@churalliya

Friday, August 23, 2013

Masalah dan penyelesaian

Masalah :


Dan penyelesaian :


Watch Storage Box 10 slot RM75 beli kat MyDeal..

Lega bijik mata bila semua dah well organize.. 10 slot tak cukup sebab jam abam mi je dah 5 slot.. pas tu cadang nak tambah baby-G lagi.. seronok pulak pakai baby-G pegi opis.. kalau ternampak lagi yang ada jual storage box ni sila maklumkan kepada mekchu ok..


by mekchuN (^_^)

Thursday, August 22, 2013

3 Syawal 1434H

Letih nok nak siapkan entry raya..

Raya ke-3 apa jadi erk? ohhhh malam raya ke-2 tu kami dah sampai Labu dah.. nak beraya dengan family labu pulak.. dapat jumpa abang mekchu je.. akak mekchu dah balik pahang..

Pagi kami dah ke pusara arwah abah.. Kat Labu dorang buat tahlil arwah pada hari raya ke-3..

muka 'bugel' mekchu.. pinjam tudung bawal nenek.. 

Terpisat2 jugak pagi tu.. malam tu beraya entah sampai kol berapa.. kol 8 tahlil dah start.. nak layan kerenah abam mi yang kejap nak pegi.. kejap tak nak.. kejap nak.. Bila cakap dapat duit raya, baru betul2 teguh pendirian nak pegi..

Teringat masa kecik2 dulu suka pegi tahlil arwah ni.. sebab nanti dapat duit raya.. tapi dulu dapat duit syiling aje laa.. kemain berat poket bawak balik rumah.. kecing.. kecing.. kecing..

Abam mi dapat seringgit je... hahaha terror lagi mama ngko..

Selesai tahlil, kami sambung baca yassin pulak..

antara sedar dan tidak.. dah 6 tahun kami beraya tanpa arwah.. al-fatihah.. 

Lepas tu rehat2 sekejap dan pergi ke rumah arwah maklong (nenek labu punya kakak) dan ada tahlil arwah lagi.. kali ni anak2 arwah yang bacakan..

 raya ke-3 pakai baju batik aje.. 

Sebenarnya bukan purposely nak buat baju raya.. baju untuk bawak gi keje hari khamis sebenarnya tu.. kain tu beli masa ada pameran batik kat kompleks kraf masa lepas pantang dulu.. huiiii lama sangat dah tu... simpan terperok dalam almari... tempah sekali dengan baju2 raya, terus declare baju raya la nampaknya..

bersama #doubleNAJ

Tamo amek gambar dengan lagi sorang NAJ sebab dia pakai baju golp.. ai is tak shuke...

yang ini kalau cakap adik beradik pun percaya sangat kan.. 

Najmi & najwa dengan anak2 abang mekchu.. kira sepupu dorang la kan senang cakap.. muka, mata memang sepesen..

Selesai je tahlil, balik rumah nenek labu dan rehat.... basuh baju dan kemas baju.. lipat baju dan iron baju jugak.. isshhh kalau cerita pasal baju ni memang tak kan habis..

Ketahuilah betapa jauh perjalanan setiap helai baju yang kita nampak kat dalam almari tu untuk tiba semula ke dalam almari untuk dipakai semula oleh tuannya.. Oleh itu, sila tarik baju tu elok2 supaya tidak menyakiti hati orang yang menguruskan baju2 tersebut.. *ok ini emosi terlebih..

Baju den bertingkek-tingkek...........

Baru nak luruskan pinggang selepas uruskan baju2, papajib bagi tau ada kawan dia nak datang raya.. melompat turun dari katil dan terus potong bawang.. nak masak sardin..

Setel masak sardin, dorang pun sampai.. lama jugak lah kena tunggu sementara nak goreng kuih kodok pulak..

Ya, menu untuk tetamu di hari raya dan tak hari raya pun tetap kuih kodok cicah sardin.. Ini bukan ikut tekak tetamu, tapi ikut tekak tuan rumah..

Dekat setengah jam jugak dorang tunggu baru dapat makan.. tahu je la mekchu ni kalo ke dapur memang ulit sikit.. tak bleh tengok sinki tu ada pinggan.. tengah menggoreng apa sekali pun, sinki mesti kosong dulu.. dah guna mangkuk terus basuh. dah guna sudu terus basuh..  sebab tu la lambat.... bukan lambat, tapi lembab.. hahaha..

