@churalliya

Friday, February 15, 2013

Susu Ibu untuk #habibinajwa

Belum pernah buat enrty pasal Expressing Breast Milk (EBM) kat sini.. Walhal itu adalah salah satu topik yang menjadi tumpuan bagi kaum-kaum ibu yang menyusukan anak.. Selain tambah ilmu, boleh tambah semangat jugak..

Mekchu ni bukan apa, sejak terbaca komen kat fb yang kata tak baik tayang gambar EBM ni terus rasa macam down.. macam ehh ehh apa hal ni derrrrr... semua pun nak jadi isu kan..

So, pernah tayang gambar kat instagram aje.. dan kali ni nak memorikan entry EBM kat blog pulak..

Bila susu dah penuh dalam peties, nenek labu pun bising lah sebab dia nak simpan lauk dah tak muat.. Itu pun nasib dapat sewa ruangan pintu.. Bila dah penuh, terus transfer EBM ke peties rumah seremban yang dah tentu2 kosong tu..

transfer guna bag longchamp pelesu ni aje.. letak bersama 3 kampit cooler packs ice kat dalam tu.. 

Drive terus ke rumah seremban. Jangan ngegades nak singgah mana2 sebab EBM ni kan sensitive.. masa transfer ni waktu pagi.. jadi tak de la EBM tu sempat nak cair..

Dan ini stok terkini yang ada kat rumah seremban tu..

rasanya tak de la banyak mana pon.. tapi tetap bersyukur sebab kali ni dapat buat stok.. 

Kat atas tu stok bulan Januari.. biasa la, entry berjanggut dok kat deraf je.. Kat bawah ni stok terkini selepas punggah EBM kali ke-2 dari rumah nenek labu ke rumah Seremban..


Masa najmi dulu memang fully BF, tapi stok tak banyak macam ni.. Bila EBM tu dah keras boleh tunggang terbalik kan susu tu macam gambar kat bawah.. Jimat ruang sangat kan....

Mekchu suka simpan EBM guna plastic storage dari Autumnz ni.. sebab pastik dia tebal dan double lock.. selain tu dia bersaiz 7oz.. So sesuai lah dengan kuantiti simpanan 4oz untuk baby wawa.. Ya, wawa tak padan kecik.. Sekali minum 4oz terus...

beli  plastic storage ni thru online. Beli sekali banyak sebab dapat murah.. dah guna 3 kotak dan ada lagi 3 kotak :D 

Carik kat kedai baby tak jumpa yang 7oz.. Semua saiz besar.. So dah jumpa jual online terus borong banyak-banyak.. Satu kotak tu ada dalam 50 keping.. 

ini lah pump station yang menjadi kegemaran mekchu.. 

Dah masuk anak 2 baru ada kesedaran nak beli rack ni semua.. nampak lebih organize.. kalo tak dulu letak semua botol kat dalam bakul yang buat tapak hamper tu aje (^_^)

Masih menggunakan avent manual ni sebab ianya ringkas walau pun banyak parts.. Dah 4 tahun pun masih elok..

bukan susu bewarna kuning.. tapi faktor botol PES memang nampak kuning cenggitu.. 

Alhamdulillah, susu banyak cuma malas nak pam. Selagi baju tak basah selagi tu lah malas nak pam.. Ehh bagus tau kalau kita rajin amalkan konsep 'mengosongkan' breast ni.. sebab kalo dah kosong, baru boleh supply lagi banyak.. dan banyak.. kan.....

Kepada yang bertanya, mekchu tak ambil apa2 suppliment.. Cuma malam2 minum susu anmum untuk BF tu aje.. Baby wawa kuat jugak menyusu.. elok2 dapat simpan 2 botol, satu dah kena paw kat dia..

Asyik dok mengepam sampai abang mi pun terikut nak mengepam..

"Mama ni asyik pamm.. pammm.. pammmmmmm... nanti mi panggil mama mama-pammmm baru tau.."
HAHAHAHA

dah lama dia nak cuba mengepam tapi asyik tak dapat.. sekali dapat peluang, bersungguh betul dia.. siap gigit baju.. hahaha ehhh mama ada buat macam tu ke?

Ini info bagus untuk ibu2 menyusu.. Cara penyimpanan susu ibu.. mekchu pun masih refer sampai sekarang..

very good illustration.. baru lah senang nak ingat kan.. 

Next nak cerita pasal proses pumping kat opis pulak..

