@churalliya

Thursday, July 12, 2012

Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight

(Sticky entry for 48 hours)

Sejak kecik lagi rasanya dah kenal dengan produk Sunlight ni.. produk apa yang emak kita gunakan kat rumah, mesti kita akan ikut bila dah berumahtangga.. sebab dah percaya dengan keberkesanannya kannnn...

Setiap ibu mesti mahu kan produk yang terbaik untuk diri dan keluarga.. terbaik dari segi harga, disamping dapat menjimatkan masa dan tenaga.. sekarang semua nak cepat.. bila malam tu, itu lah masa nak luangkan dengan keluarga kan.. Kalo nak basuh pinggan pun terhegeh-hegeh, sebab susah nak hilangkan minyak atau kena basuh 2-3 kali sebab pinggan berbau sabun, memang anak-anak dah tido dulu lah jawabnya.. Kalau anak2 tido dulu ok lagi, kalau suami? ehhhhhh?

Bab pilihan produk pencuci pinggan, mekchu memang akan pilih Sunlight.. dari dulu dan selamanya.. Sebab setiap botol Sunlight mempunyai kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 biji limau. Hasilnya, kerja mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima.

Baru-baru ni, Squad Sunlight telah datang sendiri ke rumah untuk menyebarkan lagi kegembiraan yang diperoleh melalui usaha minima untuk kerja-kerja mencuci pinggan dan mencapai prestasi maksima, tanpa tanda-tanda berminyak, kesan kotoran atau bekas bersabun.

* Tumpang rumah akak mekchu sebab rumah mekchu ada sikit renovation yng mungkin tak selesa..

 Skuad Sunlight berkongsi beberapa tip bagaimana mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima, hasil daripada kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 limau dalam setiap botol Sunlight.

Tak perlu banyak.. hanya setitik dua sahaja sebenarnya dah cukup.. 

Squad Sunlight melawat rumah-rumah pengguna dan menunaikan permintaan setiap suri rumah – iaitu membantu mereka memudahkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk supaya mereka dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka.

 Dianggarkan lebih kurang 20,000 pinggan mangkuk telah dicuci oleh Skuad Sunlight seluruh negara.

walau pun dengan sedikit sabun, tapi lebih daripada mencukupi dengan membasuh pinggan yang boleh tahan banyak sebab memang kaya dengan kuasa limau.. Di samping memelihara tangan dan bau wangiiiiii...


Nak tahu lebih lanjut?  Ada 2 berita baik bagi pengguna Sunlight dan pembaca blog mekchu :)

Yang pertama, sempena Kempen 'Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ ini, pihak Sunlight sedang mengadakan peraduan yang berlangsung dari Mei 1 hingga Ogos 31, 2012 seluruh negara bagi menyebarkan lagi kuasa 100 limaunya kepada rakyat Malaysia lain.

Dengan sebarang pembelian botol atau pek isian semula Sunlight di kedai-kedai runcit yang terpilih, pelanggan akan menerima penanda Sunlight yang boleh digantung di pagar rumah.

Rumah-rumah yang dilihat menggantung penanda Sunlight ini akan berpeluang memenangi bekalan setahun Sunlight.


tak teringin ke? stok setahun..

 bergambar kenangan bersama Squad Sunlight.. 

terima kasih kerana datang untuk tolong cuci pinggan mangkuk dan tunjuk cara cucian yang sebenar dengan Sunlight..

Ok. Berita baik yang kedua bagi pembaca blog kuning oren ni.. Ada Peraduan 'Detik bersama Sunlight' untuk para pembaca semua..

Peraduan 'Detik bersama Sunlight'
Tempoh peraduan: 30 Jun, 2012 - 29 Julai 2012
Hadiah berupa set CORNINGWARE® bernilai RM429.00 bakal dimenangi oleh 1 pemenang terpilih.
Langkah penyertaan:

◦Langkah pertama: Ambil gambar yang bererti ‘Detik bersama Sunlight’ kepada anda.
Contohnya: Gambar makan bersama keluarga, gambar membasuh pinggan bersama anak anda, dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda. 

