@churalliya

Thursday, October 11, 2012

Check-up @38 weeks ~ Baby belum nak keluar lagi

Check-up selang seminggu..

Perkembangan mummy & baby di 38 minggu..
1. Berat mummy naik lagi..... dari 62kg menjadi 63kg.. Doktor kata kalau berat masih naik, belum tanda nak bersalin lagi.. (ohhh begitu rupanya)
2. Berat baby pun naik lagi... dari 2.8kg dah menjadi 3.1kg.. Dah cecah 3kilo okehhh.. Doktor siap 'hoorey' sambil angkat 2-2 tangan masa scan..
3. Air ketuban as usual, cukup.. Kalau tak cukup, itu merbahaya..
4. Bacaan HB naik!! sukaaanyaaaaa... dari 9.2 menjadi 10.2.. So doktor soh continue makan Iberet Folic Acid tu dan kena kekalkan pada bacaan 10 ke atas..

Alhamdulillah, berkat ikut petua kawan-kawan yang berpengalaman jugak kan.. Ternyata berhasil..

Doktor pesan lagi, dia kata biarkan proses bersalin ni jadi dengan sendiri tanpa perlu induce.. kecuali kalau keadaan memaksa seperti baby kurang gerak atau kurang air ketuban.. Kalau tak de tanda nak beranak bila dah due date nanti, itu lain cerita.. Expected Due Date adalah masa Raya Haji nanti..

Tak mo lah bersalin cepat-cepat.. nanti cepat kena masuk opis.. hahahaha...


Bila scan tiba2 nampak semula muka baby.. hihihi.. kan ke minggu lepas dia dah berpusing menangkupkan muka ke dalam dan dah ambil kedudukan sepatutnya.. Sekali semalam dia tunjuk muka dia lagi kat mama & papa dia.. tapi still kepala di bawah..

Haishhhh.. lambat lagi la ni nak keluar..

Itu memang posing faveret baby masa dalam perut.. tido dengan tangan di muka.. kalo tak tangan, kaki di muka.. konpem tak suka berbedung nanti ni...


Sekurang-kurangnya lega jugak dalam sehari dua ni bila doktor kata lambat lagi nak bersalin.. Dia target mekchu akan bersalin dalam minggu depan..

Jadinya, saya masih di sini mengupdate blog.. kikikiki.. Hari ni dan esok dapat MC lor.. Doktor soh rehat kat rumah dan monitor baby movement.. Bila dok rumah bukannya monitor baby movement, tapi abg long mi-cah punya movement.. aduhhh, lasak sungguh dia sekarang...


Wednesday, October 10, 2012

Lagi gambar PS Maternity hari tu

Sikit.. lepas tu... Sikit.. bila la nak habis kan..

Hihihihi.. sebenarnya dah lupa pasal gambar photoshoot ni.. nasib ada yang bertanya tadi..

Ok, ni lagi sekeping :)


Alahai... kecik sangat la pulak.. klik la kalo tak puas tengok.. itu pun mekchu dah blur kan sikit.. tak pe kan..

Petang ni check-up @38 weeks.. yaww aww awww.. berdebar nih..

Haruskah terus check-in di hospital? tarikh pun cantik hari ni.. nanti mekchu update okehhh..

Tuesday, October 9, 2012

Saje2 abadikan kenangan di hujung minggu

Laaaamanya tak buat entry aktiviti hujung minggu.. ye la, semua pun sama sajork.. sabtu balik rumah seremban, ahad balik rumah nenek labu... sekian..

Tapi kali ni ada gambar, jadi jom lah bercerita di samping boleh dijadikan kenangan nanti...

Sabtu petang, kalau berkesempatan memang akan ke Kompleks Sukan Paroi.. tapi sekarang kena import bibik sebab dah tak larat nak layan abg long tu haaa...

Papa-jit akan jogging 10 round sambil mi-cah akan kayuh basikal dia 3-4 round.. mmg tobat lah..  tak dapat nak ikut.. mak buyong hanya duduk sambil makan jajan kat bawah pokok.. nasib ada bibik..

 itu bibik kami.. mantap kan dia... hihihi.. ngko mampu ada inner belang2 gitu? kemain pulak dengan legging dia kannnn... kasut sukan tu mekchu bagi sbb minggu sebelum tu dia jogging pakai baju kurung dengan selipar.. 

Hangin btol ntah bila kat sana ada port kereta sewa menan budak2 tu.. ala yang 5 minit RM3 tu lah.. of kos lah budak2 akan teruja... sanggup ke nak dengar anak merengek berpanjangan?

