@churalliya

Friday, July 15, 2011

"Papa langgar orang"

Dapat call macam tu, terasa diri tu ringan je.. macam dah pengsan ke apa.. sempat capai phone, baju melayu surau najmi, tudung, sempat jugak capai brooch nak pakai ngan tudung nanti..

Akak ngan abg ipar mekchu dah smpai masjid masa tu.. ye la, dah nak masuk magrib.. malam tu sebenarnya ada majlis bacaan yassin dan tahlil arwah abah kat masjid.. dah nak masuk bulan puasa ni dan kami sedekahkan bacaan yassin bersama-sama orang kampung..

Tgh2 siap mandi, terus dapat call dari papa-jit dan terus menggeletar satu badan.. "ma, papa langgar orang maaaa....." apa dia cakap lepas tu mekchu tak tak dengar... singgah masjid, ajak akak mekchu ikut sekali takut kalau ada apa-apa.. sebenarnya mekchu takut mekchu yang pengsan..

Bila nak sampai tu, bertembung pulak dengan ambulance.. lagi lah menggeletar.. sampai2 je tgk org ramai dah berkerumun, keta papa-jit kat tengah2.. ada motor tersepit kat bawah keta.. terus parking kat tepi.. wal hal, kemain jauh lagi tu.. konon2 parking cepat, cepat lah boleh jumpa papa-jit..

Smpai je dia sambut mi-cah dulu.. ok, fine disitu.. pas tu terus salam dan rasa nak menangis...


Keadaan motor tu nampak teruk.. tapi kalau ikutkan altis lagi teruk sebab sebenarnya motor tu yang langgar altis.. mamat tu mabuk keluar simpang.. terus meluru masuk ke tengah.. papa-jit sedang elok lak tu dlm 70-80km/j.. mmg ngam2 dia keluar je papa-jit sampai.. mamat tu langgar kat sebelah pintu/side mirror belah kiri, melambung depan mata.. terjatuh dia kat tepi.. motor tu terseret ke depan.. sebaik tak seret mamat mabuk tu sekali..

"pengsan kejap mamat tu.. tp masa ambulance sampai, dia dah sedar dah.." ~ papa-jit

dah smpai ke tengah cuba nak mengelak mamat tu yg datang meluru dari simpang.. tapi eksiden jugak.. nasib baik x de keta datang dari arah depan..

serabai sungguh dia.. bersama motor yang mmg barai.. sebelum eksiden pun motor tu dah mmg tak selamat..

apa taknya, break pun tak de.. yang bawak pulak mabuk.. cane tu?

nasib baik akak mekchu ada.. boleh tlg tgk2 kan mi-cah..

kejadian ni betul2 kat simpang Planter's Heaven, jalan Labu-Nilai tu.. mamat mabuk tu keluar dari simpang tu la.. depan tu sikit simpang masuk nilai..

Majikan mamat tu datang tak lama lepas tu.. siap bagi soalan mcm nak salahkan papa-jit.. saje la tu nak claim apa2 yg boleh claim.. sorry okeh, pekerja ngko tu yang mabuk, motor pun tak de break.. itu road tax konpem lah tak de tu.. insurance apa tah lagi.. 

Pas tu bg ayat kesian "dia sebatang kara je kat sini tu.. tak dak sapa sedara mara lain yang tinggal".. soooooooooooooo???? tgk kitowang x de respon cpt2 mntak diri, kata nak lawat mamat tu kat spital.. rasanya mamat tu bukan orang sini dan bukan melayu.. badan pun penuh tattooo.. sbb kat situ kawasan ramai pekerja asing.. ramai gile mamat2 bangla datang tgk.. itu kalo salah sikit tu, mau papa-jit kena rumble tu..

