@churalliya

Monday, May 28, 2012

Our 7th Anniv - Siapa yang mabuk?

Tahun yang ke-7 kami celebrate di Cameron Highland sajork.. Pergi hari Ahad, balik hari Selasa.. Isnin dan Selasa tu amek cuti (tetap kena bagi tau kat sini). Kitorang kalau tak kerana nak sambut annivesary, memang lah susah nak nampak kami pegi bercuti mana-mana..

Tengah hari baru bertolak sebab papa-jit baru sampai dari JB malam tu.. kasik recharge battery driver dulu..

Planning nak naik Cameron adalah dalam sebulan yang lepas. Itu pun takut2 je nak buat plan sebab papa-jit tu kehidupan dia penuh dengan agenda outstation.. Itu pun nasib dia bleh balik awal dari JB malam tu..

Perjalanan lancar.. Sampai je Bukit Jelutong mi-cah dah lalok.. Baik punya tido lepas pekena nugget happy meal..

suka sangat tengok masa dia cuba menahan mata.. tapi tak bleh gelak keluar suara.. dan akhirnya tertewas.. 

Memang angkut tilam ngan 3 bijik bantal masam dia kemana-mana.. Tilam tu dari lahir lagi.. Tukar sarung je.. Bantal dia best wooo... sejuk dan lembut je.. kitorang pun suka pinjam..

 Kasi puas sakat dia dulu.. lepas tu baru betul kan tidur dia..


Sampai je Tapah, mi-cah bangun.. adoiihhhh apsal la ko tak tido sampai kat atas nanti..

Ingatkan dekat Cameron nih.. rupanya hazabbbbbbbbb.... bila pikir jalan dia mengalahkan ular sawa, rasanya tak pe la.. lagi 7 tahun kot kami naik sana.. Dulu rasanya dekat macam kl-seremban je.. hahaha..

Exit Simpang Pulai.. rasa jauh dia macam dah sampai UUM.. nasib lah mekchu dah melepasi fasa mabuk.. kalau tidak, konpem selang 5 minit mintak berenti nak muntah.. tapi mi-cah pulak yang mabuk teruk.. kesian dia.. sampai kan muka dah pucat lesi.. pangku kan dia dan urut belakang dia.. senyappppp je.. tengok2 bibir dah biru.. penik!!

Terus mintak berenti kat tepi.. apa ntah nama tempat tu, janji bleh kasi mi-cah relek sekejap.. Sejuk ooo masa ni.. lagi sejuk dari ekon dalam keta..

ni baru lepas pegi toilet apa semua.. boleh lah senyum2..  

 asyik2 nak bergambar ngan papa je.. ada sedikit cemburu di hati.. 

Kitorang booking kat Planters Hotel, Tanah Rata.. Ingatkan dah dekat.. rupanya ada lah lagi 30 minit kot..

Cameron dah tak cantik macam 5 tahun lepas.. tercemar sana sini.. semua lereng dah gondol.. kesian pada alam semulajadi..

Magrib jugak baru sampai hotel.. rehat sekejap terus gi carik makan.. Memang hari tu kami tak bercadang nak pegi jalan mana2..

Hari pertama diakhiri dengan gambar 2 orang hero di hati mekchu ni.. 

najmi dan najib.. siapa lagi komunis? hahahaha...

Friday, May 25, 2012

Dapat Samsung Galaxy Tab Free

Ni kisah sambungan dari hati ikhlas seorang isteri membenarkan suami pegi tornament golf hari tu. Kejadian adalah pada bulan lepas...

"Tak tahu lah kenapa pagi itu hati ini sangat merelakan suami menyertai pertandingan golf. Selalu aku tak macam ni.." hahahaha itu petikan dari novel "Isteri,Suami dan Golf" yang akan berada di pasaran tak tahu bila..

Rupa-rupanya dia bawak balik berita gembira.. tak sempat balik lagi sebenarnya, berita gembira bergambar tu dah sampai dulu..

Hadiah paling best kot.. 

Disebabkan dia dah menang, mekchu letak 2 keping gambar sebagai penghargaan.. Walau pun tab 10.1 tapi free der.. itu yang penting.. kalau tak salah dia lah pesaing i-pad skang ni kan?