Tengah2 sedap mencicah, nak la gi tambah kuih kodok.. sekali gas habisssssss.. hatta, fairuze & family, ini bukan saje2, ini memang tak nak bagi korang menambah.. hahahaha..

kesian korang.. tak dapat nak menambah.. tak pe, nanti boleh datang lagi.. 

 pe benda ntah menantang ni.. tak ingat pulak nama dia.. tapi melopong la dengar wife hatta cerita. Siapa yang bela haiwan ni memang sangat hebat.. serius.. 

papajib tak payah nak pura2 nak alim gaya sepohon kayu sangat kat situ..nasib dah tukar baju.. bila geng golp dah berjumpa.. time raya pun memasing nak tunjuk skill.. menyampah!

Bila sebut je pasal golp otomatik lemah.. raya2 pun tetap nak main golp.. bukan setakat raya, time puasa hari tu pun tetap ada Juara Ramadhan.. minggu ni Juara Syawal pulak.

Dah la. Ok bai. 


by mekchuN (^_^)

Tuesday, August 20, 2013

2 Syawal 1434H

Dah katanya mood raya.. haruslah bukak mana-mana blog pun penuh dengan al-kisah raya masing-masing. kalerful. suka mak hencik nengok..

Siapa ada blog, kalau tak buat entry raya rugi woooo.. sekarang memang tak nampak kenapa rugi.. esok esok. Bila anak2 dah besar. Bila ngko sendiri dah lupa gambar tu kat mana, sebelah ko tu siapa.. haaaa nak nak pulak macam mekchu yang jenis memori susah nak mencerap sekarang ni kan...

Ok, raya kedua di rumah saudara mara kat area Kuala Pilah..

Dimulakan dengan gambar dari Instagram lagi.. ehh gambar2 kat IG tu memang yang dipilih antara terpilih.. semua stok cun2 aje kat sana... Id mekchu @churalliya

berenti tepi kedai penyapu beli air ribena.. kemain pulak wawa jelir lidah.. 

4 rumah je beraya di hari kedua.. 3 rumah kat Pilah. Dan 1 rumah kat Tampin..

Gambar raya kedua tak banyak.. tapi tetap nak buat folder 2 syawal kat dalam laptop.. senang kalau nak carik gambar nanti.. so far gambar anak2 memang letak dlm folder siap dengan umur dorang.. suka tengok perubahan dorang ikut bulan. Tp bila dan masuk umur 2 tahun macam abam mi mekchu pudatkan dalam 1 folder je 6 bulan sekali... 3 tahun, 3 tahun setengah, 4 tahun, 4 tahun setengah.. ngehngehngeh..

Jauh melencong nampak! Disebabkan gambar tak banyak maka tatau nak cerita apa.. tu yang membebel aje kijenya tu..

 sibuk kira duit raya budak2.. punggah bag tiba2 jumpa envelope sogo.. hahaha entah sejak bila dia ada dalam bag tu.. 

Nak tanya sikit laaaa.. korang yang ada anak2 kecik kan macam mana korang simpan duit raya anak2? maksud mekchu budak bawah 5 tahun yang tak reti simpan sendiri... kalau dulu abam mi sorang memang mudah sangat la.. semua dalam bag tu duit dia.. 

Raya pertama je mekchu mampu nak asing2 kan duit dorang. Ada siapkan 2 bag kecik. Biru utk abam mi. Pink untu wawa.. Masuk raya ke-2 sampai semalam ku campurkan aje semua. Pas tu bahagi 2.. Korang macam tu jugak atau ada tips lain?

Tolong share...

Setel rumah pertama.. Perut gembira dapat makan nasik.. Moh gerak ke rumah kedua kat bawah tu aje.. 

 Raya kedua ni baju macam tak kena.. tudung pun tak berapa nak mecing.. baju tu memang tak de kain.. kain tu beli lain.. ohh bukan kain tapi skirt.

 kalau perasan abam mi suka soh posing belakang dia macam tu.. raya pertama pun gitu jugak.. tak pe, janji dia nak bergambar.. 

ni pasangan bawah pokok klapak.. x bersungguh langsung nak mecingkan baju makpak dengan anak tahun ni.. papajib tu lagi parah.. ada 2 helai je baju raya dia.. 

