@churalliya

Tuesday, January 31, 2012

#traumaISMS

Seronok jugak 3-4 hari tak update blog ni.. nyamannn..

Semalam dan hari ni ada Bengkel Audit Dalam ISMS kat MAMPU.. kecut2 perut bila tengok checklist apa benda yang akan di audit kan nanti.. Harap2 dengan sokongan dan kerjasama rakan sekerja semua benda ni akan berjalan lancar dan seterusnya SUKN9 akan dipersijilkan..


"Saya suka shopping. Tapi almari dah penuh"

Sila nyatakan apakah pembetulan dan apa pula tindakan pembetulan bagi situasi tersebut?
#traumaISMS

Mekchu ada azam baru untuk Februari nanti.. azam nak kurangkan update kisah peribadi kat blog ni.. eden torai..

Friday, January 27, 2012

Kesengalan laki bini

Semalam kan hari Khamis. Hari Khamis kan hari batik.. Walaupun hari pertama kerja dalam minggu ni tapi hari batik memang tak pernah lupa lagi.. Memang tertunggu-tunggu hari Khamis sebab malam tu malam Jumaat.. hahahaha... maksud mekchu esok tu dah Jumaat..

Tertunggu-tunggu sebab nak pakai baju batik sama.. Selalu memang sama tapi tak dapat pegi keje sama.. hahaha mengapakah ayat kamoo sangat sengal sekali?

Tak tahu lah kenapa susah sangat nak buat ayat kali ni.. kadang-kadang nak sampaikan maksud yang mudah tetapi menjadi susah bila part nak bina ayat..

Bila dah pakai baju sama rugi pulak kalo tak de gambar.. 

 "asyik gaya sama aje" ~ papa-jit

 "buat peace macam ni" ~ papa-jit

 "nampak baju tak? kalau tak nampak buat LOVE aje lah" ~ papa-jit

hahahahaha.. ngko tengok.. siapa yang lagi bersungguh?

Sila percaya bahawa itu benar-benar idea dari papa-jit.. walau pun dialog mungkin telah di olah sedikit bagi mendapatkan jalan cerita yang menarik :D

Thursday, January 26, 2012

Majlis Santapan Negeri

Cerita Hari Keputeraan Ke-64 D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuaku Munawir masih belum tamat.

Itu yang malas amek gambar banyak2.. nanti akan ada perasan bersalah kalau tak up kan entry.. #alasan

Hari Keputeraan Tuanku jatuh pada hari Sabtu dan Majlis Santapan ni hari Ahad..

Siang tu kami bawak mi-cah keluar berjalan sampai agak2 dia penat.. sempat berhenti kat saloon buat rambut.. dari JB lagi asyik survey iron rambut tp tak jumpa.. kalo dah beli pun belum tentu pandai nak pakai.. youtube bukan main 8 kali sehari.. tp hati kecik la.. tak berani nak buat sendiri sebab takut rambut rosak.. hakikatnya pegi kedai 2x5 jugak rosaknya..

kali ni mintak light-light curly je.. esok tu kan nak keje.. kang beria sangat terus bawak pegi opis pulak.. RM20 je pon..

Petang tu mi-cah baik punya tido.. macam tau2 aje papa ngan mama dia ada ngedet..

Dengar je azan terus solat magrib dan terus bersiap.. dan macam biasa, papa-jit lah yang berasap tunggu kat pintu pagar.. dia senang arrr.. tak yah mekap semua.. baju pun pakai je tahun lepas punya.. sungguh tidak adil..

Disebabkan dah ada pengalaman Majlis Santapan Negeri tahun lepas, so tak de lah nebes sangat... dah bleh agak lepas ni apa, lepas tu apa kan.. dan macam biasa, susah nak kenal suami sendiri kalau dari belakang.. semua pon sama pakai baju melayu hitam..

Cuma nebes sebab tak kenal dengan tetamu satu meja yang lain.. itu menjadi punca masalah siapa yang nak snap kan gambar malam tu.. hahaha sengal.. nasiblah tuan afizam dan az sampai tepat pada masanya.. mereka adalah penyelamat kami.. hohoho..

nah.. akhirnya mereka sampai..

baru lah ada semangat nak bergambar lepas dorang sampai.. 

