@churalliya

Wednesday, July 17, 2013

Selamat Ulang Tahun ke-5 Abam Mi

Jatuh dalam bulan puasa.. Nak jugak buat party kat sekolah kasi dia seronok dengan kawan2.. tak pe la abang, kalo tak puasa pun mama tau abam mi mesti malu nak tiup lilin dengan kawan2.. anak mama ni kan penyegan tak tentu arah...

gambar semalam otw gi klinik sebab cherry berry... yg terkini dalam koleksi..

Sekejap dah 5 tahun.. adoii mama tak sanggup nak berpisah dengan abang kalau abang sekolah asrama nanti..

"Tak lama lagi birthday abang.. abang nak hadiah apa?"
"Lori kren"

Tetap pada kenderaan berat..

Copy paste dari salah satu entry...

 U're my little pumpkin.. the one and only my cutest pumpkin ever!!

Please don't grow up too fast.. mama akan merindui segala-galanya.. tapi dalam pada banyak2 tu, satu je yang mama tak akan lupa.. waktu nak push abang keluar..

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke-5 busuk masam masin mama & papa.. Semoga menjadi anak yang soleh, yang dapat membimbing adik-adik.. Amin..


by mekchuN (^_^)

Thursday, July 11, 2013

Abam mi besar nanti nak jadi apa?

Dulu dia jawab nak bawak lori sampah...

Sekarang dah tukar impian.. dia nak bawak bulldozer pulak..

dia dari kecik memang terlalu taksub dengan lori sampah dan bulldozer..

sebab tu masa birthday dia yang 3 tahun ramai yang prezenkan bulldozer.. banyak dah koleksi kat rumah tu.. 

Ada bulldozer 2 tangan la, yang 1 tangan la... ntah mama pun tak perasan jenis2 bulldozer ni.. yang mama tahu bulldozer ni kerja dia angkat tanah..

Ketaksuban abam mi dengan kenderaan berat ni memang lain macam.. dari kecik lagi suka sangat kalo nampak lori sampah kat jalan.. siap suruh papa bentikan keta tepi lori sampah sebab nak tengok macam mana lori tu angkat sampah.. dah la mama kat dalam keta tahan napas bau busyuk..

Elok la tu kan.. sekurang2 nya dia mementingkan teknologi berbanding bau.. hahaha..

Sekarang pulak pantang nampak bulldozer.. tambahan pulak kat rumah nenek labu memang banyak bulldozer 1 tangan, 2 tangan, steamroll parking sebab nak buat kerja tambah hiway kepada 4 lane.. so, hari2 pegi balik sekolah memang kepala akan toleh kat bulldozer sampai lah hilang dari pandangan..

Kalo petang2 dia ajak papajib naik moto nak tengok bulldozer buat keje tatau lah ntah berapa kali..

 balik dari sekolah, ini lah keje dia.. bulldozer korek tanah.. 

 ini game faveret abam mi kat jasko.. pernah sekali game bulldozer ni rosak.. kemain mengamuk halilintar dia.. 

kemana pergi pantang lah nampak kenderaan korek tanah ni... lain macam lah taksub dia... 

Kalo kat rumah tu tatau dah berapa banyak menan bulldozer.. dah boleh bukak car boot sale..

sebahagian dari koleksi.. itu baru 5 bijik.. ada banyak lagi dalam bilik bibik.. 

baju pun semua yang ada gambar bulldozer..

Pernah dialong ni terkeluar dari dia..

"mama, mi dah besar nanti mama hantar mi kerja kat tapak pembinaan ye.. lepas tu petang nanti mama amek mi tau..." hahahaha sebab dia tahu yang bulldozer tu tak boleh bawak balik rumah..

Bukan setakat bulldozer, semua jenis kenderaan berat yang pelik2 ni dia suka.. Ok, gambar2 kat bawah ni abam mi yang ajar mekchu nama2 kenderaan tu..

 ni bulldozer 1 tangan panjang.. tayar pun panjang jugak..

 ini bulldozer 2 tangan pendek

 ini forklift.. perfectly masa dia sebut forklift.. terkagum kejap.. mama pun tak sure nama kenderaan ni.. 

ini pulak steamroll 2 tayar.. 

Terus mekchu terfikir steamroll jalan guna tayar yang mana?

Keek main game bulldozer.. game feberet dia.. mama pun suka sebab lepas tu mama kenyang makan gula2..



