Ni hah!! dah dapat copy gambar dari camera ofis.. bleh la sambung cerita.. lalalalalala...
saje pilih gambar ni kat paling atas.. motip?
motipnya adalah nanti gambar ni bleh appear kat bloglist korang (kepada yang ada letak link blog mekchu).. comel tak? comel tak? hahahaha..
Ok, kami (mekchu & mi-cah) hanya berdua sahaja ke Eagle Ranch ni disebabkan papa-jit ada komitmen nak tengok bola final Piala Malaysia kat Shah Alam malam tu..
Tamo sentap-sentap.. pergi berdua pun boleh..
Cadangnya pagi tu ada Tressure Hunt.. dan tepat sekali.. kami sampai, tressure hunt telah bermula.. nampak lah masa tu masing-masing sibuk jalan keliling Eagle Ranch tu mencari klu :)
Dan mekchu memang tidak bercadang untuk join aktiviti pada hari itu.. Redha. Memang ke sana untuk suka-suka sahaja. Bawak anak kecik ni mana lah celahnya nak dapat join.. Plan asal gilir-gilir jaga anak dengan papa-jit. Redha lagi..
tumpang seronok je la tengok gambar-gambar dorang.. dan boleh membayangkan apa yang sedang dibincangkan..
ngko tengok adik beradik yang baru sampai tu.. orang lain dah dapat 8 klu dah.. ate, katanya tak boleh nak join aktivitiiii....
terpakai baju MU pulak.. tak perasan sebenarnya.. patut lah papa-jit senyum-senyum je pagi tu.. masa tu MU baru kalah teruk.. pedulik!! janji sedondon ngan mi-cah..
Port baek pulak kat swimming pool.. mmg cari nahas le jawabnya.. asyik berwirid aje kat telinga kata nak mandi kolam..
ibu-ibu dan anak kecil memang kena duduk diam-diam.. kejap ye, mekchu pun nak join :)
ehem ehem.. suweeeeetttt kan adik beradik ni..
dia dah tak bleh tahan dah.. nasib lah mama ko ni ada skill memujik tahap tinggi..
Sambil menanti yang lain-lain habiskan tressure hunt, kami naik kereta kuda dulu.. itu semua idea budak kecik tu.. seronok jugak :)
Habis je tressure hunt, semua rekues nak lunch dan sukaneka bersambung petang tu..
Lepas makan tu lah mi-cah baek punya tido kat rumah cantik tu.. Sukaneka start kol 2.30 petang (start awal sebab nak mengelakkan hari hujan). Baek punya tido sampai pukul 3.30 petang.. nak kejut tak sampai hati pulak sebab malam tu ada dinner.. dia kalo tak dito masa tu, konpem time dinner tu dia lelap.. hilang vougue d vass mak kalo nak kena pangku dia masa dinner.. sape nak tolong amek kan makanan? sape nak tolong top up kan air? uissshh dah siap pikir ke tahap tu..
3.30 petang baru hegeh turun bawah.. sekali sempat bergambar ramai-ramai ni aje.. itu pun nasib baik sempat..
Tak ramai join atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.. janji kami happy..
Antara sukaneka petang tu yang mekchu terlepas..
Tergelak-gelak mekchu tengok gambar2 tu semua.. ada banyak lagi.. tapi tak yah la tepek semua sebab bukan ada aksi mekchu pun :(
Lepas tu sambung kat pool pulak.. haaaa, itu mekchu amek bahagian..
pool ala-ala jakuzi tu mmg kitorang yang punyaaaaa... mi-cah sampai tenggelam timbul mandi situ.. tak serik2 dia..
malam tu dinner.. bukan setakat hidangan makanan yang super duper sodap, dihidangkan jugak dengan live bola malam tu..
Tak tengok sampai habis kat sana.. sambung layan kat dalam bilik.. sebab anak bujang dah agak susah nak handle.. mungkin dia dah mula boring tak de orang layan dia..
Pagi esok nya lepas b/fast terus check-out.. rasa serba tak kena pulak bila kat luar lama-lama tanpa suami.. betul, rasa kekosongan di hati.. hahahaha jangan gelak.. sebab tu decide balik awal dan sambung tido kat rumah...
Sambil tu opismate masih meneruskan aktiviti paint ball.. seronok nyee kan kalo bleh join.. ada banyak lagi sebenarnya aktiviti melasak kat sana..
Tapi hati dah membara nak jumpa suami kan.. nak buat macam mana...
Bilik kitorang.. Kat dalam gambar tu ada 4 bilik.. mcm tak percaya kan..
Ingatkan nak sekalikan cerita pasal bilik bandwagon kitorang ni.. tapi entry dah terlalu panjang pulak.. so kena lah asingkan..
Kenapa ending macam tercekik pulak kali ni erk..
19 comments:
alamak...mmg macam adik beradik la...kikikiki
wahhh seronokkk nye mekchu..
p/s: mekchu..thanks entry uss aritu..dpat la sikit tips kita ke sana isnin lepas...seronokkk sgt kan
rasa mcm teringin je nak tido kat dalam bandwagon tu..cam best jek
wah..best gak kat situ..
adik beradik??..boleh la..kasi mekchu seronoks....dah la hubby takde kat sebelah ye
seronok bila sesekali berunion..bkn apa..seronok bergosip yg lebihnya :D
michah kiut miut!
lama dah aim nak ke sini. tp laut cam jauh sket kan. ke dekat??
tkpe, nenati leh pegi. Hihi :D
hari yang sama kan ku turun PD ..mekchu ke Eagle Ranch...ala napa tak ILham...heheh Eagle belah mana..suka rumah unik tu...nak tido semalam gak la kat sana nanti
meriah dan seronoknya....
Part motif letak gambar tu sebagai gambar pertama tu yg paling lawak sekali...hahahaa
cutenya dak mndi kolam tu
adik beradik...takble tahan.ekekeke...nasib baik mama dia mmg lawa... :)
1. ayat adik beradik memang tak bleh blah, tp besh
2. memang tercekik pun ending entry nih, kenapakah? erk...
br terpk nak wat family day kat situ ujung tahun ni.. teringin nak tido situ.. aritu sempat main paintball je.. huhu..
bilik2 kat sana memang stail2 koboi kan...
balik tunggu suami kat rumah lagi best kan..hehehe
wah...memang kelasss anak-beranak ni ...:)
mcm best je eagle ranch ni..oo papa jit x ikut...comelnya mek chu ngan micah ni.....
syok reunion kat situ kann...
syok reunion kat situ kann...
Post a Comment