Pandai btol dorang ni buat duit kan.. sempat jugak sound kat adik tu soh pusing timer tu lagi sbb tak sampai 5 minit pun tiba2 keta dah benti.. nak je buat macam papa-jit yang pusing timer bawah seat tu sendiri, tp ahkak ni ada sifat penakut skit..


Bermalam di rumah sendiri.. bibik hantar kat rumah akak pulak.. dia kan jawatan gunasama.. hahahaha..

Ahad, lepak-lepak sambil tengok ulangan Anugerah Blockbuster.. maklum ler, malam nya tak berpeluang langsung nak tengok tivi.. asyik2 bola je kan.. lepas satu game ke satu game..

Lepas habis Anugerah Blockbuster, siap2 ke Jusco.. kan ke Bodyshop ada discount 30%..

mi-cah rekues nak bawak basikal dia kat dalam jusco.. kebetulan basikal dia mmg ada dalam bonet keta tu sbb bawak pegi main kat padang.. 

Nak tau siapa yang lari dulu bila nampak pak gaurd pakai jambul? tu haaa.. papa-jit yang laju je jalan menonong ke depan tinggalkan anak bini dia.. yang mi-cah pulak takut bila pak guard tu pandang dia.. sbb dia tahu dia bersalah.. terus turun dari basikal dan peluk kaki mekchu.. habis tu basikal tu?

Jenuh la mak buyong ni jalan sambil membawa anak yang melekap di kaki dan tangan menolak basikal.. cisssss punya papa-jit.. dia selamatkan diri..

Tapi kalo kena sound ngan pak guard jambul, mekchu dah ada jawapan siap2...

"Basikal ni sama la konsep dia macam bawak storeller pak cik"

Sebenarnya tiada sorang pak guard mahu pun mak guard pun yang sound.. kitorang je yang cemas lebih2 sebab tak pernah nampak orang buat lagi.. kalau basikal budak kecik yang ada pemegang main tolak2 tu pernah la naampak.. ehem ehem... kalau macam ni boleh la bawak basikal dalam jusco lagi lepas ni :)

Monday, October 8, 2012

Burger Bakar di Nilai

Pengaruh rakan alam maya lagik..

Memang selama ni bila nampak je orang post gambar beger bakar, cepat-cepat scroll down sebab takut kempunan.. asyik2 kat rawang, asyik2 kat sg.buloh.. semua pun mmg sukarrrrrrrrr...

Tiba status Lieza (binik boss) update kata beger bakar kat Nilai.. itu sudah baik..

Maka, berlaku lah sesi pencarian lokasi.. nasib mmg biasa kat area sana tu kan.. dan dapatlah mak buyong merasa nak makan beger bakar nih..


Kebetulan lepas amek papa-jit kat KLIA (kebetulan lah sangat..), terus ajak singgah kat MMA Santai Corner ni.. tak tahu pulak ada banyak kedai makan kat situ..


 

Tak reti nak order.. nasib adik tu tolong..

Lepas tu baru dapat tahu kat Senawang pun ada.. tapi tak pe lah, dah dapat tau rasa dia macam mana cukup lah.. nak repeat pun tunggu dah habis pantang sok..

Dan kepada orang2 Nilai, Bangi dan yang berdekatan, ini ada peta yang tak semenggah dari saya :)

 MMA Santai Corner yang ada kereta kaler kuning tergantung tu.. 

Malas nak lukis details.. asal ada giant, tesco kat situ rasanya korang tau kot ;p

Friday, October 5, 2012

Check-up @37 weeks : Antara tak sabar dan berdebar

Kalau mengikut kepercayaan orang-orang lama, tempoh perempuan mengandung adalah 9 bulan 10 hari kan.. maknanya kalau dalam kiraan minggu dan hari adalah bersamaan................. 37 minggu dan 3 hari.. Tatkala entry ini ditulis, pregnancy ticker telah menunjukkan 37 minggu 2 hari..

Korang cemas tak? mekchu cemas....

perut sangat maju ke hadapan kebelakangan ni.. 

Perkembangan kandungan di 37 minggu..
1. Berat mekchu tiba-tiba dari 60.5kg menjadi 62kg dalam tempoh seminggu.. gulp!!
2. Berat baby pun naik mendadak dari 2.25 kg kepada 2.8kg.. my oh my... ada jugak jejak 3kilo nih...
3. Air ketuban mencukupi...
4. Baby girl is coming soon..
5. Minggu depan amek darah untuk check HB lagi.. 
dannnnnn paling suspen..
6. Baby dah pusing ke bawah dan muka baby dah tak nampak.. sebab dia dah mula berpusing dan mengambil kedudukan yang sepatutnya.. macam on ur mark.. get set... dannnnn bila-bila saja akan GO!!!

