@churalliya

Monday, December 5, 2011

Ke Gambang Resort City lagi sebab nak jumpa ikan muntah air

Tak tahan la tiap-tiap minggu papa-jit outstation.. Mula dengan mekchu ke Sarawak hari tu, pas tu dia ke Ipoh, JB dan hari tu Kuantan dan minggu depan diikuti dengan Penang pulak...

Dalam banyak2 tu, kat Kuantan je dia offer kalau nak ikut.. Kalo tak ikut, rugi pulak rasanya.. Bukan setakat mekchu ngan mi-cah je ikut, satu family pun ikut jugak.. Ikan muntah punya pasal :)

Orang macam ulat ta1k!! meremik!! musim cuti sekolah memang tak boleh nak buat apa kan... redha je la.. kitorang sampai nak dekat pukul 3.. pukul 4 setengah okeh baru bleh check-in.. memang longlai campur mabuk sikit.. masuk je bilik, lantai tak sempat kering.. housekeeping baru lepas tolak troli kat bilik sebelah.. punyaaaa lah.....

Dulu duduk kat bilik. Kali ni apartment 2 bilik. Tak jauh beza susun atur dia.. Rasanya selesa bilik lagik kot.. Ingat tak masa dok bilik dulu tu mekchu siap masak mee hoon sup? Kemain rajin tak tentu hala...

Petang tu tanpa membuang masa terjun pool dia.. secara keseluruhan kali ni semua-semua pun rimas dan lemas.. ramai sangat orang sampaikan mood bercuti tertinggal di atas katil kat rumah..

ini nama dia berenang-renang ketepian.. 

kat pool pun dah penuh.. berbeza sangat lah dengan tahun lepas.. 

tak pe, yang penting mereka happy.. padat sikit tak pe :)

mata ni asyik pandang budak kecik ni aje..dia sangat relek sambil kaki tendang-tendang air.. makin lama makin ketengah.. hehehe sangat comel..

kami yang bertolak ansur.. lepak tepi aje.. tak de ruang selesa untuk terjun.. ngeeeee... 

Petang tu kami dapat berita sedih. Atuk saudara baru meninggal. Nampak gaya kena balik Kuala Pilah secepat mungkin.. Al-fatihah.. Sepatutnya berada di gambang dari Ahad sampai Rabu.. So, kami decide untuk balik petang esok.

Malam tu papa-jit tunaikan hasrat binik dia nak makan Anna Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur. Pengaruh dari blogger yang tak berapa nak seksi tapi buat entry seksi pasal makan kat sana.. Dari gambang nak ke sana pun dah nak dekat sejam.. Sabar lagi..

Jumpa Anna Ikan Bakar Petai dengan jaya atas bantuan papa-go papa-jit :) tapi................. apsal lah ramai sangat orang.. kat bawah ramai, kat atas pun ramai.. Kedai sebesar mid valley pun boleh penuh.. sah-sah sodap masakan dia..

 segenap ruang pun penuh dengan orang.. bawah konsep duduk atas kerusi.. sebelah atas duduk bersila.. tapi kak eliz siap kena sapu nasi2 yg berteraburan dulu sebelum kitorang bleh duduk.. kalo nak tunggu dorang sapukan, memang pukul 12 malam la baru dapat makan..


 tenangkan hati dulu.. kita senget sama-sama..

nak dekat setengah jam tunggu, baru sampai tomyam, kailan ikan masin ngan telur dadar. Ikan bakar, sotong, udang semua sampai selepas nasi kami habis.. 

Dalam kalut2 tu, mata ni dah terperasan kat someone yang macam kenal aje... nak tegur takut salah orang.. sampailah dia tweet mekchu. Baru lah konfiden nak tegur.. Ohhh nurul, tak sangka jumpa kat sana dalam keadaan yang agak kureng selesa kan.. Kalau tak, bleh duduk lepak sama-sama.. Bila nak update blog baru perasan tak de gambar kita.. tsk tsk..

Curik gambar nurul kat facebook aje :)

tu gambar nurul & family.. kat belakang tu gambar kami sekeluarga.. nampak dalam gambar tenang aje.. hakikatnya kebuluran dan kegeraman sebab servis yang super lambat..

