@churalliya

Friday, August 13, 2010

Mencari Chinese Islamic Seafood/Western/Traditional Cruisine di Seremban?


Teringat kat satu restoran yg baru bukak kat Bandar Warisan Puteri, Seremban.. terus plan nak belanja makan kat situ masa tragedi tiup lilin hari tu.. bukan tiup kek okeh.. smpai bebila pun tak padam kalo di tiup kek tuh...


Yang buatkan mekchu terajin wat entry makan-makan kat sini sebab :
  • kan sekarang bulan puasa.. mana la tau kot-kot ada yg tgh survey restoran nak bawak family bukak puasa
  • restoran ni baru bukak 3 mguu.. sgt baru
  • tmpt dia lain macam.. sgt cozy di mata mekchu.. suka sgt
  • makanan dia sgt sedap.. susah nak jumpa tomyam yg sedap smpai tapaw bawak blk
Kitowang dok tgh2.. betul2 bawah deco deco nih




ok, meh baca nih.. sila tumpukan perhatian.. nnti ada soklan tau

Restoran Sri Aden, yang baru mula beroperasi pada 12hb Julai 2010, adalah salah satu restoran berkonsepkan eksekutif dan 'ala-Resort' dengan memberi khidmat dengan harga yang seiring dengan restoran Tom Yam di Seremban ini.

Ruang makan di dalam yang luas dapat memuatkan seramai 200 orang tetamu, juga disertai dengan suasana yang nyaman dan selesa lengkap dengan keperluan asas seperti ruang meletak kereta, tandas awam dan surau yang cukup untuk kegunaan jumlah tetamu yang ramai. Ruang makan diluar berkonsep bersantai pula yang dapat memuatkan seramai 300 orang tetamu/pelanggan juga disediakan dan akan digunakan untuk aktiviti majlis-majlis keraian.

Kami menyediakan "Chinese Islamic Seafood" yang sangat menyelerakan serta "Masakan Barat dan Pasta" sebagai pilihan. Selepas bulan Ramadhan dan Syawal, menu "Hidangan Tempatan dan Tradisional" akan disediakan di ruang makan terbuka dihadapan bangunan. Menu seperti ikan bakar, ayam percik, ayam golek, nasi ayam, nasi briyani, gulai kawah, sup tulang dan pelbagai hidangan lain akan disediakan. Untuk pelanggan menikmati menu tempatan ini mulai 23hb Julai 2010, kami menyediakan hidangan pakej seperti set ayam percik, set nasi briyani, set kari nyonya kepala ikan dan mee kari.

Konsep macam-macam ada dengan kualiti makanan dan khidmat yang cekap dan cepat adalah keutamaan direstoran kami bagi memenuhi pelbagai selera, citarasa dan kepuasan pelanggan.

Sempena menjelang Ramadhan, 2 jenis pilihan hidangan dapat dinikmati,
  • Set Buffet (menu tempatan dan tradisional) - di ruang bersantai
  • Set Menu "Chinese Seafood" - di ruang makan dalam
Sila lah ke Restoran Sri Aden untu menjamu selera

Buffet Ramadhan
  • Dewasa - RM35 nett
  • Kanak-kanak - RM18 nett

Itu dorang yang kata, bukan mekchu yg kata tau.. nmpk gaya restoran ni tak de lagi apa2 website/blog untuk rujukan... baru operasi 3 mggu lah katakan.. nak buat duit poket pun bleh jugak nih.. dpt sponser makan bulan puasa ni pun layan gak..

kawasan sgt luas.. bleh main kejar-kejar bagai..
kat pintu masuk.. najmi paksa mama dia kejar.. terpaksa la mama yg over... itu mmg biasa


kena buli lagik.. mana la mama ko tak kurus.. ajak la papa ko tu ha.. dia byk isi..


Menu kami malam tu...

