@churalliya

Friday, May 14, 2010

Al-Fatihah..

smpai sekarang pun mcm x percaya lagi dgn berita kehilangan seorang kawan..

Al-Fatihah kepada arwah Pennylena yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Menurut maklumat yang diterima, beliau meninggal dalam tido.. Arwah masih dlm tempoh pantang setelah melahirkan anak secara pembedahan. Sebab meninggal tak pasti..

W/pun sue tak berapa baik dgn arwah, tapi kalau mmg kita kenal org tu, mmg rasa sedih..


baik dgn arwah pun sebab duty masa pertabalan hari tu (dlm bulatan merah-bj pink, tudung coklat. dia sgt sweeeet).. gmbr ni pun masa rehersal pertabalan.. masa ni arwah tgh pregnen..

Al-Fatihah...

Wednesday, May 12, 2010

3 in 1



2 demo & 1 meeting.. semua sekali harung..

bak kata jemah, meeting meeting, eating... hahaha.. part eating tu kol 10 dah siap pikir dah..

as usual, kitowang budak2 operational & network ni telah diarahkan untuk ke uptown (3Com office).. gi sana bukan main2 tau.. dgn hajat yg besar..

sblum start demo Intellegent Management Center (IMC), terjejak kasih lak ngan suhaila.. masing2 menjerit bila nmpk muka.. suhaila ni budak UUM, sama2 belajar dulu.. tp x berapa rapat lah sbb dia 'klik' lain.. sue 'klik' lain.. tp sama2 hot.. hahahaha.. tak tak.. tipu je..

sesuai lah tu sue bertemu sue.. bleh lah sue bg switch murah kat sue.. suhaila ni account manager kat 3com tu.. bukan calang2 position hokey!!


gossssiping with my 'potong fren'...


lepas tu masa yg ditnggu2.. makan!! kat papa rich.. nyum nyum..



nilah sue & sue..

lepas tu smbung lak demo Desktop Management System (DMS) lak oleh GITN.. w/pun kitowang mmg dah guna DMS ni kat opis, tapi saje je nak cuba try test tgk product yg lain.. lepas je demo, smbung terus meeting yg terpenting.... meeting 1 NS*Net dgn TM..

dah petang x de mood dah nak poosing.. al-kisahnya sekeping ni je lah..


Senarai Peserta selepas 2 mnggu




Thanks uols yg sudi join contest by mekchu.. tak sia-sia mekchu berfikir 7 hari 7 mlm nak wat contest nih.. ada gak penyertaan.. alhamdulillah..

So inilah gmbr2 yg telah terpilih.. sbb ada yg letak smpai 8 keping gmbr tu kan.. mmg tak tentu arah nak pilih yg mana.. semua pun cantik, semua pun menarik.. len kali nak soh letak sekeping je..senang kojo acik.. hehehe..

Masa ada lagi seminggu++ sebelum closing date.. jom, sempat lagi nih..


Nnti sue akan update lagi dan lagi.. daaaaaa...

Monday, May 10, 2010

Nyamuk jahat!!

Kerana kau lah nyamuk Cik Tapa masuk wad sbb kena gigitan kau yg berbisa..

Cik Tapa ialah bapa mertua ku.. sue pnggil abah.. dah seminggu demam tapi x nak ke hospital, smpai lah mak mertua call lakiku soh blk pilah.. hanya dgn lakiku barulah abah setuju nak gi hospital..

check darah mmg konfem denggi.. terus warded.. kesian abah, badan dah gigil2.. badan dah makin kurus.. tak seceria biasa kalau jumpa dgn najmi..

najmi pun pelik apsal "awok" dia asyik baring je...


moga abah cepat smbuh dan dpt main dgn najmi mcm biasa..

ish, bergenang lak air mata sbb tiba2 teringat kat arwah abah terutama masa arwah terlentang sakit di hospital..

abah, adik rinnnndu kan abah.. semoga abah tenang di sana...

*******
bila smpai labu dlm kol 11.30 mlm
td..

"papa tak nak wish apa-apa ke kat mama ni? ye lah, sempat lagi ni, belum kol 12 lagi.."
"hehe.. happy mother's day"

siap kena paksa bg ucapan tuu.. tp itu lah ucapan yg terindah yg sue dpt rasakan pd saat-saat sukar lakiku.. dr pagi lakiku ulang alik hospital.. x sempat nak wish, sbb tu kena paksa wish.. hahahaha..



Friday, May 7, 2010

April - Bulan ICT Negeri Sembilan 2010

Letak gmbr je bleh kan?? sbnarnya mcm2 program dah dijalankan sepanjang bln lepas, tp x malassss nak wat entry... skang bila terrrajin, dah lupa lak ujung pangkal nye..

