Senang nak terkenang-kenang semula nanti.. dan senang jugak nak bagi link ni kat bibik.. dia tahu tau guna internet, facebook tu semua.. mekchu memang panggil dia dengan panggilan 'kakak ita' sahaja.. ntah, selesa macam tu..
Bila kami keluar mana-mana, kalau nenek ikut, mesti kakak ita pun akan ikut sama.. dia ikut je nenek labu.. ye la kan.. kalo nenek labu tak nak ikut, tak kan dia menggedik pulak nak ikut kitowang..
makan nasi ayam penyet ria kot masa ni.. kat nilai..
bawak kakak ita pegi midvalley..
lepas tu singgah putrajaya.. kagum betul dia tgk putrajaya...
ntah kenapa macam baru terperasan gambar ni dan terasa tersentuh.. masa ni mi-cah 1 tahun 8 bulan..
kat Nilai 3.. bulan puasa masa ni..
bawak dia bukak puasa kat Avillion, PD
Ada banyak lagi.. kalau letak semua mau tik tik tik air mata ni nanti..
Bibik tu sebenarnya memang nak keje balik dengan kami.. tapi suami dia tak benarkan.. susah jugak kalo tak dapat izin suami ni kan.. jadi isteri durjana nanti.. lagi pun dia ada 5 orang anak kat Surabaya sana yang perlu diuruskan.. Dah 3 tahun tinggalkan suami dan anak2..
Sepanjang 3 tahun bekerja dengan kami, tiap2 bulan kirim uwang kat Surabaya dan dah dapat modal untuk bukak kedai bakso dia.. Alhamdulillah, kami tumpang gembira.. Tiap kali call pun mesti dia tengah sibuk melayan pelanggan di kedai..
Rindu sangat dengan kakak ita.. Walaupun kami dipertemukan sebagai majikan dan pembantu rumah, tapi tiada jurang langsung antara kami.. Emak sayangkan dia macam anak sendiri. Mekchu sayangkan dia macam kakak sendiri.
Pendek kata, dari mi-cah tido gaya ini...
Hingga lah gaya ini..
Lap air mata :'((
Lattest update : Alhamdulillah, kami telah dipertemukan dengan bibik yang baru setelah melalui pelbagai dugaan (nanti story).. walau pun tidak sebaik dan sehebat kakak ita, namun kami tetap bersyukur.. harapan agar dia akan berkerja lama dengan kami.. Dan dapat temankan nenek labu di kampung.. Itu lah harapan ibu mengandung ni..
Kenapa kami terlalu sayangkan bibik ita ni? dan tiap kali baca entry perpisahan ni mesti nak meraung..



