Macam biasa, mula makan adalah lambat dan dah siap-siap makan nasi kat rumah sebenarnya.. So, tak sentap sangat bila makanan lambat smpai..

Memang dah boleh agak, menu Western pilihan Tuanku.. dan macam biasa jugak tekak adalah kembang setaman... 

 prawn & shrimp cocktail

roasted chicken breast with wild mushroom gravy, herb farmers potatoes and garden vegetable ~ main dish

Heibat tak? itu bukan nama menu ciptaan sendiri tau.. itu nama betul lah tu.. 2 tu aje.. Gambar yang lain tak kuasa nak amek.

Sempat keluar sekejap call mi-cah kat rumah.. sambil-sambil tu snapp dpn cermin.. dan ya ampunnnnnn gemok nya perempuan itu..

2-3 keping jugak gmbr yg terpaksa delete sbb tak dapat terima kegemokan mendadak selepas seminggu makan tido kat JB.. 

Ning ~ artis jemputan malam tu

Lepas tu ada acara potong kek . Tp camera kapuk mekchu ni bila malam dia agak rabun sikit.. Lepas habis makan, salam2 dengan Tuanku dan masa untuk bergambar lagi...


berlatar belakang kan kek sebenarnya.. tp kalo nak tunjuk kek, ngko ketepi lah sikit... cuba cakap nak tunjuk kek ke nak tayang gambar?

tumpang tuah suami... kena lah lentok lebih sikit :)

Otw berjalan keluar tu, teringin nak bergambar dengan Dato' Aziz Singah serta Datin.. cakap nak bergambar ngan depa pun bleh jadi ketar.. sudahnya jadi macam ni..

terasa seram ok nak berdiri sebelah datin.. adoiii bila tengok balik terkekek-kekek mekchu gelak.. ntah apa yg ditakutnya ntah.. ibarat macam ni  "yg pakai baju pink hujung tu bukan geng kami.. dia geng lain"~@z

Dah dah.. jangan gelak lebih2 sangat.. Lepas tu sempat jugak bergambar dengan kawan-kawan Liaison Officer (LO) lama masa zaman pertabalan Tuanku tahun 2010 lalu.. Ohhh itu memang pengalaman manis..

dengan farihah

dan bersama Iem Zara & Zaliz Eja.. cepat2 choppp nak berdiri kat tengah :D

Dan sebelum betul2 balik, wajib bergambar dengan camerawoman yang banyak jasa sepanjang 2 hari tu.. ni dah habis keputeraan bila la lagi nak jumpa erkkkk :(

bersama Az yang pakai baju kaler feberet mekchu malam tu.. amek aura bunga katanya...

Jadi, tamatlah sudah kisah Hari Kuputeraan Ke-64 kali ni.. Tunggu story pasal pengurniaan pingat papa-jit pulak lepas ni.. Moga2 terjawab segala tanda soal kawan-kawan semua selama ni..

Syukur Alhamdulillah...

Wednesday, January 25, 2012

Najmi dan Solivite

Dek kerana solivite itu lah najmi masih muntah2 dan berak2 sampai sekarang.

Dah seminggu. Ubat pun dah habis. Hari ni terus ke klinik KPJ. Dah siap bwk beg baju sebab suspek warded macam tahun lepas.

Alhamdulillah, tak warded. Cuma perlu datang utk cucuk antibiotik selama 3 hari berturut. Hari ni dah setel. Ada lagi 2 hari utk dengar drama tangisan mendayu-dayu dari si anak..

Get well soon my little pumpkin.. Mama-chu-aya (nama baru for mama-suraya) & papa-jit loves you so so much..

Monday, January 23, 2012

Xong Xi Video ~ Cara nak kenalpasti handbag Coach itu asli atau tiruan

Tahu dari blog bitt.. dan sempena xong xi, mekchu nak xong xi satu video best untuk tambah knowledge semua jugak.. benda baik buat apa nak sembunyi kan..