Habis makan.
Terus balik bilik.
Tido.

Esok tu bangun nak masuk Theme Park. Mi-cah tak sabar sangat nak jumpa dengan ikan muntah air dia.. Siang malam asyik tanya..

Nasib lah beli tiket siap2 kat hotel.. Bila sampai kat theme park, mengucap panjang tengok orang beratur nak beli tiket. Mi-cah pun kami belikan. Tinggi lebih sikit je dari penguin tu. Tapi buatnya dia tak boleh masuk, memang tiada siapa yang sanggup nak redah lautan manusia nak belikan tiket.

 tengah tunggu kak eliz beratur belikan tiket. kat hotel kurang panjang barisan dia.. 

 satu-satunya gambar kami semua.. kak eliz je yang tak de dalam gambar.. 

Nasiblah dah ada pengalaman yang theme park tu gunakan e-Value.. so, siap2 top-up duit kat dalam gelang. Serik dah kena carik kaunter kat dalam tu nak bali e-Value.. Cuma kami silap sebab tak sewa 'pagola'.. memang tak de tempat nak letak barang.. penuh sangat dengan manusia.. kesian emak ngan abah yang jaga kan beg..

Dan ikan muntah air mi-cah...

 tengok orang yang tadah kepala bawah tu pun dah tau betapa penuhnya theme park hari tu.. dulu pegi masa x-mas. Kira waktu cuti sekolah jugak. Tapi tak de la rupa itu ramainya... 

Mi-cah bad mood.. semua2 pun dia tak nak main.. asyik lah meragam.. bila anak bad mood, terus mak ngan apak dia pun bad mood jugak.. hanya main2 air sikit je.. selebihnya melekap.. Sebenarnya dia tak selesa sebab orang yang terlalu ramai.. tau je la anak bujang mekchu tu kan ke suka privacy.. adoiiiiii... 

Mekchu pun sempat main gelongsor 2x je dengan nabila.. memang kehilangan mood betul bila orang yang terlalu ramai macam tu.. tatau la, tapi ternyata kami memang tak selesa.. Masuk pukul 10.30 pagi, pukul 12.30 dah siap2 nak balik bilik.. 

tertewasssss.. budak yang bad mood.. mengantuk pun iye jugak.. 

Petang tu siap2 terus balik Kuala Pilah untuk ziarah atok saudara.. Sebenarnya dah lama risau kalau kena stay sana sampai 4 hari.. apa la aktiviti lain yang boleh buat kat sana tu kan..

Habis jugak entry senapas ni.. Bila on je laptop nak siapkan entry, hati tu lebih minat nak buat slide show.. hahaha.. korang dah tengok ke slide show tu? Mekchu ada tepek kat side bar tu.. Baru hegeh nak buat.. Ini semua sebab pengaruh pn.stoberi la ni... Ishhh banyak pulak pengaruh blogger kat sini kan. 

Kalau tidak sekarang mekchu berada di gambang sekali lagi dengan kak jem kembar kuuu...

Friday, December 2, 2011

Perhatian Sebentar

Salam semua.. Apa plan weekend ni?
 
Ingat lagi tak mekchu pernah beritahu kak Nurazmiah (yang jual kain cotton tu) ada bukak booth kat Subang Parade? Booth itu tetap dibuka seperti biasa. TETAPI minggu ni beliau tidak menjual cotton. Sebaliknya beliau akan menjual produk Premium Beautiful (PB). Itu sudah bagus kan.. So, sesiapa yang sedang berkira-kira nak dapatkan penerangan lanjut mengenai PB, sila lah ke Subang Parade. 
 
 
3 & 4 Dec - booth #5
*booth berdekatan dengan kedai CELLINI
 
Ingat tau, minggu ni tidak menjual cotton, tetapi  PB. PB tau, PB. Bukan cotton.. Berapa kali nak ulang daaaa.. Ulang banyak2 kali selalunya lagi senang nak ingat :) 
 
Sesiapa yang berminat dengan product cotton atau PB, boleh menghubungi kak Nurazmiah kita yang semakin sibuk dengan bisness dengan beberapa kaedah berikut :

E-mel : nuraz77@yahoo.com
Call @ SMS : 019-2316982


Dengar cerita dia ada buat special offer :) Ahakssss....

