@churalliya

Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri 1433H dari kami sekeluarga

(Entry melekat ~ sehingga mood tuan tanah kembali nak update blog)


Gambar raya tahun lepas.. suka sebab selim melim.. hahaha..

Tak nak cakap banyak sebab dah selalu cakap banyak sebelum ni kan... 0-0 okeh... eeeee tak sabarnya nak makan banyak-banyak.. (ehhh banyak nye banyak.. dush! stop talking pls)

Tuesday, August 21, 2012

Abg long yang semakin susah nak bergambar

Tak larat nak mula bercerita pasal raya.. tapi kalau tak cerita tak de pulak kenangan nanti kan..

Sebab tu malas nak bergmbar banyak2.. sebab bila dah byk gambar, konpem dah tatau nak mula kat mana.. cuba kalo ada sekeping dua je, sure laju je update kan..

Elok jadi macam abg long mi-cah ni haaa.. dia memang anti camera..




Sekian dulu entry pertama untuk raya tahun ni.. nak kira collection duit raya mi-cah untuk hari ke-3... hahaha.. aktiviti paling mekchu sukeeeeeeeee :)


Saturday, August 18, 2012

Masih teringat dugaan kami di malam raya tahun lepas.. gile ngeri..

Malam ni malam raya erk.. saje2 mengimbau kenangan tahun lepas yang tak mungkin kami lupakan.. serius gigil lutut weiii... 

Malam raya, kereta kami di curi.. malam raya okeh... papa-jit dah mencangkung kat situ dan mekchu tangan dah gigil pegang tipon.. cari phone book tak jumpa.. lutut ni lemah sangat.. kedua-dua mencangkung kat situ.. ada jugak orang2 kampung kat situ yang call minta bantuan.. mekchu nak call polis pun tak ingat nombor.. [details....]

"Lu kalau nak pinjam gua punya kereta, lu bagi tau la der.. jangan main bawak lari senyap-senyap je der.. bikin gua panasssss.. gua tengok lu kecik besar kecik besar je der.. malam raya tu... malam raya...."  [details....]

Harap dapat memberi pengajaran kepada kawan-kawan semua.. jangan terlalu percayakan orang dan sentiasa berhati-hati ok.. 

Thursday, August 16, 2012

Deting :)

Papa-jit memang suka buat plan terkejut-kejut..

"ma, nak buka kat luar tak hari ni?" ~ pukul 4 petang
Sunyi tanpa jawapan..

"mama nak makan western tau" ~ tiba2 reply jam 5 petang. lama betol berfikir..

Dan petang tu..



janji ado gmbr makanan sbg syarat ye tak.. menu lain malas nak snap.. 

@Windmill Seremban 2..

Shedappppppp... .

Wednesday, August 15, 2012

Check up @28 weeks

Tiap kali nak check-up mesti excited.. kali ni tak bawak mi-cah sebab malas pulak nak amek dia kat rumah nenek labu.. lagi pun bulan puasa ni kan, takut tak mampu menahan kesabaran.. 

Check-up sebelah petang.. and again, doktor ada banyak kes delivery hari tu.. nurse kata petang tu aje dah 4 kali keluar masuk labour room.. Awalnya kami macam cool aje lah, tak peeee... 

Nasib petang tu tak ramai orang.. ehh kira ramai lah jugak, tapi tak ramai macam biasa.. bulan puasa kot.. Turn kami tiba setelah nak dekat sejam jugak menunggu.. 

Lepas check BP, borak2 perkembangan bulan puasa semua, mekchu pun baring nak scan baby.. saat yang paling best!!! Elok je doktor letak krim biru sejuk tu atas perut, tipon berbunyi kringgg kringgg.. 

"ada orang nak beranak lah dik.. maaf yaaaa.. tunggu saya dan jangan bergerak tau" 

Mekchu pandang papa-jit, papa-jit pandang mekchu.. nak tergelak pun ada.. dengan perut terdedah, dengan krim selonggok atas perut.. hahahaha.. macam2 pulak hal nyaaa... 

Nasib nurse masuk tolong lapkan krim tu dan selimutkan mekchu.. dia soh baring je kat situ.. dia kata ramai yang pilih hari tu nak deliver sebab nak tarikh 08.08 punya pasal.. ohhhhhh patut laaaaaaaa... 