~ Beberapa cara mudah nak kenalpasti henbeg Coach tu ori atau tidak~ Tips yang berguna terutama kalau ingin membeli secara online..



Lepas tengok, ce cepat gi belek koleksi Coach korang ok..

Copy cat dari bitt :D
1. C tu mesti symetry
2. Dalam dan luar tiada signature print in the same time...so kalau luar dalam tiada...
3.Jahitannya
4. serial number untuk handbag ;)
5. Zipper
6. cek hardware sekeliling bag **kalau beli coach tak pernah balut hardware dengan tisu paper or anything dah ory nak tutup2 buat ape kan :)
7. tag
8. dust bag

Mekchu bukan peminat Coach sebab sedih antara beg yang banyak di palsukan di pasaran.. Nanti penat2 beli yang ori orang ingat kan pelesu.. Memang beli bukan untuk menunjuk, tapi tetap sedih jugak.. hahaha.. (cakap je lah ko tak mampu)

Saturday, January 21, 2012

Emak dah dapat Baucar Tunai BR1M

Alhamdulillah. Emak antara batch awal yang dapat baucar tunai RM500 kat N9 ni..

Anak bongsu dia yang paling happy dengan harapan mak akan bagi 10% atas dasar susah payah isi dan hantar borang BR1M :) hahaha..

Kalau permohonan berjaya, pihak berkuasa akan call dulu untuk dtg amek baucar tu. Atau dah boleh semak nama dengan pej.daerah atau JKKK yang berdekatan..

Kita kan SATU MALAYSIA :D

Friday, January 20, 2012

Besan vs Biras.. apa yang korang perasan?

Hari ni dah masuk kerja balik.. Perut dan tekak dah kurang meragam.. tp agak mereng jugak mungkin kesan ubat tu belum hilang..

Ni mekchu nak buat pembetulan... hahahaha sebelum tu siapa nak gelak sila kan gelak dulu sebab mekchu semalam pun dah gelak sakan..

perasan ada sesuatu yang tak kena dengan gambar dan ayat tu? atau semua ok ok aje?
Mereka telah perasan :D
 
 

Korang dah perasan jugak? hahahahaha.. rasanya bukan sekali dua confius antara besan dan biras..

Saje je tu sebenarnya (ayat cover lorr) nak test korang memang membaca atau just tengok gambar aje.. tp ternyata reader mekchu ni semua jenis membaca.. muahh kanan, muaahhhh kiri.. ehhh ok muahh kanan sekali lagi *wink

Thursday, January 19, 2012

Majlis Santapan Tengah Hari sempena Hari Keputeraan Ke-64

Bersambung dari entry nebes masuk Balairong Seri..

Lambat jugak majlis hari tu tamat.. Perut dah memulas.. Padan lah dengan muka sape suruh sarapan sikit kannn... Ye la, dekat 170 orang jugak dapat pingat hari tu.. Itu baru hari pertama.. Jumlah keseluruhan adalah dalam 7 ratus lebih.. berasapppppp..

Tunggu dengan penuh sabar sambil control jelita sehingga majlis tamat.. nasib lah ada BB kann (BB lah, bukan PB.. ehh, PB pun iye jugak sbnarnya) Sempat lah penuhkan wall fb kawan2 dgn gambar mekchu.. sorri erk.. ahkak bosaaann dan juga kesejukan kat dalam tu..

Majlis Santapan Tengah Hari @Banquet Hall.

Disebabkan majlis habis lambat, jadi makan pun jadi lambat.. nasib table kitorang dekat pintu tu je.. Dan macam biasa habiskan masa dengan bergambar sementara semua dapat tempat duduk masing-masing..

perut dah bergelora kelaparan.. #sentaphatimaknak nak tunggu bersantap

suasana dalam Banquet Hall.. baru lah nampak ramai ye tak.. dari awal asyik tayang gambar sendiri aje.. 

atas meja ada bunga? hihihihi.. memang bag hanger tu sangat membantu..

dan tibalah masa makannn... menu masakan kampung.. mmg kena dengan selera.. tolak batu dan kayu je masa tu..

