@churalliya

Wednesday, March 9, 2011

Mari Kenali Mekchu : Bab 10 - Produk Penjagaan Mukaku

Nak jugak kekalkan perkataan 'ku' kat hujung, haaa gitu lah jadi nya..

Bab 10 ni kira lain macam sikit.. bukan apa, ada yang tanya apa yang mekchu pakai sebab kelihatan awet muda.. muda kah? hahaha.. dah nak masuk 32 taw.. tak de rahsia apa pon.. mekchu adalah antara manusia yang malas nak jaga kecantikan diri.. tetapi tak pernah lupa untuk bersyukur atas kurniaan-Nya..

ada rahasia nih.. mekchu dulu time study muka tumbuh jerawat batu penuh satu muka.. gambar tak de, tapi janji akan ditayangkan.. korang jangan muntah kaler hijoo lak nnti.. masa tu rasa semua produk nak menipu orang.. sehingga lah mekchu dipertemukan dengan set produk Tea Tree dari Body Shop (ayat serupa testimoni pengguna dalam tibi pulak kan)

Mekchu adalah pengguna setia Tea Tree Skin Care ni sejak 10 tahun yang lalu.. wahhhh.. tak yah lah percaya sangat angka tu.. main agak2 je sebab sejak sebelum kawin lagi.. lebih kurang la 10 tahun.. lama kan.. dah kaya pun pelopor tea tree tu...

Ini adalah barang2 basic yang harus dan wajib di pakai setiap kali mandi.. kalo tak mandi pun tatap kena pakai.. biar tak mandi, tapi JANGAN tak cuci muka *wink


Skin Clearing Toner (RM39.00-250ml), Mattifying Moisturiser (RM39.00-50ml) dan Skin Clearing Facial Wash (RM39.00-250ml).. cam biasa, pakai cleansing dulu dan diikuti dengan toner dan moisturiser.. pengakuan di sini bahawa mekchu teramat jarang sekali pakai moisturiser sebab pemalas :) bila teragak nak pakai, baru lah pakai..sebab kalo pakai moisturiser ni rasa kulit berminyak pulak.. sebab tu on-off je..

tetiap malam sebelum tido mekchu akan pastikan muka dah dicuci dan di tonerkan.. pas tu letak Blemish Fade Night Lotion (kanan sekali-RM48.00).. bagus untuk repair balik sel2 kulit kita yg dah mati & bagus jugak utk hilangkan scar.. kalau ada jerawat yg besar, mekchu akan gunakan Tea Tree Oil (botol yang paling kecik-RM28.00) untuk kasi dia cepat masak dan boleh picit... picit jerawat adalah satu kepuasan.. selagi dia tak keluar, selagi tu rasa tak tentu arah..


disebabkan harga skin care product kat body shop ni adalah berbaloi, mekchu add-on lagi beberapa produk yang dirasakan perlu..
contohnya macam Cucumber Cleansing Milk (RM36.00-250ml) untuk hilangkan kesan mekap.. pakai ni dulu, baru senang nak cuci.. lepas tu pakai jugak Camomile Eye Make-Up Romover (RM28.00-60ml). Sangat bagus untuk hilangkan makap kat bahagian mata..

Kalo travelling, bawak je set comey lotey ni.. siap ngan beg sekali.. RM79.00 untuk kesemuanya.. bagus jugak kepada new user.. kalau2 nak cuba dulu kan...

Mmg pengguna setia tak hingat dgn produk tea tree ni.. malas dah nak cuba produk lain yg rata2 nya mahal dan tak tentu sesuai dgn kulit muka mekchu yg sensitip ni.. jerawat kecik je, dia punya kesan jerawat, 3 bulan baru hilang.. hadoii.. risiko org kulit putih, mcm ni lah...

Itu aje pun barang2 yang mekchu guna untuk penjagaan kulit muka.. selain dari gi facial tetiap bulan jugak.. ngeeee... suka wat facial kat Cress sebab dia ada byk pakej smpai dah ikat kita baik punya.. berat hati nak cuba kat tmpt lain dah..
beli 2 set product Cellnique yang paling popular iaitu Derma Brightening Complex (RM14+-30ml) Harga tak ingat pulak.. Benda ni mmg bagus untuk cerahkan cela di wajah.. hahahaha... byk sangat pengaruh iklan.. tp mmg pun sbb wanita dah berusia tak lari dari pigmentation.. mcm mekchu la.. bagus untuk cerahkan pigmentation tu..

lepas tu ada satu lagi dipanggil Skin Action Sebum Gel (RM14+-30ml). Ini pun sesuai dgn mekchu untuk hilangkan blackhead & whitehead.. senang sangat nak buang tau.. tak payah picit kuat2 untuk buang blackhead.. slow motion je dia dah keluar.. kalo nak gi facial tu, mekchu mmg pakai 3 hari berturut.. tak sanggup nak rasa sakit masa extraction tu.. bleh meleleh air mata...

