@churalliya

Wednesday, December 21, 2011

A Famosa Animal World Safari - Monkey Island, Bird Show, Chicken Farm & Elephant Show

Sebelum nak plan bercuti ke A Famosa hari tu, puas jugak gugel carik info pasal semua2 yg kita perlukan terutama sekali kalau bawak keluarga.. Result agak limited jugak. Harap2 lepas ni, dah boleh membantu siapa2 yang bercadang nak bawak family ke A Famosa. Kesian mekchu terpaksa redah je tanpa sebarang panduan..

Sambung dari entry Wild Wild West Show lepas. Sesudah itu, kami teruskan dengan mencari makanan dan makan secara ribut.. Boleh je kalo nak bawak bekal. Tapi tak larat nak angkut.. Banyak jugak mi-cah makan. tp elok je sekejap lepas tu dia muntah.. agaknya perut dah masuk angin.. Sebaiknya bawak lah makanan sendiri sbb kalo pukul 3 baru nak makan makanan mmg banyak yang dah habis..

Seterusnya kat sebelah tu ada Monkey Island.. Memang kagum sebab tak de sorang pun yang beratur nak naik boat.. Mana ntah semorang pegi.. Driver boat siap tunggu kitorang, papa-jit tak habis sap kok lagi..

Ke Monkey Island.. Pulau yang kecil tapi cantik sangat.. 

naik boat open gitu je.. kalo ada anak kecik, mmg kena tengok.. itu bila2 je dorang bleh terjun dalam air tu.. 

kaki memang kena letak gaya macam tu.. air siap naik atas boat.. tp serius cantik sangat pemandangan kat situ.. 

Ada monyet kat dalam sangkar dan ada monyet kat luar.. yang dalam sangkar tu tak nampak sangat sbb dinding kaca. Bila tengok monyet kat dalam tu ternampak muka sendiri yg jadi monyet.. hahaha.. Ni antara monyet bebas kat luar..


Tak banyak sangat pon.. tapi pada mekchu dah cukup best dah tu.. cuaca pun memainkan peranan penting jugak kot.. sejuk2 je hari tu.. tak berpeluh sangat.. pas tu angin tiup2 pulak kan.. aduhh duhh duhhh terasa nak buat rumah je kat monkey island tu..

jalan2 lagi kat sana.. tak de gambar ramai2.. ini je kot yg paling ramai :)

pas tu campurkan lah gambar tadi tu dengan gambar pasangan HOT ini.. 

kan mekchu dah kata tempat dia cantik.. dikelilingi air hijau yang membangkitkan suasana best.. ada pulak pangkin untuk lepak.. pergghhhhh.... sangat perfect kalau ada teh tarik :)

Ok, lepas puas tengok monyet dan monyet pun dah puas tengok kitorang, terus mahu pulang.. sementara nak pulang tu terlalu pulak kat tepi Bird Show.. walllaaa weeiii...

pun duduk kat belakang jugak sebab dah lambat.. show ni pun dah start dalam 10 minit macam tu.. 

Seriusly Bird Show ni sangat sangat best.. korang akan terpegun melihat kebijakan burung2 dlm mendengar arahan dan hampir menitiskan air mata.. dah start over la tu..

Burung2 dari spesis yang susah nak jumpa kat Asia.. semua pun besar gile.. paling best bila dorang terbang rendah sangat, ngam2 atas kepala orang.. rugi ahh dok belakang.. mata korang akan melilau pandang keliling stage tu sbb burung akan terbang dari mana2 arah yg dia suka.. cuak jugak takut dia terbang dari bawah kerusi :)

besar kan... burung tu crossing dari sebelah kanan pegi ke sebelah kiri..& dun worry, dorang semua dah well trained.. cehhhh, padahal cuak gile masa tu..

gambar tak banyak (again) sebab terlalu leka tengok burung2 tu semua.. lagi pun dah cuba snap tapi burung ntah ke mana.. nampak daun aje.. hahahaha... 

