Nama panjang dia Majlis Santapan Negeri sempena Hari Keputeraan Ke-65 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.. senapasssssss.... ngko mampu?
Tahun ni memang nan hado baju-baju baru.. masuk istana hari tu pun baju recycle.. baju dinner ni pun recycle jugak.. sebab sibuk nak ber-blocking, sampai terlupa nak sediakan baju untuk majlis formal..
menumpang tuah sang suami di tahun yang ke-3
Kenal ke idok baju mekchu pakai tu? Ya, itu adalah baju mengandung merangkap baju raya dari Rizalman.. Size M sebab nak muatkan kebesaran perut masa tu.. Bila perut dah tak de ni, terasa macam besarrrrr la pulak baju tu..
Lupa kan pasal baju sekejap.. Jom cerita pasal dinner malam tu.. Ini malam minggu baru-baru ni..
Sampai-sampai je terus daftar dan dapat nombor meja.. tahun ni dapat meja paling depan uols... sukeeeeeeeee.... bertambah suka bila baca nama pada kerusi semua yang mekchu kenal..
Tapi agak hampa jugak kerusi tu hanya tinggal nama je.. sebab Az tak dapat datang last minute akibat 'kecederaan'... Ila pulak meja belakang sikit.. Suami kami best friend.. jadi secara otomatik kami juga adalah best friend..
duduk menghadap betul dengan biras mekchu yang main keyboard tu.. sengih2 je dia nampak abg ipar dan biras dia yang gojes duduk kat meja depan..
Layannnn...
Masih mengekalkan menu Western.. dah faham sangat memang kena isi perut dulu petang tu.. kalau tidak memang akan mengamuk kelaparan..
macam sikit pulak menu nya..
abang nuar tak de, abang jamal pun bulehhhhh....
kagum dengan perempuan ni yang main gambus sambil nyanyi.. suara sedapppp... papa-jib siap pusing kerusi tak toleh2 mekchu dah..
excited dapat tengok dekat2..
Lepas habis melantak, acara potong kek pulak..
happy birthday Tuanku.. ohhhhh anak sulung Tuanku itu sangat ensem kan...
Selesai je majlis, adalah acara mengambil gambar.. Tapi tak bleh over sangat sebab semua boss-boss masih ada kat dalam tu..
kami ber-5.. alaaa tak cukup korum... kesian tuan afizam yang ditengah..
Nampak gemokkk sangat bila pakai baju raya merangkap baju mengandung ni.. patut amek size S hari tu.. tapi bila try perut tak bleh masuk.. Itu yang amek M.. huhuhu.. harus lakukan sesuatu supaya tidak dipandang sepi.. Kalau nak let go ada yang nak beli tak? baju Rizalman tu derrr... Siap dah tambah munge2 kat tangan lagi..
Ehhhh termelalut pulak..
dengan ila yang dah masuk 5 bulan.. dia tak nampak macam mengandung pun kan.. mekchu tu yang nampak macam tengah bawak perut.. adoiiyaiiiii...
bos, boss, bosh dan boshs... haaaa bezakan ikut ketinggian..
geram weii dengan kek tu.. moga-moga big boss tak perasan dengan kehadiran kami di tepi kek.. hahahaha..
finally, dapat jugak jumpa dengan si manis @juliadorable ni.. selama ni asyik komen kat FB, kat IG tapi tak pernah jumpa...
opsssss... itu namanya gaya di lewat malam.. jom balik...
mata dah merah-merah.. tunggu boss-boss berasap..
sampai je rumah, menggelupur amek pam...
Semoga masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berjumpa di Majlis Santapan pada tahun hadapan.. InsyaAllah...