@churalliya

Tuesday, January 11, 2011

Friso Flaunt It! Contest.. ini lah masanya...

Haaaa... sape yang dah janji hari tu kata nak vote?? jeng jeng jeng... mana mau lariiiiiii???

Okeh korang yang mekchu sayang, kalau refer balik kat entry sebelum ni mekchu kengkonon nak pertaruhkan gambar ngan mi-cah masa 5 bulan tu.. tapi tak boleh la wok.. syarat nak umur anak yg kat dlm gambar tu 2-6 tahun.. jadinya, gmbr yang teserlah keibuan tu tak memenuhi syarat..

jadinya, pilih gambar oren ni jugak laa..

okeh, tolong vote boleh??

Cara-cara :
1. Klik page Friso Growing Up Together Malaysia dan kena klik LIKE dulu..


2. Untuk masuk Friso Flaunt It! Contest & untuk vote, klik kat sini.. sini tau...
Udah nampak gmbar macam kat bawah ni? Lepas tu klik VOTE NOW mcm dlm bulatan tu




3. Jgn terkejut bila nmpk gmbr2 perut semua.. Contest ni ada 2 jenis.. gambar masa pregnen & gambar ngan anak.. ok, skang klik kat tab FLAUNT YOUR MOMENT macam kat dalam bulatan tu jugak..



4. Okeh, ada nmpk ke gmbr mekchu? kena klik button next tau.. klik next sampai jumpa gambar kuning oren tu.. Klik la gambar tu.. jgn la malu-malu..


5. Hahahaha... tara.. besar kemain muka gue.. klik butang VOTE NOW tu sekarang.. siap...

Senang je kan.. 3 special steps je tu.. hahahaha... kalo korang mmg dah tersayang lebih dari biasa kan, boleh datang balik besok & tolong klik lagi.. klik klik klik & klik smpai lebam... haha.. tak la.. boleh klik byk2 kali sebelum tarikh tutup 29 Januari 2011 nanti...

Hadiah?
Sempat lagi kalau korang nak join.. cepat.. kalo dah join kasik tau mekchu.. aii anytime boleh tolong vote punya.. wa sangat baik hati punya.. tatak kesah maa....

Jika anak dibesarkan dengan pujian,
Dia belajar menghargai
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang,
Dia belajar menghormati

~mama-chu sayang mi-cah ~

Monday, January 10, 2011

Inilah inovasi yang dinanti

Satu orang, satu inovasi.. rasanya dah dapat idea terrbaek untuk cadangkan inovasi tahun ni..

Mekchu panggil ni sebagai inovasi drill dinding (IDD).. hahaha...

Dapat tau inovasi tu masa proses pertukaran tv kotak kepada tv leper berminggu-minggu yang lepas.. memandangkan rumah pun tak berapa nak lapang, so kitowang plan lekat kan kat dinding aje..

Dalam hati tu sbnarnya dah risau, habislah rumah berhabuk.. kan ke kena drill.. itu konpem berhabuk.. dah prepare fizikal mental utk capai mop semua..

sekali terkejut dan ini lah kejutan gembira namanya..


uncle Regza sedang mendrill.. terus dapat nama Regza.. sib baik bukan uncle BoMba..

korang nampak surat khabar yang dijadikan penapis habuk tu? memang cukup inovasi tanpa sebarang kos..

senang je, amek paper lama, lipatkan jadi bentuk 3 segi.. pas tu amek plaster & tampal betul2 bawah tmpt nak buat lobang tu.. bleh alih2 kat lobang seterusnya.. tak jadi masalah..

nak tau apa yg kitowang buat selama ni kalo buat kerja2 drill ni? sorang mendrill kat atas, sorang lagi kat bawah tadah pakai vakum smbil tutup mata.. hahahaha.. punya lah nak pastikan rumah tak berhabuk kan..

dan inovasi tu telah dipraktik kan baru-baru ni..


hahaha... over la pulak siap ber'kupiah'... rasa mcm nak soh bro.john drill satu rumah..

akhirnya.......... sabtu lepas kotak terakhir kitowang masa pindah 2 tahun yang lepas siap di kosongkan.. lega...

ni saje nak tayang kenangan bersama tibi kotak.. jangka hayat yg sgt panjang.. dari rumah bujang, membawa ke rumah kuarters dan seterusnya rumah seremban ni.. sekarang tibi ni ada kat rumah labu pulak..


