@churalliya

Thursday, September 23, 2010

Folder 4 Syawal

hari raya ke-4 masih di pilah.. kan dah janji smpai raya ke-5 kat sana..

tiba2 pagi tu rumah sunyi sepi... mana semorang?? bilik deqna kosong.. bilik k.eliz lagik kosong.. bilik abah pun clear.. mana dorang pegi nih?? sape tuan rumah sbnarnya nih?? cane kalo ada budak2 nak dtg raya nnti nih??


deqna dah start keja.. maklumla, nak simpan cuti tuk horneymoon nnti.. k.eliz, bang Z & nabila awal2 pagi dah blk kl.. mak ngan abah lak gi menjemput org2 kg untuk kawin deqna nnti..


maka sel-sel otak mekchu sekali lagi berhubung (itu lah untung nya minum susu sebelum tido)


dgn nada selembut mungkin..


"pa, semua orang dah tak de... tnggal kita je nih.. " ayat pancing sehabis baik

"kita gi beraya kat melaka ok tak?"

kebetulan hari ni family mekchu mmg plan beraya kat melaka, saudara sebelah arwah abah.. lagi pun tak jumpa family akak mekchu pun lagi raya nih..

"t/hari sikit kita gerak la..." waahh... cadangan ku di terima..


dari pilah ke melaka ikut jalan tampin, keluar kat tol alor gajah..


dorang dah siap beraya 3 buah rumah.. kitowang baru smpai.. last2 jumpa kat rumah abg seman (anak buah arwah abah yg sulung)
.. umah betul2 depan tesco & jusco baru tu

rumah dia mcm misteria skit.. tetiap thn dtg tapi still sesat.. itu lah kalo rumah taman dalam taman.. bila cari dgn mata hati baru jumpa..


najmi sepanjang masa asyik dgn fish dia.. habis separuh botol makanan ikan tu dia taburkan..

gambar pun snap kat kolam ikan je lak tuh.. jadi, korang layan lah aksi najmi dgn ikan-ikan dia ehh..

smpai2 je dia ngadap ikan ni.. dari mula smpai lah nak balik..


separuh penuh botol tu.. dpt je kat dia, selamatt....


pengembala ikan terhebat..


dgn nenek & abg ameer..


opss.. again i'm in red.. patut ni baju masa raya 1st... tp bro.john tak suka la pulak..


abg ipar & kaklong


kami di raya ke-4 (mekchu je baju baru.. dorang recycle aje)


makan time.. kantonese kue teow... tgk la muka mekchu tu, muka takut makanan tak cukup.. lapar gile time nih..


org lain makan, budak ni kat luar lagik


gini lah dia bila ajak balik.. nak pujuk susah lak tu..

najmi, mama ngan papa tak suka bela ikan la dik oii.. benda2 maintenance tnggi ni mmg kitowang tak suka la mi.. nnti kita main ikan kat rumah jiran sebelah je la ye..

tak byk kisah raya ke-4.. sbb badan dah makin penat dan penat.. tapi legaaaa bila ingatkan yang cuti masih panjang...

Adik wawa yang tenang di sana

Genap sudah 4 hari adik wawa meninggalkan kita... masih tiada sebarang berita terkini yang boleh mekchu share ngan korang setakat ni...

kes jenayah mcm ni selalunya ambil masa jugak untuk mendapatkan punca sebenar.. ada banyak lagi kan kes jenayah kat luar sana.. kes pembunuhan Dato' Sosilawati pun belum selesai lagik..

malam tadi puas hati bila dengar pembunuh adik Syarifah Humaira (yang kena pijak dgn pemandu teksi tu) kena hukuman gantung.. gantung dia smpai mati!!! dia bukan manusia...

tiap kali teringat pasal adik wawa, tiap kali tu lah bergenang air mata ni.. tiap kali teringat, tiap kali tu jugak surah fatihah tak lupa untuk disedekahkan..

pasti adik wawa bergembira di sana.. jumpa kawan2 dan bidadari lain di syurga..