Habis je show, sambung cari jalan pulang.. sebab kalau nak balik memang kena ikut jalan kita datang tadi.. Layan mi-cah nak tangkap rabbit kejap..


Rasanya kalau cuaca panas sekali pun tak terasa kot bahang dia.. sebab ada banyak pokok kat dalam tu.. ada banyak lagi haiwan kat situ.. tp mekchu malas nak tunjukkan semua..

Depan sikit, nenek nak tengok ayam pulak.. rindukan ayam kat rumah la tuhhh... @Chicken Farm

 comel kannnnnnnnnnnn.... kalau tgk real kan, lagi comel.. 

Sebenarnya mekchu ada amek banyak jugak gambar kat henfon ingatkan nak update kat fb.. tp mekchu bz sgt.. tak de masa langsung pegang henfon :)

 mi-cah tak nak keluar dari situ..  dia terlalu taksub.. dah keluar basuh tangan, pas tu dia masuk balik.. komengaaaaaa..

cubaan mekchu.. mula2 takut.. kena gelak ngan mi-cah pas tu terus memberanikan diri.. ohhhh.. kalau lah nenek labu ada ayam sebanyak ini.. hehehe.. 

Bila ingat je dia ajak datang nak tengok anak ayam lagi.. tak de pun sebut nak tengok koboi ke, harimau ke, burung ke.. tp dia nak tengok anak ayam..

Sambung lagi perjalanan nak cari pintu keluar.. ada pulak Elephant Show.. harus lah singgah lagi kan..

 bijak.. siap bleh buat kelakar semua..

last sekali kena sembur air.. hehehe.. mi-cah ngan papa-jit basah sbb dorang kat depan :)

Ok, finally kitorang berjaya jumpa pintu keluar.. Multi-animal Show je kitorang tak dapat tengok.. Semua show tu kebetulan aje tu.. kebetulan kan lalu kat situ dan show dah start.. lagi pun mekchu memang suka aktiviti yg relek2 macam tu.. tak banyak gunakan tenaga :)

Terus menuju ke kereta dan check-in hotel pukul 5.30ptg..

Makin runcing jejari bila update entry panjang cenggini.. Ok kawan2.. bila dah tengok gambar, dah baca jalan cerita, dah faham dan dah ada gesaan macam nak pegi... nanti mekchu buat entry info2 penting pulak.. Tunggguuuuuuu....

Sebelum men'titik'kan entry, A Famosa Animal World Safari ni tak sama tau dengan Zoo Melaka :p

Tuesday, December 20, 2011

Pembelian pertama di MilkADeal

Teringin nak beli promotion pasal kecantikan macam spa, menicure, pedicure, body massage, body scrub, facial, etc etc.. tapi. tapi. tapi........... TAPI....... semuanya pun kat area Klang Valley sana.. apa dia ingat orang seremban tak de duit ke? choi...

Mekchu pujuk hati kata macam ni "orang seremban dah cukup cantik.. sebab tu tak de offer kat belah seremban.." hahahahha #pitammmm.. dah tu, mcm mana lagi nak pujuk hati bila nampak discount yang gile2 punya discount..

Jadi, dalam 18x telek offer MilkADeal tu baru sekali melekat nak membeli.. ya, yang ini...


RM28 instead of RM90 for 6pcs Personalized Magnet + FREE Delivery from BrilliantPrint. Value Rm90, 69% discount. Sangat berbaloi bukan?

Offer habis lama dah.. hahaha masa order hari tu terlupa pulak nak share dengan semua.. share bila dah dapat aje lah.. boleh?

tantekkkkkkkkkk.... shhhukaaaaa sangat.. 

Pilihan gambar memang tanpa persetujuan sesiapa.. main bedal ikut suka.. dengan harapan len kali MilkADeal ada buat offer ni lagi.. 