perhatikan gambar anak beranak yg pakai baju fefel tu.. dia dah duduk kat situ hampir setahun..


dan tara... kesian kan baru nak merasa.. semorang dah tertahun pakai tibi leper kan.. kitowang baru nak merasa :( 40" cukup?

setelah adanya inovasi drill dinding (IDD) tu, sudah tiba masanya gmbar anak beranak yang tadi tu di lekatkan pada dinding..

suka bila rumah dah semakin berseri ni.. walau pun balik seminggu sekali, tak pun 2 minggu sekali, tak pun sebulan sekali.... tapi mekchu sayangggg sangat ngan rumah ni...

korang boleh cuba tips ni.. eh, tips ke? memang puas hati tau.. apsal la dari dulu tak jumpa dgn uncle Regza tu..


ok boss, untuk tahun ni saya cadangkan inovasi drill dinding (IDD).. ok tak? hahaha..

Friday, January 7, 2011

Ok ke kalau guna gambar ni?

Kami tak de gambar yang senonoh.. sbb tu malaassss je nak masuk mana2 contest.. tapi tiba-tiba teringat kat gmbr candid ni masa umur najmi 5 bulan.. baru lepas cukur botak..

Kalau guna gambar ni masuk Contest Friso Growing Up Together Malaysia, boleh menang tak? hahaha.. baget nak menang saje kan...

Ok soalan ikhlas... kalo mekchu masuk contest tu, korang boleh tolong vote tak? Hadiah kita talk later later laa... hahaha... ramai kan yang dah cuba nasib..

Kalau tak de orang nak vote, malas laaaa nak join... ada ke yang nak melayan kalo merajuk kat sini?

Eh, kalau korang nak test market, klik kat sini untuk join..

UPDATE :
Gambar tu tak boleh masuk laa... sebab syarat nak umur anak yang ada dalam gambar berumur 2-6 tahun.. bukan umur anak sekarang ye.. so, kena la tukar gambar.. ntah apa la gambar nak ditepek ni erkkk??

Thursday, January 6, 2011

Gaji korang banyak habis kat mana?

Semua kerana bill.. rasa mcm nak pitam.. ni semua sebab kumpul kasik gemok la ni.. bila sekali bayar, gugur 18 helai rambut..

Ini adalah bill rumah mak kat kampung tau.. yg kitowang tinggal tu la.. bill rumah seremban bro.john yang setelkan.. pengsan woo ada 2 rumah ni..


Astro tu minimum pakej suda..

TM tu jadi banyak sbb bibik pakai call pak ngatri dia kat surabaya.. tiap2 bulan dia akan bayar balik, tapi gaji bulan depan la!

TNB tu mmg tiap2 bulan jadi juara.. depan belakang, kiri kanan bukak lampu.. skang ni ada 2 tv, 2 decoder... lagik la botak kepala ni weii...

SAINS tu bill air ok.. syarikat air NS.. kan dah diswastakan.. itu bill utk 2 bulan tu.. relek je jumlah paling sikit.. apa tak nya, minimum charge tiap2 bulan.. sbb mak pakai air perigi.. guna pam dan of kos menyumbang kpd bil letrik jadi mahal..

apa?? tak dengar... RM300 tu?? oooo itu adalah penghargaan diri utk sepanjang tahun 2010... duit bonus lekat kan beli barang.. barang dia nama ehem ehem... hahaha...

itu belum campur ngan credit card, loan ASB, gaji bibik.. sib baik keta dah tak yah bayar.. cancel la nak dpt pakai keta baru thn ni.. lain la kalo my beloved bro.john mau wat seprise.. isteri mu ni kan suka seprise..

jazz pink ke swift pink erk?

Wednesday, January 5, 2011

Misi mi-cah dalam Potty Training?

