@churalliya

Thursday, July 7, 2011

Projek Mega Operasi


Bila orang odit kata nak tengok stor pelupusan, sempat pesan "puan, puan jangan terkejut dengan stor kami tau.." Kalau tak pesan takut terpengsan. Hehehee..

Hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang boleh tgk stor tu. Macam2 barang ada. Dgn monitor, cpu, server, printer. Satu n9 lah katakan.. Semua park kat situ.. Dah x nampak lantai..

Macam tahun2 lepas jugak, ini merupakan projek mega kami.. Pjg o000oo prosedur pelupusan tu..

Terharu dgn kerjasama semua. Sambil gaduh2 smbil kutuk2 smbil susun2 brg. So shuuweeettt.. Terima kasih korang..

Sent from my Red Lovers :)

Mi-cah tu boboi boy laaa..

Terkekek-kekek mekchu tergelak bila baca komen daripada bitt..

Bitt, sampai sekarang mekchu masih tersenyum taw..


Agaknya muka mi-cah tu ada iras2 gegirl kot.. pas tu rambut pulak panjang.. bukan salah bitt pun.. hahaha.. kalo gegirl, of kos dah lama mekchu pakaikan skirt rambu-ramba dgn headband kaler pink taw..

Ini untuk bitt...
gambar-gambar mi-cah berbaju melayu surau dan bersongkok.. hehehe..

kalau uols pernah nampak mi-cah berenang sambil pakai swimming trunk fenk ni, sila abaikan.. hahaha..


kaler pink.. cekci.. awwwwww....

Wednesday, July 6, 2011

Terkoyak hatinya ibarat langsir yang rabak

Hati mana yang tak terkoyak bila tgk langsir kesayangan rabak.. pendek kata dah wajib buang tong sampah.. apa pun tak boleh.. apa pon tak boleh..

Kengkonon nak sambut raya kan.. nak la basuh langsir yang dah tergantung sejak 3 tahun tak pernah basuh-basuh tu.. dah naik berhabuk dah.. mekchu dengan habuk adalah musuh ketat.. dengan rambut atas lantai jugak.. ohhhhh, elergi okeh kalo ternampak rambut atas lantai.. mesti nak kutip.. itu belum campur kutip barang menan anak lagi.. nenek nenek si bongkok tiga... ohh tidak!!

ok, sambung..

Nak cabut langsir pun kena aga gaya.. se-perlahan yang boleh supaya habuk tidak beterbangan.. sebelum tu of kos lah kena tutup kipas.. sendiri angkat tangga, sendiri cabut, sendiri campak dalam washing machine.. kira semua sendiri (nak bg tau pap-jit terdampar tgk tibi sebab seharian subuh2 dah keluar pegi 'menebas')

Angkat langsir dari mesin basuh terus jadi pelik sbb day curtain (kaler putih) bila tarik bunyik 'kraaakkk' (koyak).. tarik lagi, makin 'kraaaaaaakkk' pulak dia.. ini tak boleh jadi.. hancur... memang sah dah hancur..

Menjerit kat situ jugak tapi tiada siapa yang ambil tahu (sedih wok masa ni...)

fasa pertama nak basuh langsir kat tingkap master bed ni dulu..


 haaaa... gitu lah rupe dia.. dah jadi macam angel hair pasta.. hahaha..

see.. see.. now u can see tibi through the curtain..


ok, sebenarnya begitu lah rupa day curtain sebelum ke'rabak'kan.. itu single window yang masih terselamat.. nabis baik tak sumbat semua sekali.. kalo tak, semua rabak...

bukti mekchu yang kesedihan.. ini mi-cah yang snap.. manakala papa-jit masih terdampar di sebelah..

"papa, tgk la langsir mama ni.. habis koyak dah ni"
"dah tu dah koyak nak buat mcm mana lagi"
sungguh tidak pandai memujuk..

"esok bawak mama pegi Fiona"
"nak buat apa?"
tak paham-paham.. satu seremban tau fiona itu adalah kedai langsir

"nak beli langsir baru laaaa"
"mmmmmm"
dengan hati membengkak terus cari plastik sampah dan campak kan langsir tu.. humban kan saja...

Tak pasal-pasal raya ni akan ada day curtain yang baru.. day curtain je.. night curtain masih elok.. lari lagi bajet.. kalo tau, tak de la sakan shopping kat sogo hari tu.. ecehhh...

Uols, len kali tak yah la buat2 rajin pegi basuh langsir.. exp day curtain.. mmg jenis pakai buang agaknya..

Ada jugak kawan2 kat FB bg tau, len kali kena tya dulu day curtain tu boleh basuh atau tak.. dan kalau langsir yang terdedah banyak dgn cahaya matahari pun senang menjadi rabak..

