@churalliya

Thursday, July 21, 2011

Batik Hijoo


Mahukan yang sedondon.. Batik hijoo kami yang kedua selepas fefel yang pertama.. Yang ketiga merah otw (:

Selamat hari Khamis semua.. Harap-harap petang ni mekchu tak menangis sampai keluar air idung. Menangis sikit-sikit tak pe..

* dah tak boleh update blog dari BB la.. sape ada problem macam ni jugak? Status ada tanda 'rait', tapi tak publish..

Wednesday, July 20, 2011

SadDay dan sedDey

Sekarang ni x de apa yang boleh buat mekchu happy.. bagi lah henbeg baru depan mata sekali pun.. tetap sedey (sambil tangan tetap tarik henbeg)



Tadi keluar kejap pegi carik souviner nak bagi dia.. dia pernah tanya t-shirt tulis NEGERI SEMBILAN.. hahaha.. tak pernah pulak jumpa.. nak carik FM N9 pun susah... wattodo...

Bagi dia blaus ngan telekung.. ingat senang ke mekchu nak berbaik hati dan susah-susah keluar gi carik hadiah di kala belum gaji?

Demi mu bibik.. dah jangan start.. nanti mekchu nangis..

Malam tadi sambil2 borak dengan papa-jit..
"pa, mama sedih laa..." terus bergenang air mata walau pun papa-jit belum sempat cakap apa-apa lagi..
"biarlah.. dia pun ada keluarga dia jugak"

Ok, tak boleh teruskan sbb air mata dah start bergenang dan kalau lama lagi dia akan tik! tik! tik!...

Touch Up..

Masa untuk touch-up rumah.. kasik pakai bedak skit, lipstik skit, mascara skit.. biar sedap mata memandang...

Dah lama sangat dibiarkan togel dan bOogel tanpa secalit warna pun kecuali ada sikit kesan contengan mi-cah kat belakang pintu, dalam bilik (:

Ke arah persediaan nak masuk rumah baru (declare rumah baru la walau pun dah nak masuk 3thn umur rumah tu)


Mekchu pilih kaler ni untuk living hall, sekali dengan dining hall.. sebab ruang rumah tu bercantum antara living hall ngan dining hall dia.. so, sekali kan sajork..

Untuk kitchen pulak, pun amek salah satu kaler kat atas tu jugak..  sebab dapur dah penuh ngan kitchen cabinet dan tiles sampai separuh dinding kan.. nampak dinding sikit je pon...

Cadangkan itu kaler untuk master bedroom.. tapi cam tak sesuai pulak dengan wordrobe kitowang.. so, masterbedroom terpaksa di hold dulu.. dan sedang mencari yang sesuai la ni.. korang ada idea tak kaler yang best untuk masterbedroom?

Kaler kat atas tu mekchu amek dari Nippon Paint, Color Trends 2011.. Lepas tu rasanya nak amek idea dari Jotun untuk pilih kaler masterbedroom tu.. eh, korang pernah tgk tak Jotun punya? sempoi dok adaaaa... bleh drag & drop color.. shukeee...

Tapi kat dalam belum start lagi.. mula kat luar dulu..

Ok, itu al-kisah mekchu yang pilih2 kaler untuk cat belah dalam.. kaler kat luar adalah di bawah tanggungjawab papa-jit.. dan kaler pilihan ada kaitan dengan oren.. shukeee jugak....

Kat luar kerja tambah batu-batu yang bijik tu dah siap.. apa ke nama dia erk? dah tutup longkang kecik kat belah tepi yang tak tahu apa fungsi dia tu.. nampak besar skit rumah..

 masa buat kerja-kerja tambah kat depan tu.. skang dah siap.. lega part itu..

skang baru start undercoat (gitu ke spelling?) kat luar.. jangan pandang pokok2 mekchu tu.. pandang lah org yg tgh cat tu.. 

 
nasib baik tak sental pagar yang dah berlumut tu.. papa-jit ni bukan nak bg tau nak cat pagar.. tiba-tiba je suruh pilih cat.. konon2 seprise la tu erkkk....

Orang lain dah lama tinggal kat rumah sendiri kan.. kami ni je yang masih tinggal dengan mak.. rumah dah ada, tapi tak tinggal sana demi tanggungjawab kepada emak.. beruntung lah parents korang yang masih sihat.. mak mekchu tu selalu sakit2 dan bertambah risau sejak ketiadaan arwah abah sebagai peneman hidup dia..

Terus berbakti kepada emak selagi dia masih ada.. tetapi dalam masa yang sama keinginan dalam hidup perlu dipenuhi jugak.. Semoga Dia terus memudahkan segalanya.. InsyaAllah..