Korang kalau nak jugak, rajin2 lah masuk MilkADeal tu.. kadang2 ada lagi offer photo magnet ni.. tp mungkin tak dapat harga macam ni lagi.. tak pe, ada macam2 offer lagi.. fuhhhhhh nasib baik jugak offer kecantikan banyak kat area Klang Valley sana.. lapanploh kali jugak kena pikir kalo semata-mata nak ke Damansara untuk berfacial :)

Nanti dah tampal photomagnet tu kat peties, mekchu tayang lagi.. Minat kalau, klik sini untuk regsiter :)

Tidak menggatal lagi

Perasaaan gatal-gatal yang meyerang muka hari tu dah hilang.. Daripada komen kawan2 semua, petang tu jugak mekchu pegi redah hujan carik buah kelapa muda.. kedai yang ke-5 baru jumpa.. Lepas tu rasa tak puas hati.. Malam tu jugak terus pegi klinik sebab tak tahan 'mengenyam' punya pasal.. Papa-jit outstation (lagi?) masa tu.. Tak kuasa nak tunggu dia..

 sebelum.. menggerutu.. scary pulak bila bayangkan.. 

hari ini.. lega sangat bila dah kembali cantik.. hahahahaha #pitammmm.. baru kena uji sekejap dah menggelabah.. 

Pegi klinik biasa aje.. Doktor kata kulit mekchu elergik.. sebab kalau campak mesti demam dan mesti ada bintik-bintik kat badan jugak.. Tanya ada pakai apa2 kosmetik baru ke? hahaha dah agak soalan tu akan ditanya dan awal2 lagi memang dah sediakan jawapan..

Tak kan lah baru ada niat dalam hati nak tukar bedak MAC dah tumbuh ruam kot? kah kah kah..

krim sapu yang banyak membantu.. ada jugak ubat tahan gatal (malam lain, siang lain) dengan antibiotik.. 

Lagi satu doktor kata kulit mekchu kering.. memang perasan lah waktu tu ada bahagian yang menggelupas terutamanya kat bawah hidung.. bila senyum rasa tegang kat muka.. tapi apa kaitan kulit kering dengan ruam?

Terima kasih tuan doktor kerana telah membuatkan tidur malam ku kembali lena :)

Monday, December 19, 2011

A Famosa Animal World Safari - Safari Truck & Wild Wild West Show

Kalau 2-3 minggu lepas percutian singkat bersama keluarga mertua di Gambang, kali ni giliran bercuti bersama keluarga mekchu pulak di Melaka.. Planning yang agak terkejut-kejut.. 2 syarat yang ditetapkan, iaitu boleh bermalam 1 malam AJE dan yang dekat-dekat cukuplah... adoiiiii.. makna dia destinasi tak boleh yang jauh2 dan berusaha sedaya mungkin tak nak kat PD lagi..

Family kitorang tak ramai. Mekchu ada 3 beradik je.. Family abang tak dapat ikut pulak. So, bertambah senang lah nak buat plan. Yang susahnya part booking hotel.. Memanjang fully booked. Ntah cemana resort call kata ada orang cancel booking.. Alhamdulillah..

Teringin nak ke Melaka. Tapi bukan Melaka sebelah banda hilir sana.. itu konpem orang ramai.. tak nak lah bersesak-sesak lagi.. kali ni nak yang relek2 tanpa menyebabkan kepanjangan muncung siapa-siapa pon.. hahaha..

Mekchu ni perasan macam mi-cah tu dah besar sgt.. agaknya sebab dia dah bebas pampers kot.. beg susu dia ada je dalam keta tu.. tp tak bawak keluar bersama.. dengan pampers, susu, selipar dia semua pun tak bawak turun.. stroller pun tak ingat nak bawak. berlenggang mak enon aje..

Tak pe. Tawakal supaya anak baik-baik saje..

nampak jelingan mata mekchu tu? mi-cah, jangan macam-macam ok.. 

Masuk-masuk je korang memang akan dipaksa amek gambar dengan orang red-indian.. gambar nanti mekchu share.. tak semenggah sebab mi-cah menonggeng ketakutan..