Anjuran Sime Darby.. memang kayo sebab hadiah dia semua best2 belaka.. bukan senang dapat join tournament yang TIDAK menawarkan peralatan letrik dapur sebagai hadiah.. 

Flight dia hari tu.. ehh gelak pulak.. memang di panggil flight taw.. sorang kepala, sorang ekor, sorang sayap kiri dan sorang sayap kanan (agaknya)

Dah, cukup 2 keping je kot.. Siapa suruh selalu outstation tinggalkan anak bini.. hahaha tiba2 emosi menguasai diri..

Dia balik je rumah mekchu sambut dengan senyuman paling manis.. tengok tangan tak nampak pulak tab nya.. rupa-rupanya seminggu lepas tu baru hadiah tu di deliverkan.. mana nak tau.. ahkak kan rakus..

Dan ini lah suasana bila hadiah tu dah bertukar tangan..


Of kos lah over kan.. papa-jit dah janji semua hadiah yang dia menang adalah milik mekchu KECUALI bola golf.. So, tab itu adalah otomatik menjadi milik mekchu.. suka tak? suka tak?

Tapi...... entah macam mana dia pujuk mekchu dia nak tab tu... dia pujuk dengan tukarkan tab tu dengan duit RM500.. hahahaha.. walau pun sepatutnya harga dia adalah 3 kali ganda dari tu.. tapi perempuan ni bila dengar je duit mula lah ada bling bling kat mata..

Bila dipikirkan, baik amek je duit tu sebab mekchu kureng lah dengan gajet-gajet ni.. bleh gak shopping baju.. dah ada bb untuk surfing, facebooking, tweeting dah cukup dah.. gajet ni buat berat nak angkut je..

Dan bila persetujuan dimeterai, masih mekchu jugak yang kena angkut dalam henbeg.. dah lumrah erk bini kena angkut segala mak nenek dalam beg?

Siapa yang untung dalam cerita ni? mi-cah jugak....


Wednesday, May 23, 2012

Saya hari ini :)

Baju ni yang paling last beli masa ngandungkan mi-cah dulu.. Dah hujung2 pun nak beli lagik. Dapat pakai 3-4 kali je lepas tu dah beranak..


Tu nak tayang cekak rambut ber munge crochet hadiah dari marinahunny. Bukan itu aje, dia siap bagi 3 helai kain batik buat pakai masa pantang dengan brooch lagik.. terharu.. sungguh terharu.. Terima kasih wahai sahabat maya..

Kalau lah ada baby girl, akan ku hiasi dari hujung rambut sampai hujung kaki dengan bunga2 pink ;)


Sunday, May 20, 2012

Umur KAMI sudah 7 tahun

Sebelum taip tajuk tu, sempat double check kira dengan jari sekali lagi sebab macam tak percaya sudah 7 tahun.

20.05.2005 ~ 20.05.2012 = 7 tahun. Betul kan?

gmbr edit sendiri.. kata pegi training photohop :)Ohhh gelang tu dah hilang. Mintak ganti tp dapat yang halussssssssss je..

 malam nikah sebelum kena angkat naik 'kapal'

sang arjuna yang kurus keding

dan sang dara yang manis.. hahahaha pitammmm

Dulu mana de amek gambar kat sawah padi semua.. dapat backdrop pelesu pun dah cukup baik..

Lepas tu gi horneymoon kat cameron. Dapat prezen horneymoon pakage kat Strawberry Park. Wallaweiii.. Part tabur2 bunga atas katil dan dalam bath tub mmg terbaekkk... hahahaha tiba2 yg ko nak flash back ni kenapa?

Carik gmbr masa pegi honeymoon tapi tak de. Jumpa gambar masa 2007 ni aje. Dan itu lah kali terakhir kami sampai sana.. 

Dan setelah 5 tahun tak jejek sana, kami memutuskan untuk celebrate 7th anniversary kat Cameron je.. huuuyeahhhh.. harap2 sejuk lagi.. tak jauh, dan tak dekat sgt.. sesuwei untuk bawak feremfuan fragile ini berjalan-jalan..