Bulan April kat N9 ni kitowang declare sebagai Bulan ICT NS.. so, antara program yg telah dijalankan...

Seminar ICT - 5 April 2010 @ Klana Resort, Seremban



Technology Update with 3 Com - 8 April 2010 @ Royale Bintang, Seremban


Lawatan Kerja ke Skali Web Services - 20 April 2010 @ Sentul & Bangi
ehh ehh.. kalo x salah ni bukan program Bulan ICT, tp disebabkan jatuh pd bln April, maka selitkan je la kat sini.. kat bunting tu gmbr CEO skali - Tengku Farith Rithauddeen..


Rehersal Hari ICT - 28 April 2010 @ Rantau, N9


Hari ICT - 29 April 2010 @ Rantau
dpt hadiah jwb kuiz.. soklan hya utk cikgu, tp disebabkan cikgu x nak jwb maka Cikgu Suraya lah yg tlg jawab..


Ceramah Motivasi & Kreativiti ICT - 30 April 2010 @ SUKNSsoalan disponsor oleh Mr.Rizal.. ngelat sbb soalan ada 2, tp tya 1 soalan je..

penat dan tersangatlah penat yg sgt.. mcm kenduri nk smbut menantu dia pya penat... alhamdulillah, kami berjaya lakukannya.. bak kata pembaca doa kami "bukan untuk bermegah-megah, tapi untuk melaksanakan amanah".. chewah!!!!

Brooch besar dada

Wahai org2 seremban dan yg berdekatan dgn nya... marilah beramai-ramai ke Kompleks Kraf Seremban sbb kat sana kan...... kat sana kan ada bykkkk batik sutera yg cantik2, eksesori & pameran kraf.. tp smpai esok je.. sempat lagi tuh..

sekangkang kera je dr opis nih.. sib baik x bawak keta td tau..

pameran kraf tak jenguk pun.. sibuk kat kedai yg jual kain sutera batik & eksesori.. leka betul.. x padan ngan cuaca panas.. dah dasar pompuan tu kan, mesti blk dgn beg plastik..

jemah 2 beg, mekchu 2 beg... hadoiiii....


tp mekchu siap dpt free gift... ai loikeee...



masuk je opis, of course terus pakai brooch yg cantik itu kan.. bila boss tgk dia terus ckp "keronsang sue besar dada" hahahaha.. kelakar la boss nih.. nmpk sgt selama ni boss tak perasan sue nye brooch sbb semua stok kecik2 je... rasa mcm nak beli kaler gold pulak lah..

Thursday, May 6, 2010

churalliya makin dikenali

tgh berpeluh-peluh (mmg sue berpeluh dgn hebat waktu tu.. cuaca sgt panas) mmg budget lepas habis keje melipat bunga ni nak terus gi toilet.. tiba2 dtg seorang awek menegur..

tgh khusyuk melipat bunga origami sbg salah satu hasil inovasi

"hai churalliya"

wah!! daku dikenali... wahhh.... tak sangka nyaaaaaaaa..... masa tu masih terkedu.. terus terpikir keadaan semasa rmbut, mekap, baju, lipstik, etc.. alamak, tgh comot momot akibat melipat bunga.. tgh blur2 lagik..

"ni bonda lah"

"ohh.. yg tinggal kat nilai tu ye... sorry lah berpeluh-peluh ni.. buat apa kat sini? bukak booth jugak ke? bla bla bla"

masa tu perasaan bangga dah.. sempat soh abg cameraman snap kan gmbr.. sekali.....

sue & bonda.. x pernah lagi org tegur dgn nama churalliya.. u'r the 1st.. terharu sgt tau..


"ooo.. ini lah baju korporat yg JEMAH tersalah pakai tu ye.."

ada jugak JEMAH di situ yee walau pun pada hari tersebut kami dipisahkan buat seketika.. utk Gerakan Inovasi Peringkat Negeri tapi teeeeetap org tya JEMAH..

hahaha.. ko sape mekchu nak dibandingkan ngan JEMAH tu..

ye la.. ye la... tp suka sgt ada org kenal churalliya di khalayak ramai.. semua ni aura JEMAH jugak..


penceramah ptg tu.. En.Mazlan Mohamad (antara x boss kesayangan kat MAMPU) tp frust sgt x dpt jumpa sbb ptg tu blk opis ada mtg lain..

Wednesday, May 5, 2010

Najmi pun telah disuntik

Korang bila lagi?