Maafkan adik, abah..

1.12 - Tarikh perginya arwah abah pada tahun 2007.

Kenapa lah baru 4 tahun, tapi sebagai seorang anak dah lupa akan tarikh tersebut. Maafkan adik abah.

Alhamdulillah, malam tadi sempat sedekahkan bacaan yassin kepada arwah dan malam tadi juga mimpikan arwah...

Arwah meninggal kerana menghidap kanser hati tahap kritikal dan ketika mekchu mengandungkan mi-cah pada usia 6 minggu :'( Betapa besarnya kuasa Tuhan.. Subhanallah....


Jangan jadikan kesibukan kerja kita sebagai alasan untuk melupakan seseorang yang tersayang..

Al-fatihah...

Berita baik bagi penggemar Tupperware

(Entry berpelekat kuat selama 48 jam)

Saya penggemar Tupperware.. Penggemar dulu, belum jadi penggila lagik :) Belum tinggal betul-betul kat rumah sendiri pun dah mula membuat stok Tupperware, kalo dah tinggal betul-betul nanti konpem party Tupperware :)

Berita baik buat penggemar dan penggila Tupperware. Buat julung-julung kalinya kita akan jumpa dengan promosi haibat ini. Pasang mata untuk membaca dan pasang telinga untuk mendengar.. Konon-konon mekchu tengah baca style pembaca berita Buletin Utama..

Promosi khas untuk 2 set di bawah ini. Gambar untuk setiap set di sebelah bawah. 

SET A :
1 unit of Rectangular Shelf Saver 2L RM33.70 - untuk kegunaan didalam peti sejuk
1 unit of Large Square Round 2L RM22.30 - untuk kegunaan didalam peti sejuk, simpan sayuran contohnya
1 set of Go Gren Lunch Set RM60.00 - tapau set untuk kegunaan anak, suami atau anak-anak
1 unit of One Touch Medium Topper 1.4 L RM23.90 - untuk simpan makanan yang perlu kedap udara seperti gula, biskut
1 unit of Fold-to-go RM19.90 - nampak kecil, tetapi banyak boleh diisi didalamnya
 TOTAL : RM159.80 AFTER LESS 40% RM95.88 

SET B :
1 unit of Prosperity Saver 8.7L RM86.70 - sesuai bawa untuk berkelah
4 unit of Eco Bottle 500ml RM64.80 - peneman penghilang dahaga
TOTAL RM151.50 AFTER LESS 40% RM90.90 

Penggunaan bekas plastik daripada Tupperware Brands ini boleh menyelamatkan alam sekitar kita selain menjauhi kita daripada penyakit berbahaya. Contohnya bekas air minuman Eco Bottle lebih selamat digunakan berbanding dengan botol air pakai buang yang hanya selamat jika digunakan sekali sahaja. Warna Eco Bottle yang memikat membuatkan kita boleh menukarnya setiap hari tanpa berasa jemu.

Haibat kan.. Rege semua RM150++, tapi kalau beli dari blog mekchu korang bleh dapat dengan harga RM90.00 sahaja.. Senang je, korang komen je kat sini dan terus layak untuk mendapat harga istimewa itu.. Mudah kan..

Kalau korang nak tahu kan, tupperware daripada Tupperware Brands ni ada lifetime warranty. Members Price less 20%-25% tertakluk kepada tahap keahlian kita. Tapi kali ini sangat special sebab ada clearance price. Stok adalah sangat limited based on first come first serve basic.

Pembelian boleh dibuat melalui e-mel di alamat tupperware3099@gmail.com. Hanya pembaca blog kuning oren ini sahaja yang boleh mendapat harga istimewa RM90.00 untuk pembelian mana-mana set di atas.

Juga boleh melihat promosi dan produk yang terkini yang lain di sini http://tupperware3099.blogspot.com/


Ingat tau, sekiranya berminat sila tinggalkan komen beserta e-mel anda di sini. Dan selepas siap komen, sila e-melkan pilihan anda di tupperware3099@gmail.com dan jangan lupa seru nama mekchu 3x dalam e-mel tu :)

Siapa cepat, dia untung..