Sharing tandanya caring *wink

Arissa's Choice

Antara salah satu blogshop yang mekchu sudah jatuh hati...
Arissa's Choice di miliki oleh sepasang somi isteri yang sangat comel dan nama tu diambil sempena nama anak perempuan dorang.. kali ni mmg puji ikhlas.. tak de maksud lain okeh..
Dan kini mi-cah telah memiliki 2 pyjamas yang sangat comel.. bila mi-cah pakai lagik comel macam mama-chu dia..
Antara Koleksi Holabebe Pyjamas 
RM30 sepasang

Kalo ada gegirl, dah lama order.. tidak syak lagi..

Mixveer Pink Gown 
RM55 (harga tidak termasuk pos)
Size : 1Y, 2Y, 3Y

Tudung Duyung Emboss
RM35

Tudung Arissa Songket
RM25

Kid's Back Pack
RM45 (tidak termasuk pos)

Winnie The Pooh Height Measurement Ruler
RM 28 (tidak termasuk pos)

T-shirt Ed Hardy
RM 28 (tidak termasuk pos)

 Carter's Bath Baby Rope
RM 35 (tidak termasuk pos)

Isshhh ada banyak lagi laa..

Ok, sila berkenal-kenalan dengan Arissa's Choice untuk jatuh hati kepadanya..

Sila layari koleksi di blog http://arissaschoice.blogspot.com/
atau

Tuesday, July 5, 2011

Dilema Birthday Party mi-cah

Terasa macam kehilangan mood pulak nak sambut birthday mi-cah tahun ni.. mungkin sebab 4 hari lepas birthday mi-cah nanti, bibik dah kena balik surabaya.. jadi mood bersedih la konon-konon..

AaaAaaAaaaa... tak nak la cerita pasal bibik nak balik indon.. nanti mekchu susah hati.. ini lah akibat kalo dah terlalu sayangkan bibik :((

Makanya mood adalah tersangat malas nak buat preparation untuk birthday mi-cah.. lebih kurang 2 minggu je lagi.. kesian ko wahai anak.. alah, mama-chu dulu kecik-kecik tak de pon party-party ni semua.. sihat je sampai ke besar.. hahaha.. mengharapkan bulan jatuh ke riba yang gebu je laaa.. boleh? macam tahun lepas..

Boleh pulak termasuk blog Razzle Dazzle Party.. cisss.. macam mana boleh klik agaknya.. bila dah terklik tu, ternampak lah macam2 jenis party dia dia dah organize.. sungguh luar biasa.. cantik-cantik sangat.. dan bermula lah fasa berangan mekchu..

Lil Bird's Nest

 Enchantes Arabian Night


Strawberry Shortcake
 

Construction
 

A Carnival Circus
 

hadoii hadoii hadoi.. (ko nak hadoii banyak-banyak kali pun sila kan....)

Sambil dalam hati kalo proposed ngan papa-jit harus di tolak sebulat suara.. dgn ayat standard dia "tak yah la... dorang tu semua kaya.. boleh laaaa" betul tak papa? kan kan..

Tadi ada BBM ngan mona.. tya preparation birthday anak2 bujang dia hari tu.. dia dah bagi idea kat mekchu.. sedikit belanja, tapi kena gagah perkasa atau lebihkan belanja, tapi boleh duduk sambil goyang kaki..

Uols ada idea tak?

Ada jugak yang buat kuih kodok cicah sardin je ni.. :) Mi-cah kan kecik lagi, buat yang grand-grand pun bukan dia boleh ingat (sampai bila lah nak pakai alasan tu erkkk)

Mereka telah diukur

Kemain lagi hero-hero di hatiku tahun ni.. baju melayu siap bertempah.. kalah la mama-chu kalau macam ni..

Papa-jit teringin nak pakai baju melayu yang ada "piping".. susah kot nak carik kat kedai..

so, tahun ni try tempah kat Leads Tailor, Senawang.. 2 tahun lepas dah tempah kat Victor :)

orang-orang gomen kat n9 dia tahu lah, 2-2 tailor tu femes bila musim nak kena siapkan number 1 dress.. hehehe...

tak kose lah mak nengok gambar nih... 

sebelum sampai kedai dah ajar mi-cah suruh dia berdiri diam-diam sebab uncle nak ukur buat baju melayu surau (mmg kalau sebut je baju melayu, dia tambah 'surau' kat belakang).. layan..

suruh depa kan tangan, dia malu-malu mioww taw..

tempah baju melayu papa-jit yang siap ber"piping" kaler pink RM150.. mi-cah punya RM90.. no komen sebab bukan duit mekchu.. hak hak..

pakai baju tempah berkali ganda puas hati dari beli siap.. mcm baju melayu papa-jit tahun lepas, boleh nampak bulu dada yuuuu... awwuuuu...

