@churalliya

Wednesday, November 9, 2011

Ibadah Qurban di pejabat

12 Zulhijjah1432H.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah qurban pada tahun ini.. Secara jujur nak bagi tahu sebenarnya mekchu tak pernah terlibat secara langsung pasal ibadah qurban nih.. tapi tahun ini, syukur dapat bersama-sama dengan rakan-rakan pejabat melaksanakan ibadah qurban di Rumah Kelab Sukan SUK.

Paling best (sila kira ada berapa kali perkataan BEST yang akan digunakan) pun duduk kat dalam surau sambil tengok unta kena sembelih 4 tahun lepas.. selebihnya, duduk kat rumah sambil tunggu arwah abah bawak balik daging qurban :)

lembu tu menangis.. orang kata tak boleh cakap kesian.. cakap dalam hati tak pe kot..

lembu kami bersama-sama 3 bahagian lagi daripada kawan-kawan..

3 ekor lembu kesemuanya.. lagi sekor dah siap sembelih di Pusat Sembelihan, Kuala Pilah.

feremfuan yang cemas bila suami cakap tak dapat datang.. nasib baik ada wakil lain untuk akad qurban.. 

dah habis sembelih baru sampai..

Tiba-tiba teringat soalan SPM tahun 1996 - Bina ayat daripada perkataan di bawah : melapah, memotong, mencincang, menyiang, menghiris.. hahahaha sengal..

itu adalah aktiviti melapah daging..


dan ini adalah memotong daging.. ke menyiang daging?

Nampak senang nak potong daging tu jadi kecik-kecik.. hakikatnya amat susah okeh.. dan paling mencabar bila nak buang lelemak yang melekat kat daging.. tak sia-sia lah tangan mekchu melecet akibat sungguh-sungguh memotong daging hari tu..dah habis baru terasa tangan sakit dan nampak ada gelembung belon :(



Memang pengalaman pertama join sama-sama memotong/menyiang daging qurban.. eksaited terlebih katakooo.. kalo tak de program ni kat pejabat, alamat tak merasa la.. kat kampung tak teringin pulak nak join mungkin sebab segan dengan otai-otai kampung kan..

Paling best (semua pun best) bila kena masak daging qurban tu kat situ jugak.. 2 ekor potong2 masuk dalam plastik untuk diagihkan dan lagik sekor untuk masak..

 ini memang terbaek... daging sangat fresh berbeza daging kat pasar yang 3 bulan dah beku tu..

orang kuat di sebalik program qurban ni.. bravo.. bravo..

Lepas waktu pejabat, ada tahlil kecil-kecilan dan diikuti acara kemuncak adalah makan-makan..

tahlil..
paling berseri bila MB sudi datang ke majlis kami.. 

paling best (lagi lagi best) sup tulang tuh. ada pulak sambal kicap.. perghhhh kenyang sampai malam.. sikit pun perut tidak mintak diisi lepas tu..


Sesungguhnya ini adalah pengalaman berharga buat mekchu.. tak kisah walau pun seharian badan bau lembu moooOoooooOoo..  

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Tuesday, November 8, 2011

Berbengkel hingga tak sempat mandi

Memang benar.. masa kat sarawak kan cepat dalam sejam macam tu.. mula ikut jam sarawak, tamat ikut jam semenanjung.. sila bayangkan betapa komitednya kami..

Bengkel di Four Points by Sheraton (mekchu selalu salah cakap Four Square). Hotel besar gile dan setengah jam jugak perjalanan dari Habour View tu..


Kalu busuk, sama-sama busuk.. itu lah prinsip hidup kami.. kah kah kah.. bengkel dari jam 8 pagi membawa ke lunch. Rehat sekejap amek hongap.. Memang sekejap je, dalam setengah jam macam tu.. Pas tu sambung sampai 6 petang. Pas tu rehat sejam dan tak sempat balik hotel.. Pukul 7 malam dah start bengkel lagi sampai 9.30 malam..

Ce bg tau bila masa nak mandi?

suasana dalam bengkel.. ada lah sekeping..

lunch.. agak-agak boleh kenyang? hihihi.. 

 nasib ada menu lain.. kalo tidak, menangis ahkak ko akibat kekurangan zat makanan..

dan paling suka slice cake tu.. bukan cake tapi tart.. tak ingat pe nama dia.. smpai sekarang terkenang rasa dia kat tekak..

hanya ada 15 minit untuk update fb, update blog, update bbm dan lain-lain..

ehhhh masa ni kan mekchu terserempak dengan datin-datin yang kitorang jaga masa sukan isteri wakil-wakil rakyat kat seremban dulu tu.. jap ehh carik balik entry... haaa, kat sini.. tapi segan gile nak tegur.. takut dorang lupa..