MENU (SET 2) - RM 22 per pax
1. Kerapu Steam Soicy Sauce
2. Prawn Fritter
3. Tomyam Chicken
4. Kerabu Mango
5. Siew Fatt Choy with Black Mushroom and Tofu
6. Chicken Salted Egg
7. Fruit Set
8. Fruit Juices (1 Jug)


garden, decoration mmg cantik.. tp malas nak amek gmbr sbb camera tak canggih.. mencik!!


dan yg paling mekchu suka dia punya suasana..

mmg recommended by mekchu okeh..

Restoran Sri Aden
513, Persiaran Warisan Puteri 3
bandar Warisan Puteri
71770 Seremban, N.Sembilan
06-7610024/012-2251718 (call for reservation)

Kembali bertugas dgn hati berbunga


Cukup-cukup lah MC 2 hari di bulan puasa.. dah mcm budak kecik berpuasa.. selang 10 minit tgk jam.. apsal la ngko lmbat sgt gerak.. najmi tido mekchu tido.. najmi bangun mekchu tido.. hahaha..

Kemudahan berblogging & febsuking telah dirampas oleh bro.john semalam.. grrrrrrr... seharian tak dpt online bisa menimbulkan keresahan... sib baik ada najmi.. bleh gomol2 dia walau pun sbnarnya byk tenaga di habiskan dgn melayan budak kecik tu..

untung korang yg dok dlm ekon masa puasa nih.. sejukkkk je.. mekchu amat bersimpati dgn keadaan anak2 kita, emak2 kita, bibik2 kita yg dok kat rumah tanpa ekon.. serik woo.. mmg dugaan.. kita yg dok dlm ekon ni pun dah terasa lapar, penat, ngantuk.. bayangkan dorang kat rumah.. bayangkan.. cpt bayangkan...

excited sbnarnya nak masuk keje untuk hari pertama di bulan Ramadhan.. dup dap dup dap lak rasa.. bila baca komen yana mlm td lagik lah bertambah xcited..



perkara pertama yg mekchu pandang pagi bila smpai opis pg tadi ialah tgk Wall of Fame UPTM.. hahaha.. sejak bila dinding tu ada nama glamer tu??

inilah Wall of Fame UPTM.. sudut yg paling cantik yg pernah ada kat UPTM.. a big clap to Faizal (yg buat sanggul mekchu hari tu), Hazry & co..


ada senarai tarikh lahir staff


ada sudut kelahiran utk baby.. tapi apsal ntah dorang ni tak bg2 gmbr anak2 dorang.. kang mekchu letak gmbr najmi kang...


terharu.. sgt terharu sbb sudut penghargaan ni baru je diwujudkan.. gmbr mekchu & CC Chom adalah yg pertama di situ utk 'anugerah'.. tak sangka dpt rasmikan..

cpt2 lah ada anugerah baru.. kalo tak setahun la gamaknye gmbr kitowang kat situ.. hahaha.. naik muak lah opismate tgk..

Wednesday, August 11, 2010

Pink mata hazel ku


Dari semalam lagi mata ni gatal2 yg amat... tangan ni pulak laju je gosok mata.. lagi kena garu, lagi shiokkk... bila bangun tido dah ada mcm taik mata tuh..

adakah mekchu sakit mata? last kena masa darjah 4 kot.. lama dah tak kena nih.. siapa pembawa virus nih? adakah auntie virus?? hahahaha

hari ni pegi jugak la klinik.. kalo dah ada yg berjangkit sok lagi susah.. ada anak kecik lak tu kan..

mekchu dpt mc 2 hari.. best jugak mc dalam bulan puasa ni kan.. best ke?? kalo keje lagik best kot..


merah dah kurang.. tnggal pink-pink aje.. kalo pagi tadi lagik merah ngko..

org tua-tua ckp kalo sakit mcm ni jgn ckp sakit mata.. ckp sakit teeeeeet.. pas tu jgn tenung mata org tu..

lantak lah korang.. korang dah tenung mata mekchu.. abis lah berjangkit... bleh berjangkit ke dari screen?? mana la tau virus skang ni dah advanced kan.. baik gi beli eye more siap2 balik nnti.. ayoookkk..