Itu lah abam mi.. mama harap cita2 dah besar nanti nak bawak bulldozer hanya mainan semata.. mama doakan abam mi dapat kerja dalam ekon ye.. sebab abam mi tu tido malam kalo tak bukak ekon pun boleh mengamuk sakan.. ini kan pulak nak kerja bawak bulldozer dalam cuaca panas..

Tapi andai itu rezeki dia, mama doakan yang terbaik..

Bila buat entry ni terasa rindu pulak dengan abam mi.. walau hari2 jumpa tapi tetap rindu nak bercerita 10 ekor sang kancil dan 10 ekor pak belang, dan bergurau dengan dia.. sejak dia ada adik nampak dia dah pandai berdikari.. terasa macam dia dah besar sangat..

Rindu.. Rindu.. Rindu..


by mekchuN (^_^)

Tuesday, July 9, 2013

Baju Raya tahun ni dari Jovian Mandagie

Tahun ni mak nak beraya dengan baju dari Jovian Mandagie pulop.. Pabila baju Rizalman yang nak let go tu dah ada buyer, maka boleh la beralih arah nak mencuba design JM pulak.. dah ada modal katanyaaa...

Cuba tengok gambar ni.....

tak ke meleleh air liur uols... 

Tatau la, mekchu kalo tido air liur tak meleleh pun.. tapi bila tengok baju2 ni, otomatik meleleh kat tepi bibir.. pas tu malam2 tido tak lena.. bukan setakat terngiang-ngiang gambar mereka bertiga, malah dengan rakan-rakan dia yang lain juga..

Walau pun lambat nak up entry ni, tapi nak bebel jugak.. Ni antara rakan2 ia...
 
 

Ada lagi 1 page kot tertinggal. Malas nak copy.. Korang bleh tengok kat website Tesco. Ada pre order sebenarnya.. sungguh tertinggal ketapi.. tak pe la, dah dapat pon.. 

Design tu semua dinamakan Orked. Tu pasal model2 dia semua ada bunga orkid kat kepala.. Rasanya design ni lagi ok dari design JM yang jual kat Zalora tu.. macam oldies sangat ku lihat lisasurihani tu pakai..

Best lah Tesco sekarang.. Kalo tahun lepas dia jual baju dari Rizalman kan.. Tahun ni dari Jovian Mandagie pulak.. baju kalo dah mahal elok la kita test dulu.. expecially kalo design kurung modern ni.. kalo harga biasa2 tu boleh la pejam mata..

Harga adalah dari RM240 ke atas.. Ada yang kata kualiti kain tak setanding dengan harga... tapi mekchu tak kira.. kalo dah nak tu, nak jugak.. Mula2 carik kat Tesco Seremban 2 dah tak de size.. Carik kat Nilai pulak. Nasib ada size..

terai punya terai.. nasib lah kalo barisan kat luar tu panjang.. sekali terai boleh 3 pasang je.. dah pulang lepas tu repeat terai lagi.. semua pun sangat selesa... 


Dan akhirnya mekchu pilih yang ini. Osha Mint. RM300.

 sebab kaler dia nice. Kain dia sejuk. Design dia selesa..

Size M.. Tapi kain dah macam size XL.. nak kena alter skit.. nanti bleh pakai dengan kemeja gi opis..

Bawak bersabar.. mekchu tau la lambat review pasal ni.. Kalau nak beli jugak, masih ada kat 20 cawangan Tesco.. Boleh refer website dia kalo nak tau tesco mana yang dekat dengan rumah korang.. Tapi kalo nak yang mekchu punya tu, tunggu la kalau pompuan ni nak let go tahun depan.. hahaha...

Ok, dah review baju raya.. tak rahsia lagi dah..

Di kesempatan ini mekchu nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua kesayangan.. 


by mekchuN (^_^)

Monday, July 8, 2013

Buat projek dalam kereta

Tak de tempat lain yang lebih clear selain dalam kereta..



2 hari ke persidangan kat PICC, 2 hari tu lah buat projek dalam kereta.. rasanya itu tempat yang paling selesa..

Kat dalam surau tu dah la ramai, sempit pulak kan.. pas tu nanti mekchu ni kejap nak kena selak kuih kiri, kejap lagi selak kuih kanan pulak.. lepas tu kiri balik dan kanan semula.. hermmm segan la dah ramai2 tu..

