@churalliya

Monday, September 24, 2012

Henbeg ni selagi tak order selagi tu lah asyik mimpi dia

Bermacam-macam rupa bentuk henbeg yang muncul berganti-ganti dalam mimpi.. Antaranya... 
 
 


Memula ingat nak beli jenis Tote aje.. terasa macam rugi pulak.. Lepas tu tukar target nak carik shoulderandsling bag.. tapi biasa lah, kalau ada yang lagi cantik ketepi kan saja target itu.. hewhewhew...
 
Pelik sebab makin lama selera tu makin besar.. bukan saje perut yang membesar okehh.. selera mak buyong ni jangan memain.. Semakin hari semakin minat design yang mahal.. adoiiyaiinyaponnn... Ini tak boleh jadi, nanti makin lama makin meroyan pulak tengok henbeg... 

Terus nekad! Dah 28 kali view, masih beg pink ini bertakhta di hati... Bila dah order dan buat half payment, baru lah lena mak buyong nak tido.. 


Patent leather with vachetta leather trim
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Outside front pocket with turnlock closure and back open pocket
Handles with 8 1/2" drop
Detachable strap for shoulder or crossbody wear
10 1/4" (L) x 10 3/4" (H) x 5 1/4" (W)"

RM970 (INCLUDING SHIPPING FROM USA TO YOUR DOORSTEP)

Bukan Coach aje, Kate Spade, Elle, Micheal Kors pun ada.. 

Kalau korang berminat nak cuci mata, sila LIKE page Gorgeous Stuff https://www.facebook.com/Gorgeous.Stuffs. Ada sorang kawan masa belajar sama-sama dulu dah ke bumi USA (Colorado). Apa lagi kalo dah ke sana, harus penuhi impian kawan-kawan yang masih tinggal kat sini kan.. 

Saje nak 'lekatkan' duit nuffnang + churp-churp.. Mekchu dah boleh tido lena.. lepas ni turn korang pulak.. hohohoho... 


Dari semalam asyik tengok gambar ni aje...

Kebetulan sebenarnya sebab kami dari lain-lain destinasi.. memang tak plan langsung..

Bila jumpa, GEGARRRRRRR....

Semua pun kaler pink.. dan semua pun pink tanpa corak..

Suka sangat...

mekchu yang di apit oleh ipar duai.. kak eliz dan deqna.. 

Nak update banyak lagi gambar.. tapi hilang fokus sbb mata dah dilitupi dengan aura pink :)

Friday, September 21, 2012

Ni ada lagi beberapa keping

Ada yang full version.. tapi kena simpan kasik peram baek punyaaaaa..

Kita tayang versi yang mekchu edit sendiri yang ntahapaapantah ni dulu..

Tak sangka dapat jugak buat buat photoshoot masa mengandung kali ke-2 ni.. dari dulu mengidam tapi biasa lah, suami ku itew agak susah skit nak photoshoot-photoshoot ni..

 
 

Hahaha.. lagi nak sorok nama yang last tu erkk...

Apa-apa pun nak ucap terima kasih kepada seorang kawan yang rancangkan semua ini.. tak de la mengidam sangat mak buyong ni nak ada kenangan dengan perut :)

Thursday, September 20, 2012

Tiap hari lepas balik keje

Tak de lah setiap hari sebenarnya.. tengok keadaan dan cuaca jugak.. kalau mi-cah tak tido atau tak makan atau tak main, mesti dari jauh dia akan jerit kata nak bukak kan pintu gate..

Dari jauh dah dengar suara dia.. "maaaaa... biarrr mi bukak pintu....." (sambil kaki sarung selipar)

Selalunya terjadi bila mekchu drive sendiri.. bila pegi keje ngan papa-jit tak de pulak dia keluar time balik keje tu.. pelik!

 ada assistant bukak pintu gate.. senang mama ngko tak yah turun naik keta.. 

Bukan baik hati gitu-gitu aje dia nak tolong bukak kan pintu.. ada agenda tersembunyi sebenarnya..