Lepas tu nampak org beratur nak naik truck safari.. oooooooooo itu mmg hajat lama yang terpendam.. barisan panjang pun tetap tabah.. apa2, selamat kan emak dulu. suruh dia tunggu kat kerusi tepi. Lutut mak tu bukan kuat sangat nak kena berdiri lama.. Biarkan anak-menantu-cucu yang beraturkan..

berlapis-lapis.. tapi demi pengalaman..

tak pe.. selagi mood anak baik, maka semua pun baik-baik aje.. 

Kebetulan masa beratur tu ramai pulak driver truck yang tengah rest.. masa makan dorang kot.. apa lagi, bertambah lama lah menunggu..

Bila dah dapat naik truck, gembira bukan kepalang.. berbaloi nak dekat sejam beratur..

apa hal nampak gemok? tak pe, mekchu sukaaaaaaa.....

antara haiwan yang ada kat dalam safari tu.. ada banyak lagi, tapi malas pulak nak edit kat photoscape :)

tujuan pegi melaka ni pun sebab nak bawak emak berjalan.. misi tercapai bila emak happy!

Memang adventure ok naik truck ni.. feremfuan mengandung dan kalo ada sakit jantung tak bleh naik ok.. kitorang terbayang harimau tu nanti akan terkam ke arah kitorang.. sebab tu mekchu tak nak duduk tepi..

Akak mekchu pulak ingatkan nanti truck tu akan berhenti kat kawasan padang lapang dan nanti ada haiwan yang datang kat truck.. mana celah la nak carik padang lapang kat sana. pengaruh National Geographic terlebih uols!!!  truck tu berhenti sekejap2 je pon.. kiri nak pandang, kanan nak pandang.. tapi mekchu lebih pandang belakang. Takut ada yang mengikut :)

korang memang kena try naik truck safari ni.. pengalaman menggeletarkan bila anak mata harimau dan anak mata kita bertentangan dalam jarak yang amattttttt dekat.. terus jantung berdegup kencang dan rasa nak kencing pun ada!! seraaammmmmmmm....

Turun je truck ngam2 ada sikit masa nak berlari ke Wild Wild West Show.. hujan halus-halus pun turun.. tp kitorang feeling macam jalan dlm salji aje :)

Otw berkejar ke show, sempat lagi.....

maintain angkut pistol belon budak kecik tu.. buat spoil gambar aje..

3 kali toleh bila nampak papa-jit bersiap pagi tu.. ingatkan dia nak gi beli roti canai kat kedai depan rumah.. hahaha.. seluar katok dengan selipar aje.. pehlisssssss.... mi-cah pulak sangat baik.. semua gambar pun dia buat trade mark dia.. 

Di Wild Wild West Show.

ramai.. tp kali ni mekchu tak de masalah dengan orang ramai mcm ni.. tidak berhangin seperti biasa.. 

Duduk belakang sebab dah lambat.. tak pe.. pemandangan masih jelas.. Show ni best sebenarnya tau.. tp tak faham jalan cerita.. mmg tengok aksi koboi berlawan aje lah.. Efek memang terbaekkk.. berapa kali melatah sebab terperanjat dengar bunyik tembakan.. Kalau terbakar tu memang siap ada keluar api semua.. bom pun memang meletup habis..


Mi-cah happy tonton show. Siap tepuk-tepuk tangan sambil goyang2 montot dia bila koboi tu menari. Tapi nenek labu pulak yang 2-3 kali ajak keluar.. hahahaha...

gambar tak letak banyak.. sebab korang boleh bayangkan sendiri kot.. tembakan, lompatan, kejaran, letupan, kelucuan, kebakaran, etc etc..

last sekali, bila tangki air tu pecah maknanya show dah tamat.. 

Rasanya entry ni juga perlu ditamatkan sampai sini dulu.. Mata ni meronta-ronta mintak direhatkan.. Jap nak tukar tajuk jadi part by part.. entry cuti2 mmg susah nak dihabiskan dalam 1 entry.. kannn..