Lepas tu masuk raya ketiga dah pakai baju golp.. pedihhhh je mata ni nengok laki beraya pakai baju main golp.. dah tak tahan sangat nak jejak padang golp agaknya.. 

Dirumah kedua ada sekeping gambar wawa ngan mama-wom dia.. bateri fon masa tu pulak nak kong... 


Siapa tengok kak eliz kat dalam kias ramadhan hari tu? Ada mekchu record guna instagram video. Tapi tatau pulak cane nak copy link nak letak kat blog.. 

Rumah ke-3 makan mee soto terbaek di Kuala Pilah.. tapi gambar sekeping pun tak de sebab fon tumpang charge.. hahaha..

Lepas dorang semua solat Jumaat, kitorang pun gerak dah ke Tampin.. Satu rumah je.. tapi lepaknya kemain lama.. Lepas tu terus balik Labu. Nasib dah mandikan wawa siap2 sebelum balik.. Dalam keta tido baekkkkk punya.. 


Entah berapa kali betulkan tudung.. wawa suka tarik2.. selang seminit dia toleh pandang mama dia.. kejap lagi toleh lagi.. pelik sangat kot.. dia suka sondol2 kepala kat mekchu kalo mengantuk.. kat dalam keta tu meraung menangis sebab pipi terkena brooch.. Brooch pulak tak nak kalah.. beli yang tersembul aje.. lebammmm pipi gebu wawa.. papajib tanya kenapa bagi tau wawa terhantuk kat pintu :D

Dik, kasik chance mama nak vougue sikit ehhh.. alaaaaa sikit aje..


by mekchuN (^_^)

Monday, August 19, 2013

1 Syawal 1434H

Orang lain dah jauh pecut buat entry raya.. yang mekchu baru terkepit-kepit nak start enjin..

Mood aii dah ok bila baca komen sayam2 semua.. komen kat blog, komen kat fb.. ada yang terlebih sayang tu siap komen kat wassap jugak.. siap buat sajak lagi.. kamoo memang suweeet sangat wahai sahabat..

Lantak lah kan, tak kan kerana Anony yang entah macam mana bentuk rupa fizikal tu mekchu nak sawangkan blog kesayangan ni kot... no no kenot.. aii is love my blog so so much...

Memang la ku malas nak melayan orang macam tu.. Meh sini mekchu nak up entry raya.. lagik best..

Tahun ni pertama kali sambut malam raya dan pagi raya di Kuala Pilah.. pertama kali okeh sejak LAPAN tahun kawin.. saje je besarkan LAPAN tu.. LAPAN tolak satu sama dengan tujuh.. So tujuh tahun yang lepas memang malam raya dan pagi raya kami di labu.. Tahun ni memang banyak kelainan nya..

Jap jap.. sebelum apa-apa mekchu nak tepek gambar keluarga kami di pagi raya.. kena jugak letak gambar ni yang pertama sebab nanti korang akan nampak kat side bar. dan kat fb pun nanti akan keluar gambar ni melalui Networkblogs tu :D suka tak.. suka tak?

alhamdulillah, tahun ni bertambah lagi sorang ahli.. 2 lawan 2 sekarang.. 

Ya... pinkkkk.. shocking pink lagik.. ngeh ngeh ngeh.. akhirnya dapat jugak sedondon pink. puas jugak pujuk papajib. entah apa masalah dia tak nak pakai kaler pink ntah.. nak kata kena gatal2 kulit tak de pulak..

Gambar banyak yang dah upload kat Instagram.. So mekchu just copy image URL dia aje.. harap2 semua dapat view..

malam raya tengah tunggu orang datang takbir.. seronok sebab kat labu tak de pun macam ni.. dalam pukul 10.30 jugak dorang sampai.. pas tu abam mi punya lah excited ikut bertakbir sampai pukul 1 pagi kot baru balik.. 

Nasib lah pagi raya senang nak kejut.. cakap seceria mungkin Selamat Hari Rayaaaaaa kat abam mi terus bangun sambil senyum2.. mandikan, siapkan budak2 dan terus ke masjid..

muka tak siap.. mata pun bengkak lagi tu.. 

kat mesejid pun sempat korang nak bergambar khennn...