Bila scan memang nampak belakang kepala dia aje lah.. tau kan kalo nak bersalin baby akan pusingkan muka dia menghadap ke dalam.. baby akan lahir dengan keadaan mukanya memandang ke bahagian dalam ye.. jangan pulak pikir keluar-keluar je dia dah pandang doktor.. doktor yang akan pusingkan baby nanti.. hahahaha info ni mekchu pun baru tau bila nak masuk anak 2..

Pesanan doktor,
Make sure u monitor ur baby movement at least 10 groups of movement in a day..

terus dapat chart ni dan kena promise dengan doktor.. huhuhuhu... 

Malangnya hari pertama dah lupa nak bawak.. tertinggal atas meja bilik.. syhhhh, jgn bg tau doktor ok..

Doktor siap nak bagi MC 2 hari lagi.. semalam dengan hari ni.. amek MC untuk hari ni aje.. tapi tak MC pun sebab ada miting yang perlu dihadiri.. tsk tsk tsk..

Dibelenggu perasaan antara berdebar dan tak sabar..

Berdebar : sebab tak tahu apa tanda yang akan keluar.. lendir kah? darah kah? pecah air ketuban kah? dan paling berdebar nak tunggu sakit contraction itu tiba..

Tak sabar : sebab dah tak larat membawa perut ni.. dan tak sabar nak cuti 3 bulan.. hohohoho seronoknyaaaaa...

Thursday, October 4, 2012

Mengandung tetapi ingin ber Poplook?

Ramai yang tanyakan pasal dress poplook.. yang tanya semua pun perempuan yang mengandung.. mekchu syak korang mesti malas nak beli baju mengandung kan.. dah la mahal, pas tu tak bleh pakai lepas selim nanti..

Mekchu pun agak lambat baru nak berani mencuba.. selama ni asyik dengar je dan terus buat andaian "alaaaa.. baju tu tak sesuai lah utk org mengandung.. macam kelakar je...kesian pada perut kot"

Bila baca entry noknoks mona ni terus segala-galanya berubah.. terus nak mencuba walau perut yang semakin membesar..

Mula-mula beli yang kaler biru - Crimped Chiffon Maxi ni dulu.. suka sebab design dia yang kedut2 tu boleh menyorokkan perut (mungkin).. walau dah tahu design dia ada getah di perut..

Dan bila perempuan mengandung 33 minggu memakainyaaaa...

 abg man glamer masuk blog kuning oren :) disebabkan dia pakai baju same kaler masa jamuan hari raya dulu.. 

 nampak kan getah kat perut tu kejap naik, kejap turun? sepatutnya getah tu di pinggang, tapi perempuan mengandung mana ada pinggang.. itu yang tak tentu arah kejap atas, kejap bawah.. 

kalau nak nampak ok, kena cover tangan macam ni.. tapi larat ke nak buat gaya gitu sepanjang masa... pegi toilet tangan gitu, pegi pantry tangan gitu.. pegi cafe pun tangan gitu... hahahaha.. buang tebiat namanya... 

Ini mekchu bila dah selim nanti.. hahahaha #pitammmmm....


Lepas tu macam tak cukup satu.. terus terrrrr order lagi selai tapi kali ni yang tak de getah.. Suri Print Maxi Dress - Grey Polka

dah selim nanti boleh pakai dengan belt.. penjimatan berganda.. 

 
memang selesa... tak yah nak cover-cover getah..

Lepas tu kan. mata ada terjeling2 lagi (setiap Selasa dan Khamis jam 11.00 pagi akan ada update baru di poplook).. Tapi istigfar banyak-banyak.. dah nak hujung sangat ni kan.. rugi lah kalo beli banyak-banyak.. cukup lah 2 helai plus baju pegnen dah banyak :(

yang ini sesuai utk perempuan mengandung sbb tak de getah.. tp design dia agak menggelebeh pulak.. ada tali ikat kat pinggang yang boleh bukak-bukak..

yang ini memang gerammmm je tengok.. tapi confius dengan tali kat pinggang tu boleh bukak ke tidak.. 

Tips dari mekchu (dah last2 baru nak bagi tips), kalau nak beli dress poplook (khas untuk ibu mengandung), sila pastikan design tak de getah kat perut dan cutting tu biar lah jenis yang loose sikit.. sbb ada yang cutting ngam2 badan.. nanti takut tetas kat perut... hihihihi..

Dah dah la tu.. bukan apa.. kalo beli memang lah tak rugi.. lagi pun harga dia tak sampai seratus pun kan.. lagi murah dari blause mengandung.. itu belum campur skirt mengandung lagi..