◦Langkah kedua: Muat-naik gambar tersebut ke Facebook wall anda, dengan caption ‘Detik Saya bersama Sunlight'. 

◦Langkah ketiga: ‘Tag’ Suraya Mazni Mekchu sebagai cara memaklumkannya mengenai gambar tersebut selewat-lewatnya pada pukul 11.59 malam pada 29 Julai.

Contoh gambar 'Detik bersama Sunlight'

*Gambar sekadar contoh sahaja.. korang konpem boleh hasilkan yang terbaik dari ini...

Terma dan Syarat Peraduan 'Detik bersama Sunlight'
1.Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap atau yang bermastautin di Malaysia.
2.Peserta peraduan hanya boleh menyertakan SATU gambar sahaja.
3.Privasi gambar tersebut hendaklah diletakkan pada ‘public’ supaya pihak Sunlight dapat melihatnya bagi penghakiman.
4.Hadiah akan dihantar kepada pemenang sebulan selepas tarikh pengumuman pemenang.
5.Sunlight berhak menukar hadiah yang ditawarkan sekiranya kehabisan stok. Walaubagaimanapun, nilai hadiah yang ditawarkan akan bernilai RM429.00 atau lebih.
6.Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.


Hadiah : CORNINGWARE
6-piece set
•1L Covered Casserole
•1.5L Covered Casserole
•3L Covered Casserole
Harga: RM429.00

Pemenang bertuah akan diumumkan di blog ini diantara 6 - 12 Ogos.. Tepek gambar kat facebook je dah bleh dapat hadiah.. Tak perlu LIKE pon.. Penilaian berdasarkan gambar yang terbaik dan kreatif :)

Good luck semua..

Wednesday, July 11, 2012

2 biji untuk menjadi gebu

Sarapan mekchu sebelum pegi kerja pagi tadi..


2 bijik telur ayam kampung (kata tinggal kat kampung khannn), letak kicap manis dengan lada sulah.. perghhhh... 

Harap2 baby keluar nanti segebu abang dia :D

Tuesday, July 10, 2012

Igauan demi igauan

Lepas balik dari cameron sambut enibeseri Mei hari tu, pantang dengar siapa yang nak pegi cameron.. mesti laju je nak kirim keledek madu dengan jagung madu..

Masuk ni dah 2 kali kirim pada orang :D dan alhamdulillah dapat. Kiranya tiap2 bulan dapat merasa..

Pertama hari tu nampak one of my big boss kat opis ni check in kat Brinchang.. laju je tya boleh kirim tak.. tak malew kirim ngan boss.. tapi kalau dah teringin tu apa cara sekali pun sanggup..sbb tahu dia boss yang sgt sporting..

Kali kedua ni pulak dengan salah sorang kawan lama.. tak sangka dia sms tanya nak kirim keledek dgn jagung madu tak.. aduhhh, kecik tapak tangan, sebidang kain jakel mekchu tadahkan.. tp masa tu blom pikir macam mana nak pass lagi.. janji dah kirim dulu kannn...

Terima kasih pada Ieta Hamdan.. terharu sbb dia ingatkan mak buyong ni.. nasib lah ko kat putrajaya aje.. dan kebetulan tak lama lepas tu papa-jit ada pegi sana.. terus mintak tolong dia yang amek kan.. setel!!

begitu lah rupa mereka yang sentiasa menjadi igauan.. 

Kukus, grill, panggang...
Kukus, grill, panggang...
REBUS!!! hahahaha...

dan hari ni dah selamat ngap... 

Rasa dia kan...... tak sama tau macam keledek biasa.. bila kemanisan, kelemakan dan kelembutan itu bergabung.. ohhhhh tiada kata yang boleh diucapkan.. tapi bila nak buang kulit tu mcm potong stim sikit lah..