Insentive Hydrating Silk Masque tu dpr free.. hak hak.. kalo ada masa lebih dan terlebih rajin baru lah pakai..

Dah itu aje product yg mekchu guna.. murah2 je kan.. mekchu ni jenis orang yang maintenance rendah je.. senang.. lagi satu suka ngan Body Shop sebab dulu kalo kita spend RM300 kita akan dapat voucher RM35.00.. tp sekarang spend RM200, dapat voucher RM20..

Walaupun mekchu ni tak cantik dan macam tak sesuai nak cakap.. tapi bagi mekchu kalo nak kelihatan cantik senang je.... pastikan diri cantik dari dalam.. tak perlu produk mahal-mahal pon... betul tak? kalo luar tak cantik, tapi sebelah dalam tu putih bersih dan suci murni, mesti teserlah jugak kecantikan itu..

Tuesday, March 8, 2011

Pengaruh Durian Pancake yg berkesan

Tak sia-sia lantik diri sendiri jadi duta kecik durian pancake.. semalam je ada 2 orang blogger yang wat entry pasal durian pancake lepas baca entry mekchu yang memberahikan hari tu...

terkekek-kekek mekchu tergelak taw.. korang memang kelakar.....

1. Terpengaruh Yang Amat, entry si wanie ni... gelojoh nak upload smpai gmbr pun tonggang terbalik.. hahahaha..

2. entry mummy_ayu pulak yang berbunyi Pengaruh rakan blog.. tgk la gambar dia dok ngappp tu.. tak tertahan rasanya..
mebbe ada blog lain yang mekchu tak perasan... sila khabar kan berita gembira itu.. nak share :)

yang tak puas hati tu...... mengapakah mekchu yang harus dipersalahkan oleh mereka? dan sekarang terasa kembali mengidam nak makan duiran pancake lepas baca blog dorang.. ni siapa yang mulakan sebenarnya?

Monday, March 7, 2011

Letter Box FULL

Dah penuh betul.. smpai tak boleh nak padat kan lagi.. memang padat maksimum.. apa yang posmen boleh buat, tinggal kan kat atas tembok pagar..

Sudahnya, habis basah.... byk jugak magazine yg terpaksa di korbankan sbb dah basah lencun..

gini lah keadaan bila dah lama tak balik rumah seremban.. dah boleh lambung2 macam buat cabuah bertuah.. rasanya last balik sebelum najmi sakit hari tu.. lepas tu tiap2  w/end sibuk nak bersukan pulak.. kalo dah subscribe macam2 magazine, seminggu pun dah boleh penuh letter box tu..

haaa... hambek...... 
Dalam banyak2 tu, mekchu nye Anjung Seri je.. yg lain2 papa-jit yg punyaaaa.. autocar lah, golf la, newsweek laa... 

tapi apa yang penting, cheque HSBC mekchu selamat dari kebasahan.... 
Sebenarnya nak bg tau mekchu dah bank-in cheque nuffnang.. itu ajeee..... *wink

Bibik dah pakai henfon.. feewwiiittt...

Bibik rekues nak pakai henfon.. buat panggilan ke Indon guna DiGi murah katanya... 

Kebetulan nak habiskan stok talipon kat rumah tu.. nak habiskan stok buat modal beli BB lah.. hahahaha.. terus jual kat bibik je.. dari dia beli tipon kat luar yg ntah apa2 kan, lebih baik pakai henfon zaman bujang papa-jit ni.. stylo siut..

walau pun bibik dah pakai henfon, masa dia buat kerja rumah langsung tidak terabai.. dah 2 tahun lebih, dah kenal dengan perangai dia.. sangat ikhlas bekerja..

yang menjadi kerisauan, bulan 7 ni bibik dah nak balik indon.. laki dia tak bagi sambung lagi.. suruh jaga anak2 kat sana..  kitowang kalau nak mula tinggal di rumah seremban & cari nursery untuk najmi tak jadi masalah.. tapi........ siapa yg nak temankan mak kat kampung tu.. mak mmg tak larat lagi nak jaga cucu dia yg lasak tu.. nak amek bibik baru skang ni dekat 10K tau.. ya Allah, mintak2 lah semuanya dipermudahkan..