Punya la ramai orang.. nasib lah ada ruang sikit kat celah tangga..

wawa memang senang nak handle.. tak banyak ragam punya budak.. ada kain, ada punting setel masalah ngko.. tapi jangan ko cuba terlupa bawak kedua-duanya.. 

time sembahyang muat sebab semua berdiri.. tapi masa dengar khutbah dah mula sempit semula. masing2 pun nak duduk bersila.. jadinya kami kembali di tangga lah jawabnya.. 

Lepas habis sembahyang sunat hari raya, mereka semua terus ke pusara arwah atok jah.. Tahun ni pertama kali beraya tanpa arwah.. pelik sangat rasanya..

dapat pun sekeping dengan abam mi yang lengkap bersongkok dan sampin.. lepas tu memang tinggal baju dan seluar aje laaa.. 

Kain baju tu kain cotton satin yang sangat sejuk dan selesa.. kami pakai dari pagi sampai larut malam.. lepas mandi, pakai semula.. kalau ikutkan hati nak je bawak sampai tido... hahahaha buang tebiat sangat pulak..

wawa baru bangun tido.. senyummmm aje budak kecik ni.. 

lewat jugak mintak ampun & maaf dengan papajib.. biar lambat asalkan jangan tak mintak maaf terus.. 

Ayat : "sama macam tahun lepas"
Terus papajib hukurkan kaki dan sorok kan tangan.. hahaha sungguh kureng..

Ye la.. ye la.. mama memang banyak sangat buat salah.. mama memang pemalas, pemarah, pendengki, pemboros, etc etc.. mama tau papa dah lama maafkan mama kan.. kannnnnnnnn.. tapi tahun ni tak dapat duit raya lah.. kemusykilan besar disitu ?????????

 yang seronok dilihat..

Dan.....
yang tak ingin dilihat.. hahahaha.. 

Lepas tu ada lagi....

 3 beradik yang macam 13 orang. Gamat!

 hadoiiiii tak bleh tahan tengok gambar ni.. tiap kali tengok tiap kali tu tekan perut tahan gelak.. kak eliz soh delete.. tapi tetap nak letak jugak.. 

 yang ini memang skill sejak azali.. lompat sambil tepuk kaki.. add on keluarkan lidah..

dan cubaan beramai pulak.. lompat sambil dukung wawa.. 

Kikikiki... tu aje pun gambar family yang ada.. sebab tu kena letak jugak..

Beraya rumah sedara mara sebelah menyebelah aje..

dah nak start pegi beraya.. wawa siap bawak henbag nak simpan collection..

memang raya ni sonang kojo omak ehhh.. ramai betul dayang2 yang dokong wawa.. tu yang makannn aje kijenya tu.. 

Sampai siap tinggalkan wawa sebab nak beraya rumah2 saudara lain.. Dah sudah beraya baru gi amek anak semula :D

Raya sampai ke malam.. malam pun pakai baju sama.. cuma wawa je la yang tukar baju.. gambar nan hado.. ehh elok gak tu tak de gambar sebab bleh abiskan entry ni cepat..

Ok ini last..


Gambar 1st dan yang last harus yang suweet suweettt belaka..


by mekchuN (^_^)

Friday, August 16, 2013

Bukan pujian, tapi sokongan

Anda perlu menyokong mekchu.. bukan menghentam mekchu..

Mekchu baru seminggu berhijab.. kalau nak diikutkan semua baju pun tak sesuai.. semua baju ketat.. semua baju pun sendat dan padat.. satu almari kena tukar.. ohh mekchu ada 3 almari.. so 3 almari kena tukar.. ko mampu ke nak sponser?

Tolong lah.. benda2 macam ni lah yang membuatkan mekchu down.. Teguran macam ni lah yang membuatkan ramai kawan2 yang nak berubah terus bertangguh.. Menegur tak salah, tapi perlu kena pada caranya.. dan saya punya sebab kenapa tak publish komen anda!

Mekchu tak mengharapkan komen yang berbentuk pujian, tetapi sokongan.

FULL STOP (.)


by mekchuN (^_^)

Thursday, August 15, 2013

Ada 5 helai tudung jerrr..

Malam tadi sebelum tido...

Post gambar dan caption ni tanpa ada sebarang niat yang tak baik..