Pegi swipe tipon baru je


Dpt je credit card, mcm lipas kudung carik henfon seperti yang telah dijanjikan.. hadiah b'day laaa katakan.. korang ni noti tau.. ingat mekchu ni sekejam nenek kinah dalam cerita sehari tanpa kelibat mu tu ke?? (watak & cerita mmg sah-sah reka sendiri)

bro.john mmg dah sign memorandum of understanding (wah, mou gitu) nak bagi prezen henfon kat mekchu sempena bebeday hari tu.. nak gi carik sama-sama smbil pegang2 tangan dan bergelak ketawa mmg tak de masa.. sempat gi survey laju-laju je hari tu sbb dia mengejarkan Chelsea vs Man Utd malam itu....... grrrr..

sbb tu lah dia dgn suci hati bg credit card dia tuh..

"mama amek CC papa ni, beli lah tipon apa yg mama suka.."
begitulah kot dialog dia dlm hati.. mekchu teka je.. hahaha...

mekchu mmg beli tipon semata.. tiada serampang bermata tiga okeh..


susah kemain nak carik tipon.. dah 8 bulan sepatutnya tukar tipon tp tak tukar2 jugak.. korang semua dah 3x tukar, tp mekchu tatap setia pada yg satu itu.. time tu nak jatuh pecah 4 bhgn pun tak rasa apa.. relek2 aje ringtone tetiba tukar default.. relek2 aje memory card tak bleh baca.. setiap 6 jam kena charge.. ohh.. sabar nya diri mu mekchu...

dilema blackberry atau iPhone..

2-2 tu tak sesuai utk mekchu.. agak karut dgn nilai servis bulanan yg kena bayar sbb tiada kepentingan sgt buat mekchu.. masih boleh survive dgn cara lain.. eh, dgr cerita blackberry diharamkan? ada sape2 tau psl tu?

jadi pikir pya pikir pro & conts setiap tipon yg ada, carik pya carik maka bersetuju lah mekchu untuk memiliki Sony Ericsson Vivaz Pro..


requirement tipon yg mekchu carik senang je... yg ada WiFi, 3G & GPS.. tp senang2 pun, juling2 gak mata nak pilih...

hasrat hati mmg nk pakai nokia jugak.. tp design nye alahai... tak de yg mencuit hati.. E72 mmg idaman.. tapi flash & bunyi camera kenot tutup pulak.. blogger kena amek kira ciri2 tu...

vivaz pro ni ada garmin jugak.. software dia sama ngan E71/E72 iaitu symbian 60.. korang kalo rajin google la ehh..


2 hari setengah pun tak abis belek lagik.. so far amat berpuas hati.. tapi ada 1 je la.. dia 3G belakang.. masa beli hari tu cina tu pun dh bg tau..

tp disebabkan tiada fon pun yg perfect, maka nak tak nak kita terpaksa jugak buat keputusan kan...

papa, terima kasih byk2 untuk bday prezen yg best sgt ni.. kalo nak pinjam tipon mama tu, pinjam lah.. mama tak kisah.. (ingat senang main tukar2 fon mcm zaman belajar dulu?? nak copy contact pun 80 minit tau...)

MummySyafie GiveAway


Contest yang paling mudah untuk di join daripada mummySyafie.. perlukan gmbr empunya diri dgn kek.. kalo letak gmbr mekchu ngan kek hari tu, najmi jugak yg tiup.. baik letak gmbr najmi ngan kek.. dah tentu2 dia jugak yg tiup kan..

Contest sempena wawan yg akan masuk 4 thn tak lama lagi.. happy becoming birthday dear... hadiah not mentioned yet.. tak kisah la apa.. asal kan hadiah..


siap terkeluar air liur ehh.. tak sia-sia kami prektis..

