Dalam banyak2 tu, kat Kuantan je dia offer kalau nak ikut.. Kalo tak ikut, rugi pulak rasanya.. Bukan setakat mekchu ngan mi-cah je ikut, satu family pun ikut jugak.. Ikan muntah punya pasal :)
Orang macam ulat ta1k!! meremik!! musim cuti sekolah memang tak boleh nak buat apa kan... redha je la.. kitorang sampai nak dekat pukul 3.. pukul 4 setengah okeh baru bleh check-in.. memang longlai campur mabuk sikit.. masuk je bilik, lantai tak sempat kering.. housekeeping baru lepas tolak troli kat bilik sebelah.. punyaaaa lah.....
Dulu duduk kat bilik. Kali ni apartment 2 bilik. Tak jauh beza susun atur dia.. Rasanya selesa bilik lagik kot.. Ingat tak masa dok bilik dulu tu mekchu siap masak mee hoon sup? Kemain rajin tak tentu hala...
Petang tu tanpa membuang masa terjun pool dia.. secara keseluruhan kali ni semua-semua pun rimas dan lemas.. ramai sangat orang sampaikan mood bercuti tertinggal di atas katil kat rumah..
ini nama dia berenang-renang ketepian..
kat pool pun dah penuh.. berbeza sangat lah dengan tahun lepas..
tak pe, yang penting mereka happy.. padat sikit tak pe :)
mata ni asyik pandang budak kecik ni aje..dia sangat relek sambil kaki tendang-tendang air.. makin lama makin ketengah.. hehehe sangat comel..
kami yang bertolak ansur.. lepak tepi aje.. tak de ruang selesa untuk terjun.. ngeeeee...
Petang tu kami dapat berita sedih. Atuk saudara baru meninggal. Nampak gaya kena balik Kuala Pilah secepat mungkin.. Al-fatihah.. Sepatutnya berada di gambang dari Ahad sampai Rabu.. So, kami decide untuk balik petang esok.
Malam tu papa-jit tunaikan hasrat binik dia nak makan Anna Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur. Pengaruh dari blogger yang tak berapa nak seksi tapi buat entry seksi pasal makan kat sana.. Dari gambang nak ke sana pun dah nak dekat sejam.. Sabar lagi..
Jumpa Anna Ikan Bakar Petai dengan jaya atas bantuan papa-go papa-jit :) tapi................. apsal lah ramai sangat orang.. kat bawah ramai, kat atas pun ramai.. Kedai sebesar mid valley pun boleh penuh.. sah-sah sodap masakan dia..
segenap ruang pun penuh dengan orang.. bawah konsep duduk atas kerusi.. sebelah atas duduk bersila.. tapi kak eliz siap kena sapu nasi2 yg berteraburan dulu sebelum kitorang bleh duduk.. kalo nak tunggu dorang sapukan, memang pukul 12 malam la baru dapat makan..
tenangkan hati dulu.. kita senget sama-sama..
nak dekat setengah jam tunggu, baru sampai tomyam, kailan ikan masin ngan telur dadar. Ikan bakar, sotong, udang semua sampai selepas nasi kami habis..
Dalam kalut2 tu, mata ni dah terperasan kat someone yang macam kenal aje... nak tegur takut salah orang.. sampailah dia tweet mekchu. Baru lah konfiden nak tegur.. Ohhh nurul, tak sangka jumpa kat sana dalam keadaan yang agak kureng selesa kan.. Kalau tak, bleh duduk lepak sama-sama.. Bila nak update blog baru perasan tak de gambar kita.. tsk tsk..
Curik gambar nurul kat facebook aje :)
tu gambar nurul & family.. kat belakang tu gambar kami sekeluarga.. nampak dalam gambar tenang aje.. hakikatnya kebuluran dan kegeraman sebab servis yang super lambat..
Habis makan.
Terus balik bilik.
Tido.
Esok tu bangun nak masuk Theme Park. Mi-cah tak sabar sangat nak jumpa dengan ikan muntah air dia.. Siang malam asyik tanya..
Nasib lah beli tiket siap2 kat hotel.. Bila sampai kat theme park, mengucap panjang tengok orang beratur nak beli tiket. Mi-cah pun kami belikan. Tinggi lebih sikit je dari penguin tu. Tapi buatnya dia tak boleh masuk, memang tiada siapa yang sanggup nak redah lautan manusia nak belikan tiket.
tengah tunggu kak eliz beratur belikan tiket. kat hotel kurang panjang barisan dia..
satu-satunya gambar kami semua.. kak eliz je yang tak de dalam gambar..
Nasiblah dah ada pengalaman yang theme park tu gunakan e-Value.. so, siap2 top-up duit kat dalam gelang. Serik dah kena carik kaunter kat dalam tu nak bali e-Value.. Cuma kami silap sebab tak sewa 'pagola'.. memang tak de tempat nak letak barang.. penuh sangat dengan manusia.. kesian emak ngan abah yang jaga kan beg..
Dan ikan muntah air mi-cah...
tengok orang yang tadah kepala bawah tu pun dah tau betapa penuhnya theme park hari tu.. dulu pegi masa x-mas. Kira waktu cuti sekolah jugak. Tapi tak de la rupa itu ramainya...
Mi-cah bad mood.. semua2 pun dia tak nak main.. asyik lah meragam.. bila anak bad mood, terus mak ngan apak dia pun bad mood jugak.. hanya main2 air sikit je.. selebihnya melekap.. Sebenarnya dia tak selesa sebab orang yang terlalu ramai.. tau je la anak bujang mekchu tu kan ke suka privacy.. adoiiiiii...
Mekchu pun sempat main gelongsor 2x je dengan nabila.. memang kehilangan mood betul bila orang yang terlalu ramai macam tu.. tatau la, tapi ternyata kami memang tak selesa.. Masuk pukul 10.30 pagi, pukul 12.30 dah siap2 nak balik bilik..
tertewasssss.. budak yang bad mood.. mengantuk pun iye jugak..
Petang tu siap2 terus balik Kuala Pilah untuk ziarah atok saudara.. Sebenarnya dah lama risau kalau kena stay sana sampai 4 hari.. apa la aktiviti lain yang boleh buat kat sana tu kan..
Habis jugak entry senapas ni.. Bila on je laptop nak siapkan entry, hati tu lebih minat nak buat slide show.. hahaha.. korang dah tengok ke slide show tu? Mekchu ada tepek kat side bar tu.. Baru hegeh nak buat.. Ini semua sebab pengaruh pn.stoberi la ni... Ishhh banyak pulak pengaruh blogger kat sini kan.
Kalau tidak sekarang mekchu berada di gambang sekali lagi dengan kak jem kembar kuuu...