Nasib 1 bekas tu share 4 orang je.. Memang bertambah sesajo.. Siap angkat tangan mintak waiter tambah nasi.. Buat gaya "Ampun Tuanku" pemalu konon.. tp part angkat tangan mintak nasik tambah sikit pun tak malu.. kalau malu kelak ko akan rugi..

sambil makan sambil dengar lagu2 merdu dari Yayasan NS.. tapi bila muzik berhenti hammmbekkkkk dengar sudu garpu berlaga.. hahahaha... 

Yang main keyboard tu besan mekchu merangkap adik ipar papa-jit :D.. Kemain dia layan kepala atas tu.. Dan artis jemputan hari tu Aisyah janji manismu..

Dirgahayu Tuanku ~ tibanya acara untuk potong kek.. tegok pedang tuuu...

Menu sodap.. semua pun sodap terutama kek coklat dia.. baru tambah kek (tambah lagi) dah diminta bangun sebab Tuanku nak beredar.. lepas tu semua pun beredar sama, tak de sape yang sambung makan.. dan mekchu pandang je la kek yg baru tambah tadi tu dengan pandangan paling sayu..

Paksa papa-jit amek gambar kat tangga Banquet Hall ni.. sebelum tu mmg kena sabar la tunggu mak-mak datin semua beredar sambil naik kereta mewah masing-masing kat depan tu.. Agak-agak dah clear, baru lah boleh snap-snap.. 

tersengih je memanjang.. tp sengih dalam gambar ni paling ketara sebab perut sudah kenyanggggg... 

Nak amek gambar baju Matase Sutera serta selendang secara proper.. tapi tak dapat sebab papa-jit tu bila nak snap je ada orang nak salam.. bila nak salam je ada orang mintak snap gambar.. cameraman yang dilantik dah menghilangkan diri masa ni.. masing2 nak cepat kan tengok anak sebab dah dekat jam 3.30ptg masa tu..

dapat amek gitu aje.. baju Matase Sutera nampak sikit, selendang pun nampak sikit.. jadi lah daripada tak de..

Dan tempat wajib untuk bergambar.. nasib ada tuan Faizal dan Ila kat situ..

 dengan Ila.. kat belakang kitorang itu lah Istana sebenar-benarnya.. 

tuan faizal bersama orang kedua banyak gambarnya dalam blog ni.. tak mampu nak bukak mata lagi besar sebab matahari sangat panas masa tu.. 

Dan diakhiri dengan gambar dari kami lagi dan lagi.. Pembuka gambar kami, penutup juga gambar kami..


Sekian untuk cerita Hari Keputeraan ke-64 pada kali ni.. Tahun depan kalau ada rezeki kita jumpa lagi.. Terima kasih kerana sudi membaca..

Walau pun camera jenis kapuk yg simpan dalam beg kecik pun muat, harap dapatlah beri gambaran suasana hari tu pada semua..

Cibit ribit itu berjangkit

Serik bila atas keluar bawah pun keluar. Adoiiiiiiii.. Tengok mi-cah steady je. Mama dia dah separa sedar.

Dlm toilet ada org wek-wek, kat dapur ada org wek-wek kat dpn tv pun ada org wek-wek. Ya, nenek labu pun cibit ribit jugak. Papa-jit je yg masih berlagak hero buat masa ni. Itu pun dia dah start mengadu sakit perut. Alamak!!

Dokter kata ini adalah rota virus dan mmg berjangkit.. Baru nak rasa diri tu gemok sejak balik dari JB. Sekarang dah tinggal kulit dan tulang bergerak semula. Hohohoho..

Ini semua solivite punya pasal..

Wednesday, January 18, 2012

Mama-chu yang cuai, mi-cah yang jadi mangsa

Mi-cah cibit-ribit lagi.. huaaaaaaaaa sedihnya sebab kalau perasan banyak kali jugak dia kena cibit ribit.. Perut dia memang sensitif jangan lah tersalah makan.. atau biarkan perut kosong..