Najmi Syahputra - 2 yo - 17 July 2010 - kategori bawah 12 tahun ye..

so mummySyafie.. it's done dan mekchu telah siap sedia untuk di nilai..

Good luck najmi :)

Tuesday, August 10, 2010

Suami memberikan card credit kepada isteri


Apa yg korang buat kalo si suami secara ikhlas dan amat suci hati memberikan korang card creditnya??

of kos la shopping kan..... lagi mau tanya...

masa yang ada dlm 2 jam.. agak2 apa yang korang shoppingkan?


ini adalah benar belaka.. nmpk yg bulat merah tu nama najib.. ohhh terharunya...


esok puasa.. korang puasa ke?? selamat menyambut bulan ramadhan semua.. jom kita rebut pahala Ramadhan tahun nih.. moh poe terawih..



bukak puasa nnti jgn kejarkan rokok atau air fresh oren.. jamah kurma ni dulu.. ecehhh... kurma pun tak do lagi ni.. papa tlg belikan yusof taiyob punya.. yg basah-basah kaler hitam (mcm lipas) tu..

esok jgn ada yang buat2 lupa terrrmakan lak ye... hehehe


Dia Demam dan Cirrrrit Birrrrit


Kelmarin dan semalam nak masuk 6x dia berak2.. pagi semalam masa nak bangun gi keje terbau haruman yang sunngggguhh mencengkam hidung.. vontot dia ngam-ngam hoo kat hidung mekchu.. terpaksa la sedut bau.. sedut punya sedut, terus membawa ke otak... sel-sel otak mekchu berhubung.. ya... itu adalah bau berak anak ku...

adoiii... ko berak smbil tido ye.... terus salin pampers & rasa badan dia panas....

bro.john ajak gi klinik..



Apa dia makan ntah smpai berak2.. hari tu dia ada makan beras, makan beras ok, bg nasi tak nak pulak... dia jugak ada minum air paip kekonon nak berkumur.. tatau apa punca sbnar dia sakit perut..

Najmi tak pernah kena food poisoning ni.. so emak & apak dia tatau apa ubat nak bagi.. apa susu nak bagi..

Doctor soh minum susu soya.. khas kalo budak cirit birit.. sib baik dia bg sample.. doc ckp jgn bg dia makan & jgn bagi susu biasa.. bg ubat (mcm air garam) & susu soya je..


Dulu masa najmi kecik & baru kekeringan susu badan, masa survey susu najmi mmg ada terbaca psl susu Isomil Plus Advance ni..

Susu ni adalah rumusan berasaskan soya tanpa susu lembu dan tanpa laktosa. Dirumus khas untuk kanak-kanak berumur dari 1 tahun ke atas.

Dicadangkan untuk penyusuan khas berikut :
  • Penyusuan semasa cirit birit
  • Alahan kepada protein susu lembu. Tanda-tanda termasuk kolik, cirit birit, muntah, ruam, ekzema, nafas berbunyi dan bersin
  • Intoleransi laktosa. Tanda-tanda termasuk perut kembung, cirit-birit dan kolik
berapa banyak cirit birit daa....

najmi mmg tak suka susu nih..rasa dia x sedap kot.. bagi bila dia dah tido.. itu pun dlm 30z je minum.. bila tgk dia tak berak2 lagi, bg je susu biasa.. kesian dia lapar...

Lepas jumpa doctor, bincang-bincang jap ngan bro.john dan kami sebulat suara bersetuju untuk EL hari tu demi kesihatan anak.. terus masing-masing call opis bg tau CC..

apa lagi, jom lepak mapley.. makan laju-laju sbb najmi meragam


ini sblum dia meragam.. mood budak cirit-birit mmg mcm org period kot.. hahaha


papa tlg tarik kan hidung najmi.. kasik mancung mcm mama... hihihihi


nama je EL.. tapi ptg tu mekchu dtg jugak opis sbb ada mtg kick-off tender pc hari tu.. gigih ngko.. penting woo mtg ni.. ini lah masa kita nak clear kan scope kerja vendor.. antara hidup ngan mati gitu..
contohi lah mekchu kalo nak dpt APC.. wtf huhhu..

babai anak mama.. jgn berak-berak lagi tau... dah macam pendekar kundur lak dia.. najmi jarang demam.. cool fever yg ada dlm fridge tu pun dah kecut.. pakai towel yo la..