Mula2 memang takut nak makan sebab takut angin.. tapi alhamdulillah, selamat tanpa kesan sampingan..  yang penting sebelum tu kena pastikan perut tak kosong..

Dan sekarang yang menjadi igauan seterusnya....

 kuih sepang bersantan.. balik pilah baru bleh dapat nih..

Tekak ni nak melantak sesado.. Adoiiiyainyapon..

Monday, July 9, 2012

Blog pompuan kena ada entry masak-masak

Bila tengok review blog bitt kat dalam Apa Kata Wanita (AKW) baru-baru ni, terus tersentap sendiri.. bukan sentap sebab jeles blog dia masuk tv, tapi sentap sebab dalam segmen Blog Pilihan tu review lebih kurang macam ni "tidak sah blog seorang wanita kalau tidak share resepi masakan".. perghhh #makandalam..

Terus minggu tu masak nasi lemak.. dengan tujuan supaya AKW terjah blog mekchu jugak.. hahaha berangan kan percuma..Blog neenanuar pun dah pernah masuk AKW.. lepas ni harap2 turn mekchu pulak..

Dan ini lah masakan nasi lemak pertama mekchu.. my 1st ever nasi lemak in the house :)

semua tu masak sendiri tau termasuk lah kacang goreng tu.. 

Masa nak masak kacang goreng tu kan, tiba2 blur dan terpikir nak letak minyak ke tak payah erk.. siiiikit lagi nak call emak kat rumah.. hahaha..

tapi sambal masin sikit :(

Nasi tu kena gelak ngan papa-jit.. hahaha.. tak pernah2 kan bini dia present nasi tinggi bangunan macam tu.. nak masuk blog katanyaaaa...

Ok, kira dah lengkap lah blog ni sebab dah ada entry masak-masak.. yeyyyy... walau pun menu nasi lemak yg level pejam mata je kat kawan-kawan yang lain :D

Sunday, July 8, 2012

Check up @ 24 weeks

Kali ni bawak abang mi-cah sekali sebab dia sibuk kata nak tengok beby dlm perut.. Kalau pagi2 celik je mata mesti carik perut mama dia dan cakap "good morning baby".. no more "good morning mama" lagik dah.. tsk tsk..

Sampai hospital macam biasa lah dalam pukul 2.30 - 3.00 ptg mcm tu.. sekali doktor ada emergency la pulek... nurse dah suruh pegi minum dulu.. tp perut masing2 dah kenyang.. parking pulak bleh tahan susah.. so, decide layan kepala je kat dlm tu..

Pukul 4.00 ptg jugak doktor baru masuk.. masa tu baru no.5 dan mekchu nye no.15.. terbaekkkkk... dah la bawak mi-cah.. berasapppp nak menjawab soalan2 dia..

 kebuhsanan.. mmg pikir tilam ngan bantal je time tu.. 

 lama tau mekchu tengok gmbr ni.. tak sangka mcm tu sekali keadaan perut bila duduk.. OMG... 

 kesian mereka.. masa mi-cah dulu memang kalo check-up mekchu gi sorang2 je.. ye la, dulu papa-jit kat putrajaya.. skang kat sban.. mmg saje lah kalo tak nak teman.. 

 macam gegirl pakai celak.. gmbr dekat tak de pulak.. ni lah sekeping yang dia pandang camera.. itu pun sebab dah kena ugut.. hahaha.. 

 dengan doktor intan.. very softspoken doctor.. 

So far perkembangan check-up kali ni..

1. Confirm it's a cheese burger.. masuk ni dah 3x check up, 3 kali tu jugak doktor kata gegeirl.. alhamdulillah...
2. Berat mekchu dah cecah 55kg (naik paling mendadak-3kg dlm tempoh sebulan)
3. Berat baby dah 650 gram.. selebihnya memang omak ehh yg berat :)
4. Amek darah dan result HB rendah.. pada bacaan 9.9 dah kena tambah makan vitamin :(


pramilet ngan neurogain tu bulan lepas punya stok.. x amek baru sbb tak abis lg.. ingat kan selamat lah bleh skip2 makan ubat.. sekali hamek ko tambah lagi iberet folic tu sbb HB rendah.. 