Parking pun dah paling strategik, masuk kereta kunci pintu dan projek dalam 20 minit terus zasssss dapat 8oz.. KPI memang 8oz..

susu segar.. simpan terus dalam kereta tak payah nak angkut ke hulu ke hilir masuk dewan conference.. 

National Digital Conference 2013.. 2 hari drive pegi sana.. pergi dengan opismate..

 
1st day.. my oh my.. bekas jerawat tak bleh nak cover.. 

 2nd day.. pakai blouse belang poplook dengan harapan dapat efek jadi tinggi dan kurus dan lansing :)

 dengar, berangan. dengar balik, terlelap..

Keek tak bawak cermin.. konon2 guna henfon sebagai cermin.. tapi sebenarnya rekod keek dalam surau.. 



rapiah, adieb n me.. delegate dari SUK Negeri Sembilan... 

Ada lucky draw.. bukan sebarang lucky draw tau.. kena dapatkan chop dari 26 booth baru qualify untuk masuk lucky draw.. dah macam orientation week nak dapatkan sign senior tu..

Dan Alhamdulillah, rapiah (kiri) menang iphone 5 uolsss... haruslah bangga walau pun bukan mekchu yang dapat.. sekurang-kurangnya MC announce nama opis kita kat situ.. best nyaaa lah hai..

Cakap pasal lucky draw ni mekchu memang lah tak de luck.. patut hantar papajib je kat situ.. dia kalo ke mana2 yang ada lucky draw InsyaAllah akan bawak balik hadiah.. tu voucher tu banyak jugak hasil dari lucky draw.. bukan handal sangat pon.. hahaha.. ok ok papa terror..

Hari tu patut mekchu sama2 dengan papajib meramaikan lagi orang kat Aeon. Ada member day.. tapi nak buat cemana.. ku kirim melalui angin aje..


Terus member senyap tak reply2 lagi dah lepas tu.. tak pasti sama ada bateri habis (tapi dia ada power bank kaler pink) atau pengsan bersama2 dalam keramaian tu..

Balik tu dia bagi voucher Aeon 2 keping..

voucher yang terkumpul minggu lepas.. 

Sabtu lepas balik main golp, di bawak lagi 4 keping.. kes dapat nombor corot maka sikiiiiittttttttttt aje kepingan nyaaa...


Bak kata fizza kat fb.. time papajib pegi mulut macam ada tarikan graviti ke bawah.. Bila balik bawak voucher, kemain senyum lagi.. Tengok gambar wawa senyum aje lah ye.. senyuman mama dia tak perlu di sini.. hahaha

Ehhhh meleret sangat dah ni.. dari projek dalam kereta terus cerita pasal voucher.. Ok lah bai!

by mekchuN (^_^)

Thursday, July 4, 2013

Mama wanna be fun and look fabulous.. please papa...

Dah last minute jugak baru dapat green light dari suami untuk attend event ni.. Biasa lah kalau dah hari ahad, kena check schedule suami yang asyik2 nak menebas tu dulu..

Event Fun & Fabulous dari Biro Wanita Persatuan PTD Negeri Sembilan.. segan bebenor nya nak join.. ye la kan, kita bukan PTD.. suami kita je yang PTD.. segan la nak join event orang ni..

Bila dah timbang tara, dan papajib pun tiada halangan dan kata boleh nak jaga anak2... so bebeh.. i'm in.. yeyyyyy.. seronok dapat berjimba..

Bila baca ada talk pasal wellness dengan helbalife, free facial party, mekap-mekap terus dah terkinja2 nak join.. Dan yang paling seronok bila dengar ada zumba pagi tu.. mekchu tak pernah berzumba.. selalu join erobik je kan.. nak jugak tahu apa beza zumba dan erobik ni sebenarnya..

 baru sampai.. mata bengkak lagi.. jerawat pun ikut sama bengkak.. time2 nak bersosial ngan kawan2 time tu lah muncul dengan gemoknya bawah bibir.. tak sporting sungguh kamu..

Pedulik la dia di situ, dia pun nak berzumba jugak.. hahaha..

 ok, dah nak start zumba.. 

Kelam kabut ok.. tak tentu arah nak keluarkan kaki yang mana, tangan yang mana.. sambil tu montot nak kena gelek jugak.. so funny 1st time berzumba.. dan yang penting memang sangat best.. Best. Tak tipu.