Kes tow truck pun satu hal.. berlumba2 nak tarik.. pas tu siap cakap nombor insurance tokyo marine kitowang tu salah.. nombor dia tu betul.. nasib tak hangin.. dah bape kali pulak altis tu naik tow truck tokyo marine.. lagi mau tipu..

baru calar sikit langgar ranting kayu papa-jit dah risau sambil gosok-gosok kepala.. ini pulak bila dah roboh bumper macam ni.. lagik la dia risauuuu... claim insurance lorrr.. NCD dah 55% tu.. nak buat cane kan..

malam tu lepas tow truck datang angkat keta, kitowang terus gi balai polis, nilai buat report... 

najmi yang memerhati dari kejauhan.. teruja betul dia tengok lori angkat keta papa dia sendiri.. selalu tgk atas jalan je..

kali ke-2 naik tow truck lepas rosak kat KL hari tu.. ala, yg pegi naik altis, balik naik lorris tu la.. 

acik polis yang amek keterangan.. mula2 kemain kerek.. lepas tya papa-jit keje apa, terus lembut nada suara.. kenapa harus macam tu erkk??

alhamdulillah, semua selamat.. cuma pengalaman yang baru bagi kami la.. insyaAllah terhapus dosa-dosa kecil kami.. semoga lepas kami akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya..

Abah, maafkan adik sebab tak dapat sama-sama sedekahkan bacaan yassin malam tadi.. tapi adik tetap tak lupa untuk sedekah al-fatihah kepada abah.. semoga abah sentisa tenang di sana..

Thursday, July 14, 2011

Selepas ni turn blogspot pulak di hacked? Blog korang tersenarai tak?

Betul ke lepas hacked web hotfm, lepas tu laman web kerajaan dan lepas ni blogspot pulak? Dan jawapan nya adalah "YA".. dah dapat kepastian dari sumber-seumber yang dipercayai tadi.. beruntung sebab kenal dengan salah sorang hackers malaysia, en.hakes.. ehem ehem.. tapi bukan en.hakes yang punya kerja taw.. kawan-kawan dia.. ada la kot sikit-sikit.. ehhh?

Semalam, dapat BBM dari diana si mappiau ni.. berbunyi begini (malas nak cerita, kita main screen grabber sajork.. ala-ala print screen dari phone gitu)


terus cemas.. terus bukak link tu dari BB, tapi tak boleh find la pulak dari BB ni.. dah rasa nak hempas je BB ni (tapi hempas atas tilam laa).. laptop tinggal kat opis pulak.. terus reconfirm balik dgn diana, kot2 dia tersilap address kan..


haaa... rasakan!!!

masuk je opis tadi, terus bukak untuk kepuasan diri.. kalau korang nak check blog korang kot-kot tersenarai jugak sebagai salah satu blog yang akan di hacked, boleh klik kat http://gengblogger.com/apollo.txt. Itu sumber daripada gengblogger lah.. kat 1Malaysia-db.com ni pun ada..

ya, blog mekchu di situ.. 

Berita asal yang benar-benar usul tak dapat dikenalpasti.. dari si diana pun baca dari blogger jugak.. tapi tak kisahlah tu, yang penting kita berjaga-jaga..

So, jangan kalut.. jangan ke laut.. Dah itu kerja hackers kan.. hahaha bleh gitu?.. jahat erkk hackers ni..

Jadi, apa yang kita boleh buat sekarang, marilah kita backup dulu blogspot kita.. cara-caranya mekchu sediakan ni.. baik kan hati aiii?

TUTORIAL BACKUP BLOGSPOT
1. Pergi ke Settings, dan klik pada Export Blog

2. Kendian, pada Export your blog tu, klik pada DOWNLOAD BLOG

3. File tu adalah dalam bentuk XML

4. Lepas save kat local ke external ke (ikut suka), boleh la tengok balik untuk reconfirm
Kebesaran saiz file ikut tahap kepadatan maklumat yang ada kat blog korang.. template, entry dan gambar semua ada kat situ.. so kalauuuu lah...... kalauuuu lah terjadi apa-apa, kita dah selamat di tahap itu...

Satu lagi prevention yang korang boleh buat, tukarlah password blogspot korang sekarang.. itu memang telah tertakluk kat mana-mana dasar keselamatan pon kan.. kita je buat-buat tatau dan buat-buat lupa.. so, jgn begitu okehh..

Opssss lagi satu, jangan ingat address blog korang tak de kat dalam tu korang terselamat erkk.. katanya (katanya lah) kesemua domain blogspot akan di godam.... kalau sayang blogspot korang, pehlisss do something..

Opis terbakar panggil bomba..

Bomba datang berlumba-lumba.. Haa.. Sambung-sambung..