Tak sabar nak tunggu baby wawa besar.. nak rasmikan baby bullet.. ngeeee :)


by mekchuN (^_^)

Thursday, February 14, 2013

Cara-cara mengambil hati isteri

Begini ya tuan-tuan kalau nak menambat hati isteri sebelum pegi main golf..


Bijak.. bijak.. tak cakap apa-apa pun.. tiba2 je dah dapat habuan dulu... hahahaha..

Lebiu lah papa.. itu belum campur hadiah kalau menang tournament kan kan kan...


by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 13, 2013

Sekejap kurus, sekejap gemok

Nasib paksa kak jem naik opis tadi.. Kalau tak paksa mungkin lagi 2 tahun baru nak jumpa.. tsk tsk :(

Kak jem adalah kembar mekchu kat opis sepanjang 2 tahun lepas.. tapi....... semenjak hari ituuuu......... mekchu dah tak de kawan nak makan kat kantin.... hahaha mula lah nak buat cerita sedeyyy..

 ini adalah dari camera mekchu..

dan ini dari camera iphone 4esssssssssss kak jem... ngeriiiii tengok muka sendiri... 

Tersalah teknik tarik napas.. dengggggggg...

Sambung cerita.. dan sekarang papa-jib lah yang selalu jadi mangsa untuk teman gi makan.. kalau tak nak makan pun tak pe, tapi pleaseeeee teman kan (*_^) ---> gambar kenyit mata

dan hari ni pakai baju kaler sama..

Apsal ayat melantun-lantun ni? arghhhh mood update blog masih belum IN lagi..

Ok lah, bai..


by mekchuN (^_^)

Friday, February 8, 2013

Conteng-conteng guna Note II

Terkagum tengok @yunazarai melukis kat note II dia..

Terus mekchu pun berangan nak pandai melukis macam dia.. hahaha..

my 1st sketch using snote.. Tantek tak?

Happy Holiday uols.. Makan limau bagus tau untuk dapatkan Vitamin C (^_^)


by mekchuN (^_^)

Thursday, February 7, 2013

Baby wawa kena massage

Ini sebenarnya sesi untuk melengkapkan pakej Post-Natal Physio Class yang mekchu ambil dulu tu. Anak dah 3 bulan pun tak setel-setel lagi.. Sesi class pertama dan kedua ada kat entry ini..

Sesi kelas ke tiga tak de entry dan tiba-tiba entry untuk kelas yang ke-4 terus...

4th class ni lebih kepada baby massage + sambung mummy nye excersice untuk pengempisan perut.. tapi nak kejar masa punya pasal, so let go je excersice untuk mummy tu.. buat baby massage aje..

 haiwan2 comel sentiasa bersama walau di mana.. baby wawa semakin pelik

sampai je baby wawa tido.. lena betol dia tido kat mama yang tak berapa nak empuk ni..

ce tengok.. putih kemain budak kecik tu..

Agak susah jugak nak dapatkan masa papa-jib.. kena lah bawak dia sekali kasik tahu cara-cara baby massage.. Dah 3 kali kelas mekchu gi sorang-sorang.. yang last ni memang nak suruh dia join jugak!

baby wawa yang dah dibugil kan.. kikiki.. budak rambut lebat tunggu masa nak kena urut.. 

Kalau siapa pernah pegi physio department, Hospital Columbia Asia Seremban (new building) dia akan perasan bahawa semua staff kat department tu adalah berbangsa singh..

 miss nampreet, physiotherapist mekchu dari 1st class dulu.. orangnya comel je..

Najwa memang tak suka betul kalau orang usik muka dia.. terutama kalo kita usik hidung dia.. punya lah dia mengamuk dan cuba nak tepis dengan tangan yang tak seberapa nak panjang tu.. hihi

Mekchu ditunjukkan cara-cara yang betul untuk urut baby.. ada 6 bahagian kesemuanya (muka, dada, perut, tangan, kaki dan belakang). Memang selalu tengok kat tv, tapi kali ni depan mata.. kira lebih teruja lah gitu..

Kita digalakkan untuk mengurut dengan gunakan baby oil..

bila tiba nak urut tempat lain, dia dah mula tersengih.. 

Lebih kurang 15 minit, setel semua.. Toleh tepi tengok-tengok papa-jib dah menghilangkan diri.. Derrrrr... kita penat-penat lah set appoinment supaya dia dapat belajar sama-sama..

dan ini lah rupa najwa lepas kena urut.. rambut ko dik macam lepas mandi.. 