Harga tiket, masa show, do's and don'ts, penginapan, review baju harimau cantik OMG yang mekchu pakai, ehhhhh... dan macam2 lagi yang menarik di entry akan datang ok..

Saturday, December 17, 2011

Short Update

Kami....

Sangat happy disini...

Suka erk buat entry tercekik macam tu... Kalo terror korang teka lah kat mana.. ngehh ngehh ngehhh...

Friday, December 16, 2011

Jusco S2 JCARD Day - apa yang ko shoppingkan tadi?

Dah plan baekkkkkk punya nak layan diri kat Jusco.. 12.15 tajam call papa-jit dengan niat nak mintak izin pegi sana.. dah angkat beg baru nak mintak izin.. buatnya dia tak bagi cane? Jarang lah dia tak bagi.. lagi dia suka adalah.. "Selamat aku tak yah teman binik shopping"~ ayat dalam hati papa-jit.

Lain pulak jadinya.. call nak mintak izin aje.. tp kena buli pulak hantar dia balik rumah seremban dulu nak amek kereta dia.. papa-jit baru sampai dari Johor malam tadi. Naik keta pejabat dan tak sempat nak amek kereta dia kat rumah seremban tu..

So, agak potong tang corner jugak la.. elok bleh sampai Jusco pukul 12.30, terus sampai pukul 1.15.. grrrrrrrrr... tak pe, suami punya pasal.. jangan engkar..

Umpama perempuan meroyan bila semua pun SALE.. tak plan nak beli apa, tapi macam biasa lah gunakan pendekatan "beli kalau ada yang menarik". sampai2 je kaki ni melangkah ke Kids section dulu.. macam ada magnet.. aduhaiii.. anak jugak yang didahulukan..

Lepas tu baru teringat nak beri penghargaan untuk diri sendiri.. untuk suami tak tahu nak beli apa.. lagi pun dia tak kisah pon..

orang meremik macam ulat ta!k.. mekchu pegi sorang2.. kalau pegi berkawan pun konpem kat dalam tu bawak diri sorang2 jugak kan.. 

tu aje yang menarik di hati.. tetap barang anak jugak yang banyak.. mekchu nye henbeg luar hitam dalam pink tu aje.. 

Dah... tak yah belek lama2 sangat nak carik henbeg brand apa.. Carlo Rino je. RM94 lepas diskaun 70%. Boleh la buat basahan pegi keje. kalo nak bersopak lepas ni pun tak ralat.. 

Skang tengah gile henbeg tali panjang.. dah lama tak pakai henbeg kepit bawah ketiak :)

Dan tiba part yang paling best nak cerita kat sini.. Semua benda tadi tu dibayar menggunakan voucher hasil kemenangan papa-jit menebas tidak lama dulu.. dan selebihnya bayar pakai duit sendiri.. dan biasalah kan, kalo ada JCard Day ni setiap pembelian RM100 ke atas akan dapat voucher RM10.. yaaribbbaaa..

Jadi, ini lah hasilnya selepas membayar..

Dapat lagi voucher RM60... 

Ini lah dinamakan perbelanjaan yang bijak.. tak gitewwwww (sila sebut gitewwaw dengan cara tayang gigi dulu dan moncongkan sikit mulut ke depan). Selamat mencuba! Hahahaha..

Anak dia sorang.. boleh lah beli semua yang mewah-mewah

Panas setiap kali dengar pernyataan macam tu.. terasa macam tidak berhati perut langsung.. Walau pun bukan ditujukan pada mekchu, tapi bila terdengar terus zasssssss panassss telinga ni..

Tajuk tu antara dialog seorang Hamba Allah yang tidak dikenali.. mungkin sedang hangat bergosip dengan teman semeja dia masa tu.. kebetulan lalu kat situ dan tercuri-curi dengar..