Esok dah kerja. Seminggu cuti mmg x cukup. Ala, pompuan ni kalo bg sebulan pun x cukup jugak. Td nak iron bj lama ku tenung baju-bajan yg tergantung smpai dh senget2 tu. Pas tu berfikir..... esok kena bgn setengah jam awal dr biasa sbb nak lilit tudung. Pas tu pikir baju apa nk pakai yg mecing dgn 5 helai tudung yg ada. Beli 5 helai je tudung yg mecing utk baju2 raya. Tak terpikir nk beli tudung yg mecing dgn baju kerja. Utk esok lusa dah jumpa bj yg mecing dgn tudung. Lepas2 tu nnti2 lah pikir. Pas tu smbung pikir lg. Baju2 tu byk kain nya berbelah depan. Kalo dikira yg tak berbelah kurang dr 10 helai kot. Pas tu terus kena sound dgn nenek labu 'ko buat apa dr tadi asyik tenung baju2 tu?' Terus kelam kabut angkat baju, iron baju dan lipat baju. Mcm2 sgt yg dipikirkan. InsyaAllah, Tuhan akan permudahkan urusan hambanya...


Dan ramai yang reply bagi tau nak sedekahkan tudung/shawl pada mekchu.. Ramai jugak yang bagi tips dan macam2 lagi laa.. Terharu sangat dibuatnya dikelilingi ramai kawan2 yang manis.. Sampai membuatkan mekchu tido dalam shinyuman.. Pagi tadi bukan bangun setengah jam awal, tapi lewat setengah jam dari biasa.. Dermmm!!

Dan hari ni pertama kali melangkah ke pajabat dengan imej baru..

hitam adalah selamat.. dah la bangun lambat.. punah harapan nak belit shawl cantik2.. tu kasi belit janji tak jatuh je tu.. 

Terima kasih semua..


by mekchuN (^_^)

Di hari lahir mekchu



InsyaAllah dan doakan mekchu ye sayam2 semua...

Tuesday, August 6, 2013

Budak kecik yg comel ni sudah 34 tahun!

Baca tajuk je pun dah tahu cerita sebenar.


Alhamdulillah, Tuhan telah panjangkan umur mekchu lagi setahun untuk mengecapi kebahagian, mengharungi suka dan duka sebagai HambaNya...

Syukur kerana terpilih untuk diuji...
Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk berbakti..
Syukur kerana berpeluang untuk memperbaiki diri..

Ehhh.. sekarang budak comel tu dah semakin comel kot (^_^)


by mekchuN (^_^)

Monday, August 5, 2013

Gantung Kad Raya

Khas untuk semua reader kesayangan, nahh kad raya bikin sendiri yang paling cantik di mata.. Tak guna gambar raya tahun lepas sebab masa tu ahkak berperut moncit.. So tak comey.. hahaha.. Lagi pun wawa tak de lagi kan.. Nasib ada gambar masa aqiqah hari tu..

Raya ni nanti konpem2 malas nak update blog sebab sibuk beraya.. Jadi, korang tataplah muka2 kami ni kalau terasa rindu ok..


Tahun ni pertama kali (sejak 8 tahun kawin) kami beraya di Kuala Pilah dulu.. Pasti akan terasa canggung pertama kali beraya tanpa atok jah..

Alaaa.. mula la nak menangis tu..

Ok lah, selamat menyambut hari kemenangan kepada semua..

by mekchuN (^_^)

Thursday, August 1, 2013

Baju Raya Project

Setel suda tambah lace kat baju kurung mak dara dan anak dara..

Warna baju masih dirahsiakan... hahaha #bajetretissangat


Saje tak nak tunjuk full part baju mak dara tu.. seprise katanyaaa...

Ada lagi selai menanti.. lace dah beli tapi macam suntuk sangat masa nak menjahit.. tu pun ada hati nak tambah manik kat lace tu.. uiiii mak tak larat..

Mekchu beli kain satin cotton plain kaler teettttt dan lace tu di Pritilulu, Seremban.

Oyyee, mood menjahit ni memang datang waktu bulan puasa aje.. bulan lain ngko memang payah nak nampak orang pemalas tiba2 rajin menjahit baju macam ni..

Gambar makanan? Gambar buka puasa? Ermmm uols ni macam la tatau pulak kannn... blog mekchu ni memang ketandusan gambar makanan.. kalo nak tengok banyak gambar makanan, dah pegi tengok blog orang lain...

Bye.


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...