Sambil tu kat luar sana coach Am sedang sibuk sediakan Herbalife shake untuk wanita2 anggun bila dah abis zumba nanti..

dan sebenarnya dia adalah senior mekchu kat STJ dulu.. dah lebih 10 tahun tapi badan menten slim.. ye la kan, coach Herbalife harus la sentiasa sihat.. 

Syabas senior.. bukan setakat hebat bawak pedang panjang (tak salah dia mejar askar melayu diraja), dia jugak coach Herbalife yang berjaya..

Ada buat Intagram Video masa zumba.. tapi hilang pulak tak sempat upload.. cisssss sangat.. Keek pun ada record tapi hanya untuk tontonan kawan2 aje.. hahaha kenot upload.. kenot..

nah... ni wajah sejurus selepas sejam berzumba.. memang saje tak lap peluh sebagai bukti kat uols semua yang mekchu keluarkan peluh..

masing-masing mengah.. ehh tatau la yang lain tapi yang pasti mekchu memang mengah.. orang jarang bersukan memang macam tu.. pakai baju kuning tu our zumba woman :)

 kami the angels menikmati Herbalife shake sambil tunggu giliran nak timbang umur sebenar dalam badan.. 

 debarrr ohh jantung ku..

dan tengok2 alat penimbang tu bagi tahu umur dalam badan mekchu 6 tahun lebih muda dari umur yang sebenar.. wah wah wah..badan dah keding gini memang lah orang akan kata muda.. dah, jangan stress stress.. tu yang malas nak tayang gambar ni..

Menurut coach, siapa yang makan banyak tapi tak gemok2 yang patut risau daripada yang makan banyak dan kelihatan gemok.. Something wrong.. mana pergi makanan yang dimakan tadi tu? Ada belaan dalaman kah? hahahaha.. Phewww nasiblah mekchu ni memang jenis makan ciput2 aje..

si belang kat belakang yang sangat khusyuk.. 

Dari pukul 9 membawa ke pukul 10 dan seterusnya pukul 11.. kami tertunggu bila dia nak panggil untuk sarapan..

 sekali tak de makna nak bersarapan ok.. herbalife shake itu lah sarapan kami pagi tu.. kami yang tidak pernah tidak bersarapan ni pun macam erkkkkkkk... 

Tapi sebenarnya memang kenyang pun.. macam tak de la kebulur sangat walau pun dah berzumba.. cumanya dah nak dekat pukul 12 macam tu mekchu dah start diam.. tak banyak bercakap sebab perut ku dah macam kembunggggg minum shake sampai 3 cawan.. hahahaha..

It's facial party time.. party party lets go party...

dengan ju.. sesekali aje baru dapat jumpa ju ni.. 

sedang menenyeh muka.. sambil sebelah tangan cover jerawat.. 

Guna produk Herbalife.. baru tahu Herbalife pun ada produk penjagaan muka rupanya..

Habis je berfacial, kitorang break lunch n solat.. tapi mekchu tak dapat join sampai petang.. kena balik uols.. sedih bebenor dengar suara suami dalam telefon yang penat jaga anak.. itu baru separuh hari ye papa.. sila tabahkan lagi hati mu untuk benarkan mama bersosial lebih lama lepas ni ok (^_^)

Petang tu lagi best.. ada sesi fesyen2 bersama Azura Couture dan mekap-mekap dari Avon.. uwarghhhh sedeyyyy tak dapat join.. ambek gambar dari IG amyduffy aje..


Best best.. dah pesan organizer soh buat lagi.. Copy paste ayat organizer..

Kami dari biro wanita pptdns mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada suami2 mithali yg memberi keizinan kepada isteri2 anda untuk turut serta dalam event fun&fabulous hari ahad ni! Andalah permata hati, anda juga penghulu kami! Kami akan pulang dengan badan yg sihat dan wajah yg cantik berseri bak bidadari! We love u! 

Tapi papajib gelakkan mekchu malam tu... jahat tau dia.. tapi tak boleh nak cerita kenapa kena gelak.. hahahaha.. tak boleh.. tak boleh.. ini rahsia rumahtangga.. HAHAHAHA.. 
 
by mekchuN (^_^)

Wednesday, July 3, 2013

Ciri2 suami pilihan hati

Dulu.

Dulu masa tengah hangat berchenta. Papajib pernah tanya mekchu apa ciri2 suami pilihan hati..