Kenapa erk? Perasaan cemburu dan iri hati itu perlu ada dalam diri? Tak boleh ke kalau kita cuba untuk memperbaiki diri daripada bercakap bukan-bukan pasal orang.. Rezeki masing-masing kan.. Rezeki tu semua kerja Tuhan kan.. Kenapa perlu dipertikaikan?

Issshhh tak faham lah.. anak satu pun salah, anak ramai pun salah.. Jadi berapa sebenarnya jumlah anak yang paling ideal? Boleh jawab?

sebenarnya gambar kenderaan mi-cah tidak ditujukan untuk entry ni.. tapi bila terdengar tadi, terus terasa di hati dan mungkin kah ini yang dimaksudkan oleh Hamba Allah itu?

Izinkan kami menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan terhadap anugerah kami ini dengan cara kami sendiri, kemampuan kami sendiri.. Iya benar, walau pun hanya seorang..

Dia lah racun, dia lah penawar.. 

Tak perlu lah sibuk mengenai hal orang lain.. Jaga diri dan keluarga kita masing-masing adalah lebih molek.. 

Thursday, December 15, 2011

Program PR1MA, Bandar Ainsdale, Seremban

Hari-hari lalu, tak tahu pulak nama kawasan tu Bandar Ainsdale.. sempena nama estet masa dulu2.. bukan main moden lagi..

Bila dapat jemputan perasmian, terus laju2 angkat tangan bila boss tanya siapa yang nak pegi.. harus lerrrrr.. otw balik rumah nenek labu kan.. ngeeeeeee :)

Pegi dengan Najib sebab nak jumpa Najib.. tak faham, tak pe..janji terus membaca sampai habis..

Tau kan apa Program PR1MA nih? Program perumahan yang kerajaan bangunkan untuk memastikan setiap keluarga mampu memiliki rumah sendiri.. target orang2 yang baru kawin lorrr.. Tak salah ada 3 kawasan yang telah dilancarkan untuk program ni. Satu kat Putrajaya Precint 11, satu kat Bandar Ainsdale ni dan satu lagi kat mana erk? korang gugel jek la senang.. hahahaha dasar pemalas..

Ok, kalau nak tau Bandar Ainsdale ni kat Jalan Labu sana.. otw nak ke SMAP Labu tu.. lebih kurang 5-10 minit je dari Tol Seremban tu. lagi pulak lepas ni nanti akan ada tol baru.. lagi senang nak berulang-alik keje kat putrajaya-kl kan.. 

Dah lama sebenarnya nantikan saat macam ni.. saat kena pegi kerja luar sama-sama.. Berangannya nak kursus sama-sama kat INTAN, Sabah.. tapi tak de pulak kursus yang 2-2 sesuai nak attend.. dan tak tentu lagi 2-2 tu diluluskan permohonannya.. kira dapat keluar majlis perasmian gini pun jadik laaa... 

Korang kenal siapa mereka? Kalau yang keje private tu tak kenal bleh ampun lah jugak.. ni yg keje gomen kalo tak kenal, memang korang adalah sasaran untuk dipencenkan lebih awal.. hahahaa...

orang yang super duper ramai.. yang bila best dapat jumpa JKKK mekchu.. dan JKKK yang pernah mekchu ajar facebook dulu.. apa khabar la akaun facebook dorang tu kan.. masih ada yang panggil mekchu 'cikgu' tau.. terharu sungguh.. 

Nak baca kisah pahit manis mengajar atok-atok facebook kat sini, dan sini.. lepas baca memang tersenyum sendiri.. 

naik bulu roma kena nyanyi lagi Negaraku sebelah suami.. hahaha mengada.. selalu nyanyi kat stadium lain feel dia.. ini atas urusan rasmi lain jadinya..

menarik... ingatkan nak beli untuk aset bila dah pencen nanti.. lokasi memang strategik.. dekat pulak dengan rumah nenek labu..