Thursday, December 1, 2011

The Strands, KD

Motip gambar adalah nak bg tau tu adalah jacket baru beli online kat fb.. Di samping tu nak bg tau jugak mekchu dah sampai The Strands, Kota Damansara... Uuuu la la!
Training TCO! Stream selama 2 hari.. Training paling seronok untuk tahun 2011. Kalau perasan tiap-tiap hujung tahun korang mmg akan terjumpa entry psl training...
Tata (sambil kembali fokus kat cikgu ensem)

Lieza::i hate u mekchuuu @ Suraya mazni

Next.......... tapi sebelum tu, hai lieza :)

Nak hate hate orang pulak yeeee... berani kamoo.. http://lieza78.wordpress.com/2011/10/14/i-hate-u-mekchuuu-suraya-mazni/

*******
haha… ganas xbunyi nya… apa-apapun dah gelakkan mekchu.. mesti terperanjat beruk si mekchu ni tiba-tiba lak entry aku macam ni… ekeke.. cover mulut yang ternganga tu mekchu orang pandang ni.. hokeh..

nape entry macam ni… sebab dia bezzzzz… ooopss!! jangan lar marah …xder pun kita ni nak mencik mencik mekchu ni.. disebabkan dia nak nama dia terpampang di dada blog ni.. saje letak nama macam tu ..(rasa..rasa ada fan yang marah x mekchu).. ni semua contest yang dia suruh kita join ni.. malas nak entry panjang.. so korang layan kang ada yang menyampah plak..

Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?
korang rasa camaner mekchu ni… mekchu ni orang dia lemah lembut.. sopan santun.. cantikkk…(emmm macam pernah ku dengar ayat ni tapi di mana yer…) … ish korang mmg mekchu macam tu lar.. ingat memain ker.. lom pernh dengar mekchu jadi singa.. sebab dia pernah jugak citer kan yang jadi singa bila michah bt hal.. nak jugak tengok camaner rupanya.. ekeke jap..jap bayangkan jap.. hehe tetap ko comel n ayu disamping suara halus mu itu ya mekchu…

Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?
semuanya bezzzzz… hehe saya xreti menilai blog orang ni.. sebab saya pun jarang bukak n tulis blog.. ni pun nak sahut seruan mekchu lama gak xtulis karangan…apa yang penting header sudah bertukar siap ada tema ko.. sokong blog kuning oren ni…

Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?
entry yang macam mana yer.. semua yang mekchu tulis saya layan jer.. xder yang xlayan.. baca jer kadang-kadang rajin jugak membalas.. yang kesian bila nak selesaikan isu bibik dia.. aduh kesiannnn.

Kenapa korang nak menang voucher RM50 dari Matase Sutera
gila ker xnak menang… mana aci asyik mekchu jer menang n suruh paksa kita klik gambar dia.. kita pun nak jugak tayang n pakai baju Matase Sutera tu.. asyik tengok FB n Blog sambil pikir2 rege dia lepas ker x.. cukup ker x.. nak jugak masuk contest macam mekchu ni.. n suruh n paksa orang klik gambar kita…

ok itu sajer entry saya untuk kali ini.. mana yang baik adalah memang betul mana yang tulisan yang berbaur jealous n hasad dengki hanya tulisan semata-mata tiada tersirat n tersurat yer.. harap maklum…ekekeke

******

Jangan sesekali tengok mekchu jadi singa.. silap-silap mintak tukar kerja kat bangunan sebelah nanti.. mengerikannnnn... hahahaha...

Lieza ni pandai jait manik okeh.. dah 3 pasang baju mekchu hantar soh dia jaitkan manik.. 3-3 pun mengelip.. ntah cemana lah bermanik sambil ada anak kecik..

Tak de rezeki kali ni.. tak pe dia sebenarnya kalo nak berMatase Sutera 5 pasang terus pun tak de hal.. main kenyit2 mata aje ngan mr.deming dia.. ahakssss....