Friday, March 4, 2011

A very simple birthday celebration

Plan asal mau ke KLCC.. tapi lepas memikirkan 1001 kemungkinan dan andaian, terus bertukar menjadi midV.. sebab utama, ada durian pancake.. hahahaha.. tak habis2 dgn durian pancake nye.. smpai birthday cake pun guna durian pancake jugak.. kata memborong kan... harusss lerr....

Papa-jit nih simple yang amat.. nak belanja makan sedap2 setahun sekali pun dia tak nak.. cakap la nak makan kat Tony Roma's ke, kat Chili's ke, kat Manhattan ke... (sebenarnya binik dia yg kemaruk nak makan sana..) dia cakap tak suka makanan pelik-pelik.. hahahaha.. nak tau dia suka makan kat mana?

kat dalam jusco tu je.. mmg kalo ke midV ni, memang tempat makan ni menjadi pilihan.. RM21 hengget je yang mekchu kena keluarkan.. jimat berganda..

pas tu jalan2 kejap sambil gi carik prezen.. tahun ni memang keje senang.. papa-jit setuju nak amek cuti & dia luahkan dia nak prezen apa.. kalo tak, penat tau main teka2 nak kasik apa.. bila tanya dia nak set golf baru.. fengshan...

tak de pulak gambar berdua.. kalo gini aci tak?

masa tgh pilih set wangi2-an, adik salesman tu bleh tanya untuk hantaran ke.. kitowang pandang2 dan cepat2 angguk...  hahaha.. 

satu je yang membuatkan mekchu agak hangin hari tu... dia asyikkkkk dgn tipon dia tu.. tau lah wall FB dia yg paling sibuk hari tu, tp tak kan sambil jalan pun nak msg2 jugak.. mekchu dah lapan tiang ni kat depan, dia relek2 je melangkah... grrrrrrrr...

tak pe la, konon2 birthdayman always right..

pas tu, tunaikan hasrat birthdayman nak tengok 3D.. janji 3D.. cerita apa pun tak kisah.. baik lah boss... kat opis boss, kat shopping complex pun nak jadik boss... mencik taw.. 
sudahnya cerita Green Hornet menjadi taruhan.. hahahaha.. cerita yang kelakar.. sesuai untuk mereka yg nak relax2 mcm kitowang..

pas tu sambung shopping lagi.. walaupun mekchu yang kelihatan asyik keluarkan kad plestik hari tu, tapi mekchu tetap happy...
 

mana tak happy nya, tengok la.. dah macam feremfuan meroyan kekdahnya.. penuh kiri & kanan tangan ngan bag plastik.. hahahaha..


tetiap tahun pun macam ni lah... sambutan yang simple dan yang paling penting masing2 menghargai dan mengingati tarikh2 penting.. tak kira lah secara ikhlas atau paksaan.. hahaha..
malam tu dah plan ngan najmi soh surprise kan papa.. kitowang pun jalan pelan2 dari dapur ke depan sambil bawak durian pancake.. tp agaknya dia kurang sabar tgk mama dia jalan perlahan sangat dan terkepit-kepit (risau lilin padam).. terus dia lari laju2 kat papa dia & bg tau dia nak tiup lilin papa.. hahahaha.. mmg potong tang corner taw..

thn depan boleh la kot nak kaw tim buat surprise ngan najmi ni..

Cari mana najmi?

Bila tunjukkan gambar ni kat najmi, punya lah dia marah... hahahaha... siap merajuk belakang pintu.. konon-konon macam "kenapa mereka sanggup buat begitu padaku?"


Satu kejayaan besar bila budak lasak dan tak nak duduk diam atas stroller akhirnya tertewas...

Thursday, March 3, 2011

Duta Kecil Durian Pancake

Mekchu adalah duta kecil durian pancake...

