@churalliya

Tuesday, April 12, 2011

Telur ayam asli

Takut kan dengar pasal telur ayam pelesu baru-baru ni.. Nasib baik tinggal kat kampung.. Bela ayam kampung.. makan telur ayam kampung.. ternyata telur ayam asli..

Kalo dalam seminggu tu, ada la dalam 2-3 kali b/fast telur ayam kampung separuh masak..
 sorang kena telan 2 bijik..

letak kicap & black pepper... walllaaaaaaa... 

Ngko ado? hak hak.. Sihat bertenaga, ayu jelita..

Monday, April 11, 2011

Don't say anything..

Korang boleh tengok je TANPA berkata apa-apa...

HAHAHAHA... ini keje budak opis la nih.. nanti ko syazwan..

cenggitu erk muka kalo mekchu gemok.. tp kenapa dagu tu nak over berlapis pulak? tak puas hati ni...

kitowang satu opis dah macam adik beradik dah.. ko gelak aku, aku kutuk ko balik.. kebanyakannya, semua tak de simpan dalam hati... kecuali kes-kes tertentu yang terpaksa dikuarantin kan...

bila tunjuk gambar ni kat mi-cah, terkebil-kebil mata dia.. lama taw dia pandang.. kejap pandang gambar kat tipon, kejap lagi tu pandang mama-chu dia.. pandang gambar kat tipon lagi, pandang mama-chu balik..

lepas tu dia cakap 'ini oram (orang) lain laaaaaa.....' dan terus dia sambung main basikal dia.. pergghhh, legaaa....

Lepas Nuffnang, Churp2.. lepas tu Nom2.. lepas tu apa pulak?

Alamak, dari banyak-banyak kempen sebelum ni, boleh tinggal 3 je?

Tak nampak kan jumlah wang terkumpul setakat ni? tak kan dapat 20 hengget pun nak tayang ye dak?

Kalau ada dapat kempen dari churp-churp ni, rajin-rajin lah share.. kalo tak rajin, cane nak masuk duit.. walau pun sikit, tapi masih D.U.I.T..

Macam mana nak join churp-churp? sila klik sini.. kalau tak paham, klik sini pun boleh..

Mekchu nak tanya, antara kesihatan dan pekerjaan, korang pilih yang mana? sape pilih kesihatan, klik sini..

Nak cuba tak game baru kat facebook?  'Pop It Or Drop It'.. kalau berani challenge markah mekchu la wei...

Haa... ada lagi, korang dah jawab survey Nom-Nom? main cafe world pandai la pulak nak nom nom nom.. tapi bila nak jawab survey nom-nom, pemalas... hahahaha... ce jawab survey tu.. walau pun soalan dia agak banyak dan menimbun, tapi jangan risau sebab soalan semuanya senang..

Nom Nom Media's Social Media Minds ni adalah survey mengenai diri kita sendiri dan bagaimana social networking mempengaruhi diri kita.. jadi, tak perlu tiru orang sebelah atau google untuk mencari jawapan.. mana la tau berdasarkan survey tu blog korang akan dipilih untuk kempen-kempen yang besar pulak lepas ni.. dengar kempen besar, terus jadi rajin tu....

lagi satu, kalau korang antara 1000 yang awal dan menjawab dengan lengkap, akan dapat RM1.. soalan bukannya macam kena wat karangan pon, dapat duit lak tu..

sape ada 'barang baek' nak share pasal churp2 ke, nom2 ke... bleh la komen kat sini.. sila... sila..

Saturday, April 9, 2011

5 gambar, sama gaya

"Alamak, papa dah lambat ni.. mama nak ikut ke tak?"
"erm.. papa gi lah dulu.. nanti mama naik komuter ngan najmi.. lagi pun dia tido lagi tu.."

yang sebenarnya mama ehh nak sambung membuta.. boleh pulak tu pagi-pagi dpt idea nak naik komuter...

uols adalah dijemput untuk melayan bersama-sama tengok gaya mi-cah ni.. skang dah senang nak bg kerjasama...

pertama, otw ke stesen komuter..

kedua, dah sampai stesen.. siap2 nak parking..