Dah siap buat dialog..
"hello datin.. i'm suraya, your Liaoson Officer for SABATI during bla bla bla.. remember me?" ~tapi setakat dialog dalam hati je la.. hahahaha...

Mekchu hati kecik wehhh kalo nak bercakap ngan orang cantik-cantik dan kaya nih.. dah la comot-momot, dengan pucat lesinya.. penat berbengkel lah katakan...

Dan sekarang rasa rugi tak tegur.. kalo tidak, konpem datin bawak kitorang jalan-jalan.. atau paling tidak pun dapat bawak balik henbeg fendi bawak balik rumah.. serius dorang memang kaya dan baik hati..

Fokus, fokus dan fokus.. 

ehhh, ini gambar hari kedua nih.. gasak lah kannn... 

Melepas #sofiyya pada hari itu dan #cinta elysa dapat tengok 10 minit terakhir sahaja..

Monday, November 7, 2011

Hebat

Muka minta simpati.

Tadi di rumah nenek pilah, mi-cah mintak tolong tegakkan pasu kat atas rak. Susah gak la nak tegakkan pasu tu. Bila dah tegak, terus sakat dia "Yeyyyyyy.. mama HEBAT!!" Sambil angkat 2-2 tangan ke udara. Belum sempat turunkan tangan, tiba-tiba

DUSHHHHHHHhhhh

Hinggap sebiji penumbuk kat muka. Walau pun penumbuk yang hinggap tu comel, tp luka jugak bibir nihh..
Bahaya tafsiran HEBAT pada budak-budak. Mungkin dia ingatkan mama-chu dia HEBAT laksana otromen kot..

Adoiiiihhh..

Sunday, November 6, 2011

Kali ni lebih berhati-hati

Papa-jit membebel kereta kotor.. konon dah tahap boleh main tulis-tulis kat badan keta dia.. apa lah sangat kekotoran yang melekat itu.. pada mekchu kereta dia masih indah dipandangan berbanding kereta mekchu yang relek2 aje 3 bulan tak cuci..

Petang sebelum raya aidiladha nak gi hantar cuci.. masa ni mekchu tak teringat apa-apa langsung sehingga lah di kejutkan dengan ayat dari mi-cah.

"Hati-hati papa.. nanti hilang lagi kereta tuuuuu" ~dia becakap memang mcm orang tua.

Dan terus teringat kejadian kehilangan kereta di malam raya hari tu.. sangat scary. dahsyat betul memori budak-budak ni kan...


Kali ini kami lebih berhati-hati dan berwaspada.. memantau dgn penuh perasaan dari tingkat 1 bangunan KFC, kuala pilah.. (tak kuasa pulak nak tunggu kat bawah tu.. layan potato wedges lagi sodap)

dorang pakai baju orang utan.. eh, mekchu pun sama jugak. kaler merah, saiz S.. haha perlu ke bg tahu saiz nih?? kata baru balik sarawak kannn..

Tapi papa-jit 5 minit je kat dalam kfc tu.. risau betul dia nak pisah lama-lama dengan kereta dia.. sebab itu pentingnya pengalaman dalam diri kita ni. pengalaman dan pengorbanan lebih mendewasakan.. motip tetiba pengorbanan ni?

Sebab nak carik link nak sampaikan ucapan :)

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua.. insyaAllah, tahun ni kami akan menunaikan ibadah qurban.. dan selamat bercuti juga buat semua...

Friday, November 4, 2011

Tanjat mama-chu

Tgh kemas pemenan mi-cah, sekali terjumpa set menan masak-masak kat dalam stor. Tanjat mama-chu! Elok pulak tu tersimpan dlm bekas.
Baru 4 hari mama-chu outstation. Tapi bukan salah budak baru baik demam. Ini semua kerja papa dia nih..
#pitammm...

Sepetang di Waterfront

Sampai je meow meow terus jalan2 kat depan hotel carik nasik ayam penyet :) Kelaparan.. tp baru je melantak nasi beriyani atas kapal terbang.. mana pegi nasi beriyani tu?
 
 dlm teksi.. kiri kanan beg.. well, macam tak kenal mekchu korang ni kan...