Nak tahu apa jawapan mekchu?

"Dia mesti tahu jalan kl"

Hahahaha.. sangat tak relevan punya jawapan..

Dan selepas dah pandai jalan kat kl, lalu dia pun masuk melamar..

Ntah kenapa pulak tiba2 nak buat entry merepek ni.. ok bai..

Jadikan permainan sebagai satu pembelajaran

Anak dan mainan... Ermmmm... ermmmmmm... kalau dikumpul dah boleh bukak kedai mainan kannnn... tak pun car boot sale :)

Cuba tengok balik mainan apa yang paling banyak dalam bakul tu? Secara jujur kalau abam mi haruslah mainan bulldozer dia dari size XXXXS hinggalah XXXXXL kann... Ultraman? rasanya mainan yang wajib ada bagi semua anak lelaki diluar sana.. Kalau perempuan harus lah dengan patung barbie pink dia..

Kan best kalau anak yang suka main bulldozer terus boleh pandai dirikan sendiri solat.. atau anak yang asyik bermain patung barbie terus tahu ambil wuduk sendiri.. Boleh gitu? Dah tentu lah tak boleh kan sebab mainan yang kita sediakan itu bukan lah mainan yang sesuai untuk dijadikan pembelajaran..

Permainan sebagai satu pembelajaran?

Di AN NUR SMART KIDS ada pelbagai jenis permainan yang bagus untuk dijadikan pembelajaran dan sesuai dengan perkembangan anak-anak yang sedang membesar..

Kita selalu jumpa cube ABC dan 123 kan.. tapi agak jarang jumpa cube alif baa taa ni..

Alif Baa Taa Cube
RM60

Playskool Surprise Square Toy
RM 45.00

Bagaimana pula dengan anak yang suka menconteng? stresssssss kann.. hihihi meh sini nak share info.. 



Menconteng memang lah bagus untuk perkembangan anak2.. tapi macam mana kalo conteng kat dinding? atau kat atas lantai? phewwwww najmi pernah conteng dinding dengan crayon.. guna lah cat kalis apa sekali pun, tetap tak nak hilang.. 

Nanti boleh try tikar conteng ni.. besar.. luas skit kawasan yang nak diconteng..

Aquadoodle Thomas Doodle Mat
RM 43.00

Check out the no-mess magic! It's the activity toy for active, creative toddlers that allows them to make great art, over and over again - without the mess! Kids can stamp or draw using the pen-like holder filled with water. After 20 seconds the area dries and the color disappears. The water-based Aquadoodle drawing tools are non-toxic and ink free allowing your child to play in a safe and clean environment.


Selain tu di AN NUR SMART KIDS juga ada... 


Little Kod Zoo Backpacks Ladybug
RM 29.50

Little Kid Zoo Backpacks -BEE
RM29.50

LAMAZE Foot Finder (1 pair) Red Ladybird
RM 15.00

Dan yang paling best apa tau.. Ni haaaaa....

Baby Khalifah Learning Series..

This CD set is best used as an educational aid for your 2-4 years old kids.

The cute and interactive characters makes learning about Islam and FUN adventure for the Baby Khalifah.

So what will you get when you purchase this set?

6 Baby Khalifah CDs on My First Solat, My First Kalimah, My First IQRA, My First Arabic, My First Adab & MyFamily,
6 workbooks,
1 color set,
1 car sticker,
1 flashcard set; and
1 bookmark.









Best kan.. 


Semuanya ada di AN NUR SMART KIDS.. Jom ramai-ramai LIKE page AN NUR SMART KIDS sebab kat sana ada macam-macam lagi permainan yang boleh dijadikan sebagai pembelajaran untuk anak-anak... Di samping beli untuk anak main, mereka juga dapat didedahkan dengan pelbagai pembelajaran asas yang kadang2 kita sendiri tak tahu nak mulakan dari mana... 

Meh nak share sikit kata2 pujangga yang selalu kita dengar dalam proses membesarkan anak..

ANAK umpama kain putih yang menunggu untuk dicorak oleh ibu bapanya. Namun, sejauh ibu bapa menghasilkan corak 'berwarna-warni' dan 'indah mata memandang' di atas kain putih itu sedikit sebanyak bergantung kepada kebijaksanaan dan ilmu keibubapaan mereka.




Ingat tau sila LIKE page AN NUR SMART KIDS ok..

by mekchuN (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...