Sementara itu... 
layan amek gambar kat dlm bilik doktor.. bukan senang nak dapat peluang.. 

 ok fine, nak cakap dah kembang setaman kannnnn... 

Ada tragedi kelakar kat tmpt papa-jit duduk tu sebenarnya.. kenangan masa check-up mi-cah 4 tahun lepas.. hahahahahahaha.. ehh gelak sendiri.. tak pernah story kat sini.. kitorang tiap kali teringat cerita tu, mesti tergelak sendiri.. nnti lah, kalau rajin mekchu story ok.. 

Ingatkan lama lah doktor gi sambut baby.. tak sampai 10 minit dia dah masuk bilik dia semula.. ohh gile cepat orang tu push kan..

Perkembangan mummy & baby di minggu ke-28
1. Berat naik setengah kilo je sejak sebulan yang lepas menjadikan keseluruhannya hanya 55.5 kilo.. tsk tsk.. ini mungkin faktor berpuasa.. doktor pesan soh makan baaaaanyak2 masa raya nanti.. so, jangan jeling2 kalo nmpk asyik muka mekchu je kat meja makan... 
2. Again, confirm it's a 'cheese burger'. Alhamdulillah syukur.. 
3. Air ketuban sangat lah banyak, lebih kurang 14 cm (ke liter ntah)
4. Air kencing semua normal
5. Berat baby dah 1.24 kilo (^_^)
6. Masa scan kepala baby dah 30 minggu manakala anggota yang lain 28 minggu.. hahaha ini mmg spesis mama dia yang tweety bird :)
7. Masa buat 3D, muka lebih kepada muka mi-cah.. exp part dahi.. tapi hidung dia macam mancung skit.. harap2 cantik macam mama.. 

Nah gambar mekchu sempena dah masuk 3rd trimester ni.. 


3rd trimester? macam tak percaya... So, please be nice to me :D

Tuesday, August 14, 2012

Dah berjaya share gmbr instagram ke wall fb sendiri

Yeyyyy... berpeluh ahkak godek setting instagram ngan account kat tab (free) tuu.. Tab (free) tu dapat lebih kurang Mei lepas.. maknanya dah lebih 3 bulan.. dari awal lagi memang bila share je gmbr dari instagram, dia akan pegi kat wall fb papa-jit..

Ok fine, walau pun dia yg dapatkan tab tu, tapi dia kan dah 'beli' tab tu dari mekchu.. tu sebab macam malas nak bersungguh sangat..

Tapi agak pelik kot lelaki beckham tu layan instagram.. hahahaha.. 

instagram kat wall papa-jit dah ada 10 gambar.. semua tu gambar testing sebenarnya.. bukan nya dia yang share, semua tu binik dia punya kerja.. 

Memang malas nak check setting.. sebabnya tab tu time keje papa-jit angkut gi opis.. bila balik je keje budak k-pop tu pulak konker main game sampai abis batteri.. ate nya, bila la ahkak nak godek? (alasan)

Bila dah bersungguh tu ada jugak tengok setting.. abis lah semua akaun papa-jit kat dalam tab tu mekchu hapuskan.. hahaha.. ala, kalo tak bg tau kat sini, konpem dia pun tatau pon.. ngeeeee... Tapi masih macam tu jugak..

Mekchu biasa lah, dah cuba 2-3 kali tak menjadi terus tanya kat status fb.. ehh kira belum putus asa apa.. cuma nak jalan pintas.. hahaha... kat fb tu konpem akan dapat penyelesaian.. dan memang betul.. Illa yg tlg kasik setel problem ni.. ehh, sbnarnya husband dia.. alo lo lo.. sporting sangat tau..

dan tadaaaaaa... dah ada album 'instagram' kat wall sendiri.. baru share 1 gmbr dulu.. baru lah betul.. #makloike :)

Rupanya kena uninstall instagram tu dulu, pas tu tukar balik sharing setting dia.. haishhhhh awat lah tak terpikir.. ni asyik menggodek benda lain..

Cuba lah dari dulu ngko bersungguh, tak de la makan bulan baru nak setel..

Ehh jom follow mekchu.. kalau nak follow dari web, guna link ni  http://statigr.am/churalliya Kalau nak follow dari instagram pulak, follow mekchu @churalliya (^_^)


Heboh nak betulkan sharing setting dan suruh follow ni bukan apa, lepas ni update kat sana aje, dah tak yah update blog lagi.. hehehehe.. boleh?