Wednesday, September 22, 2010

Untuk seseorang

ermmm... best nye dengar deruan air di bilik sendiri.. wahhh.. deruan gitu.. mcm deras sgt air dia kan..

smbil wat keje, smbil dengar bunyi air.. tenang.....

hari nih opis kepoh dgn bendalah nih "Meditation Fountain".. mmg sgt comel dan sesuai kalo nak cari ketenangan di meja kerja tapi tempat terhad.. atau dgn kata lain, 'mejo dah ponuh.. tak do tompek nak lotak'...

tadi ada salesman datang opis jual bendalah nih.. operate guna 2 ketul bateri AA.. bleh pakai adapter jugak.. pandai btol dorang ni perabiskan duit mekchu tau..

RM25 to enjoy the soothing sound of flowing water..

akhirnya tergoda jugak mekchu beli bendalah nih.. tp bukan utk mekchu.. untuk seseorang yg istimewa sebagai tanda tahniah atas usaha dan impian dia selama ni yang telah diluluskan.. alhamdulillah...

tapi yang ada skang kat bilik ni rumet punya.. yang mekchu beli tu dah simpan baik punya... hahaha.. eh, tak pernah kenalkan rumet baru mekchu lagi kan.. dia amat berbeza ngan rumet lama.. opsss..


bleh letak aroma terapi untuk menterapikan minda yang penat bekerja..

mekchu benda2 mcm ni mmg suka sgt laa.. tak salah kan kalo kita tambahkan sikit elemen untuk dapatkan ketenangan...


ada byk design.. mekchu pilih design nih untuk si dia.. tatau la dia suka ke tak..

tak sabar nak dtg opis esok.. mesti lebih berdedikasi lepas nehhh.... APC 2 tahun berturut...... lalalalalala...

Update kisah arwah wawa


Alhamdulillah, malam tadi sempat hadir ke majlis kenduri arwah di Taman Paroi Jaya, Seremban..

Keluarga arwah masih dalam keadaan sugul.. cuma yang bezanya tiada bunyi tangisan pada malam tadi.. mungkin semua telah boleh menerima qada dan qadar..

Masih tiada sebarang laporan mengenai punca sebenar kematian arwah.. masih dalam siasatan polis..

siang semalam, rumah nenek arwah tidak putus2 dibanjiri oleh wartawan dan pihak polis.. moga-moga pihak polis akan memberikan jawapan secepat mungkin.. nnti mekchu akan update kat sini..

Sorry, nama taska tu bukan Taska Sakinah.. mungkin terlalu sedih, entah dari mana mekchu dpt nama tu ;).. sebaliknya adalah Taska Melodi, tempat hilangnya nyawa seorang bidadari syurga.. mungkin Sakinah tu nama salah seorang pengasuhnya..


pengasuh tersebut masih memberitahu bahawa dia telah memberikan arwah susu pada pagi tersebut.. mungkin kah doktor yang salah membuat laporan bedah siasat?? mungkin tidak..

untuk makluman, arwah bukan meninggal sebab jatuh buai atau kena pukul atau lemas atau tersedak susu.. sebab doktor telah mengesahkan tiada kesan lebam di kepala dan badan.. malah semua organ penting jantung, paru-paru berfungsi dengan baik sebelum arwah meninggal.. cuma perutnya di dapati kosong...

kita tgk sejauh mana dia snggup bertahan untuk menipu....

sekali lagi al-Fatihah untuk arwah wawa...

Tuesday, September 21, 2010

Arwah Wawa meninggal pada usia 3 bulan di Taska

Dapat je call dari mak mertua, terus tangan ngan badan ni tak berhenti menggigil...

"su, abang mana?? mak tipon tak dpt ni.." suara mak mmg cemas sgt
"nape ni mak?"
"anak angah meninggal su....."
"angah mana ni mak?"
"angah anak maklong.. yg kita tgk masa raya hari tu.."