"Kak, bagi saya durian pancake lapan!!."
"tak dapat murah ke beli banyak-banyak kak?"

hahahha.. setakat lapan, celah gigi pun boleh habis tau.. tapi percayalah, mekchu punya separuh je.. lagi separuh kak jemah hantu durian yang punyaaaaa.... hehehe..


gaya usahawan berjaya.. 

alamak... cash tak do la pulak.. kak, len kali tolong sediakan mesen debit & credit card ye.. 

Durian pancake adalah salah satu inovasi kepada produk durian.. skang asyik pikir pasal inovasi je..

ok, serious.. disebabkan ramai jugak yg tanya pasal durian pancake ni kan.. durian pancake boleh didapati di mid valley megamall.. kedai dia kecik je.. stall yg bukak kat tengah2 alam tu.. lokasi kat ground floor, jalan nak ke The Gardens tu.. bila dah jumpa maybank, Tony Roma's belah kiri.. atas sikit dah jumpa akak durian pancake nih..


harga adalah RM10 untuk satu bekas.. 1 bekas ada 6 ulas.. harga amat berbaloi dengan rasa.. ada jugak cempedak pancake, manggo pancake, etc.. kalau nak beli byk2 bawak balik rumah, better beli masa nak balik.. sebab tahan 4 jam je di suhu bilik.. sampai rumah, cepat2 lah bawak masuk dlm peti es.. boleh tahan 3 hari..


maap lah kalo ada yang terliur.. ya ampun, tgk je dah terbayang kelembutannya, kemulusannya, kesedapannya... halussssssss je...
rasa dia? tak terucap dengan kata-kata...

percaya lah, mmg tak rugi kalo membeli.. tapi tak semua penggemar durian suka dengan pancake ni.. salah sorang adalah papa-jit.. mekchu makan 5 ketul, dia makan seketul je :)

Simbolik

3 durian pan cake dan 2 batang lilin.. simbolik untuk celebration birthday ke-32 kali nih..

hahahaha.. simbolik lah konon..

mana kek?
itu durian pancake bukan kek?

Selamat Hari Lahir untuk suami ku yang tersayang..

Growing old with you is one of my favorite things to do..

Wednesday, March 2, 2011

Sony Vivaz Pro untuk di let go

(entry melekat selama 24 jam)

Telah sampai seru gamaknya.. bila laki pakai Blackberry, harus la bini dia pun pakai.. baru lah dapat faedah yang secukupnya..

Tapi tak de modal pulak nak beli henfon baru.. cane tu? kalau ada yang nak beli mekchu nye Sony Ericsson Vivaz Pro ni boleh lah buat modal.. mekchu saaaaayang sangat ngan tipon mekchu ni.. cantik lagi, tak de cacat cela pon.. tgk la pulak sape tuan nye kan.. very the berhemah gitu..

Jadi kalau ada yang berminat, boleh la e-mel mekchu di churalliya@gmail.com. kita sembang2 details kat sana..

 

tipon ni prezen dari papa-jit masa birthday mekchu ogos tahun lepas.. harga semasa beli adalah RM1,200.00 tak tipu.. resit pun ada simpan nih.. kalau dapat jual separuh harga pun jadi lah.. tak smpai setahun lagik pakai tau.. kalau tak percaya ada entry kat sini..

Spec Vivaz Pro (sepc yang biasa di tanya)
1. Original set
2. Touch screen & ada keypad jugak
3. Ada garmin (symbian 60)
4. Ada WiFi
5. Ada 3G (boleh wat video call)
6. Camera 5.1 megapixel (in HD, gmbr mmg super duper cantik)
7. 8G memory card
8. Kotak dan aksesori disediakan (sama mcm beli baru)
9. Charger pun yang ori

berani potong kuku, condition tipon ni adalah sangat baik.. semua yang diperlukan ada kat tipon ni.. kot-kot ada yang nak tya details lagi, sila lah aju kan soalan korang kat churalliya@gmail.com ok..

sekali lagi, mekchu nak jual atas sebab nan satu iaitu nak buat modal beli tipon BB..

You're not 32, you're 30 + 2

Special birthday wishes for Najib Musfata.. The best part of everyday is sharing it with a husband like you!! HAPPY BIRTHDAY HONEY!

 maka, tahun ni angka itu harus bertambah lagi satu... 

celebration tahun lepas kat opis putrajaya.. tahun lepas dia tak cuti, jadi terpaksa guna kaedah belas kasihan kawan2 opis dia..

tahun ni setuju pulak nak cuti.. maka ke KLCC lah kami.. yaaaaa riii baaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...