Umur najmi bulan ni akan masuk 2 tahun 6 bulan.. tapi masih pakai pampers lagi.. rasanya dah tiba masa untuk dia potty training kan..

cuti yang kena paksa minggu lepas amek kesempatan layan karenah anak.. bila google pasal ni, rata2 cakap umur budak antara 18 bulan - 3 tahun adalah masa yang sesuai utk ajar anak.. kira mmg dah tiba masa skang ni..

bukan senang kan nak ajar anak kencing/yakyak guna potty ni.. stressss... hahaha.. mmg kena byk2 bersabar.. dah byk kali pesan kat bibik, tp dia buat derk aje tau.. mmg kalau nak ajar anak ni, kita kena ada sepenuh masa sebelah dia.. so, kita akan lebih alert perubahan pada budak tu.. ini tidak, bibik sibuk dgn kerja lain.. grrrr...

jom mi-cah.. hari ni mi-cah kena belajar jugak gunakan potty ni.. mesti terus pandai tau.. hahaha..

pukul 11 pagi... dia kata dia nak kencing..


eee.. sensored..


siap dah semua menan dia kat situ..


nak kasi dia leka la konon.. sudahnya 20 minit pun tak de apa..

dari pagi smpai petang memang tak pakaikan dia pampers.. apa lagi, goyam-goyam lah bebird dia.. hahaha.. ada lah 3 kali dia kencing kat dalam rumah tu walaupun akan tanya dia setiap 5 minit..

"mi-cah nak kencing tak?"
"mi-cah nak yakyak tak?"
"tak nak.. mi nak entot........"

hahahaha... kentot tak pe sayang.. kentot tak payah pegi bilik air.. kentot la byk2 pun..

pukul 3 petang.. dia kata nak yakyak pulak..


masih sama.. cuma mainan je yang berbeza..

Lepas cubaan pertama yang gagal tu, baru lah try google pasal benda ni.. Antara yang sempat mekchu baca, faham & translate guna ayat bahasa mudah difahami..

Petanda anak dah sedia untuk mnggunakan tandas :
1. Pampers kekal kering sekurang-kurangnya 2 jam.. maknanya dia tak pernah kencing dalam tempoh 2 jam.
2. Masa kencing yang hampir sama. Macam kalau bg je minum setengah jam atau sejam lepas tu mesti dia kencing. Kira dah nmpak pattern la..
3. Faham dan boleh memberi respon kalau terasa nak kencing/yakyak
4. Tidak selesa dgn pampers yang basah atau kotor. dia akan selalu minta ditukar
5. Minta sendiri nak guna potty
6. Minta sendiri nak pakai underware

Masa tu konpem lah bibik ehhh mama memainkan peranan penting untuk menarik minat anak terus gunakan potty/toilet.
1. Sentiasa tanya anak nak kencing/yakyak atau tak
2. Sediakan mainan, stickers kasik anak leka di atas potty
3. Jangan tanggalkan baju anak.. nnti dia ingat nak mandi pulak. tanggalkan seluar aje
4. Jangan memaksa atau biarkan anak lama-lama atas potty.. nnti lain pulak jadinya..

Boleh cuba :
1. Letakkan pampers dia yg kotor tu kat dlm potty.. kira mcm demonstrate secara lebih jelas pada dia
2. Jangan pakaikan dia pampers. Bagi dia rasa apa itu kencing dan apa itu yakyak..

Elakkan :
1. Ajar anak potty training dlm keadaan stress.. mmg hilang sabar nnti
2. Paksa anak cepat faham mcm anak2 org lain.. perkembangan budak2 kan tak sama

Apa yang penting, mak budak kena ada semangat yg kental utk ajar anak gunakan potty.. sentiasa bagi sokongan dan puji lah dia..

mak puji lah anak.. bapak pulak puji lah omak ehhh.. tak gitu?

eh, nak dengar pulak pengalaman korang dan anak-anak dlm potty training ni.. tak kira lah anak sedara ke, anak buah ke.. atau ada tips yang sangat berkesan? konpem akan cuba..

Tuesday, January 4, 2011

Kasut crocs, jaime dan cina makan kambing..

Mula-mula tayang muka budak ensem ni..
ensem kan dia.. geram.. cepat2 lah dpt baby girl.. mau masuk meminang..

ok, terus masuk cerita sebenar..

Apa perasaan korang kalo terpaksa pakai kasut crocs dengan baju kurung, kebaya, kedah?

Tau la itu kasut crocs kegemaran... tp tak smpai tahap nak pakai dgn baju kurung kedah.. hadoi.. tak sanggup..

Cam tu la kalo balik umah sban.. ada je benda yg tertinggal.. Bleh plak tak perasan tak bawak kasut tumit tinggi yg sesuai dgn upacara baju kurung.. kemain beria pilih baju apa nak pakai (baju kurung kedah tu adalah baju 4 thn lepas) sekali kasut pulak x de..


kat umah sban tu yg ada hanya lah selipar putih vincci yg dah menjalani proses luluhawa.. hahaha.. muka moncong2 bawak jugak selipar putih tu masuk keta utk sedapkan hati..