Ya Allah, rasa kaki ni tak jejak tanah.. terus terbayang arwah dgn baju oren siap ada reben atas kepala masa dtg beraya hari tu.. kenapa dia?? kenapa??

angah adalah sepupu kami.. arwah adalah pangkat anak buah pada kami..

terus isi borang keluar pejabat untuk melawat arwah.. kat opis hati mmg tak tenang dah..

rupanya arwah masih di hospital, tgh tggu untuk di bedah siasat.. mula2 jumpa dgn nenek arwah, org yg pertama angkat arwah dari buai dlm keadaan yg dah putih dan sgt sejuk..

ida & angah masih di dalam bilik tgh beri keterangan pada polis.. rasa sebak dan tatau mcm mana nak jumpa dgn ida.. seorang ibu yg 9 bulan mengandung, kehilangan anak secara tiba-tiba..

bayangkan kita hantar anak dalam keadaan yg sihat walafiat.. selang beberapa jam dia dah tak bernyawa.. sungguh besar dugaan-Mu..

suasana hiba di bilik mayat, HTJ


ida (baju hijau) & angah (berkemeja)


reporter pun ramai tgh tggu.. tapi ida & angah tak nak beri apa2 komen


hanya nenek mangsa je yg hendak di temuramah

Macam-macam spekulasi timbul.. ada yg ckp jatuh buai la.. mati secara mengejut la.. selagi tak dpt keputusan bedah siasat, selagi tu jgn lah buat apa2 spekulasi..

tggu doktor forensik dari KL untuk postmortem.. dlm jam 6.30 mcm tu baru mayat di bawa balik ke rumah neneknya di Taman Paroi Jaya..

Smpai sekarang masih terkenang tubuh arwah yang di belah dan dijahit itu... dia terlalu kecil untuk semua itu.. tapi untuk mendapatkan kepastian, semua tu perlu dilakukan sayang..

Keputusan bedah siasat menyatakan tiada kesan jatuh atau di pukul pada badan dan kepala mangsa.. cuma di dapati perut arwah kosong... siasatan lanjut masih diteruska sehingga dapat tahu punca sebenar.. kita serahkan semua pada pihak yang bertanggungjawab..

mekchu betul2 ada dekat dgn arwah masa tu.. pengasuh taska tu pun sampai dan bersalaman dgn ida smbil menangis teresak-esak.. datang seramai 3 org.. mungkin kesemua tu pengasuh di Taska Sakinah (tak pasti nama taska tu.. akan diupdate)..

salah seorang pengasuh tu menyatakan bahawa pihaknya telah mandikan arwah & susukan arwah.. siap sendawakan lagi.. lepas tu kembali tidurkan arwah di buai sehingga lah dpt tahu arwah dah kaku..

terus kena serang dgn salah seorang makcik kitowang kat situ...

"ko ckp betul2.. betul ke ko bagi dia makan... kenapa doktor kata perut dia kosong??"
"betul ke ko mandikan dia... kenapa dia masih pakai baju tido malam tadi?? kenapa pampers dia tak bertukar, taik dia yg pagi td pun ko tak tukar kan...."

"ehh.. iye ke?? saya tak de pagi tadi.. dia yg ada... (smbil tunjuk pd salah seorang pembantu)

"ko ckp betul-betul!!!!" nasib baik ada yg menenangkan.. tak baik bertelagah di depan arwah.. biarlah arwah selamat dikebumikan dulu..

kasihnya seorang ibu..


dia masih terlalu kecil...


tak sanggup rasa untuk merakam gmbr lebih dekat..

selepas magrib, jenazah dimandikan.. terletak elok di atas riba si ibu.. tersentuh hati ini....

dimandikan ustazah sambil di riba oleh ibu tersayang

Nor Azwa Safrina Hairul Anuar (wawa) baru berusia 3 bulan.. itu lah ketentuan Illahi.. Dia lebih sayangkan wawa.. pergi lah wawa... pergilah dengan tenang.. wawa tak salah apa.. wawa budak yang baik.. semua redha dgn pemergian wawa..

semoga wawa tenang di sana...