Ok, tahun ni kami chopp kaler kelabu.. korang??

Monday, July 4, 2011

Kindly Attention Mr.Nuffnang

My dear,


I need new buffered earning..
I need new campaigns..
I need grapevine advert..
I need more churp-churp campaigns assignment..

metered earning mekchu selepas cash out hujung tahun lepas.. dah makin menyepi..


social sharing mekchu dalam churp-churp.. ada banyak dan tak dapek la acik nak paste semua..


kalau ada akaun twitter, boleh dapat schedule tweets kat churp-churp :)


I need you like a hug needs a kiss....
I need you like the ocean needs the tide...
I need you like love needs two people....
I need you like a girl needs a boy....
I need you like a soul needs a body....
I need you like numbers need an equation.....
I need you more than anything!!!


pergghh.. penat memerah otak bagi ayat2 power untuk mengembalikan kepercayaan mr.nuffnang kita :)

eh.. korang tau tak kak jem kita terpilih featured blogger for july 2011? emmm itu laaaa.. bukak nuffnang asyik tenung Earning aje.. mana tak nyeee.. hahahaha... kalau nak baca (mmg korang wajib baca ok) pegi kat home, scroll bawah sikit.. kat Flavour of the Month :)



jemah, budak-budak opis kim salam dengan ucapan bila nak buat makan-makan.. hahaha.. piranha sangat dorang tu kan..

Saturday, July 2, 2011

Suka yg comel

Sape pulak yg x suka benda comel kan.. Suka hari ni sebab dpt gunakan kukus comel dr tupperware.

Minum petang siap!! Hahaha.. Buang tebiat agaknya kol 1.30 dah minum petang..

Comel kan kukus merah tu? Boleh la muat 3 ketul pau kat satu layer. Ada 2 layer. X beli kukus besi biasa tu sbb x cantik.. Hahaha..

Kukus kuih pau yang bibik buat. Jemput makan pau semua...


Sent from my Red Lovers :)

Friday, July 1, 2011

Not Allowed

Buat sementara ni, segala komen kat blog tak boleh view.. sebab itu adalah di bawah kategori social network dan atas sebab itu lah ianya telah di filter oleh untangle web filter.. nasib baik lah dah filter semua komen kat e-mel, so boleh lah baca dulu komen korang sebelum publish..

Tapi itu lah, bila nak baca balik komen-komen uols dah tak boleh lah.. selalu nya mekchu akan BW dari komen yang korang tinggalkan.. pas tu bila dah masuk blog korang, of kos lah tak boleh nak komen jugak..

Facebook tak heran sangat kena blocked sebab BB kan adoo.. ecehhhh....


cenggitu lah rupa bentuk untangle web filter tu tapi di ubah bentuk dan warna atas tujuan suka-suka.. ok, yang ada nama mekchu tu tak betul..

ingat tau, bukan mekchu dah tak nak tinggalkan komen, tapi network admin tak mengizinkan.. masih berpenat lelah BW dan klik - klik kat rumah korang, cuma bezanya mekchu tak boleh komen.. mana yang ada shout box tu mekchu cuba komen kat situ.. aci tak?

network admin sekarang ni semakin garang lah.. takootttt.. kalau tak allow komen ni, cancel lah nak bagi pc baru tahun ni *wink (mintak-mintak mr.deming baca) intro ayat kat atas tu macam hampeh kan.. dengan harapan mr.deming dan kawan-kawan faham.. lalalalalala...

Melekat kat jalan TAR ke?

Mekchu dah balik laa.. ada ke msg kata mekchu ada kat jalan TAR lagik.. hahaha.. kelakar lah uols ni taw.. mentang-mentang semalam tak de entry, terus ingat mekchu dah terlekat kat sana..

Semalam agak kebizian dan kesemangatan membuak-buak buat keje.. dah dapat terapi terbaeekk lah katakan.. petang pulak dengar ceramah motivasi  "Diri Hebat, Kerja Kuat, Rezeki Berkat" .. macam tengok maharajawalak musim kedua pulak.. kelakar tak hengat.. sampai leleh air mata kat dalam dewan tu..


kehausan di jalan tar.. serius haussss.. air.. air..

tak banyak mana pun.. sikit je kan.. (tak tgk dalam bonet lagik...)

Tak boleh tunjuk apa ada kat dalam.. rahasia.. tapi ada kasut, ada baju, ada kain, ada seluar, ada brooch, ada henbeg, ada wallet, ada jam ben 10.. hahaha rahasia katanya..

Hari ni sambung siapkan keje yang tak siap.. bila dah siap, baru lah seronok nak berhujung minggu.. betul tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...