Tapi disebabkan lepas bersalin nanti nak mengepam dan menyusu, celah mana mekchu nak selak? ce cakap!!! lepas setahun dua baru boleh pakai balik.. time tu ntah zaman boblook ke apa.. tsk tsk..

Wednesday, October 3, 2012

Surat Najmi yang ke-2

Outstation lagik.. well...

Najmi rekues mintak papa dia tuliskan surat lagi.. tapi kali ni dia nak tengok sendiri.. tak payah letak atas lantai lagi katanya...

Dan pagi tadi....

 mengadap tu.. khusyuk.. 

dan isi kandungan surat dia yang kedua.. kali ni ayat panjang, tapi gambar sikit.. 

Tu mula lah seharian angkut surat tu ke hulu ke hilir tu nanti.. sampai lah papa dia balik..

Pagi tadi najmi tak menangis pulak.. tapi mekchu yg meleleh air hidung lebih2.. sedih la pulak.. ye la, dah nak hujung2 sangat ni kan.. dah macam2 pulak sakit yang manja2 muncul kebelakangan ni..

Malam - sesak nafas
Tengah malam - sakit perut memulasssssss
Pagi - krem kaki

Ya, saya sedang bersabar...

Ibu mengandung juga berhak untuk kelihatan cantik dan berseri

Isu Maternity Support Belt bulan September lepas di dalam majalah Pa&Ma.. ye, agak terlewatkan untuk up kan entry ni.. tetapi kawan-kawan masih boleh je dapatkan info-info penting tu di sini..


Terus selak muka surat 32...
sila klik untuk membaca dengan lebih selesa.. ada banyak sangat info kat situ.. 

Untuk makluman kawan-kawan, belt yang mekchu dok gebang-gebang sebelum ni adalah dari supplier yang sama dengan apa yang tertera di situ ~ AppleRed Healthcare Services


Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mencuba Maternity Support Belt ini.. moga dapat membantu kita 'membawa perut' yang makin lama makin besar itu.. 

Kepada kawan-kawan lain yang masih berkira-kira dan bercadang untuk mencuba, boleh emel mekchu di churalliya@gmail.com atau kat facebook pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni. Nanti mekchu akan guide bagaimana pembelian boleh dilakukan.. Harga bagi setiap satu masih lagi RM199.90 (tidak termasuk pos)


Mekchu sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu bakal ibu di luar sana.. Boleh baca kembali entry-entry lepas di sini..

Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Maternity Support Belt yang banyak membantu

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Tuesday, October 2, 2012

Indah di mata, sedap di tekak...


Italian Rainbow Cake..

Bukan nak makan banyak sangat pon.. dapat tahu ada jual satu slice macam ni cepat-cepat pegi rembat..

Dulu susah nak cari, sekarang semua di hujung jari.. Terima kasih sahabat :)

Update : Pembuat kek tidak mahu namanya dipaparkan di sini atas sebab2 tertentu.. harap maklum ye kawan-kawan..

Monday, October 1, 2012

Penyakit Fenkkkkk pulak

Ini cerita minggu lepas yang tak lepas-lepas lagi..

Ada wedding sepupu papa-jit kat Seremban.. dan mengambil peluang pakai baju raya 20 by Rizalman yang beli bulan puasa hari tu, tapi tak pakai-pakai (sbb tak de acara yang sesuai)..

Masa beli tu tengah pegnen 7 bulan rasanya.. masa tu kain boleh kancing lagi.. sekali bila pakai nak masuk 9 bulan, terus tak bleh kancing ngkoo.. nasib design baju tu besooo.. nak pakai jugak.. nanti bleh buat perbandingan ketika mengandung dan ketika selim.. ehemmmmm...

 ni sebelum keluar.. ingatkan nak amek gambar dengan abg long.. tapi alahaiiiiii.. marah nya diaaaaa...

Memang ada letak status fb pagi tu kata nak pakai baju raya Rizalman gi kenduri kawin.. mustahil pulak ipar duai ku baca status tu..

Bila sampai je rumah kenduri, terus masing2 menjerit sbb semua pun pakai baju kaler pink.. dah la tu pink yang plain cuma tone kaler je sedikit berbeda.. harus bergambar... dengan pengantin jumpa pun tidak.. hohoho.. memang tak rancang.. sebab mekchu dari rumah seremban, kak eliz dari KL dan dekna dari Pilah..

 ni kaler sebenar.. yang hari tu dah diedit kat Instagram..

 ada orang rekues amek gambar dari atas.. tak nak nampak leher berlapis katanya.. hahaha.. 

 ini apa kes la pulak.. 

masih di dalam mood photoshoot.. kah kah kah.. 

Dan gambar-gambar dari Instagram..



Perasan tak munge-munge hitam kat lengan baju tu... penat taw mak buyong menjahit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...