Tuesday, July 19, 2011

Selamat Sudah mi-cah 3 tahun

Nasib baik lah persiapan tak beria.. simple-simple ikut ketebalan poket aje.. lain lah kalau duit dah tahap terpijak kan.. boleh lah buat party-part lets go party.. hehe.. buatnya dah berhabis banyak, sampai masanya mi-cah merajuk rupe itu.. tak ke #sentaphatimaknak...

Makanya tiada lah yang special selain daripada kehadiran ahli keluarga.. itu lebih bermakna..

Pagi tu mood birthday boy ni ok je.. bila dah start ramai, mula la dia buat perangai, merajuk tak tentu punca.. pada hal, dia lah orang yang paling happy sebelum tu.. belum sempat habis tanya soalan umur berapa tahun, dia dah keluarkan 3 jari dia dah.. alo lo lo..

kek ben 10 telah direalisasikan.. nampak kan jari yang sedang berjalan atas kek tu.. dia dah mula buat perangai......

bukan senang nak gi tempah tu.. serik gak la nak mencari gambar ben 10.. google gambar pakai BB sajork.. bila dah dpt, tak bleh pulak nak bluetooth kat kiosk gambar.. kiosk tu tak sapot BB la pulak.. terpaksa pinjam henfon adik kedai semata-mata nak transfer gmbar ke kiosk tu..

kek coklat pisang dari Kings.. ketahuilah, mekchu makan paling banyak sebab sodappppp....

 muka bosannn.. 

bila start nyanyi, dia pun start lah melekap.. tgk papa-jit tu, sungguh2 okeh..

 lilin dah cair wokkk.. cepat la ha tiup... ntah apa lah dia merajuk ntah.. last2 mama-chu yang selamatkan kesemuanya....

 pujuk2 skit, baru lah dia nak potong sama-sama.. bila dah dapat potong, asyik nak poooootonngggg je pulak sampai hancur kek tu..

mungkin betul laaa... mi-cah tak biasa org pandang2 dia.. segan gituuuu.. pemalu okeh anak bujang ku..

 kalau nak hadiah, jom amek gambar elok2... mi kena shenyummmm taw.. errrrr.. setakat itu aje hasilnya..

 dan kami yang ke-pepelpepelpink hari itu..

itu sebenarnya baju raya mi-cah.. tp mama dia tak sabar nak pakai sama-sama sbb terasa kaler tu shantekkk..baju mi-cah je yang baru.. baju kitowang lama sudaaa...


nyummmehhhh... ada lontong siap dgn sambal (mak masak), kuah kacang (pun mak masak) satay, mee hoon, nugget, alaaaaaa... menu std jeee... yg special adalah apam polkadot dari anna the night bakers.. special sbb ada kisah di sebalik apam itu.. thanks anna.. Boleh add anna di facebook http://www.facebook.com/#!/apam.polkadot

moody mi-cah berterusan.. bg dia hadiah, terus main tanpa cakap apa-apa.. mula2 dia terkam hadiah bulldozer dari acumek dia (sbb tak berbalut.. hahaha).. harus lah main bulldozer tu dulu..

 dia masih mengekalkan muka yang masammmm....

 satu-satunya baju pada hari itu hadiah dari atok-jah (atok pilah).. yg lain semuaaaaaaa pemenannn..

 ni dari papa-jit.. lori sampah.. hahahaha.. 

bukan kitowang kejam bagi menan lori sampah.. tapi mi-cah ni mmg dah lamaaa nak kan lori sampah.. susah gile nak cari.. last-last jumpa jugak kat The Mines.. mahal nak mammmm okeh..

 hadiah ke-2 dari papa-jit utk anak dia.. bulldozer jugak.. tapi ada remote.. 

bukak 3 hadiah tu aje.. yang lain-lain mekchu bawak lari masuk bilik :) hahaha.. soroookkk..

mekchu bagi apa? mekchu recycle balik hadiah dia tahun lepas.. ada 2 kotak besooo.. tp mi-cah ni dah jumpa bulldozer ngan lori sampah, menan lain dia tak heran lagi dah...

 dari nenek-jah (nenek pilah).. sgt comel ada "pangkat" kat hujung tu.. Najmi S.P.M.N.. hahaha ruang dah tak muat ehh nenek..

kena tunjuk gambar ni bila mi-cah dah besar nnti.. punyalah kedekkkssss... tak cukup tangan, kaki pun naik.. tak bg orang lain usik menan dia.. itu baru bukak 3 je tu.. 

sesekali makan kat luar sliding door.. kalau tidak, sliding door tu mmg tak bukak pon.. perompak kan suka masuk ikut sliding door.. kena bukak 12 kunci dulu, baru boleh bukak sliding door tu.. sanggup kah?