masih terngiang2 ayat ida...
"ma... dia tgh tido kan ma.. cantiknya dia..."
"baju raya wawa ada lagi yang belum sempat pakai..."
"malam tadi pertama kali tido asing dgn dia sbb ada nyamuk.. tidokan wawa dlm baby court"
"pagi tadi pertama kali serahkan wawa pada pengasuh.. selalu hantar wawa hingga ke dalam rumah"
"pagi tadi jugak cium wawa sekali je.. selalu berpuluh kali cium dia"

dan naluri ibu mekchu amat tersentuh pada ayat ini...
"tetek ida dah bengkak........"

selepas isyak, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Paroi Jaya..

ida & angah.. andai korang terbaca entry ni, akak hanya nak bg tau, Tuhan telah pilih Hamba-Nya yang kuat dan tabah untuk diduga..

berita mengenai kematian ada di utusan, berita harian dan harian metro.. kesemua artikel di tulis sebelum keputusan bedah siasat di keluarkan..

al-Fatihah..

Monday, September 20, 2010

Folder 3 Syawal

Pagi tu..

tok tok tok.. (tak de respon)
tok tok tok.. (dgr tak dgr je.. ingatkan tgh mimpi ada org ketuk pintu)

sekali muncul dah mak jah dpn kitowang.. kejutkan soh bangun siap2 nak gi kuantan.. oh, termalu aii mak mertua yg kejutkan.. hahahahaha..

siapkan diri, siapkan laki dan siapkan anak..

kol 9 tepat gerak... gi kuantan dgn 2 keta je.. tp riuhnya mcm 12 keta...


pagi-pagi najmi mmg tak bleh bukak mata.. amat lah sepet...


kami ber-5 dalam altis..

perjalanan k.pilah-kuantan ada la dlm 3-4 jam.. ikut jalan muadzam shah tuh.. jalan yg sempit dan tak bleh potong-potong sesuka hati.. kecut je perut kalo bro.john dah start drop gear... ada sekali tu, emergency break.. lebam lutut mekchu terhantuk kat dashboard.. tak dapat aii nak melaram skirt pendek mlm tu tau...

singgah r&r muadzam shah.. pekena teh tarik dulu..


saje nak bg tau kitowang pakai baju sama kedai hari tu..


dlm kol 12.30 cam tu, kami selamat smpai Bndar Indera Mahkota, Kuantan.. sape yg tnggal kat sana, angkat tangan.. bleh dtg beraya thn dpn :)

belah kuantan ni family cik tapa.. jarang2 dpt lawat dorang kat sana..



ada family wan johor, ada family wan penang.. argghhhhh again, i'm confused.. mak keliru!!


dorang nak balik johor ngan penang dah.. mmg tggu je kitowang smpai..


sudahnya posing sndiri sndiri

lupa nak bg tau, kitowang makan nasik... nasik wokk!!! lauk ayam masak lemak cili api lak tuh.. of kos kitowang makan secara rakusnya.. tp melayan najmi di saat2 perut tgh lapar boleh menimbulkan kemarahan dalam diam..

kami di hari raya ke-3.. tak dpt nak sedondon sgt.. mekchu fefel, najmi pink fefel, bro.john pink segan-segan.. layan..


dari muadzam, smpai ke kuantan pikir nak buat gaya apa yg paling sesuai.. hahaha.. semua tak nak mengalah jadi tangan paling hitam

kat kuantan, satu rumah je pun.. yg lelain suma pakat datang berkumpul kat rumah yg sama.. sonang tak yah pegi byk2 rumah kan.. kol 5 cam tu, gerak balik pilah dah..

ckp je ngan org kuantan nak balik pilah, tapi kitowang singgah kat sg.kuantan ni dulu.. perut ni asyik lapar tak cukup makan.. kena la layan selera masing2 dulu..



tetiba semua dah bertukar..

memula najmi ngan nabila je tukar baju.. last-last semua ikut.. kot tukar kat petronas ke ok gak.. ini kat rumah tadi tu masing2 dah tak tahan dah.. tak selesa pakai bj kurung.. dah la hari2 kat opis pun pakai baju kurung kan..

