@churalliya

Saturday, January 29, 2011

Ikan makan, mi-cah pun makan

Nak pegi bawak anak tengok ikan pun kena booking masa awal2 ngan papa-jit taw...

"Kalau papa gi main golf, petang nanti bawak kitowang gi tengok ikan...." alahai, tak menakutkan langsung ugutan jenis macam tuh... kah kah kah....

So, petang tu sampailah kami bertiga kat City Park, S2 dengan berpakaian serba cekelat... siap belikan biskut kering cap ping pong untuk bagi ikan makan...

Ikan kat sana mmg dah muak makan roti... sebab dah kembang2 roti kat atas air tu tidak bermakan... bila kitowang bagi biskut, semua lumba2 makan.... seronok!!!

Ni baru sampai...


Mi-cah tetap menten dengan gaya bahu senget sebelah dia tu... tak de siapa yang boleh kalahkan dia setakat nih... bersama cream crackers RM4..

Makan lah wahai ikan-ikan semua... hari ni menu lain macam sikit..

Ikan makan, mi-cah makan....
Mi-cah makan, ikan pun makan....


3 of us yang terkini untuk tatapan semua...

tak mencabar pulak main baling2 biskut kering macam tu je... main kat celah celah nih baru lah ada thrill...

and again, bahu senget..
Lepas tu, kitowang terus ke jasko... papa-jit yang bersungguh-sungguh ajak... dah cakap dah tak nak... buat susah-susah je kan... oh, dia memang 'anti' shopping complex..


Dah, itu aje... nak cerita yang mood papa-jit sangat baik pada hari tu dan mengharapkan dia terus baik-baik selalu.. konpius jugak.. adakah mood yang sebaik itu disebabkan baru dapat set golf yang baru?

Friday, January 28, 2011

Mi-cah tercekik gula-gula

Balik dari party bueh anak mona hari tu, bro.john ajak singgah mapley kat area dengkil... dah gatal2 badan la tu tak dapat cap teh dari pagi..

Hujan kemain lebat masa tu... tp kepingin jugak nak pekena teh tarik, berpayung lah kami ke dalam mapley... 1st time okeh pakai payung 2 layer dari 3Com... ohhh....

Bila bro.john angkat tangan panggil anney, mi-cah pun sama angkat tangan pnggil anney... bro.john suit feewiit feewiit panggil anney, dia pun sama feewiit... agaknya anney tu geram tgk mi-cah, dia bagi lah gula-gula 2 ketul...

bukti. papa-jit sedang bukak kan wrapper gula-gula dan mi-cah yg sangat teruja..

dapat je, terus ngap... mekchu pun tak perasan gula-gula tu dah belah 2 ke belum..

Akibat terlalu asyik meneguk teh tarik, papa-jit terlupa kot dia dah bagi anak dia seketul gula-gula tanpa di belah 2.. tiba2 je nampak muka mi-cah dah kemerah-merahan macam sesak napas... apa lagi.... terus memetir la kat kat situ.. kalah bunyik petir yang tgh sabung menyabung kat luar sana..

Tak perasan la tu.. selalu kalo bagi mi-cah gula-gula mesti belah kan 2.. lagi pun mi-cah ni bukan suka sangat makan benda-benda manis ni.. selalu dia rasa2 cam tu je, pas tu dia campak..

Risau bukan main-main punye risau masa tuh... tepuk2 belakang dia, sambil pikir kalau setakat tepuk bukan boleh keluar pun gula-gula tu... terus bagi dia minum air... air teh O tu sedang elok suam2.. kasik cairkan gula-gula yang dia telan tu.. tersekat kat dada dia kot..



perasaan seorang ibu yang penyayang... risau kalau2 dia muntah, risau jugak kalau dia tiba2 tak boleh bernafas... macam2 yg mekchu pikir masa tu... dan sambil tu berharap teh O suam tadi dah mencair kan gula2 yang dia dah telan tu..


Finally, mi-cah tertido dalam dakapan seorang ibu... terubat rindu.. bukan apa, mi-cah sejak kebelakangan ni dah tamo tido ngan mekchu taw.... uuu cedih...

Tiba-tiba terus teringat ngan anak kak mas yang tertelan duit syiling 20 sen...

