Boring lah hari-hari pun naik kereta.. hehe..
Sabtu - Ahad memang hari kami balik rumah Seremban.. sekali dapat pulak idea nak buat xtvt naik komuter dengan mi-cah lagi dan lagi..
lama jugak tak de entry pasal budak kecik ni kan.. nah untuk auntie-auntie yang rindukan aksi kepala senget dari mi-cah....
mi-cah dengan kakak dia.. ahaksss..
suruh budak-budak kat situ tolong snap kan.. mesti budak tu pelik kan.. kakak ni, nak naik komuter pun beria nak posing.. hahaha.. ko tak kenal, ahkak ni blogger.. memang cenggitu dik non oii...
ini pulak papa-jit tolong snap dari seberang sana.. gile teruk kualiti gambar dari 'curve' dia.. hahaha..
betul lah tu.. papa-jit tolong hantar kitowang kat komuter tiroi.. pas tu dia tunggu lah kitowang kat stesen senawang.. tak tahu pulak stesen senawang dah bukak.. so, boleh lah turun kat sana.. dapat lah lama sikit kat dalam train tu.. Tiroi - Seremban - Senawang..
kalo korang nak tau, stesen Sg. Gadut pun dah bukak.. atas dari Senawang adalah stesen Sg.Gadut..
"tak lama lagi komuter akan sampai ke Gemas - JB.. pas tu dalam 2 tahun lagi akan ada bullet train kat seremban.."~ papa-jit yg cakap..
selang 10 saat dia tya komuter dah sampai ke belum.. letih mama-chu nak menjawab..
cepat sangat boring..
siap tepuk tangan tu bila nampak train..
sangat beruntung.. masuk2 je ada auntie tu bagi mi-cah tempat duduk.. excited kemain dia nak duduk situ..
yang paling tak tahan dia tanya
"mama, montot train kat mana mama?" sebab dia dengar train tu kentut.. hahaha.. mama-chu buat2 tak dengar soalan mi-cah..
kat stesen seremban.. berenti lama sikit sampai mi-cah nak tolong tutupkan pintu :)
tak sampai 10 minit dah sampai kat senawang.. budak yang bosan asyik kena tunggu je.. hahaha..
papa-jit gerak dulu, tapi dia yang sampai lambat.. stesen senawang ni agak sunyi lagi sebab tak ramai orang.. kelam kabut jugak nak cari pintu keluar..
tapi memang lambat betul papa-jit sampai.. hezzzzzzz...
bila sampai je, kena sekolah ngan anak sendiri.. hahaha.. "apsal papa lambat? mi dah sampai lama dah".. "mi dah lama duduk sini taw papa".. stesen senawang ni kalo nak tahu, dia betul2 kat belakang perodua servis yang berhadapan dengan JPJ Senawang tu..
pas tu, dia ada lagi satu pintu masuk, kat sebelah kedai tayar kaler kuning.. hahaha.. susah la pulak nak bagi direction.. ada sape2 bleh tolong?
lepas papa-jit amek kitowang, terus gi kedai gunting rambut, One Team kat Taipan, Senawang.. buat masa ni, itu lah kedai rambut mi-cah..
macam pernah ku lihat gambar ini.. sama je aksi budak kecik nih kan..
cepat sangat lah rambut mi-cah ni panjang.. mama-chu handal potong depan je.. kat belah telinga tu gagal.. jgn risau, masih kekalkan gaya rambut yang sama..
ok, sebenarnya tujuan entry ni nak bagi tau stesen komuter senawang - sg.gadut dah bukak..
tata :)