ketiga, melepaskan lelah sekejap lepas penat mendaki tangga.. kat atas jejantas tu..

ke-empat, suruh dia pose sekali lagi dan tak menghampakan..

ke-lima, tgh tunggu komuter.. 

sungguh baik mood budak kecik tu.. apa di suruh semua dia buat.. nak naik train punya pasal..


al-kisahnya, papa-jit ada gotong royong pejabat dia.. dah janji nak ikut sama-sama sebab ada agenda tersembunyi lepas tu.. disebabkan papa-jit dah pegi awal2 pagi dan najmi tak bangun lagi, tak kan lah nak bawak 2 keta lak kan.. apo lak ghoman ehh sorang satu keta lak.. itu yg tercetus idea nak naik komuter dan papa-jit amek kat station seremban..

penuh pulak seat komuter.. berdiri je la lagi pun tak smpai 5 minit dah smpai seremban..
melekap sungguh mi-cah.. mula-mula sombong nak berdiri sendiri.. tak  nak pegang.. bila train tu goyang-goyang dia dah susah nak kawal, terus capai peha mama-chu.. sebaik kecik je, boleh peluk..


elok je turun kat station seremban, banyak pulak train parking kat situ.. dia sungguh-sungguh tarik tangan ajak naik train lagi......... *pengsan.. malas nak layan... pujuk dia sambil tunggu orang reda kejap, baru turn kitowang mendaki tangga curam tu..
 

tak lama lepas tu papa-jit pun sampai dan aksi-aksi kami di pejabat papa-jit pun bermula.. di kala orang lain sibuk mengemas..

sangat khusyuk 2 beranak tu..

khusyuk tengok upin ipin 2011.. tp omak ehh yang over.. ada satu gambar tu siap tepuk2 tangan.. tp malu nak tunjuk ngan korang.. ahak ahak.. jatuh lah saham aiii..

tu yang malas nak bawak budak kecik ni pegi opis.. habis segala ruang dia masuk.. 


last sekali sebelum ke tujuan sebenar, tunjuk lah gambar papa-jit ni.. buat syarat.. nnti kecik hati pulak.. hahaha..
seronok bawak mi-cah keluar berdua naik komuter.. pernah buat keje 'bodoh' macam tu sebelum ni.. seremban - tiroi je pon.. tambang RM1.. hak hak.. cuba kalo mahal, tak kuasa mak..

dah bleh 'buat kawan' dah mi-cah ni...

Friday, April 8, 2011

Nampak sikit je.. Bukan nampak semua pun.

Sape pernah dgr ayat tu?

Ramai yg nak tau beli yg mana satu.. Tat taraaaa....

Sape nak pin, kita borak2 kat churalliya@gmail.com taw.. Kali ni baru betul dh miliki pin sendiri.. X tipu lagik dah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 6, 2011

Najmi ke Nursery

Bukan main suka dia gi nursery...

 
 

Harap-harap mi-cah masih happy bila ke nursery school suatu hari nanti... entah macam mana la keadaan dia kalo hantar ke nursery.. dari umur 1 hari dah tinggal nak nenek labu kan.. bila balik keje petang2 tu, kesian sangat tengok dia sorang-sorang je kat rumah layan 613.. sekejap je dah besar panjang dan dah boleh posing maut..

Kenari ku rosak lagi

Sadis... punya lah cun 2 orang gadis bergelar omak orang ni nak bertolak ke PD atas urusan rasmi, sekali boleh pulak keta buat hal tengah jalan.. nasib baik mata tu terperasan temperature naik tinggi sampai paras kaler merah tu.. sekali pandang mmg terbayang minyak penuh sbb baru isi.. 2 kali pandang baru perasan kenapa kalo minyak penuh tapi kaler merah pulak...

ngam2 lepas tol nak ke arah PD.. terus berenti dan call papa-jit mintak resQ.. lama wooooo nak tggu resQ tu sampai.. peluh dah menitis2 tgh2 panas tu..

sebelum tggu resQ sampai, kitowang memberanikan diri bukak tempat enjin tu nak check air.. eh, orang panggil apa erk? bukan bukak enjin, tapi bukak bonet enjin :)

pic credit tu kak jemmm.. dia memang pantas..