Thursday, January 27, 2011

Teater Muzikal Tun Mahathir 2 (MTM2)

Pementasan semula MTM2 ini menjadikan ia sebagai teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan selepas ianya dipentaskan dari 24 September 2010 hingga 9 Oktober 2010 yang lalu. (sumber : murai dot com)


Tapi musim yang kedua ni di Panggung Sari Istana Budaya bermula pada 21 Januari 2011 hingga 30 Januari 2011. Details ada kat sini..

Excited nak gi tengok Ahad nih - 30 Januari 2011 (last day) sebab anak saudara mekchu berlakon.. kakak nabila tu la.. walau pun dia bukan pelakon utama dan penglibatan dia mungkin sangat kecil, tapi tetap excited nak tengok...

So, sape2 yang dah tengok MTM1 atau MTM2 ni boleh lah review kat sini.. kesian mekchu, pernah sekali je tengok teater ni tau.. itu pun masa abg.Z berlakon cerita ujang dan milah dulu2 zaman sebelum kawin.. hahahaha...

Ada something yang sengal antara perbualan mekchu & kak jemah pasal MTM2 nih... dalam 2-3 hari lepas ada tanya dia pasal pengalaman dia tengok MTM musim pertama dulu.. berbual pasal pelakon dan semua2 laa..

"boleh ke zizan tu berlakon jadi Tun Mahathir?" tanya mekchu yang kepelikan sambil2 surfing lagi kat internet
"boleh..." jawab jemah dgn begitu yakin sekali
"tak kalakar ke?" sambung mekchu lagi sambil mengaitkan pelakon utama itu dengan teater yang sangat mendapat sambutan itu..
"ok je dia berlakon" jawab jemah lagi

sekali bila gugel balik hari ni dan terus tergelak bila tgk gambar nih..


sekali zizan nin la... mekchu terbayang zizan raja lawak.... hahahahaha.. sengal sengal...

sesape yang ada plan nak tengok ahad ni sila roger okeh...

Segmen Mari Kenali Mekchu

Kesinambungan daripada entry my for fular fost semalam... daripada eksperimen yang dibuat, menunjukkan bahawasanya ramai jugak yang baca segmen tu.. terharuuuuuu... oooHHhh.. (sambil letak tangan di dahi)

Segmen ni dah lama ada... di sampaikan mengikut Bab demi Bab kepada pembaca belog kuning oren ni bagi tujuan KALAU KALAU nak kenal mekchu dgn lebih mendalam... ecehhhh... tak kenal maka tak cinta ye tak.......


Segmen tu dah sampai bab 8... lepas tu dah blur tatau nak wat bab apa lagik...

So, mekchu nak tanya kat korang la... bab apa yang sesuai untuk mekchu tulis kat sini? atau ayat yang lebih senang, korang nak tau apa pasal mekchu?

Any idea??

Wednesday, January 26, 2011

Tutorial For Fular Fost

Habis tempias baca tajuk entry tu erk... hahahaha... basah monitor.. lap balik.. lap...

Kalau perasan ada gadget baru kat belog mekchu nih.. gadget ala ala entry terhangat di pasaran la gitu....

Gadget ni bagus untuk kita atau reader nak tau post mana yang paling banyak di baca sepanjang satu satu tempoh tu.. atau dengan kata lain post yang paling glamer laa.. Berminat nak ada gadget mcm tu??

Meh baca sini...

Sila masuk kat design>page elements tu.. pas tu klik add gadget dan pilih Popular Post..


mesti tak perasan dah ada gadget baru kan... kan.. kan....

pas tu korang pilih la nak all time entri ke, nak sepanjang 30 hari kebelakangan ke.. nak 7 hari kebelakangan ke.. (terasa konservatif pulak guna ayat 'kebelakangan' hihihi) pas tu boleh pilih jugak nak display berapa banyak... mekchu pilih 5 je suda...

dan tat tadaaaaa......

ini glam entries untuk sepanjang hayat.. maknanya sejak ada belog..


ini pulak my glem entries sepanjang 30 hari lepas... tapi pelik kenapa Mari Kenali Mekchu : Bab 4 masih kekal di situ... errrmmmm....