Monday, August 9, 2010

Najmi ke padang bola


Tak pernah bawak najmi gi padang bola.. dulu masa dia kecik tak sabar nak tggu najmi besar kekonon nak bwk main bola kat padang... sudah nya umur 2 thn baru lah dia dapat merasa buat pertama kalinya menyepak bola kat atas padang..

bro.john mmg selalu gi main bola ngan team2 member lama dia kat seremban ni.. dorang still calling2 soh turun main.. felling pemain import la tu.. kot betul hebat x pe gak.. hihihi..

mmg tak terpikir nak bwk najmi.. tiada kaedah yg sesuai buat masa ni.. tetiba hari tu bleh lak bro.john ni blk awal.. kes mtg habis awal.. terus dia call mekchu ckp
dia blk umah mak amek najmi.. soh mekchu balik opis awal, amek najmi kat padang..

wah... menarik gak idea tu.. merasa anak aku nak pijak rumput kat padang bola tu..

siap pesan susu, air, pampers & car seat jgn lupa... maklumlah 1st time ok dia nak bawak anak keluar berdua dlm keta gi seremban.. ada la dlm 10-15 km..

setibanya mekchu kat padang bola tgk dorang tgh layan remote car.. kelasssss anak mak dah pndai main remote car.. sugar mummy mana yg beli kan nih...

bila tya, bro.john ckp RM10 je kat petaling street... tiada soalan lanjut..

terus mekchu check keadaan dan kondisi anaknya...

nape papa tak sikat rmbut dia dulu???


nape papa tak tukar kan baju dia dulu??


nape tak pakaikan dia kasut??
yang ado je la papa ni tau.. kesian najmi comot..


kerek woo najmi main remote car tu.. bila mekchu pegang controller tu dia siap ajar..
"ma.. tekan ni ma...."

wahhh... eksen ko ye.. baru je nak tekan, dia amek blk.. cissss...

terus bawak gi padang..

smpai kat padang pun dia nak main gak


sekali bila dia dah nmpk bola, mmg dah x pedulik remote car dah.. padang kan luas... tak tentu arah dia nak lari.. sepak-sepak bola.. suka sgt dia..

bye mama.. najmi nak ikut papa..


sepak bola pakai selipar.. papa dia kemain berkasut bagai.. anak dia bagi pakai selipar aje..


nmpk si kecik tu.. relek je dia main kat tgh2 pdang.. game nak start dah tu.. susah nak soh dia keluar padang.. esok bila dah besar harumkan nama negara ok.. mama nak kasut emas :)


dia cari-cari papa dia tak jumpa.. semua pakai baju sama.. terus dia jerit sekuat hati..

"paa...... OoooOOooo pa..."

"paa...... OoooOOooo pa..."


hahahaha.. papa ko tak dengar la.. dia sibuk nak score goal..


kejap je najmi kat situ.. tak bleh lama sbb najmi x makan lagi.. x mandi lagi.. esok-esok leh ikut papa gi main bola.. nnti x de la papa blk main bola kol 10.30 mlm kan... buwahahahahahaha...

last shoot najmi sebelum kami balik rumah..

Sunday, August 8, 2010

Dah lama oOo tak tiup kek


Kat entry mekchu sebelum ni...

sentap gak pada awalnya... bro.john tak jadi belikan kek... kempunan nak tiup masa makan-makan kat opis hari tu.. dah siap berangan... sambil tiup lilin sambil paksa semua opismate nyanyikan lagu bebeday to mekchu beramai-ramai... alangkah indahnya.. hahaha..

lepas acara makan-makan kat opis pagi tu bro.john call..