dah pakai bj raya xmas cam ni, baru la selesa nak bersila dalam keta..angin pun masuk atas bawah.. sejukkkk
je..

kat tepi sungai kuantan.. najmi sibuk nak keluarkan peace yg tak menjadi jadi


ada bot lalu.. itu pun nak jakun..


org ramai ingat kitowang adik beradik & mekchu lak tu paling bongsu..


budak kecik ni mmg tak bleh dok diam.. takut dlm sungai je diam nye.. najmi yg tengah terapung

smpai pilah dalam kol 9.30 cam tu.. mekchu yg dok sebelah ni takut sgt nak lelap.. risau kalo bro.john terleka.. kalo jalan kat highway ke, lega jugak kalo terlelap.. ini jalan sempit.. paksa buntangkan mata walau pun sesekali rasa mcm nak lelap sgt dah..

sekali lagi semua kefenatan.. ada ke raya yg tak penat?? esok ada yg dah start keje, ada yg nak balik kl... kitowang bikin plan last minute.. tggu..

eh, kat kuantan hari tu ada nmpk poster k.eliz (poster program lppkn rasanya) kat tepi jalan area teruntum tu.. soh bro.john pusing balik nak amek gmbr.. dia malassss nak layan binik dia.. apa daaa... tp abg.Z ngan k.eliz sendiri pun malas... cane tu??


Saturday, September 18, 2010

Folder 2 Syawal

Raya ke-2 di sekitar rumah saudara mara di Kuala Pilah.. episod beraya rumah member belum bermula.. kasik habis sedara mara dulu.. anak soleh dan solehah mmg cam tuh..

Ayat-ayat yang terbayang nak masuk dalam belog semua dah lupa.. kali ni nak tayang gmbr smbil bercerita..


senang ada helper cam nih..


rumah pertama di hari raya ke-2.. percaya lah, kat rumah mak kitowang tak pernah ada gmbr ramai2.. bila smpai rumah org, pandai je lak memasing posing


bukan apa.. saje terkenang.. hahaha


najmi mmg rapat ngan papawom (papa long) dia.. sikit2 papawom.. pas tu nyanyi RODA..RODA..KUALA..LUMPUR.. smbit gaya tiup wisel.. kelakar sgt


kami di rumah ke-3, hari raya ke-2.. mekchu bukan nye kenal sgt ngan family belah pilah nih.. ramai sgt..

"ni rumah sape pa?"
"ni rumah anak wan dgn suami no.3.. yg tadi tu anak dgn suami 1st"

haa.. hambek ada 3 suami.. itu baru adik beradik wan yang sama ayah..belum sama ayah dan ibu lagik.. ehh, betul ke tu ehh?

tp dialog tu jgn percaya sgt.. ingat bro.john kenal ngan semua sedara mara dia?? belum tentu okehhh..

.. anak tiri la, mak tiri la.. isshhh konpius..


sudahnye lepak kat tangga smbil layan najmi kaler kaler... nak borak apa pun tatau..


petang tu, semua kefenatan lahhhh...

malam, sambung beraya kat rumah akak wan nye anak.. betul ke tak erkk??

gmbr dalam umah x de.. sbb kitowang semua terpukau tgk langit malam tu.. subhanallah.. bulan dan bintang yang sgt cantik..


tp camera tak canggih mana.. ini lah zoom terhebat yang bleh dilakukan.. tp mmg cantik.. malam tu mmg damai je rasa..


ada setengah member yg dtg beraya kat pilah.. mana yg sempat kan.. yg lain2 tu dtg kat umah sban


najmi bila time raya ni masa std dia tido kol 1.30 pagi ke atas.. sgt susah nak tido.. asyik mainnnnnn mainnnnnn mainnnnnn.. makan pun tak nak..
tu tgh isi minyak kereta katanya..


ada orang melayan, suka sgt lah dia... sehari dalam 2x je dia carik mama dia..

ehh, dah habis.. folder 2 Syawal mekchu dengan ini melabuh kan tirainya.. tido.. tido.. esok nak bangun awal.. mau ke Kuantan pulak..(tak yah suruh pun.. tido adalah aktiviti yg amat dirindui di hari raya.. hahaha)


Friday, September 17, 2010

Folder 1 Syawal lagi

Pagi 1 Syawal hujan renyai2... sejukkk je.. smpai terlupa dah hari raya..