Kalau bukan isteri kepada somebody, dah gasak dah pakai.. tp mengenangkan aku adalah isteri dia, imej kena ado.. hahaha.. siapa dia tu yg ko beria2 sangat ni? mekchu.. mekchu.. itu belum jadik datin lagi tu..

misi mencari kasut ad-hoc bermula..

malas sbnarnya nak beli kasut baru sbb pikir kasut kat rumah dah berlambak.. ceh.. masa ni sedar diri pulak ckp kasut dah byk... sbnarnya dalam hati nak mintak bawak gi jasko.. tapi takut nak cakap sbb jasko jauh...

serius suspen bila bro.john bawak carik kedai kasut tau.. alamak, kena beli kasut laju-laju.. tak suka tau kena paksa-paksa beli dan pakai ni.. kat mana lah kedai bertuah dia nak bawak.. ini kalo byk bunyik, konpem kena tnggal kat tepi jalan..

kedai fun cheng fesyen pun fun cheng fesyen la.. haaaa hambek kasut 12 hengget... tak smpai 2 minit dah smpai dlm keta balik.. gile memaksa dan terpaksa... hahaha...


masuk2 je keta "waaaahhhh... antik nye acut mama" tatau la apa dia dah manderemkan anak dia soh pujuk hati mama-chu yg lara ini...


tu dia kasut 12 hengget... hanya di fun cheng fesyen..


bukan apa, mekchu akan rasa pelik kalo tak pakai pakaian yg proper ke majlis org.. mmg la pakai selipar pun boleh, tp mekchu rasa mcm tak hormat majlis org..


selamat smpai rumah ita dgn kasut baru itu.. ada majlis cukur jambul & aqiqah hero dia si jaime yg hensem.. ita, anak ko mmg ensem..


najmi & jaime.. nama dah nak sama.. najmi excited main masak2.. asalkan nmpk menan, semua dia bedal..

jaime 9 bulan.. mmg sukar nak kawal bila nak gunting rambut dia..

the hero, azlan, ita, mi-cah & me..

thanks babe.. kambing golek tu mmg terrbaek!! tadi masa borak ngan ita, kelakar pulak bila mak dia ingatkan mekchu ni cina & tak bagi makan kambing qiqah tu.. hahahaha.. ita, sib baik mak ko tak tarik pinggan kambing golek atas meja kan.. kalo tak, dah lari2 manja masuk dalam keta tau.. hahaha..

oo... cina makan kambing ye...

gambar ni dicurik dengan izin..


nota daripada kaki : papa-jit, apalah kiranya kalau mengekalkan penyimpanan sepasang kasut tumit isteri mu dalam kereta... 
 

Monday, January 3, 2011

Arissa Azlan

Kisah sepasang pasangan romantis di opis, azlan & hadibah.. pasangan yg dilanda gossip hebat tahun lepas.. hahaha.. saje kasik panas wei..

Masa baca status azlan kat fesbuk mmg blur gile apsal suma org sibuk2 wish congrate kat dia? dapat anak buah baru pun tak kan la ramai sgt yang nak wish.. sekali dapat anak sendiri laa.. hak hak.. sbb sepatutnya adieb bersalin hujung bulan ni.. sbb tu tak prepare nak wish lagik..

congrate to lan & adieb.. arissa sangat comel dan otomatik dapat status warganegara UPTM sepenuhnya.. dia bleh join rombongan gi sabah secara percuma tahun dpn.. tak payah bayar ok..


lunch time tadi, terus wat lawatan ke Hospital Bersalin Dr.Sukhilmi, Senawang.. tenang nye suasana kat sana..


hehehe... lain macam pulak excited nak tgk baby kali ni.. terus terkam baby arissa yg tgh syok tido.. sorri ehh beby.. auntie terlalu rakus sebab sangat geram ngan kamu..

ko pegang tengkuk dia macam ni!! gila ganas..

dan diikuti oleh uncle izwan & auntie farry nih..

best kan tgk baby.. mula lah berangan bila nak ada baby lagi.. berangan je la dulu.. kan ke berangan itu percuma.. tp nak terus dpt baby boleh? ngeri kalo ingatkan nak kena lalui tempoh 9 bulan tu.. itu belum ngeri nak push & cakar2 lengan suami lagi tu.. hahahha.. kelakar adieb ckp dia tarik leher azlan.. sib baik azlan mempunyai sepasang leher yg kuat..

gaya seorang daddy menyakat anak nya.. nasib la arissa dapat daddy yang kuat mengigau malam.. hahahaha...

okeh korang... selamat menjalani kehidupan ada anak kecik.. & tahniah dari mekchu sekeluarga..

baby.. baby.. baby... oh baby.. best nye dapat cium bau baby..