Mekchu tak urut guna baby oil pun sebab tak suka dia berminyak-minyak.. mekchu gunakan lotion aje.. selain wangi, tangan kita pun boleh jadi lembut.. paling terbaik kalau guna bedtime lotion tu.. pergghhh harummm sangat.. rasa nak cium sampai hilang bau..

Ni ada step by step cara-cara urutan baby yang betul.. selama ni kita main belasah aje kan..

bermula dengan bahagian muka.. 

kendian dada..

lepas tu tangan..

diikuti dengan kaki.. 

dan perut.. part buat I LOVE YOU tu yang paling mekchu ingat :) sangat bagus untuk penghadaman..

dan last sekali bahagian belakang.. 

Sebelum ni amek masa 5 minit untuk siapkan permaisuri yang bertakhta dihati.. ewahh lebih2 pulak.. sekarang dah tahu cara nak urut, paling busuk pun 10 minit baru baby wawa boleh siap cantik dan wangi..

Sentuhan sempurna mencipta kasih sayang selamanya ~ ayat reka sendiri



by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 6, 2013

Kitew dh sarung baju itew

Bila sarung, mulut terus sepi tanpa kata.. hanya tangan yang laju menjalankan tugas mengambil henfon..


cantik ke idok?

Hijau tu bukan towel, tapi pario.. Hahahaha kelakar pulak bila baca komen kat instagram..

[ @ ] churalliya Me in azorias outfit. Terus terasa gojes walau belum mandi.. Tak sangka sesaiz dgn keknis (^_^) #azorias


Jom follow mekchu kat Instagram :D

by mekchuN (^_^)

Tuesday, February 5, 2013

Setelah 106 hari

Hari pertama di pejabat selepas 106 hari bercuti...

Habuk yang setebal 2 inci, surat yang bertimpa-timpa sesama sendiri dan port network yang rosak, mata terus terpaku pada yang satu!



~ copy dari Instagram ~

by mekchuN (^_^)

Monday, February 4, 2013

Trauma #backtowork

Malam tadi siap mimpi kena amek SPM sekali lagi.. tapi dalam mimpi tu macam ingat rasa-rasanya dah ambil SPM. Siap dapat result bagus lagi... Tapi kenapa pulak mimpi kena amek SPM lagi ni? Kenapa?

Punya lah trauma nak masuk keje balik.. Cuti 3 bulan.. lepas tu sambung lagi 2 minggu ok.. Oleh itu, perlu tune semula mood nak mula masuk kerja..

relaxing time.. ingatkan tak nak buat.. tapi kena jugak dengan harapan dapat mengembalikan mood kerja..

cuci kereta.. kasik wangi dan rasa tenang bila drive.. (chewahhh.. macam lah kena drive sendiri)

tampal kasut.. moga2 dengan kasut bertapak baru dapat merajinkan kaki melangkah ke pejabat..

cuci kasut.. paksa diri untuk menyatakan semua pun kasut baru sebab dah 9 bulan + 3 bulan tak pakai kasut bertumit

facial kan diri dengan harapan muka naik seri :)

iron baju banyak-banyak (x nampak semua pulak).. ini pun dengan harapan semua pun baju baru sebab dah setahun tak pakai.. 

moga dapat mengembalikan perasaan yang hilang... 

Fuhhhh.. bukan senang ok nak tune diri semula..

Esok adalah harinya.. Dah terasa macam nak report duty kat tempat baru aje walau pun hakikatnya tahun ni dah masuk tahun ke-5 mekchu di UPTM..

Harap semua paham kalau lepas ni akan jarang nampak post post yang baru ok.. ahkak dah tak boleh nak mengadap blog selalu lagik.. tsk tsk :'( ~icon meleleh air mata adalah wajib utk menunjukkan perasaan yang hiba..

106 hari dalam kenangan.. ni yang rasa macam nak berpantang lagi ni.. tetttttttt.. HAHAHA


by mekchuN (^_^)

Sunday, February 3, 2013

Baru 2 kali balik rumah

Sejak lahir, baru 2 kali je dapat bawak najwa balik ke rumah sendiri di seremban.. tercengang-cengang je dia kepelikan..

Dah lama tak buat aktiviti sihat bersama family. Rinduuuuu...




Friday, February 1, 2013

Bila perempuan ni dapat bershopping

Selama ni lepaskan geram shopping online aje.. Bila dapat keluar shopping betul2, hilang terus segala kemurungan... hahaha..

Kebetulan Sogo ada buat Members Day Sale pada 25 & 26 Januari (kebetulan lah sangat). Timing cun-cun pulak tu sebab mekchu masih bercuti kan.. papa-jib lah yang kena apply cuti..