Terima kasih ehh lieza sudi join, dalam sibuk2 bermanik sempat jugak mengarang.. nanti bg alamat nak pos buah pulasan :)

Tuesday, November 29, 2011

All by myself

3 tahun 4 bulan.

Mi-cah dah boleh mandi, sabun, yak-yak (tapi cebok tak bagi buat lagi), kencing, pakai spenda, pakai seluar, pakai baju, sikat rambut dan pakai bedak sendiri..

Mula-mula hari tu kan, rasa macam gerammmm sangat sebab semua pun dia nak buat sendiri.. kita nak cepat jadi bertambah lambat... kalo mandi pulak main kecebor-kecebor nak buat bunyi macam papa dia mandi.. hahahaha... sudahnya air semua pegi belakang.. badan dia kering lagi.. sekarang dah pandai, mandi pelan-pelan.. tang rambut pun dah rata airnya..

Sabun pun dah pandai.. dulu perut je wangi.. sekarang ketiak, bebird, montot semua dia sapu..

Paling best apa tau.. bila dia nak kencing.. tak payah tolong apa-apa dah.. dia rasa je nak kencing, pandai2 lah pegi toilet, keluarkan bebird dia dan kencing.. pas tu cebok tang bebird tu aje.. ohhh lucky to be a boy :)

Part nak pakai baju pun satu hal jugak... Ni sempat amek gambar petang balik keje minggu lepas.. kebetulan nenek labu tak sempat mandikan dia.. 

Kalau tiba2 dia lupa dan kita pun lupa dah terpakai spenda, sanggup dia bukak balik spenda tu sebab nak pakai sendiri punya pasal.. sukati ko lahhhhhhh...

Sikat rambut ada style sendiri.. mekchu selalu sikatkan semua rambut dia kebelakang.. sebab bila kering rambut dia memang akan turun sendiri.. tapi dia tak suka okehhh... nak sikat siap-siap ke bawah tutup dahi lapang dia tuhhh... 

Ada jugak mintak nak pakai minyak rambut. Tapi kitorang tak bagi sebab takut rosak rambut.. dah mula pandai melaram nanti mesti pegi beli minyak rambut sendiri kat kedai..

Bedak pun nak pakai sendiri.. berkepuh macam tepung gomak.. tak pe, mekchu suka.. masih setia dengan bedak anakku sebab bau dia sangat bau baby.. 
 
mama-chu enterpreme.. setiap kali lepas siap mandi memang kena bayar tol kat mama dulu.. hehehe..

Dah nampak banyak perubahan pada mi-cah ni.. dari nakal yang sukar dibendung, sekarang dah behave sangat.. syukur ya Allah...

Rupanya anak umur 3 tahun ke atas baru akan lebih mendengar kata.. dan perubahan itu akan jadi tanpa kita perasan sebenarnya..

Kalau zaman mi-cah tengah melasak dulu selalu merungut kenapa dia nakal, kenapa tak nak dengar nasihat, kenapa suka baling barang, kenapa suka pukul, kenapa itu, kenapa ini... tak baik kan.. sekarang bila fikirkan balik saat2 itu, terasa rindu...

Sunday, November 27, 2011

Penguin tak di beri makan

Tahun lepas sama besar je mi-cah ngan penguin tu. Tahun ni mi-cah dah lagi tinggi. Nampak gaya kena bayoo lah ehh?

Mana aci... Penguin tu tak di beri makan. Meme lah tak besar2.. Patut sama je lah besar dia.. Kannnnnnn.. Ini tidak adil..

Akan berada disini sampai rabu. Kalau tengok penguin tu, korang tau lah kot kat mana kan. Esok mi-cah nak jumpa dengan ikan muntah air dia :)

Button Share

Baru tambah button share facebook kat blog ni dalam minggu lepas..

Dan button itu membuatkan mekchu tersenyum :)

 entry Surayu yang ayu menang lucky draw masa Karnival ICT :)

 entry mi-cah yang puasa susu dan mekchu yang muat pakai baju poney mi-cah :) itu apa kes sendiri punya entry, sendiri like?

dan entry suka tengok diri sendiri bila pakai baju sutera pink :)

Terima kasih kepada yang sudi share.. Ketiga-tiga entry tu terus jadi top 3 my glam entry.. muahh muahh muahhh...