Malam kelmarin dia mengadu sakit perut.. masing2 mengantuk dan mekchu sapukan minyak yu-yi aje.. kejap2 sapukan lagi.. tp dia tak de pulak kata nak wa-wa.. Tengah siap2 nak pegi keje semalam, dia muntah lendir.. 3 kali jugak muntah tp semua lendir...

Kat pejabat semalam hati dah tak keruan.. Papa-jit miting pagi petang kat putrajaya.. Nenek labu 2-3 kali call suruh cpt bawak kan mi-cah gi klinik sbb dia muntah-muntah lagi dan dah mula wa-wa pulak.. aduhh duh duh duh... Berharap sangat dia tak dehydrated sampai warded mcm tahun lepas.. Rasa mcm nak terbang aje.. Lepas mntak permisi boss t/hari tu keluar gi amek mi-cah..

Dan ini keadaan dia petang semalam selepas balik dari klinik..

Kena angkut jugak masuk opis sebab ada banyak benda yang nak kena setel.. Mekchu tinggalkan vendor gitu aje semalam. Mintak tolong technican tengok2 kan.. Nasib lah ada kawan2 yang kerja jenis tak berkira..

Mula2 elok je dia main.. Sekejap je.. Lepas tu dia kata nak tido.. Ingatkan main-main.. Tengok2 terus lena atas kerusi.. alahai kesian nyaaa...

Lebih kurang 15-20 minit dia tersedar. Tak selesa mungkin.. dan tukarkan posisi menjadi begini pula..

 Posisi kedua agak selesa berbanding tadi.. Kalo sihat, tak mungkin dia tewas macam tu.. 

Ada la sejam dia tido.. tunggu papa-jit balik dari putrajaya.. Suruh dia naik opis dukung mi-cah bawak gi kereta.. mekchu tak kuat nak dukung jauh2.. Bengkok tulang..

Pas tu bila baca komen salah sorang kawan kat fb suruh bagi mi-cah minum vitagen bila baik nanti. Otomatik berderau darah bila teringat yang dia ada minum solivite malam tu.. Amek sendiri dalam fridge.. Solivite tu memang dah agak lama terkontang kanting kat pintu frdge tu.. bukak tutup mmg nampak solivite di situ sehingga lah mi-cah amek dan minum sendiri.. Beli 1 packed tp sebotol itu aje yg tak abis-abis..

Terus carik dalam tong sampah bilik dan ya Allah dah EXPIRED!!!! Maafkan mama.. maafkan mama.. Expired 24 Dis 2011.. Maafkan mama sayang.. mama cuai.. benci dengan diri sendiri sebab cuai.. Benci sangat!!

Sebenarnya mekchu yg bertanggungjawab tolong cucukkan straw kat solivite tu.. Tapi tak berani nak cakap dgn papa-jit malam tadi.. Berani buat pengakuan kat blog aje..

Mmg tak sempat nak tgk pun expiry date sbb mi-cah mmg terus bawak lari dpn tv.. Kalau lah mekchu bertegas sikit pada dia malam tu untuk tengok expiry date, tentu dia tak merana macam sekarang..

Hetchu solivite!! Maafkan mama sayang..

Kawan-kawan semua, selalu lah 5S kan fridge korang demi anak-anak.. Sila jangan jadi macam mekchu yang cuai..

Tuesday, January 17, 2012

Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat

Majlis yang penuh adat dan istiadat. Siapa tak pakai selendang, tak boleh masuk (bg yang tidak bertudung). Sebab itu lah sungguh2 cari selendang hari tu.. Bila dah ada selendang, harus confident melangkah masuk sambil sempat libaskan kat datuk adat yang sedang jaga pintu.. hahahaha #tipu

Pertama kali ke Balairong Seri sebagai tetamu mmg agak jakun.. bagi yang 2-3-4 atau mungkin 8 kali masuk dah otai beb.. nasib baek lah ada ramai kawan yang bleh tolong cover.. hihihi.. dan dapat seat pun agak strategik.. tak belakang, tak depan..