Baju yang paling mahal dalam lemari ku

Masih terkenang gambar ni? cerita pasal kisah kemenangan ada kat sini.. sempena Eid 1431H : My Besties Moment with Matase Sutera contest..

mekchu panggil gambar ni sebagai gambar candid yang ADA ONG sbb nya aii menang hadiah besar... besar punya... dapat 2nd place je pon.. tapi dia punya teruja mcm menang grand prize kekdahnya..

apa yang mekchu menang? taraaa...

2nd Prize : 1 Matase Sutera attire (any choices in our collection) + RM100 voucher

haaa... attire dia bukan calang2 punya harga tau.. sbb tu suka berbulan-bulan lamanya..

mnggu lepas dah dpt kedua-dua baju tu.. kan ke dapat sepasang baju free dengan voucher Rm100.. so nak senang cerita, terus pilih sekali dua pasang..

mekchu pilih crepe caftan ni.. teringin nak bercaftan katanya.. tak padan diri tu tak berapa nak tinggi.. caftan ni bukan jenis yg nmpk ketiak tu tau.. ini jenis yang ada lengan tu..

CREPE KAFTAN : RM400.00

bila pakai, pergghhh terasa kurus, ramping lagi tinggi macam nasha aziz.. sape kata pompuan tak berapa nak tinggi mcm aii ni tak sesuai pakai caftan? no no no.. nnti mekcu tunjuk rupa bentuk fizikal bila pakai ok..

lepas tu untuk voucher RM100 tu mekchu pilih yang ini.. tambah lagi sikit dah dapat 2 pasang baju.. opss tinie, nnti aku bayar balance tu okeh.. hahaha hutang rupanya..

CHIFFON(BAJU) + SATIN(KAIN) KEBAYA
-MINI KURUNG INCHIFFON MATERIAL RM385.00


ini pun sama.. bila sarung yang ini terasa macam kristin kreuk.. hahahaha.. dia pakai ke baju cenggini? terus feeling cantik mcm artis tau..

isshhh lambat pulak nak sambut raya.. mana nak melaram pakai baju ni erk? suka.. suka..

eh korang kalau berminat bleh add Tinie Matase Sutera kat facebook atau jenguk kat sini http://matase-sutera.blogspot.com/

Sunday, January 2, 2011

Mama-chu bukan ratu fun fair

Cam ne tahun baru korang? celebrate kat mana? mekchu tahun ni (tahun2 sebelum pun cam ni jugak) tak celebrate pon.. azam tahun baru pun tak de, wish list pun tak de..

azam tu tak yah tggu tahun baru pun boleh berazam.. wish list tu hari2 pun ada wish list yang baru yg nak di muat naik.. pengsan kalo nak senaraikan..



of kos cuti 3 hari (termasuk sehari yg kena cuti paksa tu) check in kat rumah sban.. rumah sban ni harap2 tahun 2011 akan berubah wajah.. tak bhgn dalam rumah, kat luar rumah... ha, tengok.. sambil2 cerita ni pun dah tercetus satu wish list...

sape suka pegi fun fair? masa kecik2 dulu ingatkan fun fair ni tmpt org jahat yg suka mabuk-mabuk.. sbb tu smpai skang tak suka pegi fun fair ni.. baru 2x rasanya pegi sana.. 1st time masa tgh berchenta dulu (kelas ko berchenta pegi fun fair) & 2nd time malam new year hari tu..


demi mi-cah.. mama yg bukan ratu fun fair ni telah menjejak kan kaki kat sana.. ni fun fair kat dataran senawang.. sape2 yg terlihat akan kelibat pompuan pucat lesi ini, sila jgn terkejut sbb dia antara yg seronok di sana..



ok.. tu aje kisah kami di malam tahun baru.. tak tggu bunga api pon.. balik rumah & golek2 lagik best.. sbb susah nak dapat golek2 di rumah sendiri..

Selamat Tahun 2011 semua.. harap2 SKT 2011 ni tercapai.. hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...