Stay di Habour View dan menapak je la nak ke waterfront tu.. sampai pun dah petang, dah nak gelap.. masing-masing tak berlengah lepas campak beg kat bilik terus keluar.. sbb tau ini sahaja masa yang kami ada nak berjalan.. bila dah start bengkel, kena fokus, fokus dan fokus.. (harap2 boss baca ayat last tu)

 awan nano-nano-nano-nano-nano-oooooo

bersama awan nano-nano

nak buat gaya larian awan nano tapi malew-malew kuching :)

mekchu panggil mereka ni JK (jejaka kanan) haha sbb 2-2 adalah org kanan kat opis..

Kali ni merasa naik sampan nak seberang sungai.. dulu pegi mi-cah kecik lagi.. tak berani nak bawak dia naik sampan tu.. tp serius cuak masa naik.. bila duduk tak balance kiri & kanan, rasa macam nak tenggelam jek..

punya lah tak sabar nak bayar kat atok tu.. 5 kupang sajok. tp atok tu tak layan :(

Mekchu tak bleh la bila tengok org tua bekerja cari nafkah.. terbayang kalo itu bapa atau ibu kita.. rasa mcm nak suruh atok tu balik dan gantikan tempat dia mendayung..

buang terbiat atas sampan

sampai je seberang, perkara pertama adalah menunaikan bayaran tambang sampan.. tp atok tu relek2 aje mcm tak nak terima.. puas pulak hulur betul depan dia.. kita ni kesian ni, tp dia relek-relek aje.. 

Ke kedai kek lapis Dayang Salhah lah kita.. dulu kemain besar kawasan kedai tu..skang kena lalu sambil tarik napas kempiskan perut sbb laluan dia yg agak sempit..

semua pun rasa, semua pun tak menepati citarasa tekak.. sudahnya bakul tu kosong je.. agaknya dah set mind nak makan ayam penyet dari awal lagi.. 

tambahan pulak pegi dgn tokeh mama's choc (tiada dlm gmbr).. mmg pakar lah dlm merasa kek lapis nih. terpengaruh bila tokeh kata tak sedap.. bagus jugak tuh :)

sudahnya selapis je.. asal ado.. 

dulu ada gambar ngan papa-jit & mi-cah kat sini.. tp kali ni sorang2 yoo...

Lepas tu terus carik nasi ayam penyet dan nom nom nom... tidak syak lagi..

 "legaaaaaaa" kata perut :)

lari semua ikan bila mekchu datang..

ehhh ehhh.. dengan atok ni lagik laaaa...

Lepas je ke seberang, terus balik bilik nak kejar #sofiyya.. cepat gelap kan kat sana.. pukul 7 dah macam 9 malam..

Tido awal sbb esoknya seharian (membawa semalaman) berbengkel..

Fuhhhhh, sambil jadik nurse (mi-cah demam) sambil update entry. Itu yang jadi senapas je bila baca.. masih tak sempat nak jenguk blog kawan-kawan..

Thursday, November 3, 2011

Seha::Aku panggil dia MCSUE bukan MEKCHU!

Kan mekchu dah janji, nak publish kan semua entry korang yang join Contest@Mekchu tempoh hari..

Dan penyertaan seterusnya ni sangat special sebab dia tidak punya blog dan tidak pernah tinggalkan sebarang komen pada blog kuning oren ini.. Tetapi telah bersama-sama memeriahkan Contest @ Mekchu..

Jom layan...

Pandangan mengenai gadis ayu bernama McSue? Gadis lagi ker? Ha ha ha..dah x sesuai okay!  Lebih manis dipanggil wanita wahai McSue....Org kata nak tau pasal perangai kita, jgn Tanya kawan tapi Tanya musuh kita..Tapi...Ilang akal apa org macam McSue nie ada musuh???? Aku kenal ngan Mcsue mase jadi penghuni Kolej Perwaja, UUM. Kami ada kumpulan yang kami gelarkan GENG PERWAJA...Kami pernah tidur sebilik tapi tak sebantal, pernah makan bersama tapi tak sepinggan, pernah potong kek besdei berdua & pernah ‘collect’ duit sesama untuk sewa keta MAE TINIE..Tapi aku tak lah seiintim dan serapat dgn dia macam YANA ROZANA...yg pasti dari dulu dia memang manis, happy go lucky, baik hati, setia dgn BAPAK GONJOLONG(aku ada simpan gambar diorg berdua) dan yg aku yakin pasti aku tetap kawan dengan dia sampai kini.. 

Blog kuning oren? Best @ tak best? Mestilah BEST! Aku suka baca blog ni...antara tempat aku singgah bila nak ilangkan stress keja. Kalau x jengah kosong rasanya x tau apa xtvt McSue...bestnya pasal setiap entry mesti ada gambar yg seiring dgn citernya...kira sesapa yg baca pasti tersenyum sampai ke telinga @ terbahak2 dengan kisah yg berlaku disekeliling McSue..kalau baca blog McSue nie..ibarat mcm berada bersama2 McSue yang tengah berceloteh ketika itu...isk2 rindu la plak ngan minah nie....

