 3 keping voucher Matase Sutera bernilai RM50 akan diberikan kepada 3 entry yang terbaik dan kreatif.. Tiada nombor 1,2,3, terus pilih 3 yang terbaik..

Cara Penyertaan :
Asalkan korang dah LIKE gambar rama-rama besar didada kat facebook hari tu, maka korang adalah layak untuk join..

Kalau ada blog - boleh buat entry dan pandai-pandailah inform mekchu yang korang dah siapkan entry tu.
Kalau tak de blog - boleh emelkan karangan yang dah siap di churalliya@gmail.com
Kalau tak de penyertaan - maka akan bertambah la lagi koleksi baju Matase Sutera ku...

Sukaaaa....  Nak bagi voucher RM50, harus lah bersifat agak nakal suruh korang buatkan entry :) Sambil dalam hati berkata "itu baru RM50, belum RM500 lagik" (ehh ada ke yang nak bagi voucher RM500?)

Sekali lagi, ini adalah contest sebagai menghargai kawan-kawan semua yang telah LIKE gambar mekchu sehingga membolehkan mekchu menang di tempat ke-2.. Kamoo, kamoo dan kamoo semua adalah sahabat saya sepanjang hayat.. amin...

21 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

ok skrang nak silent mode cari idea buat karangan bermuka surat..

Unknown said...

tingin nak masuk tapi kalau bab mengarang ni kena amik feel dulu....

puanstoberi said...

wah..sila tggu afta opis kang, harus laju2 ai mengarut.
tunggu ya..tunggu.. muahaha :D

syawalsimpsons said...

fuyooo nak join...jap nak memerah otak yg sengal ni...

Nida n' Hanafi said...

wah.. syoknya.. Kak Nida dah like.. tapi part nak ngarang tu yg lomah den.... hehe

amirah said...

alaa...tak ingatla like ke tak aritu sebab byk sgt undi like kengkawan kat FB... : (

Ya ALiya said...

ya memang tak reti la bab nak ngarang ni.....

eisyaawie said...

x pandai nak wat ayat.....rugi sy...x leh join contenst

Nini D.. said...

aiyoo....kene tunggu "kayap" den baik baru boleh ngadap pc lelama...

Dee said...

ok..tgh cari idea nak mem'bedah'kan diri...baca as bay dah..bukan ber dah..eh..napa kena explain ni? muahaha...

InaAchik said...

giler banyak sampai 2 mukasurat ko nak!!! gilo apo!!!
nmenanah otak mak nak mikior kan nya...

ratusiput said...

alamak...susah ni...susah ni...

Unknown said...

kena cari masa mengarang nie oh time esya tido ar nanti yer

Bitt (double IS) said...

wajib join ni...jup2 nak sogok anak2 minum ubat batuk kasi tido dulu la gituw...akakkaakakakaka

NeenaAnuar said...

aramak.. saya memang fail dlm bab karang mengarang secara kretip nie.. :(

*SiRibenMerah said...

hye...

nk cr idea join gak neh.. mau kalah dgn pelangi2 lain nnt...

adushhh~

**bilakah ketemuan nk jd kenyataan?

tiefazatie said...

wah..mekchu wat contest!tahniah2.,,hee

mummy_ayu said...

ok...siap dah....harap2 leh la dpt vouchar matase sutera tu...amin..puh puh..
http://mummyayucontest.blogspot.com/2011/10/contest-matase-sutera-mekchu.html

Myalycia said...

demimu Matase Sutera, ahkak kau submit entry haha..

http://myalycia.blogspot.com/2011/10/ini-smua-mekchu-punya-pasal.html

puanstoberi said...

da publish..

taraaa
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/entry-untuk-mekchu.html

QasehnyaRania said...

huhuhu...lambat jumpa blog ni...
kalu x boleh menjoinkan diri skali....buat la lagi mekchu....NJOY...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...