"ma, secret recipe kat bandar ni dah tutup la.."
"hah.. ye ke.." dlm hati dah berdebar-debar.. mcm tau je apa yg akan jadi..

dia tya lagi...

"kalo bukan kek secret recipe boleh tak?"
"ala.. tak nak.. nak secret recipe je.. papa gi la yg kat senawang tu" (demand la pulak)
"x sempat la.. papa nak settle kan bla bla bla...." apa dia ckp mmg dah x dgr apa dah.. "ok......" dgn nada yg paling lemah kalahkan org puasa

dan mekchu pun malas nak melayan perasaan.. kalo ada, ada la.. kalo tak de, nak buat cemana... bukan budak2 lagi.. x kan nak nangis smbil hentak2 kaki pulak.. paling kuat pun tido luar je malam nnti..

dah petang, bro.john call blk seakan memujuk binik dia nih.. dia bg tau kalo nak tiup kek, tiup malam je.. sbb
mlm tu plan nak bawak mak & bibik makan kat luar...

hah!! dia belikan kek..
oohh.. dapat jugak merasa nak tiup kek hari jadi tahun ni... dia mmg tahu cemana nak pujuk hati binik dia.. kadang-kadang je menjadi.. selebihnya ke laut.. hihihi..

perisa apa mmg mekchu tak kisah.. janji kek itu adalah daripada kedai merah putih idaman malaya...

dan setelah beberapa tahun tak meniup kek, akhirnya...


chocolate cheese cake
isi yang padat dan sedap...


xcited nih nak tiup kek.. tp najmi lagi over tau.. panjang kemain moncong dia..


yess....
tiupan itu... tiupan itu membuatkan mekchu semakin hari semakin sayang... cheeewahh..


lmbt sgt nak tggu kek tu smpai kat mulut..


dgn suami tersayang... alo lo lo lo.. sayang sayang pulak ye kat sini...

terima kasih papa.. terima kasih belikan kek b'day tu..

thn depan cup cakes pulak ye.. buat seprise.. tak kan itu pun nak kena bg hint.. tak romantik betul laki mekchu ni tau...

Saturday, August 7, 2010

Buah Intan


hahahaha... belum apa-apa lagik dah tergelak... hahahaha...

ini mmg kelakar.. kalo korang tak gelak siap laaaa...

pagi tu mekchu dpt tau Intan (beng bas sekolah mekchu) ni baru dpt anak buah.. akak dia baru lepas banak... so, sbg seorang rakan yg prihatin dan sangat mengambil berat, mekchu terus capai fon nak SMS wish congrate kat dia..

smbil menaip, smbil borak ngan mizi.. smbil menaip smbil borak lagi... borak topik yg agak serius katanya.. taip laju2 terus send...

teet teet.. teet teet (dpt reply dari Intan)
..

sekali baca kat tipon Cokia tu "Buah polak ni" = Buah apa pulak ni



aik apa ni??
apa yg Intan reply nih??
buah??
buah apa????

konpiussssss... sgt konpius.. dlm pada masa yg sama rasa x sabar sgt nak tgk apa yg mekchu hantar kat dia tadi..

cepat2 check blk msg.. dlm hati masih tak paham kenapa dia reply mcm tu.. sekali ngkoooooo......


"Tahniah buah"... padan laaa.. hahahaha..
mekchu sbnarnya nak msg

"Tahniah dapat anak buah baru.."

5 patah perkataan tu.. cemana lak bleh jadi 2 patah je tuh.. hahahaha

mmg tak sangka mekchu bleh careless smpai ke tahap tu......... smpai skang point buah tu akan digunakan kalo msg ngan dia.. sikit-sikit buah.. sikit-sikit buah... hahahaha... macam-macam buah la ngko ni mekchu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...