Ni baru betul hambek obat!!!!

Thursday, July 5, 2012

Muktamad utk memilih Tanamera Postnatal Care Set

Laju je jejari runcing update status "Terleka sekejap bila baca review pasal set bersalin ni.. rasa2nya dah tahu nak pilih yang mana.. bagus betul teknologi sekarang ni kan.. mak sukeeeee...." dan terus berdas-das yang bertanya set apa yang menjadi pilihan kalbu.. 

Mekchu memang jawab kat inbox dorang aje.. risau lah kan, member fb ramai yang menjual produk/set bersalin tapi tak nak beli pon.. alahai, bab tu memang akhak lemah.. tapi bila fikir secara rasional, apa pulak nak sorok2.. kan lebih baik share dengan kawan-kawan supaya masing2 boleh buat pilihan.. 

Ok, mengandung kali ni mekchu memilih Tanamera Postnatal Care Set. Muktamad. Itu pun selepas hampir seminggu dok survey, baca review dan baca forum.. 

Kenapa? Why? Why?

Dalam jawapan yang mudah, sebab dia tak de jamu.. So, amat sesuai dengan perempuan pelupa nak makan ubat.. Pulak tu kalo anak kuning dah tak bleh nak berjamu.. agak tak praktikal jugak kot jamu zaman sekarang nih kan.. Semua set dia adalah main sapu2-an dan ada pun teh untuk minum.. 

Ya, walau pun ada set bersalin yang tak efect pada baby, tapi hati dah memilih tanamera.. what to do..  

Tatt taraaaa... 


Dah beli pun semalam. Bestnya sebab ada 4 item yang dah bleh guna seawal kandungan 24 minggu :
1. VCO
2. Brown soap
3. Lavendar spray
4. Herbal Massage Oil

Bila dah baca review, antara item yang memang bagus dan sangat bagus adalah sabun mandi dengan Virgin Coconut Oil (VCO) dia.. dan mekchu terus tambah 4 ketul brown soap dan 1 botol VCO sebabnya kalau nak tambah kendian, kena buat pembelian RM100 ke atas.. 

4 ketul sabun tu 2 daripadanya opismate yang order untuk isteri.. hai #beruntunglahhhh... 

Total set RM360. Additional item for brown soaps (RM15) dan VCO (RM34).


A combination of herbs and grains produce a grainy surface that gently removes dead skin . Herbs such as turmeric, wild ginger and cinnamon are known to improve one's overall skin condition. The exotic, earthy scent of patchouli oil is added for an aromatherapy effect.

A key benefit of VCO is that it's high in antioxidants which protect your skin from free radical damage. It can be used prenatally for stretch mark prevention as well as postnatally for fading of existing stretch marks, apply 2x per day. For best results apply after bathing and massage into wet skin.


Mekchu bukan duta tanamera... so, lagi 9 item bleh baca kat Tanamera Tropical Spa Products

Harap dapat menjawab persoalan Aerin, Naddie, Wnuuyuul, Suraya N Syawal, Diana, Iem, Ummu, Sha Chip, Siti Fairuz, Ita & Ouha :D

Supaya tak rasa bersalah sangat, mekchu flash back sikit bleh tak? Alaaaaa, jangan lah katup dulu :)

Dulu mekchu gadai duit syiling sebab nak beli set bersalin Sendayu Tinggi.. dah alami keadaan kena telan pil jamu nih.. agak serik jugak.. lepas habis pantang pun kena continue makan sbb sayang nak buang..

4 tahun dulu.. nasib ada entry kat fotopages :)

dan 3 bulan selepas beranak... dah muat jeans yg menjadi bench mark sepanjang mengandung..

Sebenarnya, bergantung kepada badan orang tu jugak.. tak bleh la nak samakan dengan kita kan.. set murah ke, mahal ke, jamu ke, tak jamu ke... semua berhak untuk memilih.. di samping tu pantang, urut, tungku dan bengkung kena lah buat..