Dah lama tak de latihan kebakaran.. Kelakar pun ada sbb x sabar tunggu bunyi loceng.. Sebaik kitowang dapat port bawak pokok.. Kalo tak, cair lah mekap..

6 - 9 minit kosongkan bangunan dianggap berjaya.. So, kitowang?


Sent from my Red Lovers :)

Wednesday, July 13, 2011

Di mana sebenarnya mi-cah pada Ahad lepas

Rasa bersalah pulak buat korang tertanya-tanya betul ke budak yang menangis kena dokong dengan PM tu mi-cah?

Ahad lepas, mi-cah ada agenda lebih penting dari bersesak sesak kat KL nun.. dia ada kat padang golf bersama dengan papa-jit dia tengok Negeri Sembilan Golf Masters.. kemain eksen lagi babai-babai mama bila nak pegi tu..

merenung masa depan.. 

"peluang lebih cerah kalau aku menceburi bidang golf ni.. tapi mama? mesti mama tak suka sebab nanti kulit jadi hitam.."

pukul-pukul...... jalan.. pukul-pukul...... jalan....

fikir.. fikir..

"betul jugak kata mama tu.. ntahapaapantah pukul-pukul..jalan... antara impian mama dan papa? mana satu yang aku harus pilih?"

tett.. tett.. tett..

"minta bantuan BEN10 lah macam ni.."

papa-jit bersama pemenang NS Golf Masters, Siddikur dari Bangladesh.. ini gambar sebelum tau dia pemenang.. papa-jit kan peramal terbaek #TDDMKA

massyukk woo dapat RM45K (rasanya la).. mekchu baru tau jadi kedi bleh dapat 10%..

kehlas tau mi-cah.. mama pun tak pernah tgk tournament golf depan mata.. papa-jit ajak tengok sama, tapi mama-chu tak suhkeeee...

suka lah gambar ni.. sampai terlelap minum air.. lepas tu bila dah balik rumah, sampai ke petang dia bercerita pasal orang main golf..

ya, itulah al-kisah mi-cah pada hari ahad yang konon-konon kata ada kat depan sogo tu.. dan budak itu bukan lah anak kami.. sekali pandang memang nampak macam mi-cah kan..

dan kami tak de lah fanatik itu untuk bawak anak kecik pegi tempat sesak-sesak macam tu.. pegi shopping hari-hari biasa kat sogo pun tak bawak mi-cah, ini kan pulak nak pegi minggu lepas.. kannnn...

#takkosemaknyah.. yang penting kami dah daftar sebagai pengundi :)

Tuesday, July 12, 2011

Mi-cah didokong oleh Perdana Menteri

Bila maksu (makcik) call papa-jit bertanyakan adakah kami bersama-sama terjebak dan berhimpun depan sogo?

Sejurus selepas itu, kak eliz (akak ipar) pulak call papa-jit tanya kami ke sogo ke hari ahad selepas BERSIH?

Semalam, bila ayu (opismate) pun tanya soalan yang sama..

Dan bila salmi (opismate) pun masih bertanyakan hal yang sama..

 
 
 
 
 

Buletin Utama, Ahad 11 Julai 2011..

Korang agak-agak?

Kenangan BERSIH untuk kami :)

Cancel Swift, Cancel Jazz juga

Kalau ada yang ingat antara wish list mekchu yang tak tertunai adalah nak tukar kereta.. banyak benda yang kena pikir kalau tukar kereta ni kan.. kalau ikutkan hati, memang nak tukar je.. tapi iman tu masih kuat.. cheewahh.. bukan iman mekchu, tapi iman papa-jit.. hahaha..

Dan kalau perasan sekarang asyik post pasal Vios je kat wall facebook.. bila tgk iklan VIOS ni kat tibi, malam tu terus termimpi-mimpi.. pas tu dia merasuk jugak kat adik ipar.. dia pun mimpi yang sama jugak.. hahaha..