Bagun wok.. bagun.. gi semayang raya..

mendung je pagi raya tu kan..

Punya lah penuh masjid.. mekchu semayang kat celah2 pinggan mangkuk.. sib baik badan mmg kecik.. ngam2 je.. itu pun bila sujud, kepala kena vontot kuali.. kenapa ntah kuali ada kat situ.. tak pe, yang penting dpt semayang raya sama-sama..

hanya kami di pagi raya..

Family kak long turn beraya kat rompin.. family abg ngah pulak balik kg lepas semayang raya.. tinggal lah kami.. sib baik ada kitowang tau.. kalau tak, emak beraya berdua ngan bibik.. sib baik jugak ada bibik..

mekchu ngan bro.john senang je.. kami dah sepakat.. jgn gaduh2 nak balik mana bila raya.. pegangan kami "kalau nak mlm raya kat rumah mak sendiri, bersedia untuk tnggal di rumah mertua hingga raya ke-5".. (kejam sgt ke statement tu?)

haaa.. pilih pilih nak yg mana satu.. and of kos lah mlm raya kami di labu dan beraya di pilah smpai raya ke-5.. lagi pun dapat ziarah kubur arwah abah raya pertama tu..

aim kat ayam masak merah tu..

blk semayang raya, isi perut dulu.. takut2 lak nak makan.. terasa mcm puasa je lagik.. heheh.. pekena mak nye rendang sama kuah kacang.. ada pulak ayam masak merah yang menjadi kegilaan kami adik beradik.. tp thn ni tak dpt nak rebut2.. makan la ko puas2.. sayu lak tetiba..

ok.. salam2 dulu.. walau pun tak cukup korum, bersalaman di pagi raya adalah acara wajib.. pergghhh kalau tak nangis jgn pnggil mekchu okeh..

terasa hiba sgt bila salam ngan mak.. ye la, org lain dah kawin semua dok umah sendiri.. tapi kami still dok ngan mak.. dah hari2 jumpa, konpem ada yang terkecil hati kat sana sini kan..

bila salam ngan bro.john, lagik laju air mata ni meleleh.. habis mekap aii.. uuuwuuuu, byk pesanan bro.john utk mekchu.. duit raya untuk isteri terchenta tatap ada.. ai lap yuu..

lepas salam salam gi kubur arwah abah.. terasa kejap je.. thn ni dah 3 thn kitowang beraya tanpa abah.. Alhamdulillah, dah 3 kali raya jugak bro.john bawak kan tahlil utk arwah..

siap siap nak gi kubur


najmi yg pertama kali ke kubur arwah atuk dia..


sedekahkan bacaan yassin pada arwah

semoga abah sentiasa tenang di sana.. adik terrrrlalu rindukan abah..

pastinya emak lagi rindukan abah

lepas blk dari kubur, bermula lah acara beraya kat rumah saudara mara smpai lah raya ke-30.. selagi ada bulan syawal, selagi itu lah kami akan terus beraya dan beraya..

bila raya, budak2 lah yg paling happy kan.. sejak ada anak ni mekchu pun tumpang gembira bila najmi dpt duit raya.. massyuukkkk


suasana bergelimpangan mcm ni mmg biasa..


petang raya tu, kami siap siap pulak blk pilah..

letih btol najmi.. jln pulak jem baaaik punye...


ni dah smpai pilah.. mmg dia yg soh tutupkan telinga dia.. hahaha.. takut2 berani tgk org main mercun..

cerita raya kat pilah lepas ni.. slow & steady mekchu hapdet..relek je.. org lain dah selari ngan bilangan hari raya dah.. penat sgt beraya.. mood nak hapdet datang siiikiit sgt.. mood nak beraya yg lebih.. hahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...