Tapi kalau tak salah salah satu syarat dia pendapatan isi rumah tidak melebih RM3K.. alamak!! tak pe... tak pe.. mungkin kalau tak de yang berminat, kami boleh lah beli.. Ada banyak jenis rumah tau.. ada rumah kluster, rumah bandar (town house), rumah teres, etc.. Sekarang baru launch untuk Fasa 1A dan 1C dulu..

Marilah bersama-sama mengumpul aset untuk masa depan.. rumah dan tanah adalah aset yang makin lama makin mahal.. tak perlu kumpul kereta banyak-banyak.. mari kita kumpul rumah (bayangkan tengah main game saidina tu)

Oppsss sebelum terlupa, korang dah print borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tu? Korang memang lah tak layak.. gaji dah 5 angka :) Boleh lah tolong print untuk berikan kepada jiran2 atau makcik-makcik kat kampung tu.. dorang mesti layak.. bleh dowload borang tu kat sini ok.. http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf

Pas tu pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tu.. dah baca? dah faham? mekchu dah baca tapi tak faham.. hak hak hak.. 

Dah tengok gaji baru di e-Penyata Gaji? mekchu dah tengok, tapi mana de maklumat kat sini.. gaji mekchu kan State yang bayar.. Redha ehhh pasrah.. ehh redha.. ke pasrah erk?

Pencapaian SKT 2011 dah siap? Perancangan SKT 2012 dan hantar? LNPT dah isi dalam HRMIS? Perancangan cuti tahunan dah hantar kat Admin? GCR carry berapa hari untuk tahun depan? Ohhh semaknya... 

Korang yang keje private dan kerja sendiri sila abaikan perenggan ke-4 terakhir tu :)

Wednesday, December 14, 2011

Muka naik ruam

Muka dah naik ruam.. nampak tak bintik-bintik merah tu.. 2-3 hari ni baru perasan.

Gatal-gatal mula dari bahagian mata, pas tu kat pipi, hidung.. sekarang kat bahagian rahang tu.. Kat mata ni kan memang sepanjang masa pun gatal.. kalau sekali dapat menggaru, memang nikmat... sampai merah2 bijik mata.. kalau pegi klinik konpem dapat MC sakit mata..

Dan sekarang ni muka ni terasa mengenyammmmmm sangat.. tau ke apa mengenyam tu? dia gatal yang minta digaru... ohhh apakah semua ini?

Bila sentuh kulit memang akan rasa kasar semacam.. Petang ni opismate suruh minum air kelapa muda.. katanya nak kena campak.. dah lama tak demam ni.. tp kalo sekali demam memang teruk.. ohh tidak.. mengapa semua ini terjadi ketika suami tiada disisi? Tsk.. tsk..

Korang pernah tak kena gatal-gatal macam tu? Kenapa boleh jadi macam tu? Mekchu tak de resdung pon.. Boleh tolong suggest apa yang perlu mekchu buat untuk atasi masalah ni? Tak vougue lah ahkak ko kalo muka naik ruam dik non oiiiii...

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah

Penangan Ombak Rindu.. terus mintak jam suami =))

Dengggggggg mata merah, hidung merah... takut nak pandang camera..

Tak nak cakap banyak, tapi nak pesan.... korang yang belum tengok, mesti tengok.. Nak review ke? tak payah la ehh sebab ramai blogger yang dah review.. neenagonjeng pun dah review panjang lebar kat sini..


Cuma satu je mekchu nak pesan kepada yang belum tengok.. Yang dah tengok pun kena perhatikan semula. Sila perhatikan larian Mail (watak Bront Palarae) masa sama-sama kejar Izzah kat kampung.. (scene selepas Haris mengamuk marahkan Izzah tu) Hahahahahahahahahahahahahahahaha.... boleh pulak mata ni terfokus kat Mail tu.. dan air mata yang baru nak gugur terus kering semula :)

Two thumbs up untuk Ombak Rindu.. Saya calonkan abang Aaron Aziz untuk artis paling fofular tahun ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...