sekali air kering daaa... kat dalam keta langsung tak de bawak air.. so, kitowang berwonder girl la kat tepi jalan tu sehinggakan sir capo dan wildcutecat berenti belakang kitowang.. tp malangnya dia blah macam tu aje.. maka menjerit2 lah kitowang memanggil nama dorang dari dalam keta dengan harapan dorang dengar.. hak hak..

 itu dia super-jit sentiasa bersedia untuk membantu... 

legaaaaaaa bila super-jit (dan dan tukar nama) datang membantu.. 2 botol air besoo dia bawak.. perli ke apa tu? terlalu sadis keadaan enjin keta mekchu sekarang.. bak kata kak jemm macam kaler air teh ais dia punya karat...
 kak jemm muka sampai penyet penyet tahan panas.. kesian dia terjebak sama...

tak berani nak teruskan bawak kenari tu.. berwonder girl sekali lagi ngan papa-jit biar dia lembut hati tukar keta suka sama suka.. waka waka eyy eyy.. berjaya!!

walaupun dah top up air, tapi buatnya dia buat hal lagi tengah jalan tu, dia jugak yang kena datang resQ kan..

papa, petanda tu pa.. petanda... apa lagi, sambung lah survey papa yang tertangguh tu.. enibeseri kita kan tak lama lagi... awuummmmm....

Tuesday, April 5, 2011

Nokia E71 untuk di let go

Tak habis-habis asyik jual tipon je laaaa... ok, ini entry melekat sehingga dah jumpa buyer..

Norkiah Slide 6500 dah jual kat bibik... Sony Ericcson Vivaz Pro dah jual kat tyha.. tapi masih tak cukup modal nak beli BB... sekarang nak jual E71 pulak..

selama ni memang bertujuan saje dok perhangat kat korang, kata dah pakai BB.. tapi haram tak pakai pun lagi.. modal tak cukup la katakan... hahahaha...

E71 ni papa-jit yang punya sbnarnya.. lepas jual vivaz pro hari tu, dah tak de tipon (padan lah muka).. mekchu pakai lah E71 papa-jit tu sementara nak kumpul modal beli BB.. gile kentang.. hahaha...

rasanya semua dah tau function tipon E71 ni kan.. tipon yang super duper bagus.. ada 3G, WiFi, garmin, dan semua2 yang di cari-cari pun ada pada tipon tu.. kaler hitam, original set, ada kotak dan charger.. dipakai sejak Januari 2010 oleh papa-jit dan diambil alih oleh mekchu sejak sebulan yang lalu.. condition sangat tip top..

okeh, kalau ada yang minat nak memiliki E71 ni atau nak tanya-tanya dulu ke, sila e-mel mekchu at churalliya@gmail.com cepat-cepat sebelum mekchu trade in kat kedai.. kita sembang-sembang lebey kat sana ok..

komen user E71 :

Asal Usul nama mi-cah, mama-chu & papa-jit

Ketiga-tiga nama tu najmi yang bagi sebenarnya.. dan nama-nama tu hanyalah bagi tujuan komersial di blog ini sahaja.. tak de kaitan dengan nama bagi yang hidup atau mati (cenggitu ke ayat dalam drama erk?)

Kalau perasan dulu mekchu gunakan nama bro.john untuk papa-jit dan hanyalah sue untuk mama-chu.. tapi sejak najmi dah boleh 'think out of the box' (bak kata yana) jadi rasa macam comel pulak kalo gunakan nama mi-cah, mama-chu & papa-jit tu bila menulis kat blog ni.. ada entry lama kat sini..

Al-kisah nya cenggini.. ce cite.. ce cite... ye la, nak cite la ni...

Sedang mengajar anak menyebut nama sendiri, nama omak dan nama apak dia.. risau la kan kalo keluar dan orang tanya nama mama siapa? buatnya dia jawab nama mama eva longoria.. sadiss weii.... mesti dapat pandangan serong punyalah..