Entry yg mana aku suka layan? Semua entry yg ada dlm blog nie coz segala kisah suka duka, pahit manis, dicurahkan dlm blog nie...apa saja yang terdetik di hati McSue, dia akan kongsi bersama2 kengkawan...x kiralah pasal langsir ker, pasal rambut ker, pasal Nuffnang ker...ada jer idea @ citer2 menarik yg McSue nak hebohkan! Aku paling suka entry blog nie masuk majalah..Wah! tumpang bangga tgk muka kawan masuk majalah...siap bgtau kat anak2..”ni kawan Ibu” ...Aku akan tetap ikuti blog nie..serius!! blog nie menceriakan hariku...

Cadangan? Apa yer??? Aku tau baca blog jer..mana boleh komen blogger terhebat cam McSue nie...tapi sedikit pandangan yg mungkin McSue rasa x bernas langsung...boleh tukar2 font ke bagi setiap entry..tulis entry pasal masa depan ker...kasi lebih ceria lagi blog nie...yg lain rasenya x ada coz aku rasa santai ngan blog nie..x serabut!

Kenapa nak menang voucher? Sebab aku memang nak menang la! Tengok McSue gojes & cantik dengan koleksi MATASE SUTERA..teringin gak nak ada satu..pulak tue McSue dengan rela hati nak top up RM50, dah kira rezeki yg x boleh ditolak nie..even  aku x ada function mcm McSue, tapi x per..kalau aku menang, aku nak pakai baju MATASE SUTERA khas utk tatapan McSue & suruh McSue buat special entry utk aku...Fuh! syoknya dpt masuk blog nie...Harus kau penuhi hajat kawan ko nie...

Ikhlas dari aku, SEHA @ awek Gopeng (Bila kau nak citer semula...apsal kau ngan Bapak bagi gelaran nie kat aku...?dah keluar 3 hero, banyak urat dah putus. X boleh nak recall) Aku doakan kau bahagia dunia & akhirat disamping keluarga tersayang, Bapak, Micah & future adik Micah..NAJWA kan? Mcm la penah sebut dulu..NAJMI, NAJWA...he he he..Miss u!

Hehehe, baca ulang-ulang pun masih senyum..

Seha, tahniah dan boleh top-up beli baju untuk raya haji ni nanti.. Terima kasih kawan kerana kamu tak jemu-jemu menyinggah blog kuning oren walau pun sibuk dengan kerjaya dan melayan 3 hero :)


Kisah awek Gopeng itu biarlah menjadi rahasia :)

Tunggu souviner dari aku okehhh...

Wednesday, November 2, 2011

Tafsiran mimpi mimy

Mimpi daripada wanita yang sedang mengandung..

How sweeeeeeeetttttt :)

Tuesday, November 1, 2011

Sekadar gambar hiasan


Meow, meow (sibuk betul asyik nak mengiawww je)

Sekadar gambar hiasan. Sila jangan terpedaya dengan kegumbiraan yang kelihatan pada gambar tersebut. Luaran je gembira, tapi dalam hatiiiiii...... sendiri yang tahu..

Sila bayangkan sekarang mekchu sedang bekerja dengan kuat dari jam 8.30 pagi tadi smpailah 8.30 malam ini tanpa berpeluang golek-golek atas katil hotel.. tsk tsk..

Sengsara nak siapkan dokumen nih ya ampunnn.. sikit lagi nak pecah kepala.. Nasib ada 2 orang jejaka hebat yang sangat dedikasi bekerja..

Bukan senang nak jadi senang kan.. Dan bersyukur kerana diberi peluang mempelajari sesuatu yang baru..

Harap-harap malam ni ada kekuatan nak blogwalking kat blog kawan-kawan semua.. rinduu ohhh...

Dan blouse punjabi itu bila dipakai

Bersengkang mata siapkan entry ni untuk tatapan ratusiput, ya alya, mimy, neenagonjeng, eri-chan, ehh sape lagi erkk yang kata nak tengok mekchu pakai blouse punjabi polka-dot RM13 hari tu..

Nahhh untuk korang semua...


Sambil tadah pipi dan bersedia nak kena lempangg.. hahaha.. sorry guys, gambar nan-hadooo yang elok-elok.. malas sungguh nak bergambar..

Suka okehh baju tu.. kering je pakai.. kering sikit2 pun sanggup iron dan pakai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...