Sebaik lepas bukak gate, dia akan duduk atas riba mekchu atau kadang2 duduk atas perut ni aje.. dia pegang stering keta sampai lah masuk parking.. jangan lah ngko cuba nak tolong..

Kejap nak masuk dari depan.. ehh ehh kejap nak masuk ikut belakang.. saje je bikin perut mama ngko senak.. mentang2 laman nenek labu tu lapang..

Memang dia parking kan keta tu sendiri.. cuma kita control break, gear dengan minyak laaa.. penangan asyik main game keta..

Lepas tu saje dibiarkan tayar keta rupa itu..

itu memang feberet dia. kasik tayar senget.. 

Ohh sekarang dah tak best naik altis.. absorber suda keras.. nak muntohhhh...

 muka budak yang suka main parking-parking kereta.. 

mi-cah yang makin serasi dengan bibik sbb bibik rajin melayan.. 

Terkadang kat opis bila teringat mi-cah ni, terasa sayu je.. entah lah, mungkin sbb takut tak dapat nak bahagikan kasih sayang bila dia dah ada adik nanti.. selama ni memang segala kasih sayang hanya pada dia sorang kan..

tido malam siap peluk perut.. tak pasti lah sayangkan baby atau sebaliknya.. syahdu sangat rasanya.. 

Ohhh my sleeping beauty.. 

 Semoga dia tak macam-macam bila dah ada adik nanti..

Wednesday, September 19, 2012

Baby Bullet ni sangat awesome lalu terbeli

Cari promo lain, ter jatuh hati dengan promo lain.. dugaan betul kalo dah ketagih shopping online nih..

[63% OFF] RM138 for Baby Bullet - 16-Piece Baby Food Blender worth RM369 from Muchmax Marketing

Layan youtube kejap, google2 kejap, tanya2 dengan kawan2 kejap, lalu terus nekad nak beli.. pedulik!!!!!



Hari ni promo expired.. sesiapa yang berminat, sempat lagi nak beli voucher.. Ada lagi 7 jam kot.. Register dulu kat sini http://www.milkadeal.com/r/1544

Kalau tak tahu apa itu Baby Bullet, jom kita layan youtube...


Lepas tu buat2 terperanjat dengan pembelian yang tunggu Q aje nak sampai di pangkuan..


Voucher yang dah expired (barang yang dah sampai) berlambak-lambak.. Kalau rajin mekchu review satu-satu barang yang beli kat Milkadeal ni..

Ok, berbalik kepada Baby Bullet ni.. sangat cute kan.. walau pun lambat lagi, tapi mekchu tersangat excited.. nekad nak bagi yang organik-organik belaka.. InsyaAllah..

Bila nak guna nanti, konpem carik yang promo tak jumpa.. masa tu mula la menyesal dan rasa kedekut kalo nak beli pada harga asal.. kalau tak pakai pun boleh je nak let go kat kawan-kawan.. kan kan kan.. hihihihi..

Papa, tolong jangan geleng-geleng kepala okehhh..


Sekeping je dulu


Sukeeee...
Sangat sukeeee...
Sangat sangat sukeeee....

Update : Kat mana nak tengok cerita Adam dan Hawa secara online

Ini khas kepada pelanggan yang tak de Astro Mustika HD.. macam mekchu hewhewhew... bukan kedekut, tapi berjimat.. hahahaha..

Memang satu kerugian kalau tak layan cerita yang tengah hot skang Adam dan Hawa. Sebab nanti kalau orang bercerita pasal AdamMukhriz dan AinHawani, korang tak tau punca.. hihihihi..

Cerita memang romentik + sedey gitu.. kalo tengok mesti terus nak apply jadi cikgu tadika :)

Macam mekchu memang tak suka membaca.. novel Laskar Pelangi yang papa-jit belikan memang bertanda dari Bab 1 sampai lah sekarang.. dah 3 tahun kot.. jadi, lupa kan lah kalo nak membaca novel ni.. macam tengok berita jugak la.. suka orang bacakan berita kat tv tu dari selak surat khabar selai demi selai.. tak kuasa mak..