#fuhhhhh berjaya buat ayat penyelamat disitu :)

UPDATE : Untuk mengetahui pengalaman berpantang menggunakan Tanamera Postnatal Care Set, sila klik disini --> http://churalliya.blogspot.com/2012/11/pengalaman-berpantang-dengan-tanamera.html

Wednesday, July 4, 2012

Siapa yang cantik, siapa yang manisssss?

Kalau perangai sopan, mmg dah lama ingat dia gegirl.. Nenek labu punya kerja lah ni pakaikan dia celak.. #pitammmm..

Mcm tu kot muka najwa :)

Sent from my RedBerry®

Tuesday, July 3, 2012

Kecik sebelum.. Kembang selepas..

Dah tahap blur tatau nak buat tajuk apa..

Kat opis kalau agak2 hari tu tak perlukan banyak bergerak, mekchu akan dengarkan ayat2 suci al-quran pada baby.. caranya dengan pakaikan headphone kat perut lah yu...

Lagi elok kalau dpt bacakan sendiri.. kalau sempat lepas solat magrib tu mekchu ada jugak baca.. tapi tak larat nak duduk lama.. baca 1-2 muka je.. sambung esok2.. lagi pun kalau baca sendiri ni khuatir jugak bacaan kita tu entah betul entah tidak..

Setakat ni mekchu amalkan surah2 bagus ketika mengandung.. macam surah Yassin(36), Maryam(19), Luqman(31), Yusuf(12), Hujurat(49) dan Taubah(9).. setiap surah tu ada maksud dia..

Masa mi-cah dulu pun mekchu lekap headphone ni.. bukan main aktif dia bila lekap kan headphone kat perut.. tapi kali ni lain sikit.. bila dah habis surah tu, baru terasa dia bergelombang.. agaknya minta dengar lagi kot..

 ini keadaan sebaik sahaja bawak keluar dari laci.. 

dan keadaan setelah beberapa ketika.. dah pakai 2 generasi.. hampir uzur keadaan nya.. 

Banyak jasa tu.. kalau lah headphone tu boleh berkata-kata.. apa agaknya dialog dia erkkkk...

Tapi itu lah, anak di dalam didengar ayat2 suci.. yang mamanya di luar ni jangan lah pulak dengar lagu bukan2 dari radio.. tak betul dah tu.. ngeh ngeh ngeh..

Dessert Musang King di malam dinner

Minggu lepas di Kediaman Rasmi Menteri Besar N9.. memang stok simpan cerita seminggu baru publish.. ibu mengandung mana lah yang larat update blog sehari sampai 3-4 kali kan...

Suatu petang minggu lepas (kes terlupa hari apa.. tp yg pasti masa tu mekchu sedang kelemasan akibat odit ISMS)

"Ma.. nak gi dinner rumah MB tak malam ni?"
"Tak nak laaaa.... tak de baju cantik.. semua dah ketat"
"Ok.. papa nak call Pej MB bg tahu papa sorang je dtg"
"Ohhhh papa pegi ke... tak bg tau pon" ~ dah mula serba salah nak ikut
"Iye laaa... semua ketua jabatan kena datang"
"Errrr... errrrr...."

Tingggggg... tiba2 teringat deqna (adik ipar) yang hi-tea kat rumah MB sebelum tu.. katanya MB sediakan dessert musang king... ohhhh la la..

"Cepat lah.... nnti lambat nak confirm kehadiran.. dah pukul 4 nih" ~ dia membebel dari padang golf
"Najmi?" ~ sempat selitkan cerita sedih di situ

Tiba2 perbualan BBM terhenti di situ.. ternyata 2-2 berat hati nak balik lambat sbb kesian kan anak..

"Mama call najmi kejap.. nnti mama bbm balik" ~ rasa serba salah kalau balik lambat semata-mata untuk dinner.. Lepas eksplen ngan mi-cah balik lambat sebab ada mesyuarat malam semua, terus bbm papa-jit..