Amacam?? suka tak??

Choo Choo Train Wall Sticker

tgh cuti-cuti hari keputeraan hari tu, sambil-sambil blog hopping dan masuk kat belog ceera the green mummy tuh... tgk dia mendeco rumah dia.. simple je but mak soke.....


laju je masuk website jundeco (www.jundeco.com.my) dan melayari dgn penuh perasaan sbb wall sticker dia cantik2 sgt... berangan dan terus berangan... kebetulan kitowang mmg nak deco bilik najmi.. bila tgk design choo choo train dia, alamak rugi nye kalo tak beli sbb sannnnnnntik sangat...

terus add to chart, klik check out dan ikut je steps dia smpai lah payment suksessssss.... lepas tu baru teringat nak tya kat bro.john takut2 dia tak suka pulak... hahaha.. dah membeli baru teringat.. tp mengikut firasat mekchu, dia mesti suka demi anak bujang dia tu...

dah beli, terus komen kat belog ceera... dia lah punca segalanya... hahahaha...


bayar hari jumaat, hari senin tu terusss tiba di pangkuan.... dgn packaging yang sangat kemas..

harga choo choo train ni RM39.. campur ngan postage RM5, total RM44.. bila rasa kertas dia, dah tau mmg kualiti.


antara beberapa sebab mekchu beli wall sticker choo choo train ni secara online :
1. kedai dia jauh seh ngan rumah... jadi, beli online adalah yang terbaek
2. jatuh hati habis dgn design kat jundeco tu..
3. kat seremban tak byk pilihan utk wall sticker macam tu.. kalau ada pun kualiti tak berapa elok
4. mmg nak carik choo choo train, tp susah nak jumpa
5. mekchu baru dapat claim mengajar... opsssss....

kesian kan tnggal kat kawasan luar bandar ni.. tp jgn buat muka sedih kat sini.. kan masih ada cara...

kitowang dah tampal kat bilik najmi... cantik tak??

eh, salah... salah.. yang ini.. cantik kan...
hahahaha.. sudah laaa... boleh pulak salah salah...  nnti bila kitowang dah tampal betul-betul, mekchu kasik tayang kat sini okeh...

Tuesday, January 25, 2011

Safari World Double Bash

Tahun ni memang rezeki kot... dapat jugak sampai rumah mona utk birthday party anak dia.. double celebration okeh... tetiap tahun mengajak, tapi tak pernah dapat pegi.. so, sape kata mekchu anti sosial? sape?? sape??

mona yang sedang membuyungkan anak ketiga...theme adalah safari world untuk anak2 & white jeans utk omak ngan bapak budak... stresss ok nak safari kan mi-cah... hahahaha.. last2 kepala girrafe je yg jumpa...

disebabkan bmw bro.john yang malatop tayar malam sebelum tu, so kitowang gi putrajaya naik kenari aje..


sesekali jalan jauh naik kenari best jugak... tapi kena tahan sauna laa... hahaha.. smpai je putrajaya, terus sun burn...

najmi pandai je behave dok belakang sorang2.. tak de la kejap ke depan.. kejap ke belakang.. dia pun tau keta kecik.. tak boleh lasak2..dah penat ajar dia cakap "shian mama... car ia kecikkkk je.. papa beli kan mama car baru...." tp tak de respon dari papa-jit ooo...

kol 3.30 kot, smpai precint 9.. dah setel potong kek pon... mon, aku bangga dah smpai rumah ko..... ko terharu tak?


paling tak sabar nak tengok preparation...

birthday boys...



sampaikan mineral water pun ko nak re-branding.. kagum sehh....
 