Seawal pagi dah keluar.. hati dah bergelora ni nak lambung-lambung baju.. eeeee.. excited sangat sangat.. Sampai lewat jugak sebab papa-jib terikut jalan susah.. adoii laaa.. saje sabotaj ke apa ni.. Pulak tu bila sampai nak masuk parking kena pusing jauh.. Sudahnya kami parking kat luar aje. Jalan kaki lagi laju kot..

Masuk je sogo terus naik Tingkat 7 dulu kasi tukar voucher... Tiba turn kitorang, toner printer problem la pulek.. ni semua la nak mensabotaj ni.. nak cepat semua jadik lambat.. kena pulak tunggu technical person datang ganti toner..

Ini lah muka kami sementara tunggu printer ok.. ada member kata muka papa-jib dah macam yakuza jepun nak bantai orang.. hahahaha..

Kat bawah ni pulak rupa keterujaan seorang perempuan yang dapat voucher berkeping-keping..

6 keping voucher RM50.. weeeeee... papa-jib yang banyak, mekchu punya sekeping aje..

Kami bukan redeem point daripada sogo card. Tapi daripada point credit card maybank.. 9500 point = RM50 voucher. Lepas ni semua pun nak bayar pakai credit card macam papa-jib buat.. patut lah point dia banyak..

Macam kebiasaan, memang akan terjah Level 4 dulu.. dah siap janji dengan papa-jib lagi 2 jam tunggu kat area lif... 2 jam untuk level 4 sahaja? vavavava.. Level 4 adalah pakaian budak2.. dan benda yang pertama masuk dalam bakul adalah baju baby wawa...

Separuh meroyan.. semua pun nak sumbat masuk dalam bakul sebab murah.. kalo ikut nafsu memang 5 bakul baru cukup.. ehhh harga memang betul punya murah tau.. bukan harga yang saja2 dinaik kan tu.. harga dapat diskaun selepas didiskaunkan..

Contoh baju wawa harga biasa RM120 lah katakan.. Harga sale biasa RM60 dan bila tiba harga member dapat RM20.. tak ke ko gerammmmm?

Tiba masa yang dijanjikan, maka bertemu lah sepasang suami isteri di kawasan lif.. bincang2 baju ni ok ke idak, nak tambah baju lagi ke idak dan terus pegi beratur.. sekiannnnnnn panjang barisannya...

Total baju najmi dan najwa je dah habis voucher yang kami redeem tu.. siap kena tambah RM5.20 lagi.. hahahaha... ingatkan bleh la simpan sekeping dua buat beli henbeg.. nan-hado!!

Lepas setel, turn papa-jib pulak.. Dia nak beli baju keje yang dah bertahun-tahun tak tukar.. Laki mekchu tu bukan selalu ada mood nak shopping macam ni.. sesekali dia nak, kena layan kan...



Selesai urusan papa-jib, ada lagi sejam je untuk mekchu pulak.. tak plan nak beli apa pun.. kalau ada yang cantik di mata baru beli.. nasib banyak yang tak cantik daripada yang cantik.. selamat duit.. mungkin juga faktor kaki yang dah lenguh..

Selesai semua, pegi tukar voucher lagi.. LAGI? setiap RM100 yang dibelanjakan akan dapat RM10 voucher.. best gilak kalo shopping macam ni.. maka dapatlah lagi sebelas keping voucher RM10...

saya suka.. saya suka...

Setel semua, jalan laju-laju ke parking.. Dah nak dekat senja nan merah baru ingat nak balik..

tu dia gagahnya seorang suami..

Sampai je dalam kereta, terus gelojoh mengepam.. barulah terasa sakit.. bila dapat shopping, lupa terus nak pam.. Hambek dapat 12oz..

suka sangat pakai avent manual ni.. pam adalah benda yang terpenting selepas henfon.. 

Dan inilah hasilnya..

tak larat nak tebar satu-satu.. 

Beli untuk keperluan.. Ya, semua ni memang keperluan terutama barang2 mekchu sebagai keperluan nak masuk kerja tak lama lagi.. hahahaha.. keperluan sangat tau.. kasik semangat sikit nak mula kerja..

Thanks papa bawak pegi sogo.. mama janji mama tak beli apa dah sehingga pertengahan april nanti.. tapi penghujung april papa TERPASKA bawak mama ke sogo lagi sebab voucher tu nak expired..

Wahhh bagus tak alasan tu?


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...