Walaupun angka dia kecik, itu pun dah cukup membuatkan hati ber-munge-munge riang.. tak de lah sehaibat mana pun.. tapi lega sebab mekchu tahu masih ada yang menyukai blog ini.. 

Salam Maal Hijrah buat semua dan selamat datang tahun 1433Hijrah.. lepas ni bila nak raya nanti kena ingat kita dah masuk 1433H.. kalau boleh jangan google bila nak tulis kat raya nanti.. hahahaha macam berpengalaman aje..

Harap semua dapatlah berhijrah ke arah yang lebih baik kan.. korang bila masuk je opis jangan malas-malas lagi tau.. mekchu lambat lagi kot masuk opis..

Menyanyi lah.. la la la la... la la la la...

Friday, November 25, 2011

Surayu yang Ayu...

Hahahaha... nama baru okeh sempena Karnival ICT tadi di sambut dengan tepukan gemuruh yang kedengaran jeles daripada para hadirin..... dapat lucky draw dengan nama Surayu.. Surayu pun surayu lah.. memang ayu pun.. hahaha #pitammmmmmm...

Simposium dari TM.. bersama senahsirap, wildcutecat dan capogrande.. variasi betul nama-nama dorang ni kan... 

dapat parfume TM :) jeles tak?


Alhamdulillah, ada rezeki.. Bukan senang nak dapat lucky draw.. 1st prize tv LCD Samsung. Kalo dapat, konpem letak kat dalam bilik air..

Dan paling hot kat situ tentu lah Unifi kan.. maklum lah, kat Seremban ni siapa cepat dia dapat.. yang cepat tapi tak de coverage pun tak guna jugak :(

sungguh2 dgr penerangan.. siap guna phone dia lagik test call papa-jit.. orang TM tu yang suruh.. 

Korang tau kan pakej Unifi ni.. pakej dia tak boleh pilih-pilih.. Video Internet Phone (VIP) sekali harung.. part Internet ngan Phone tu mmg best dah.. part video tu agak sukar sikit laaa... 

channel sukan? hanya ada channel MUTV.. seddddddihhhhhhhh!!!!

Dah tentu-tentu lah laki aku tolak seboOOolat suara.. tak bleh hidup kalo tak de channel sukan ni.. ESPN, Arena, golf.. itu channel feberet dia dan kadang2 bleh jadi gaduh ngan anak :) Ingatkan channel MUTV tu ala-ala ESPN punya.. sekali mmg channel khas Manchaster United ngkooo... harus geli2 badan papa-jit.. hahahaha...

Kesimpulannya, memang nan-hado lah kami nak register Unifi tu...

Banyak booth kat situ.. Tapi UPTM tak de bukak booth pun.. Kitorang ni datang sebagai tetamu tau.. jadi kalau carik mekchu kat sana memang tak kan jumpa lah :)

 
bersama hadiah lucky draw yang dimenangi.. seeeebok je sir capo kat sebelah tu nak jugak pegang2 hadiah aii.. 

Jalan-jalan kat booth sekejap je.. Lepas tu terus ke PC Fair.. kat situ yang lama.. bukan lama sebab tengok pc ke notebook ke iPad ke.. tapi lama sebab tanya2 pasal camera.. hahaha.. 

Antara Lumix GF3 dengan Sony NEX C3.. 2-2 pun bisa menggegar dada.. 

nak amek gambar sorang2 sebenarnya.. clown ni sebok datang sebelah nak amek gambar.. tau la sama-sama berpolkadot.. pas tu tanya boleh cium tak? belasah nak?

Esok lusa nak angkut papa-jit ngan mi-cah pulak.. kot2 papa-jit lembut hati nak belikan camera..


Korang jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama ke acara yang jarang2 ada kat Seremban ni tau.. Memang best. Boleh tengok kat http://www.knsict.com.my untuk dapat info mengenai aktiviti yang disediakan. Kalau cari mekchu kat sana, memang susah sikit nak jumpa sebab tak kena duty.. Lalalalalala...

Ok lah, nak bukak hadiah lucky draw :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...