Sebelum tu, terima kasih atas ucapan tahniah daripada semua.. Untuk makluman, papa-jit belum pun terima pingat tu.. turn dia belum tiba lagi.. Ramai tau penerima pingat ni.. mana la larat Tuanku nak kurniakan pada semua dalam satu hari.. Kita yg tengok dia berdiri pun dah penat.. Inikan pulak Tuanku yang dah 64 tahun..

Ada chance la nak masuk Balairong Seri sekali lagi.. hua hua hua..

 dah sampai istana.. minum dulu.. tp makan sikit aje sbb nebes.. hahaha tak logik

pasangan rapat kami sepanjang majlis merangkap cameraman.. u hulur bb u, i hulur bb i.. lepas tu kita upload fb.. hahaha.. akan ada banyak gmbr dorang nnti.. jgn risau..

Soalan macam siapa dia tu, jawatan apa dia tu, isteri siapa dia tu tak perlu lah mekchu maklumkan kat sini erkk.. nanti korang kata mekchu nak menunjuk-nunjuk pulak.. cukup lah dengan apa yg dah mekchu dah tayang kat sini..

kawan ila, ila, mekchu dan az.. we are the beginner :D

tuan afizam, tuan faizal, tuan papa-jit (hahahaha tak sesuwei), tuan kamal dan tuan amino.. kasihan yang tengah tu.. agak katik tp paling ensem.. hahaha #pitammm

Berdebar jugak nak masuk dalam Balairong Seri tu.. sbb katanya tahun ni tegas mengenai pemakaian.. dah la mekchu pakai kasut tak tutup.. kasut tutup ada, tp tak glamer.. hahahaha.. dah kaw team dengan az.. dia kata tak pe kalau kasut tak tutup.. bukannya datuk adat tu nak singkap kain sorang-sorang nak tengok kasut.. betul jugak tu kan..

Dan akhirnya dapat masukk.. yeyyyyyyy...

kat belakang kitorang tu la tmpt pengurniaan pingat nanti.. orang ramai kata kalau sampai je kat kawasan kuning depan tu otomatik terasa lain.. lain yang lain macam.. hahaha tak tahu nak eksplen sebab mekchu sendiri tak berani nak ke depan tu..

dan kami.. 

mereka pulak di barisan depan 



dan kitorang lagi dan lagi.. 

Sejuk yang amat kat dalam tu.. kalo pakai shawl boleh gak buat selubung.. dah sejuk mula lah asyik nak wi-wi aje.. tp takut nak bangun sbb malu nak buat gaya 'daulat Tuanku'.. hahahaha ahkak kan pestaim..

Ada banyak kategori pingat ni.. dimulakan dari yang tertinggi Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.N.S) sehingga yang terendah Pingat Bentara Tuanku Muhriz (B.T.M). Macam2 alphabert ada.. Tak teringat kesemuanya.. tp mekchu suka tengok design bagi setiap pingat tu.. kalerful.. lepas tu baru lah faham kenapa ada yang pakai selempang, ada yg pakai rantai, ada yang pakai pingat.. oooooo begituuuu..

Bila tengok balik papa-jit dan rakan-rakan, alahaiiiiiiiii tak meriahnya number 1 dress dorang.. kosong.. hahahaha...

Take 10.. berlari semorang ke toilet..

dan dapat jumpa kawan lama yang sama2 jadi LO masa pertabalan Tuanku dulu.. Iem, ko masih seperti dulu.. tiada yg lagi layak dari ko :D

 gambar Tuanku dari kerusi kami.. Daulat Tuanku..

dan begitu lah serba sedikit suasana dalam Balairong Seri.. 

Ramai jugak yang tersalah step.. nebes sangat kan... Itu belum mekchu yang amek pingat.. Ntah2 baru sebut nama dah pitammmm kat situ.. hahahaha.. 

Nanti mekchu update lagi pasal Majlis Santapan Tengah Hari dan Majlis Santapan Malam ok.. ohh yee dan update jugak pasal baju.. lalalalalala... Dan juga pasal papa-jit juga.. pendek kata, selalu lah singgah sini tau (sempat promote)

Sekali lagi, terima kasih atas ucapan kawan-kawan semua.. Kata-kata itu satu doa.. Moga-moga lah hendaknya.. aminnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...