Kalau korang ada terbaca pasal kereta impian mekchu (tak de impian sangat, tapi teringin la nak menjadi tuan kepadanya)  mekchu teringin nak pakai Swift atau Jazz.. kannnnnnnnnnnn....... 2-2 tu elok je kalo pompuan pakai.. tapi smpai lah sekarang impian tu mmg tertulis atas kertas aje (#sentaphatimaknak)

Lepas tu impian sudah tukar sebab lama sangat tak tertunai.. ok, kalu Swift ngan Jazz tu mahal, apa kata belikan Alza je (tapi Alza yang dah siap bikin la..hahaha)

Tapi semua-semua pun cancel lah papa.. bila dah nampak Vios G Limited & Vios TRD Sportivo ni..

papa kan dah ada altis.. beli kan lah mama vios.. pehlissssss... kata kembar (dan dan declare kembar)

ehh... nanti ada Toyota Roadshow.. sape2 yang berminat boleh lah take note tarikh-tarikh penting ni.. 
 

itu yang nak marah.. selalu orang2 kat seremban ni diabaikan.. apa ingat kitowang negeri yang paling dekat ngan KL makanya kitowang boleh diabaikan? mencik taw.. terpaksa lah pegi Bahau :)

Harga Vios baru antara RM72K - RM92K.. maklumat lanjut boleh baca di sini.. 

 maroon tu Vios G Limited.. sape tak jatuh chenta dah siap dgn 'skirt labuh'..

putih tu Vios TRD Sportivo.. sape yang suka racing sesuai lah ni.. dah siap sport rim bagai.. 

Personally, kalau pakai kereta macam ni otomatik terasa selamat dari ancaman orang yang bawak laju2 kat luar sana.. tension kan dengan mereka yang bawak macam seth tan.. tunggu lah mekchu ada ada Vios baru nnti..  hahaha.. #adahatikonon

Monday, July 11, 2011

Berita baik kepada pembaca BLOG yang tiada BLOG

Ini kat blog kuning oren mekchu.. Dah start dapat grapevine campaign dari nuffnang.. tapi nak copy link lagu mana taktau....

Bertindih pulak link dia tu dengan link yang mekchu buat.. bila alihkan iklan tu kat belah atas, pun sama jugak.. bertindih dengan profile mekchu pulak.. bila dapat iklan grapevine ni, dia akan jadi memanjang ke bawah. bukan ke ruang iklan tu dia akan extend sendiri? sepatutnya tak de lah bertindih.. ada sape2 nak tolong jawabkan tak?


Iklan Samsung Corby II.. lepas tu iklan Toyota Vios pulak.. tapi frust tak boleh nak share sebab tak boleh nak copy link tu dan tak boleh nak enter e-mel jugak..

Kalau nak belajar pasal grapevine ni boleh baca kat sini..

Sekarang ni perasan banyak kan iklan grapevine tu kat Skyscraper (side bar) korang.. Ok, ini tertakluk jika korang adalah pelanggan nuffnang.. kalau tak register nuffnang, memang sampai bila pun tak akan muncul iklan tu.. jangan risau, bila nampak je ada grapevine kat situ, laju-laju mekchu dah tolong share kan..

Tak paham apa itu grapevine? Tak paham nak buat macam mana untuk dapatkan iklan grapevine tu..

Kalau dah ada Skysraper (side bar) so, korang tak payah nak buat apa-apa lagi.. dah betul lah tu.. tunggu je sehinggalah muncul grapevine (macam gambar kat bawah ni) kat side bar tu.. rajin-rajin la toleh kat tepi tu kot-kot ada..


Ok, bila dah nampak gambar macam tu, ada beberapa langkah yang korang kena buat..

1. Nampak kan ada 4 icon tu? Ok, klik kat mana-mana 4 icon/platform untuk share campaign..

Sama ada nak share melalui twitter, facebook, messanger atau e-mel.. pilih lah ikut citarasa masing-masing..

2. Atau korang nak share selain dari 4 platform tadi, korang boleh klik SHARE dan copy paste link yang diberikan. Link tu unik taw, so jangan hilangkan..


3. Masukkan e-mel korang dan klik GO.. korang akan dapat emel cara-cara nak redeem earning daripada link yang korang akan share kan nanti..
 

Sila layari www.churpchurp.com/grapevine untuk maklumat lanjut.

Grapevine ni tak sama dengan iklan/campaign yang lain.. Berita baik kepada pembaca blog yang tidak mempunyai blog.. gituuu..

