Sejarah Kelab Potong :: Ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu (sejak habis belajar U). Dianggotai kawan-kawan yang sama-sama belajar kat UUM, Sintok tahun 1999-2001. Asal nama Potong sebab ramai yang suka Potong tang corner.. Dah itu aje sejarahnyaa..
Iftar menjadi acara wajib tahunan sejak 4-5 tahun lepas.. peluang nak berkumpul ramai-ramai.. kitorang majoriti bertemu jodoh masa belajar dulu.. maknanya, bini si A adalah kawan si B.. suami si B juga kawan si A.. begituuu... sebab tu kami sangat rapat..
Tahun ni buat kat Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA). Tiap2 tahun, nak pilih tempat memang masalah sikit.. tapi suka walaupun mendapat kritikan, dorang tetap datang.. mulut je bising, tapi hati baik (sambil pusing belakang dan jolok tekak) tahun depan cadangnya nak potluck kat rumah kawan-kawan je.. tapi tak de sape pulak yang volunter nak bagi 'pinjamkan' rumah..
disebabkan organizer minat golf, makanya tiap-tiap tahun pun makan kat kelab golf.. 3-4 tahun lepas kelab golf ni lapang jugak.. tapi sekarang makin lama makin padat..
budak kecik ni baik punya tido.. dapat lah berbuka dengan tenang.. tp kejap je, 10 minit lepas berbuka dia bangun..
makanan memang banyak.. tapi orang ramai sangat.. padat!! mekchu duduk je, semua papa-jit yang amekkan.. tapi dia amek makanan kat gerai yang tak de orang je la..
seronok sebab 3 meja besar tu penuh..
mekchu macam biasalah kan, gambar makanan memang tak de sebab faktor diri sendiri jugak yang tak kuat makan.. maka dengan sendirinya tak minat amek gambar makanan.. hehe..
the organizer and the professor..
dengan mama_onie, lecturer Lim Kok Wing yang dah berjinak-jinak dengan bisness masyuk sekarang..
ini diana.. kawan lama kat HeiTech dulu dan roomate lama jugak.. sekarang dia ada dah 3 heroin :)
mekchu nak tayang sikit kawan-kawan yang datang dari jauh semata-mata nak join event malam tu.. yang lain-lain tak payah sebab korang dekat je dan banyak komplen pulak tu.. hahaha..
azwie sirap yang dah jadi artis sekarang.. naik bas dari penang okehhh.. memang harus dicontohi..
ate dari JB.. datang sambil bawak basikal. nasib baik dia tak datang naik basikal..
lecturer ayob.. all the way dari melaka.. pun tak bawak isteri & anak-anak..
professor aizi.. pun dari melaka.. pun tak bawak family..
pelik arrr budak-budak ni datang solo.. len kali sape datang solo, kena bayar double :)
selesai makan (1st round) sampai lah pasangan yang paling tinggi antara kami dengan membawa kek eskrim.. nak jimat la tuh berbuka kat param aje. nak jumpa kawan-kawan baru datang.. hahaha... atut keje, baru lepas make-up orang untuk photoshoot.. dia ni mak hayam eh, mak andam sekaranggggg..
opsssss... kes lama tak jumpa meh... of kos kena cemolot..
ramai yang tak sanggup dengar kalau kami beradu suara.. potong habissss...
ini koleksi rumet-rumet lama jugak ni masa keje kat HeiTech dulu.. see, rumet mekchu telah menjadi isteri kepada kawan-kawan papa-jit.. emi, mekchu, hajar & atut..
celebrate 1st birthday puteri..
itu tangan ahkak tengah nyalakan lilin okeyyy...
happy birthday puteri :) tak pasti pulak kenapa kaum2 ibu harus disitu.. hahaha..
cubaan Lumix GF1 kalai..
nasib baik ada jugak terselit gambar kitorang ni haaa...
dan mi-cah yang berada di bawah sana.. sorang pun tak larat nak dokong dia..
sebelum balik, acara wajib untuk bergambar ramai-ramai.. tempat sempit, maka ke padang golf lah kita...
satu hal jugak nak menyusun ramai-ramai tu...
the mummy's
yaaaaa... zikry di situ mengganggu camera.. hahaha.. like father like zikry betul.. elok je dia bersimpuh depan tu..
and finally dapat jugak walau gambar rumput yang lebih.. penglibatan paling ramai setakat ini.. walau pun majoriti the daddy's datang sorang-sorang.. lagi seronok kalau semua datang bawak family masing-masing..
Papa-jit lah yang jadi organizer tanpa dilantik tiap-tiap tahun.. komplen tetap komplen.. bayar RM55, tapi makan RM15 je.. hahaha.. itu memang tak boleh nak elak lah kan.. nak murah tapi makan best.. mana nak dapat tengah-tengah kay ell tu.. buat kat seremban tak nak datang pulak..
Yang penting, dapat berkumpul ramai-ramai dan tali persahabatan yang telah dibina sejak 10 tahun itu terus dieratkan.. ecewahhhhh ayat tak nak kalah..