Tahun ni kena kuarantin. Tak boleh jalan2 obersi lagik. Ngko pujuk lah cemana pun, papa-jit mmg tak akan luluskan.. Nasiblah dulu sempat jugak 2 tahun berturut-turut :)

Terima kasih papa kerana menjadikan ikatan perkahwinan kita semakin hari semakin teguh seteguhnya binaan Taj Mahal.. ehhh tahun depan kalo dapat pegi tgk Taj Mahal pun best jugak nih ;p

Thursday, May 17, 2012

Asalnya nak bawak pegi makan

Perempuan ni asyik lapar lapar lapar.. Bila balik rumah seremban, memang lah kena tapaw atau makan kat luar sebabnya ada 5 butir beras je kot yang tinggal..

Ohh ye, ini adalah pada hujung minggu minggu minggu yang lepas. Hujung minggu tu bermaksud hari cuti. Ok, sekarang perlu maklumkan macam tu supaya tiada unsur2 yang konon2 caring tapi tak perihatin.. Siapa yg follow fb mekchu dia tahu lah kot.

Dan untuk makluman juga pada hari yang sama dengan kejadian mi-cah tido dalam almari tu..

Asalnya papa-jit nak bawak pegi makan petang (ada erk istilah makan petang?) tapi rupa2nya itu umpanan semata.. Kena layan 100 bijik bola dulu baru dapat jumpa makanan.. tsk tsk..

tak tahu kenapa, hari tu mekchu terasa amat rela... 

walau pun tahu amat amat dan teramat bahaya kalo bawak budak kecik tu.. buatnya terkena swing pftttttt.. mi-cah tu bukannya reti duduk diam.. 

Memang saje pilih yang paling hujung dan jauh dari keramaian.. risau kalo terkena bola.. 100 bijik bola hari tu terasa macam siiiiikit sangat.. dan perut pulak elok je bertahan. tadi kemain lapar..

tengok yang belakang tu.. kemain semangat lagi.. maklumlah ada tournament esok nya.. 

yang budak kecik ni pulak siiibuk lah sangat nak pukul jugak.. tengok tu sampai nak tertonggeng letak bola atas 'bendalah' tu (kes tak tahu nama)

mekchu kerjanya puji pukulan mi-cah bagus. Tujuannya supaya mi-cah pukul cepat2 dan kasi bola tu cepat sikit habisnya.. tapi mana yg dekat2 tu papa-jit kutip balik.. grrrrr...

gaya wooden tiger.. terbatuk mama ngko!! ketiak mu tetap menjadi poojaan hati ku..

mereka yang amat disayangi.. 

Pertama kali bawak mi-cah ke driving range ni dan ternyata dia memang suka.. sesuatu yang baru pada dia kan.. of kos lah teruja.. kalo tidak main kat laman rumah nenek labu aje..

suka sampai siap nak pegi simpankan bakul.. ye la tu, ni aksi membodek nih!!

Tak sangka dengan kerelaan mekchu ikut pegi driving range petang tu membuahkan hasil pada ke esokkan harinya.. Papa-jit pulang dari tournament dengan membawa sesuatu yang BERHARGA.. apakah?

Itu lah, len kali kalo nak pegi tournament, mesti dapat keizinan si isteri. Bila isteri izin dengan rela hati, dapat bawak balik hadiah super duper best.. tak gitu?

Monday, May 14, 2012

Hari Ibu cara kami

Tak pernah plan, jauh sekali celebrate hari2 macam ni.. Cukup sekadar dapat melepak kat rumah sendiri anak beranak pun dah cukup best. Sebab bukan senang nak dapat masa2 terindah macam tu.. Rumah seremban tu dah macam hotel 5 bintang di hati kami.. Cuma tak check-in kat henfon je sebab khuatir si penjahat dapat menghidu hotel kami itu.. ohh perasan.. hahahaha..

Dipendekkan cerita pagi tu, roti canai, nasi lemak daun pisang, mee hoon sup dan mee kari dah terhidang atas meja (tp masih dlm plastik). Memang stok makanan sampai petang kekdahnya.. sebab bahan mentah dan hidupan laut semua dah dicampak dalam tong sampah..

