@churalliya

Thursday, January 26, 2012

Majlis Santapan Negeri

Cerita Hari Keputeraan Ke-64 D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuaku Munawir masih belum tamat.

Itu yang malas amek gambar banyak2.. nanti akan ada perasan bersalah kalau tak up kan entry.. #alasan

Hari Keputeraan Tuanku jatuh pada hari Sabtu dan Majlis Santapan ni hari Ahad..

Siang tu kami bawak mi-cah keluar berjalan sampai agak2 dia penat.. sempat berhenti kat saloon buat rambut.. dari JB lagi asyik survey iron rambut tp tak jumpa.. kalo dah beli pun belum tentu pandai nak pakai.. youtube bukan main 8 kali sehari.. tp hati kecik la.. tak berani nak buat sendiri sebab takut rambut rosak.. hakikatnya pegi kedai 2x5 jugak rosaknya..

kali ni mintak light-light curly je.. esok tu kan nak keje.. kang beria sangat terus bawak pegi opis pulak.. RM20 je pon..

Petang tu mi-cah baik punya tido.. macam tau2 aje papa ngan mama dia ada ngedet..

Dengar je azan terus solat magrib dan terus bersiap.. dan macam biasa, papa-jit lah yang berasap tunggu kat pintu pagar.. dia senang arrr.. tak yah mekap semua.. baju pun pakai je tahun lepas punya.. sungguh tidak adil..

Disebabkan dah ada pengalaman Majlis Santapan Negeri tahun lepas, so tak de lah nebes sangat... dah bleh agak lepas ni apa, lepas tu apa kan.. dan macam biasa, susah nak kenal suami sendiri kalau dari belakang.. semua pon sama pakai baju melayu hitam..

Cuma nebes sebab tak kenal dengan tetamu satu meja yang lain.. itu menjadi punca masalah siapa yang nak snap kan gambar malam tu.. hahaha sengal.. nasiblah tuan afizam dan az sampai tepat pada masanya.. mereka adalah penyelamat kami.. hohoho..

nah.. akhirnya mereka sampai..

baru lah ada semangat nak bergambar lepas dorang sampai.. 

Macam biasa, mula makan adalah lambat dan dah siap-siap makan nasi kat rumah sebenarnya.. So, tak sentap sangat bila makanan lambat smpai..

Memang dah boleh agak, menu Western pilihan Tuanku.. dan macam biasa jugak tekak adalah kembang setaman... 

 prawn & shrimp cocktail

roasted chicken breast with wild mushroom gravy, herb farmers potatoes and garden vegetable ~ main dish

Heibat tak? itu bukan nama menu ciptaan sendiri tau.. itu nama betul lah tu.. 2 tu aje.. Gambar yang lain tak kuasa nak amek.

Sempat keluar sekejap call mi-cah kat rumah.. sambil-sambil tu snapp dpn cermin.. dan ya ampunnnnnn gemok nya perempuan itu..

2-3 keping jugak gmbr yg terpaksa delete sbb tak dapat terima kegemokan mendadak selepas seminggu makan tido kat JB.. 

Ning ~ artis jemputan malam tu

Lepas tu ada acara potong kek . Tp camera kapuk mekchu ni bila malam dia agak rabun sikit.. Lepas habis makan, salam2 dengan Tuanku dan masa untuk bergambar lagi...


berlatar belakang kan kek sebenarnya.. tp kalo nak tunjuk kek, ngko ketepi lah sikit... cuba cakap nak tunjuk kek ke nak tayang gambar?

tumpang tuah suami... kena lah lentok lebih sikit :)

Otw berjalan keluar tu, teringin nak bergambar dengan Dato' Aziz Singah serta Datin.. cakap nak bergambar ngan depa pun bleh jadi ketar.. sudahnya jadi macam ni..

terasa seram ok nak berdiri sebelah datin.. adoiii bila tengok balik terkekek-kekek mekchu gelak.. ntah apa yg ditakutnya ntah.. ibarat macam ni  "yg pakai baju pink hujung tu bukan geng kami.. dia geng lain"~@z

Dah dah.. jangan gelak lebih2 sangat.. Lepas tu sempat jugak bergambar dengan kawan-kawan Liaison Officer (LO) lama masa zaman pertabalan Tuanku tahun 2010 lalu.. Ohhh itu memang pengalaman manis..

dengan farihah

dan bersama Iem Zara & Zaliz Eja.. cepat2 choppp nak berdiri kat tengah :D

Dan sebelum betul2 balik, wajib bergambar dengan camerawoman yang banyak jasa sepanjang 2 hari tu.. ni dah habis keputeraan bila la lagi nak jumpa erkkkk :(

bersama Az yang pakai baju kaler feberet mekchu malam tu.. amek aura bunga katanya...

Jadi, tamatlah sudah kisah Hari Kuputeraan Ke-64 kali ni.. Tunggu story pasal pengurniaan pingat papa-jit pulak lepas ni.. Moga2 terjawab segala tanda soal kawan-kawan semua selama ni..

Syukur Alhamdulillah...

10 comments:

amirah said...

rezeki..syukurr..syukurrr

syawalsimpsons said...

kakakakak...rambut terbaikkk ja......

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bertuahnyaaaaaaaa badan mekchu

♥MAMASYAZA♥ said...

cantik arrr rambut curly camtu

Mimy Hamid said...

makanan pehhh aku suka la stail gini

Azfaliza Abd Latif said...

hadoilaaa...gambo 'perpisahan terasing' tu mmg takleh blah betul..muka pun kritikal je takut hahahaha...

*ish mana ada gemok...ok dah beso tu...

Chekpid said...

gemukkah...aku nengok kurus kudus gitu gak. nwy, baju ko tak jelasla..ke aku yg rabun...ke..lampu kuning sangat...ke kamera ko tak ok...close-up pehlisss, nk nengok design :)

mamyharraz said...

cantik mekchu..rambut gulung2 tu pun cantik sgt..

tak sabar tgg next entry sbb nak tau :")

Softtouch [Hanim] said...

papa jit dlm pic ngan mekchu yg kat meja tu mcm suffian dlm cite gemersik kalbu..aqasha tu...

aduiii... ke sy ni dah tersampuk cite gemersik kalbu tu..heheheheh

tp seriuslah mcm sebijik..

Bitt (double IS) said...

alhamdulillah...

tang geng tu memang ketawa tak hingat punya terus tekan butang komen...akakkakakkaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...