Utk kanak2 bawah 18 tahun boleh dptkan vaksin vaxigrip di hospital swasta.. mcm najmi, sue bwk dia gi cucuk kat KPJ.. baby seawal umur 6 bln boleh dptkan suntikan ni..


Vaxigrip ni sbnarnya mengandungi beberapa vaksin yg lain seperti flu.. antigen H1N1 adalah sebahagian daripada vaksin ni jugak.. kira 2 in 1 la nih..

Suntikan H1N1 yg sue amek kat Klinik Kerajaan tu mmg power sehh!! patut pun rasa mau pitam.. suntikan tu mmg khas utk H1N1..

Suntikan ni akan mula bertindak balas dgn virus (kalo ada) dlm tempoh 2 mnggu.. makna nya kalo cucuk hari ni, esok tu still mudah utk dijangkiti lagi.. selepas 2 mnggu barulah vaksin ni dpt menjalankan tugas dia dlm badan kita..

Info :
Kos untuk vaxigrip + consultation + medication (mntak ubat demam) = Rm89.05 sahaja..


"apa? nak cucuk?? ala, keje senang je la mama.... "


najmi siiiiikit pun x nangis.. ekkkk ekkkkk pun x kedengaran...
pakai je pampers terus main lari2 dlm bilik doktor..

Apa lagi? luangkan lah sedikit masa utk kebaikan bersama.. chewaahh!! mama dah, najmi pun dah.. papa je yg belom..

Kalau dah ditakdirkan kena, tetap akan kena jugak kan? cuma kita sbg manusia ni jgn lah asyik berserah kpd takdir tanpa ikhtiar..

Tuesday, May 4, 2010

My Mom Chicken Rice - Ampang

ada ke patut janji nak jumpa kat Restoran Pelita Nasi Kandar? apa keleeessss ... dah pakai vougue2 (vougue ke mak?) bwk lak henbeg baru, sekali mkn kat restoran mamak .. adoiii ingat dah smpai kay el nak gak merasa makan kedai selain mamak..

mata tu laju je baca signboard kedai2 yg ada kat situ.. sekali terpandang lak dgn signboard kaler oren putih yg sgt mencengkam mata..

yeaahh.. tak pernah try makan kat kedai linda onn nih..

"papa jom makan kat situ"
"abis tu dah janji ngan din jumpa kat pelita"
"alah, asyik mamakkkk je la papa nih"
"ok lah "

tujuan nak jumpa ngan din sbb nak pinjam "barang baik".. hehehe..


"leceh la mama ni.. gmbr, gmbr, gmbr.. adoiiiii... semak lah"


ayam yg sgt lazattt


baik pya umpan.. hehe


auuummm.. cedapnye nasi ayam ni mama


gaya rakan karib yg lama terpisah..


tq ye uncle din.. nnti bwk zikry lwn main bola ye

lepas tu terus gi midv yg dulu dikenali sbg mv.. hahaha.. hape? midv lagik??

najmi meragam.. nak jenjalan carik brg pun tertekan je.. dah mengantuk sgt, tapi tetap x nak tido dlm stroller.. mencabar sungguh.. mmg perlukan ketahanan mental yg kuat..

agenda nak carik kasut masih x selesai..


pernah tak dgr bisness permainan masuk duit syiling nih? terjebak gak la hari tu dgr talk dia kat auto show.. punah harapan nak dpt kasut baru..

Sunday, May 2, 2010

Lagi kisah najmi dan buaian

tapi kali ni sgt tragis... menurut sumber, tiada sebarang kecederaan berat dilaporkan..

smpai je rumah, terperanjat gozilla tgk buai najmi terbelah di tengah!! nak bayangkan betapa terperanjat sbnarnya.. buai tu kitowang baru je tukar x smpai pun 6 bln.. sblum ni pakai buai anak buah yg skarang dia dah umur 14 thn dah.. nmpk sgt kualiti buai dulu & sekarang x sama kan..

rasanya dah tiba masa nak ajar najmi tido bawah waktu siang.. kalo mlm dia mmg x tido buai.. cuma time siang.. asyik nak main je.. kalo ada buai, senang nak paksa dia tido..

x tau la sukses ke tak niat murni ku ini.. semlm seharian bejalan pun dia x akan tido dlm stroller dia.. bila masuk keta baru lena.. susah la bibik nak buat keje nnti.. sure najmi meragam..

nak test dulu sehari dua nih.. kalo keadaan agak parah, nmpk gaya kena beli la jugak.. tp, kalo x cuba smpai bila najmi tak pandai tido bwh waktu siang..


inilah keadaan buai yg dah terbelah di tengah


kualiti besi sekarang yg sgt tidak bagus..


dan lagi.. sib baik la najmi x apa-apa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...