Tak ingat pun hari tu hari ibu. Sebab dia tak de tarikh yang tetap, cuma setiap Ahad minggu ke-2 Mei kan.. Jadi, mendapatlah nak mengingat kalo dah macam tu.. Tahu pun bila baca status kawan2 yang check in merata-rata restoran best2 dan dapat hadiah pun best2..

Tiba2 nampak suami kesayangan membawa sebaldi air yang baunya amat ku rindu.. yessss itu bau pencuci lantai kegemaran sewaktu dulu.. dan dia memulakan operasi.. bermula dari master bedroom membawa ke seluruh pelosok rumah dan di luar rumah juga..

Ini memang amat jarang berlaku.. Mungkin sekali dalam tempoh 6 bulan.. Jadi, untuk itu mekchu abadikan dalam blog ini untuk kenangan masa depan..

 
dari dalam rumah....

ada orang cakap muka papa-jit masam sebab kena mop rumah.. hahaha.. bukan masam, tapi serius kot


membawa ke bahagian belakang rumah..

dan seterusnya depan rumah.. 

Perasan setiap gambar didatangkan sekali dengan pembantu setia?

Sila kagum sebab mekchu tak habis2 kagum dengan papa-jit.. sebenarnya dah 'proposed' dia sejak 2 bulan lepas suruh mop dalam rumah.. tp tak sangka pulak dapat pakej sekali dengan luar rumah.. ye lah, sejak kena kuarantin dari buat kerja-kerja berat ni kan.. kalo tidak, memang tugas utama mekchu kalo balik rumah seremban..

Habis tu apa kerja isteri?

Dia duduk tengok propaganza, lepas tu sambung apa saja FBI dan seterusnya Mania..


Tektik letak tangan kat perut macam tu biasanya mekchu buat kalau kena turun bukak pintu gate.. hahahaha bila dah tarik hand brake je, cepat2 letak tangan macam tu sambil gosok2 sikit.. konpem tak payah turun!!

Jadi kalo orang tanya...
"dapat hadiah apa Hari Ibu?"
"rumah yang berkilat bebas dari habuk. Hadiah dari suami yang sangat ekonomi disamping berbaloi-baloi" ~ehh panjang pulak jawapan dia

Jadi, apa cerita Hari Ibu korang pulak?

Friday, May 11, 2012

Operasi menambah koleksi baju mengandung

Ya, mekchu dah semakin lebar.. 

Ni masa kat V-Mum, the Mines. nak top up baju uniform.. suka pulak dengan design baju maternity kat sana.. sangat trendy walau pun harga ada yang mencekik..

Dulu keje kat MAMPU, tetiap minggu bawak balik sepasang baju dari Modernmum, alamanda.. tapi baru-baru ni pegi sana dah ntah apa2 design nya.. tak best langsung.. kat branch midvalley pun dah tak best..

Ok, jom tengok mekchu yang claim kata dah lebar tu..
 

Lebar lah dari biasa.. ye tak? paling terasa part punggung lah.. kain baju kurung memang dah tak boleh kancing.. mati kan zip aje.. pas tu lipat.. itu yang senteng mcm pompuan nak pegi sawah je tu.. itu lah, siapa suruh tempah baju ngam2 badan..

Pilih blouse yang buy 1 free 1.. itu yang paling ok rasanya.. Beli satu RM145.90. Beli 2 pun sama harga jugak sebab dapat 50%.

"baju macam apron ni ok tak pa?"
Geleng ~ papa-jit
Saje je nak test taste dia.. hehehehe..

Sedang sibuk fitting beberapa helai baju..

Sementara itu...

Budak kecik ni yang paling sibuk keluar masuk fitting room.. dia kagum tengok mama dia pakai baju cantik kot..

terus tangkap dia dan cepat2 amek gambar.. 

Try baju lain, beli baju lain.. itu standard kan.. So inilah beberapa helai untuk top up mengandung kali nih...

baju tu boleh dipakai dengan 2 cara.. sama ada dengan cardigan atau dengan inner.. inner dia dah ada dan memang sempoi sebab separuh je.. hahahaha... ehh gelak pulak dia.. sebab kalau pakai inner semata memang nak tergelak.. hahahaha.. pakai je inner kena cepat2 pakai blouse.. hahaha.. malew sendiri kot..