Sambutan Ulang Tahun mekchu

Kena bagi hint jugak kata nak berbuka kat luar berdua-dua-an tanpa gangguan di hari lahir.. kalau tak bg hint nanti papa-jit anggap tak de apa2 yang berlaku.. dah berangan ada candle light berbuka :)

Tapi berangan je la.. berangan tak salah kan..

Memandangkan birthday mekchu sama dengan biras mekchu, erry (suami adik ipar, alaaaaa yang ahli muzik tu lah), makanya tiap2 tahun lebih afdal kalau celebrate menantu-menantu-hantu itu sama2..

Kebetulan tahun ni erry main muzik kat Thistle Hotel, PD sepanjang bulan puasa, so cepat je otak kata nak berbuka kat sana aje.. sebab pernah sekali berbuka kat sana dgn opismate, memang sodap..

Rushing lepas kerja gi amek mi-cah, amek nenek jah & atok jah sekali (my parents in-law)

 Thistle ni memang cantik.. sampai2 je dihidangkan dengan pool besar yang siap dengan gelongsor semua.. budak2 kalo nampak gelongsor tu sama macam orang mengandung yg berpuasa nampak sirap bandung cincau soda sejuk.. adoiii...

dia siap dah bukak butang baju nak main gelongsor.. puas lah pulak memujuk dengan macam2 alasan... teknik pujukan itu papa-jit masih gagal untuk mewarisi lagi.. 

Kami semua kira ber-enam lah.. cuma erry sesekali je datang kat meja untuk makan sama2.. selebihnya dia ada tugasan untuk menghiburkan pengunjung..

budak 2 orang tu pulak sangat lah khusyuk.. nasib meja depan2 tu aje.. senang nak buat pemantauan.. 

Buffet berapa ntah sekepala.. tapi kitorang dapat special prize sebab erry dapat kupon.. Makanan pun sodap2.. paling sodap ketam masak cili dia.. walllaaweiii..

ini bithday gurl yang senyum macam mana pun tetap kembang.. 

Lepas makan 1st round, kena cool kan mi-cah ni dulu.. tiba2 boleh pulak dia teringat balik nak naik gelongsor.. tak pe, kena layan jugak tapi dengan cara yang tersendiri..

gaya budak frust.. hahaha.. apa yg ko berangan kan tu anak oii?

Lama jugak kitorang kat sana.. sementara tunggu nenek jah balik terawih dan erry abis main muzik, ada lah dalam 3-4 round sorang :)

 2-2 pun saya sayang... 

Bila perut dah terlalu tepu dan mata pun dah semakin berat, kitorang lepak kat dalam bilik tv hotel.. ohh kalau lah tahu best macam tu, awal2 lagi dah ajak tido kat dalam situ.. sangat sangat sangat selesa.. bean bag berterabur, boleh pilih nak berapa biji sorang..

 tengok Toy Story.. walau dah banyak kali tengok, tapi malam tu lain macam penghayatan dia disebabkan bean bag yang super duper selesa.. hahahaha..

tak percaya tengok lah.. satu kenikmatan selepas makan banyak.. bergelimpangan.. 

Belum pun abis toy story, papa-jit dah sibuk ajak balik.. alaaaa, relek laaaa.. baru nak luruskan pinggang.. selalu dia kalo tgk movie mesti nak tengok sampai abis.. memang tak syak apa2.. lagi pun nenek jah belum abis terawih pun lagi..

"last song.. last song" jerit papa-jit tanda soh keluar.. sayang pulak nak tinggal kan bilik persembunyian tu.. maka, bangun lah mak yong sebagai orang terakhir sambil pimpin tangan anak bujang di sisi.. berjalan malas menuju tempat makan tadi..

Masuk2 je tempat makan, terus terdengar lagu happy birthday secara live dari ahli muzik.. ini mekchu memang tak bleh tahan.. cepat bebenor nak menangis nya.. pedih-pedih tekak tahan dari menangis.. ada pulak kek birthday kat situ.. nak nangis.. nak nangis..

"alaaaaa.. suka tau buat touching2... kenapa ada kek pulak niiiii" ~ ayat nak cover dari terus menangis..

Memang tak boleh cium pergerakan licik dorang malam tu.. tahun lepas ada jugak orang bocorkan rahsia kata ada kek.. tapi kali ni memang tak tahu apa..