"Yes, it’s that easy! What’s more, sharing of the URLs is NOT limited to Nuffnangers only. Even your blog readers who are not registered with Nuffnang can also share campaigns on the Grapevine and be rewarded for doing so! See why we named it the Grapevine? Now EVERYBODY can be a social media influencer, and talk about that cool ad running on your blog! :D "


Ok, hasil yang memang tak seberapa dengan grapevine ni..

sape nak bagi.. ye tak?

TQ mr.nuffnang.. wo aii nii..

Saturday, July 9, 2011

Kami pun nak BERSIH jugak..

Dan kami pun tidak terkecuali untuk datang opis bergotong royong perdana sempena nak lima ESSSSS..

Meja mekchu dah lapangg... patut lah selama ni rasa mcm sesak dada.. bila meja lapang, otomatik rasa dada pun lapanggg... kalau tau, dah lama buat :)

Sungguh-Sungguh Sorok Sambil Senyum.. hahaha.. lima ESSSSS ciptaan mekchu..

Nak buang rasa sayang.. rasa semua nak pakai.. sudahnya sorok-sorok-sorok.. hahaha.. tapi haruslah kena pada tempat.. kena ada skill jugak..

Kalau sebut pasal 5s ni, kalau tak compare sebelum dan selepas macam tak lengkap..

sebelum.. saje sepah-sepah-sepah sebelum amek gambar.. baru lah nampak berbeza, memang berbeza.. tak cukup sepah atas meja, bawah meja pon..

dan sudah lapang... macam megik tak? ok, kosi bawah meja tu untuk refleksi kaki.. ngee..

letak je dulu bunga tersenyum tu kat situ.. sok sok kalo kena tegur ngan orang odit, sorok kan...

lepas tu dapat makan... sorgaaaaaa...


ada banyak lagi ruang-ruang yang dah cantik kat opis ni. kalau dulu, itu lah tempat yang paling menyampah nak tengok, sekarang rasa macam nak bawak tikar bantal tido kat situ.. hehe.. nnti lah kalau sempat mekchu reveal kan.. suka sangat bila opis dah cantik..


jadi, nak bagi tau kami penjawat awam pun tidak terkecuali dari kena datang opis hari sabtu sempena hari membersih ni.. rasanya ramai yang senasib kan..

Friday, July 8, 2011

Sambungan Mi-cah tu Boboi Boy

Kalau boboi, kenapa panggil dia 'mi-cah'?

Nama mi-cah adalah Najmi Syahputra.. siap ada putra sempena omak apak ehh kerja putrajaya masa mengandung.. hahaha.. layan kan... (orang lain keje putrajaya jugak.. tapi tak de la sampai nak letak nama anak sempena tempat kerja.. kan..)

Masa kecik-kecik mmg panggil dia najmi.. sebenarnya mmg impian nak panggil dia deqmi.. tapi mcm susah pulak kalo nak panggil cepat2.. last2 dengar 'mi' aje..

Bila dah petah bercakap, kita ajar dia sebut nama Najmi Syahputra, dia sebut mi-cah aje.. amek penghujung perkataan pertama dan awalan perkataan kedua.. macam ni najMI SYAHputra.. haaa gituuu...

Ajar suruh panggil najmi, dia tetap dengan mi-cah.. mmg dia yg bahasakan nama dia macam tu.. jadi mekchu tukar lah daripada MI-SYAH kepada MI-CAH.. bahaya pulak kalo panggil MI-SYAH tu kan.. takut dah besar menyanyi sambil kaki sepak-sepak angin.. hahahaha..


Kadang-kadang tengah main order2 kat kedai..
"encik.. encik nak makan apa encik"
"ni bukan encik.. ni mi-cah laaa.."

Kadang-kadang tengah main doktor2..
"ya, adik ni sakit apa?"
"bukan adik.. ni mi-cah laaa..."

Kadang-kadang tengah borak2..
"baik boss, saya akan buatkan susu boss"
"bukan la.. ni mi-cah laaa..."

See.. kita panggil dia boss pun dia tak nak.. tetap dengan mi-cah.. so, how?

Sebenarnya nama mama-chu dan papa-jit itu pun mi-cah yang bagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...