pemandangan dari sliding door.. meriah jugak walau pun hanya jemput family je.. suka sangat sebab dah lama tak buat makan-makan kat rumah sendiri.. 

ok, ada yg tanya tak pernah tengok rumah mekchu.. haaa.. tu rumah mekchu la tu... hehe.. simple je nok.. dinding pun kaler putih lagi..

akak ipar bersama kifah.. gambar makan-makan tak de sebab semua sibuk nak makan dan tak de yg sanggup nak berlapar.. haha.. ini memang jenis lebih pentingkan perut daripada gambar..

opss... FM mekchu dah penuh di pintu atas.. skang dah mula kat pintu bawah :)

apakah yang cuba ku lakukan???

 keadaan kat luar pulak.. lega construction rumah kat depan tu dah siap.. kalo tak, jangan haraplah dapat duduk kat luar mcm ni.. habuk kemain tebal lagi..

terlampau teruja dengan bulldozer dia tu.. siap bawak main kat luar.. "dozer angkat pasir"..

Bila bangun tido, perkara pertama yang dia akan tanya adalah bulldozer dan lori sampah dia..

Alhamdulillah, dah 3 tahun pun anak mama-chu dan papa-jit ni... dan terus berdoa semoga mi-cah menjadi anak kebanggaan mama-chu dan papa-jit.. jauhilah sifat nakal dan mengganas mu itu..

Sedih lah, 2-3 hari lagi balik lah bibik ke surabaya.. ehh, cane pulak elok2 cerita birthday, tiba2 bleh pulak masuk cerita bibik..

Monday, July 18, 2011

Tutorial Screen Grabber di Blackberry

Kalau nak menjadi sempoi, korang amat digalakkan untuk install application Screen Grabber ini ke dalam BB korang.. ramai reader yang pakai BB kan.. sebab tu mekchu nak share ni..

1. Mula-mula, pergi ke main menu dan klik pada App World


2. Selepas itu, search Screen Grabber dan terus download. eja betul-betul :) Pastikan application yang free taw..


3. Lepas dah habis download tu, klik Run..
 

4. Dan tadaaaa.. dia dah sedia untuk digunakan.. 
 
Tapi nak guna Screen Grabber tu, tak perlu klik kat icon tu.. Nak guna dia macam ni...

1. Pergi ke mana-mana skrin yang korang nak.. contoh nak print screen kat BBM ni..
Sila abaikan topik laki bini pasal towel tu.. hahaha... malas pulak nak wat yang baru.. nnti nak transfer lagi.. pakai je lah yang dah ada..

2. Bila dah adjust baek nak grab yang mana, sila klik butang BB yang ada kat henfon korang tu dan pilih Screen Grabber (atas sekali rasanya)
3. Bila dia keluar pop up Email/Setting tu, cancel aje.. itu kalo nak terus send thru email.. 

4. Kalau nak tengok semula, pergi ke Picture media korang dan ada folder Screen_Grabs di situ..

Simple but nice tak? hohohoho..

Nor dan Diana... mekchu dah menjawab soalan pasal Screen Grabber ini okehhh.. Sila belanja sebelum puasa :)

Masih sama, Masih serupa..

Hampir tiap-tiap hari prektis tiup lilin.. memang perfek keluar angin, bukan air liur lagi..

Tapi bila tiba masa dan ketikanya.. dia masih begitu...

birthday dia tahun lepas...

dan tahun ni..

masih mengekalkan sikap melekap bila suruh tiup lilin.. papa-jit selaku coach lilin pada hari itu berasa sangat kiciwa..

Sunday, July 17, 2011

Sangat Moody di Hari Lahir

Birthday boy yang sangat moody pada hari lahir dia yang ke-3..


dah pakai jam ben 10 kiri kanan pun tak de mood jugak.. tak de sekeping pun gambar dia yang tersenyum atau berkepala teleng.. apsal ntah moody yang amat..


Happy 3rd birthday sayammm mama & sayammm papa..

Tersengguk-sengguk hasilkan satu entry di hari lahirmu...

Friday, July 15, 2011

"Papa langgar orang"

Dapat call macam tu, terasa diri tu ringan je.. macam dah pengsan ke apa.. sempat capai phone, baju melayu surau najmi, tudung, sempat jugak capai brooch nak pakai ngan tudung nanti..

Akak ngan abg ipar mekchu dah smpai masjid masa tu.. ye la, dah nak masuk magrib.. malam tu sebenarnya ada majlis bacaan yassin dan tahlil arwah abah kat masjid.. dah nak masuk bulan puasa ni dan kami sedekahkan bacaan yassin bersama-sama orang kampung..