Part lagu birthday live sambil nyanyian dari suami dan adik ipar paling touching.. huhuhuhu..

 baju pun tak betul pakai.. ye la, baru lepas bersantai lah katakan.. ingatkan terus balik.. kalo tau ada kek, bleh singgah toilet touch-up dulu.. 

 itu lah erry, biras mekchu.. masa ni lagu birthday sedang berkumandang.. 2-3 kali jugak dorang kena ulang main lagu tu sebab mi-cah asyik tiup lilin je kerja nya.. 

 tak bleh senyum elok2 sebab masih terharu sebenarnya.. yang papa-jit pulak asyik lah nak menyakat bini dia.. kalo kat rumah dah lama kena gigit dah tu.. 

baju biru - tukang beli fruit cake :) thanks deqna..

manakala di satu sudut yang lain, kelihatan budak kecik tu yang taksub nak jadi ahli muzik jugak.. 

Alhamdulillah, sekali lagi dapat sambut ulang tahun dengan mereka yang tersayang.. dah lama tak rasa terkejut-kejut macam tu..


Monday, August 13, 2012

My favourite.. again

Another my favourite "kissing mummy's tummy" pose by mi-cah.. sambil tangan menten buat peace menghala ke bawah ;) — withBapak Gonjolong at Thistle Hotel Port Dickson.


Mekchu @28 weeks.. celebrating my 33rd birthday at Thistle Hotel, PD.. ada adegan tetesan air mata.. hahahaha tungguuuuu....


Tutorial memakai Maternity Support Belt

Ada banyak bentuk Maternity Support Belt yang terdapat di pasaran. Secara asasnya terdiri daripada 3 item yang utama iaitu Abdominal Lift, Belt dan Top Strap. Kalau beli Maternity Support Belt yang mekchu pakai tu, korang memang akan dapat 3 item ini..

Abdominal Lift

Belt

Top Strap

CARA MEMAKAI (dipakai terus pada kulit)

 1. Abdominal Lift di pakai mengelilingi pinggang dan terletak dibahagian bawah rahim kita tu.. tempat yang kita rasakan paling berat nak bawa.. Di sini lah pentingnya bagi wanita yang mengalami uri di bahagian bawah. Abdominal Lift sangat bagus untuk membantu meringankan rasa sakit ketika bergerak.

2. Belt ini pula dipakai di atas Abdominal Lift tadi. Ia sangat penting untuk menyokong bahagian belakang badan kita yang membawa 'muatan' berat. Memang sangat membantu ketika kita duduk dalam tempoh yang lama. Saya pakai belt ini ke atas sedikit mengikut kesesuaian. 

Sewaktu nak pakai belt ni, dicadangkan supaya bengkok kan sedikit lutut untuk mendapatkan pemakaian yang lebih selesa.


3. Bila dah dapat sokongan di bahagian bawah, bahagian atas juga perlukan sokongan. Top Straps ini berfungsi untuk menyokong perut supaya lebih selesa. Mungkin sesetengah produk lain yang tidak didatangkan sekali dengan Top Strapes ini.. 

Pasaran Maternity Support Belt ini masih baru di Malaysia. Oleh kerana itu, harga masih rendah iaitu hanya RM199.90 sahaja. Memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G tetapi tak semuanya mempunyai stok. Kalau ada pun mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih tinggi daripada itu. Di antara distributor yang ada adalah AppleRED Healthcare Services.

Disarankan kepada ibu yang kandungannya mencecah 6 bulan ke atas kerana waktu itu sudah mula terasa pertambahan berat yang ketara kan..

Jika berminat, boleh e-mel saya terus di churalliya@gmail.com atau kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Sunday, August 12, 2012

Mereka dgn rambut baru mereka

Siap gugel hairstyle yang tak menahan tu.. Smpai je saloon, terus masing2 tunjuk gambar pada amoi gunting.

Mekchu tunjuk gmbr anak omputih yg berambut 'selup' utk mi-cah. Papa-jit tunjuk gmbr rambut spike beckham untuk diri dia.. Hahaha.. Beckham ok..

Tapi itu lah, lepas siap x smpat amek gmbr. Dorang dh siap dgn rmbut raya, mekchu tahun ni hanya memberi sokongan je. Kalo tidak mesti setidak-tidaknya amek cuti gi buat relaxing..

Rugi, lg 2 bln nak kena snggul tinggi ketat2..


Sent from my RedBerry®
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...