  

 kalo tgk gmbr yg cantik2 tu maknanya mekchu cilok dgn izin daripada fesbuk na zalna ngan tuan tanah.. hehehe.. semua kendong dslr sorang satu.. malu lak nak kluarkan camera cabuk walaupun baru itu..

the goodies yg marrrrrveles.... 

dan hasil nya... comot momot anak aku...
smpai je terus makannnnnnnn.... excited nak pegi sbb nak jumpa kawan2 lama.. kawan mona adalah kawan mekchu... tp mcm mana kenal ngan mona ni pun mekchu tak pasti.. byk sgt kronologi nyee...

tuan tanah, mekchu, mi-cah, dadam & alycia... alycia x-opismate mona dan mekchu pun berkawan ngan mona..


suraya zalna, sofiyya, mi-cah & mekchu.. na ni member masa keje HeiTech Padu.. study sama2 ngan mona.. dan mekchu pun berkawan ngan mona..

wawa, lyein & mekchu.. wawa & lyein kawan mekchu masa belajar kat UUM, dorang kawan jugak ngan mona.. terus mekchu pun berkawan ngan mona...
with ita hamdan.. kenal since matrix lagi.. ita ni x-opismate mona dan mekchu pun berkawan ngan mona..
gitu lah serba sikit intro mcm mana baik ngan mona nih... itu baru intro.. korang tak yah pikir sgt.. nnti pening..sebab mekchu pun hilang punca sebenarnya cemana bleh baik ngan mak buyung tuh...

lepak2 dlm rumah kejap.. mi-cah ni tabiat dia kalo gi rumah org, dia mesti nak masuk dlm rumah & carik menan... bila tgk rumah dah serupa nursery mcm tu, terus meraung tak nak balik...

okeh last sebelum balik... jari telunjuk tu menunjukkan permintaan ibu2 mengandung supaya mekchu berjangkit... i will follow...

seronok dapat jumpa kawan2 lama.. ye la, bila dah duduk seremban dah jarang sangat dapat join apa2 gathering ngan kawan2... jauh sgt la tu kekdahnye... tapi kalau kitowang tak de apa2 hal, mesti smpai punye...

Monday, January 24, 2011

Hole-in-one.. Hole-in-tyre

Semenjak pindah state ni dia (yang masih federal yang keje di state), pantang ada masa terluang sikit, mesti pegi main golf punya.. dah banyak kali cuti umum sebelum ni, terlewat siiiikiiiiit je booking laki sendiri, orang lain dah cop baek punya ajak gi main golf...

Susah wooo nak dapatkan masa laki sendiri kalo time2 cuti mcm tu.. kena booking awal.. kalau nak lunch sama-sama pun sila inform cepat2 sebelum orang lain cop dia & bawak gi makan..

x pe.. x pe.. isteri mu ini memahami...

baru-baru ini ada tournament golf kat nilai.. no.1 sampai 20 dapat hadiah.. ok, wish luck for him.. untung2 hole-in-one boleh dapat keta... golf ni satu je yang best pada mekchu la... hadiah dia masyuukkkkkk.....

malam tu dia call kata konpem dapat hadiah.. wah, kembang kuncup, kembang kuncup la kan.. walau pun tak dapat ranking 1 hingga 20 tu, dpt special prize 'nearest to line'.. mmg bukan near lagi dah, tapi betul2 atas line.. dan the winner goes to bro.john laa...sebaik la ada kategori tu kan.. merasa la naik pentas salam ngan KPPA..(Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).. dun play play haaaaa....

dia ada cakap berazam nak main betul2 lepas ni.. kalo dapat hadiah, semua untuk mama... *terharu dan bergenang air mata.. dgn harapan dapat voucheer RM500... pergghh...

belum sempat smpai tempat dinner utk amek hadiah, dia msg kata tayar keta malatop... adoiiii mak.... dan terus angan2 dapat hadiah voucheer tu bertukar menjadi hadiah tayar kereta... see, pengorbanan seorang isteri... mana nak carikkkk binik macam nih.... hahahaha...

voucheer pun bukan, tayar keta pun bukan... tapi bola golf..

agak-agak apa mekchu nak buat ngan bola tuh?

bro.john dgn hadiah kemenangan.. cubaan posing macam mi-cah..


elok lagi kalo dapat keta menan... boleh jugak mi-cah buat main petang petang...

tayar keta yg malatop pada malam tu... sungguh tragis.. sebaik bro.john tak de apa2..




dan mi-cah dgn rmbut sumbing dia ala ala jackie chan masa kecik...

penantian seharian anak bini di rumah belum berbaloi lagi... lepas ni, tooolong lah bawak balik hadiah yang best best tau pa... baru lah mama tak tarik lagi moncong 2 ela bila papa kata nak pegi main golf...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...