Tgh2 siap mandi, terus dapat call dari papa-jit dan terus menggeletar satu badan.. "ma, papa langgar orang maaaa....." apa dia cakap lepas tu mekchu tak tak dengar... singgah masjid, ajak akak mekchu ikut sekali takut kalau ada apa-apa.. sebenarnya mekchu takut mekchu yang pengsan..

Bila nak sampai tu, bertembung pulak dengan ambulance.. lagi lah menggeletar.. sampai2 je tgk org ramai dah berkerumun, keta papa-jit kat tengah2.. ada motor tersepit kat bawah keta.. terus parking kat tepi.. wal hal, kemain jauh lagi tu.. konon2 parking cepat, cepat lah boleh jumpa papa-jit..

Smpai je dia sambut mi-cah dulu.. ok, fine disitu.. pas tu terus salam dan rasa nak menangis...


Keadaan motor tu nampak teruk.. tapi kalau ikutkan altis lagi teruk sebab sebenarnya motor tu yang langgar altis.. mamat tu mabuk keluar simpang.. terus meluru masuk ke tengah.. papa-jit sedang elok lak tu dlm 70-80km/j.. mmg ngam2 dia keluar je papa-jit sampai.. mamat tu langgar kat sebelah pintu/side mirror belah kiri, melambung depan mata.. terjatuh dia kat tepi.. motor tu terseret ke depan.. sebaik tak seret mamat mabuk tu sekali..

"pengsan kejap mamat tu.. tp masa ambulance sampai, dia dah sedar dah.." ~ papa-jit

dah smpai ke tengah cuba nak mengelak mamat tu yg datang meluru dari simpang.. tapi eksiden jugak.. nasib baik x de keta datang dari arah depan..

serabai sungguh dia.. bersama motor yang mmg barai.. sebelum eksiden pun motor tu dah mmg tak selamat..

apa taknya, break pun tak de.. yang bawak pulak mabuk.. cane tu?

nasib baik akak mekchu ada.. boleh tlg tgk2 kan mi-cah..

kejadian ni betul2 kat simpang Planter's Heaven, jalan Labu-Nilai tu.. mamat mabuk tu keluar dari simpang tu la.. depan tu sikit simpang masuk nilai..

Majikan mamat tu datang tak lama lepas tu.. siap bagi soalan mcm nak salahkan papa-jit.. saje la tu nak claim apa2 yg boleh claim.. sorry okeh, pekerja ngko tu yang mabuk, motor pun tak de break.. itu road tax konpem lah tak de tu.. insurance apa tah lagi.. 

Pas tu bg ayat kesian "dia sebatang kara je kat sini tu.. tak dak sapa sedara mara lain yang tinggal".. soooooooooooooo???? tgk kitowang x de respon cpt2 mntak diri, kata nak lawat mamat tu kat spital.. rasanya mamat tu bukan orang sini dan bukan melayu.. badan pun penuh tattooo.. sbb kat situ kawasan ramai pekerja asing.. ramai gile mamat2 bangla datang tgk.. itu kalo salah sikit tu, mau papa-jit kena rumble tu..

Kes tow truck pun satu hal.. berlumba2 nak tarik.. pas tu siap cakap nombor insurance tokyo marine kitowang tu salah.. nombor dia tu betul.. nasib tak hangin.. dah bape kali pulak altis tu naik tow truck tokyo marine.. lagi mau tipu..

baru calar sikit langgar ranting kayu papa-jit dah risau sambil gosok-gosok kepala.. ini pulak bila dah roboh bumper macam ni.. lagik la dia risauuuu... claim insurance lorrr.. NCD dah 55% tu.. nak buat cane kan..

malam tu lepas tow truck datang angkat keta, kitowang terus gi balai polis, nilai buat report... 

najmi yang memerhati dari kejauhan.. teruja betul dia tengok lori angkat keta papa dia sendiri.. selalu tgk atas jalan je..

kali ke-2 naik tow truck lepas rosak kat KL hari tu.. ala, yg pegi naik altis, balik naik lorris tu la.. 

acik polis yang amek keterangan.. mula2 kemain kerek.. lepas tya papa-jit keje apa, terus lembut nada suara.. kenapa harus macam tu erkk??

alhamdulillah, semua selamat.. cuma pengalaman yang baru bagi kami la.. insyaAllah terhapus dosa-dosa kecil kami.. semoga lepas kami akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya..

Abah, maafkan adik sebab tak dapat sama-sama sedekahkan bacaan yassin malam tadi.. tapi adik tetap tak lupa untuk sedekah al-fatihah kepada abah.. semoga abah sentisa tenang di sana..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...