Ok, macam mana bleh dapat nama mi-cah tu?
Nama najmi ialah Najmi Syahputra.. mmg nama tu agak panjang bagi dia dan susah dia nak sebut satu per satu.. mekchu ajar dia Najmi (sahaja) dan dia dapat sebut mi je.. lepas tu pandai2 pulak dia olah perkataan tu dan tambah cah untuk pangkal perkataan Syahputra.. maka terjadi lah mi-cah di situ..

Asal usul nama mama-chu pulak
Nama mekchu Suraya Mazni.. ajar dia sebut sue sahaja.. dan bila dia sebut sue jadi lah chu.. dan mungkin dia rasa tak sedap dengan nama tu dan dia pandai2 pulak tambah mama kat depan dan jadi lah mama-chu.. dalam hati macam tau je nama blog mama ko ni pun ada kaitan dengan chu jugak (churalliya).. hak hak..

Next, asal usul nama papa-jit..
Nama laki mekchu Najib.. yes, aii lah datin seri wanna be okehhh... ajar najmi sebut najib dan dia dapat sebut jit sahaja.. disebabkan dia dah tambah perkataan mama untuk mekchu, maka secara otomatik dia tambah perkataan papa untuk papa-jit...

maka, terhasil lah mi-cah, mama-chu & papa-jit..
kami bertiga setahun yang lalu... 

Jadi mulai hari itu, secara rasminya mekchu terus guna ketiga-tiga nama komersial tersebut untuk penulisan entry kalau melibatkan ketiga-tiga watak utama itu dalam blog kuning oren ni.. mmg lah tak baik kan kalo kita dah bagi nama elok-elok pada anak, pas tu kita panggil dengan nama lain.. tapi cayo lah cakap den ni.. bagi tujuan penulisan blog sahaja.. tapi kadang2 terguna jugak nama-nama tu bagi merapatkan lagi hubungan kami... sesekali tu teringin jugak nak tukar angin kan..

Kalau korang ada terjumpa ngan mi-cah ni, ce cuba lah tanya dia nama dia apa? :)

Kalau nak dapat kan idea nama glamer pun boleh jumpa ngan mi-cah ni... nanti dia akan olah sendiri mengikut kefahaman dia.. kitowang se-family semua dah ada nama pemberian mi-cah ni..

Monday, April 4, 2011

Aku umpama sebiji BOLA

Bola itu bulat.. Kalau kena baling atau sepak, elok je dia pergi ikut arahan.. tak membantah langsung..cuma kalau balingan atau sepakan yang tak mengena, dia akan melantun semula (tanda protes la tu)...

Susah rupanya kalau dijadikan sebagai sebiji bola yang bOolat ni.. Walau pun cantik dan mengelip (tetap nak mengelip), namun tetap akan disepak atau dibaling jugak.. Bola dijadikan bOolat supaya dapat bergolek dan melantun terus ke dalam jaringan dan seterusnya menjanjikan kemenangan... tapi kalau di salah gunakan, bola akan dijadikan sebagai tempat untuk melepaskan geram atau saje suka-suka di baling atau di sepak sebab dia berkuasa berbuat demikian..

Kesian ko bola.. ko terlalu bOolat.. sentiasa mendengar kata dan terlalu rela untuk dibiarkan di baling atau di sepak sebegitu rupa.. lebih bagus kalo jadi bola ragbi.. bila sepak dia akan melantun-lantun sehinggakan sukar nak agak ke mana arah tujuan nya..

Kalau jadi terlalu bOolat, mudah sangat dipergunakan oleh manusia yang pentingkan diri sendiri.. kalau lonjong pulak, takut tak disukai oleh manusia di sekeliling dan dibuang ke dalam tong sampah sebab mereka lebih berkuasa untuk membuat pilihan..

Hai lah bola.. sadis sungguh nasib ko... walau pun begitu, sebenarnya peranan ko sebagai sebiji bola sangat penting bagi memastikan kejayaan pasukan.. ko sebenarnya bertuah kerana semua berlumba-lumba untuk memastikan ko masuk ke dalam jaringan.. dan seterusnya menjerit riang... GOLLLLLLLLLLL!!!!!

Semoga ko terus tabah wahai bola dan terus tersenyum........ (bola boleh senyum ke?)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...