Kat youtube ada episode 1 sampai 4 aje.. lepas tu ringankan mulut bertanya kat twitter @ain_azahar sebab orang dalam pantang konpem rajin melayan kan..

Kalau korang nak tengok cerita Adam dan Hawa lakonan hero pojaan malaya Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa tu, korang boleh like fan page Aisya Sofea kat facebook.. Nanti setiap kali ada episode baru, dia akan publish kat situ..

Atau boleh tengok terus kat http://www.dailymotion.com/. Search AdamdanHawa..

kes terserempak dengan Am masa tengah shooting kat KLIA awal tahun lalu.. 

"Bolehkah rasa cinta menghilangkan rasa benci?"

Mekchu dah senyum, dah gelak, dah menangis..

Update dari kawan-kawan :
http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode
http://www.onlinedrama.net/
http://www.ceritamaster.com
http://mymedia.my

Selamat menonton dan selamat berangan :)


Tuesday, September 18, 2012

Aduhai pipi mu




Pipi mu tetap menjadi pujaan hati mama sampai bila-bila..


Maternity Support Belt yang banyak membantu

Nak buat pengakuan kat sini.. Mari dekat, mari rapat..

Bila kandungan dah cecah 30 minggu dan ke atas ni kan, memang terasa berat sangat-sangat berat nak bawak perut kan.. terasa tulang belakang dah melengkung ke dalam sampai kalo letak rim 17 inci pun muat.. hahahaha.. bila jalan pulak perut yang ke depan 3 inci, baru lah badan menyusul kemudian..

Haish... tapi tak baik mengeluh kan.. bukan kah pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang paling best yang perlu diingat oleh setiap bakal ibu?

Bila dah sakit2 belakang dan sakit2 di bahagian bawah (mekchu memang tiada masalah sakit bawah sebelum ni.. tapi dah katanya mengandung, perempuan yg sihat macam mana pun memang akan mengalami ketidakselesaan di bahagian bawah.. apatah lagi kalau memang ada masalah uri di bawah tu kan..tak dapat bayangkan dia punya double tripple sakit tu), terus pakai Maternity Support Belt yang memang dah jadi kawan baik sejak kandungan berumur 6 bulan hari tu..

Bila pakai, terasa ringan sangat nak bawak perut..


Ini masa 32 minggu.. memang kena pakai Maternity Support Belt terutama kalau perlukan perjalanan yang jauh yang kena duduk lama dalam kereta.. masa ni nak pegi open house raya hari tu.. berderet2 open house nya.. jadi, siap2 pakai perisai agar tak mengganggu keseronokan makan-makan :D

Mekchu sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu bakal ibu di luar sana..

Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Copy paste dari entry lepas...

Pasaran Maternity Support Belt ini masih baru di Malaysia. Oleh kerana itu, harga masih rendah iaitu hanya RM199.90 sahaja. Memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G tetapi tak semuanya mempunyai stok. Kalau ada pun mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih tinggi daripada itu. Di antara distributor yang ada adalah AppleRED Healthcare Services.

Disarankan kepada ibu yang kandungannya mencecah 6 bulan ke atas kerana waktu itu sudah mula terasa pertambahan berat yang ketara kan..

Jika berminat, boleh e-mel saya terus di churalliya@gmail.com atau kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Friday, September 14, 2012

Peringatan - Cara Penyimpanan Susu Ibu

Hari tu dah baca, tapi lupa..

Bila teringat semula, terus carik balik dan terus buat entry.. nanti senang nak refer balik, di samping untuk rujukan kawan-kawan yang lain jugak..


Bila dah illustrate macam ni, baru lah senang nak ingat.. maklumlah, dah 4 tahun berlalu kan.. semua pun dah lupa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...