"Ok, i follow u....."
"Kita balik rumah seremban aje lah.. ada baju tak kat sana?"
"Adaaaa....... kot......."

Dalam hati redha.. Tapi confident ada selai dua baju lama yang cutting besar..

Pukul 8 malam dah siap2.. antara yang awal jugak sampai.. masuk2 je dah nampak MB ngan datin seri kat muka pintu sambut tetamu.. erkkk erkkk.. cemas..

Follow je la montot papa-jit.. legaaa sangat bila dah dpt tmpt duduk.. tak lama lepas tu nampak kelibat az.. best pren kalo ada event macam ni.. caya lah.. ada geng!!!

 az, len kali jgn lupa roger awal2 ok... ada geng baru best..

Rasanya meja kitorang je yang muda2.. yang lain2 semua otaimer.. Lepas je dpt green light boleh makan, laju berdesup kami berdua.. tau2 je atas meja dah penuh.. Makanan yg super duper sodap malam tu.. 


 saat ditunggu2 dan sebab kenapa mekchu datang malam tu.. musang king power... terbaekkk...

Tapi berani makan 2 ulas je.. takut pulak panas.. janji dapat rasa je pon.. bukan nak melantak sgt..

Lepas dgr ucapan dari MB sekejap (sekejap je, tp rasa lama lah sgt sbb mata dah tahap gorilla tahan mengantuk), terus mintak diri mahu pulang buat taik mata... 

Terima kasih MB dan isteri yang sudi menjemput kami.. 

* Selebet je rasa bila pakai kasut tak de tumit ngan baju kurung.

Monday, July 2, 2012

Budak K-pop tu menang lah

Alhamdulillah, menang bagi kategori boboiboy....

 
Sedang elok sebab bantal dia dah koyak sbb dia suka gigit dan gentel kat 4-4 penjuru.. 

Terima kasih pada semua yang sudi tekan LIKE pada gmbr tersebut.. Masa dan tenaga anda amat mekchu hargai.. Dan kalau ada masuk mana2 contest silalah roger mekchu untuk membalas LIKE korang tu :) mekchu tak de hal punya...

Ada yang tanya apa tips nak menang contest LIKE-like nih.. hahahaha... tips mekchu senang je, post kat wall, buat entry dan paling penting jangan malas.. Alaaa.. bukan nya selalu menang pon... 4 kali je ;p

Tapi contest kat blog kureng luck.. tak pernah ada rejeki.. sebab tu malas nak masuk dah..

Tak de la semua contest pun nak masuk.. tengok jenis contest jugak.. kalo contest tu jenis bersyarat (mmg masuk mostly yang bersyarat mcm pernah beli baju/produk dia). Kalau contest open macam cutest baby, sweetest couple, candid picture, etc etc memang nan hado la nak masuk sebab pernah terkena dgn kes orang jual-beli LIKE ni.. sakit hati oooo... mekchu ada review kat sini..

Terajin skit hari ni nak buat rumusan..

1. 'Eid 1431H: My Besties with Matase Sutera Contest'
Won 2nd place :)

2. 'Eid 1432H: My Besties with Matase Sutera 2011 Photo Contest'
 Won 2nd place.. again ;p

3. Nurazshoppe Cotton Contest 2011
 
1st place i tell you... 

4. Little Diva Handmade Contest
Won for boboiboy category :)

Hadiah dorang bukan calang2.. kalau nak menang kena lah bersungguh erkkkk..

Dah, itu je setakat hari ni.. dalam masa terdekat ni dah tak ganggu hidup korang suruh LIE-like nih.. tapi kalau tiba2 mekchu muncul lagi, jangan marah yeee.. hihihi.. dah alang2 kita membeli dan berpeluang untuk menang, apa salah nya... kannnnnnn....

Sayang korang ketat-ketat seketatnya kain dan baju kurung yang mekchu pakai hari nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...