Sebenarnya dah tak sabar nak pakai baju uniform ni.. tapi bila pakai alahaiiiiiii mengandung ke ko nih? bila pakai baju kurung pulak dah seksa sangat nampaknya..

Buat masa ni, BERTAHAN!!!

Wednesday, May 9, 2012

15 weeks ~ Gambar baby dan perut

Letak je tajuk gambar perut, laju-laju klik kannnn...

Nih haaa.. tak sanggup nak letak sebenarnya.. dah blur kan part muka sebab korang bukan nak tengok muka pun kan.. dah hujung2 nnti konpem hidung dah rupa jambu air... ohhh tidakkkkkk!!!!

Gambar perut dan.... 

Gambar baby.. hewhewhew.. dulu muat nampak sampai kaki.. sekarang sampai pinggang je.. tak lama lagi nampak kepala je.. 

HER? hari tu doktor kata gegirl.. harap2 nya menjadi kenyataan.. amin amin amin.. 

Tolong doakan kesihatan kami ye..
Sekian. Tata..

Monday, May 7, 2012

Cuba cari benda tersembunyi


Punya lah banyak tempat lain, kat dalam lemari tu jugak dipilihnya untuk tido.. tak pasal2 dah kantoi tunjuk isi kandungan dalam lemari kat sini ;p. Tak pe, itu bahagian papa-jit, mekchu nye kat sebelah.. ngeh ngeh ngeh..

Masa tido2 ayam, perasan dia dok guling-guling atas tilam busuk dia tu.. lepas tu perasan dia dah start masuk dalam lemari tapi masa tu tanpa bantal lagi.. Mi-cah ni dah besar memang jarang tido siang. Sambil mulut bising bercakap dan bernyanyi.. bukak mata sekali lagi dah elok lena, siap berbantal yang tak boleh blah tu.. hahahaha..

Nasib lah dia tak tutup pintu lemari tu.. kalau tidak selalu masa main dia tutup..


Sakit perut tahan gelak, tp tak boleh gelak kuat2.. mi-cah ni kalau dah malu memang dia akan tumbuk orang..

Teringat kejadian kehilangan mi-cah dulu.. kelam kabut cari satu rumah.. rupa-rupanya dia buat 'projek' dalam tuh..


Ini masa dia lebih kurang 2 tahun rasanya.. tengok muka pun dah tau dia buat apa dalam tu..

Sekejapnya dia membesar :(


Wednesday, May 2, 2012

Ada sesiapa yang rindukan mi-cah tak?

Sekarang kena panggil abang mi-cah.. paling comel bila dia bahasakan diri dengan abang bila berborak dengan  budak2 yg kecik dari dia.. Ada jugak dia buat dialog sendiri dengan baby dalam perut..

"Baby pegi main dulu ye.. kejap lagi abang datang"
"Baby jgn kacau abang.. abang ada ada keje sekolah niii"

Walhal, pegi sekolah pun tak pernah! kalo tanya memanjang dia kata sekolah tuuuuutup aje..

Bila dah ada kekuatan sikit dalam diri (ecewah) baru lah ada mood nak amek gambar dan bergambar.. terbukti muntah melemahkan diri kan..

Ini ada sikit gambar2 pengubat rindu auntie2 semua pada mi-cah.. mekchu tau dah lama sangat mekchu simpan mi-cah dari tontonan umum.. sekarang dia sangat teddy bear.. atas bawah tembam.. hahahaha..

Sila perhatikan anak jepun tu aje.. yang mama dia tok sah kritik lebih2..

Sedap sangat kalau dapat peluk budak masam sorang ni. Tapi awas! Kena cepat alert lah dengan tumbukan dia. Memang dia marah sangat kalau kena peluk.. Sekejap je dah sampai tumbukan padu.. Ouchhh!! 

Yang dalam gambar tu sebenarnya ada 'umpan' disebaliknya. Kalau tidak, jangan haraplah dia nak bergambar.. 

Ok, next entry gambar perut (lagi?)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...