@churalliya

Wednesday, February 29, 2012

Suami telah dikurniakan Pingat

Kalau ada yang masih ingat pertengahan Januari lepas mekchu ada cerita pasal Hari Keputeraan Tuanku yang ke-64 dan ada jugak gebang pasal papa-jit akan terima pingat.. Tapi dah lebih sebulan. Cerita pasal pingat tu tak keluar2 lagi kan..

Kini tiba lah harinya..

Sekali tengok papa-jit ni dah macam kapten kapal.. aiii aii kapten.. hahahaha.. Pagi tu singgah rumah seremban sebab mekchu tertinggal baju.. apa daaaa...

Dulu tu kami hadir sebagai tetamu dan kali ini adalah berbeda.. papa-jit hadir sebagai penerima pingat dan mekchu pulak sebagai pengiring..

Mungkin ada yang tidak tahu dan mekchu sendiri pun baru tahu sebenarnya.. begini... Penerima pingat ni ramai yang amat.. lebih kurang 7 ratus lebih.. jadi sesi pengurniaan pingat (secara formal di sebut Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat) dibahagikan kepada 3 sesi.. yang pertama masa 14 Jan lepas iaitu memang pada hari keputeraan Tuanku. Sesi ke-2 pada 9 Feb lepas dan sesi ke-3 pada 28 Feb. Sepatutnya papa-jit pada sesi ke-2 hari tu tapi masa rehersal dia tak dapat datang, maka di tunda ke sesi ke-3.. Kalau tak datang rehersal, memang tak boleh terima pingat ngko..

Tak pe lah kan, join sesi ke-3 dapat jumpa dengan Enda dan Lieza..

Kali ni dah lebih bijak.. waktu sarapan tu mekchu bedal makan banyak2 sebab dah tau lunch memang lambat.. nasi lemak sumbat, roti jala pun sumbat.. itu pun pukul 12 mcm tu perut dah mula memedih.. asyik bbm dengan lieza mengadu laparrrrr..

Sempat amek gambar dulu dengan kawan-kawan LO lama.. siapa lagi kalo bukan Iem Zara dan Zaliz Eja.. dah berapa episode asyik dorang je yang jadi LO..

 Betul kan pin.. nanti senang Tuanku nak letak pingat..

 Sekeping sebelum masuk kat dalam Balairong Seri.. 

Yang sedih tak dapat duduk sekali dengan papa-jit.. dorang duduk dikerusi penerima dan pasangan yang tak dapat pingart ni di kerusi pengiring.. gile bosan sebab sebelah kiri adalah makcik dan sebelah kanan adalah dinding.. pengiring didudukan dibarisan hadapan.. dengan tujuan nak suruh tengok pasangan masing-masing dengan lebih dekat.. kelasssss..

Dia tak tau mekchu 2-3 kali kena tegur dengan datok adat sebab duduk silang kaki.. hahahaha.. itu nasib tak bersila..

Dan mekchu kat dalam tu asyik main talipon aje lah.. berdoa banyak2 supaya bateri bb bertahan lama.. dah bosan main bbm, main amek gambar perut pulak.. hahaha pelik je makcik sebelah tu tengok..

Tiba turn papa-jit kembali segar.. campur berdebar.. campur seram sejuk jugak..


Risau sangat kalo papa-jit buat salah.. lepas Tuanku lekat pingat ramai yang salah.. ramai yang terus pusing.. sepatutnya kena menapak ke belakang dulu.. buat Daulat Tuanku baru boleh pusing.. hahahaha.. nebes lah sangat..

Bila tengok suami di depan sana, alahaiiiiiii.... sejuk je perut... dalam hati, wah gagah jugak laki aku tat kala berjalan menghadap Tuanku.. tangan dah gigil2 nak snap gambar.. takut kena tegur ngan datok adat lagi.. hahaha.. potong tang corner sungguh.. Bila papa-jit pusing, sempat lemparkan senyuman paling manis di bibir.. hahahaha pitammmmm...

Lepas turn papa-jit, mula mengantuk semula.. Tak lama lepas tu take 10.. fuhhhh legaaaaaaaaa...

Sebelum masuk semula, sempat amek gambar sementara sempat.. ehh ayat apakah?

 dengan enda.. haaaa itu baru betul kurus.. anak dah 2 pun menten... 

baju dia dah berseri lah.. hihihihi.. 

Ok, papa-jit dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC). Rezeki dia.. tak pernah dapat APC tiba-tiba dah dapat PMC.. hahahaha.. 

Sambung lagi majlis sampai lah pukul 1 petang.. sepanjang dalam tu, asyik lah main bbm.. semua orang mekchu kacau.. Pukul 2 baru dapat makan ok.. Pukul 2..

kali ni lain macam sikit posing.. kawan depan tak de.. kena lah harapkan kawan belakang meja.. hahaha.. 

Lepas makan, dah janji dengan kawan-kawan nak amek gambar lagi.. nak dapat peluang macam ni entah bila lagi kan.. 

dah nak balik baruuuuu lah nampak batang idong lieza nih.. kemain pulak payah nak bertembung.. disebabkan dia tinggi, maka kena berdiri kat bawah..

 lepas tu kami bertiga.. lieza, mekchu dan enda.. sukaaa sebab kena apit dengan kaler orennn.. 

 papa-jit dengan papa-atako.. tahniah... 

dan diakhiri dengan orang yang dirai.. tak payah kepit sangat kot.. hahahaha.. 

Habis jugak entry... lama dah tak buat entry panjang2.. naik mengah menaip...

Tahniah kepada Tuan Mohamad Najib bin Mustafa, PMC (vavavava... dah ada tambahan pada hujung nama.. lepas ni kalo ada tambahan pada awalan nama lagik best)

Terima kasih atas ucapan tahniah dari kawan-kawan semua.. Alhamdulillah, dikhabarkan dengan berita yang baik-baik saja diawal tahun 2012 ini.. Syukur ya Allah...

Tuesday, February 28, 2012

We're back for good

Tajuk tiru status kat fb. Gambar pun sama yg dah upload kat fb..
Lokasi yg sama dgn entry hari tu kan.. Baju papa-jit pun sama. Baju mekchu je lain.. Cantik tak? Hahahaha.. Ok, selendang tu pun adalah yang sama...
Hari ni papa-jit akan dikurniakan pingat. Ingat tak mekchu pernah cerita dulu tu? Nanti mekchu update.. Ye.. Janji akan update :)
Sekarang ni nak save bateri bb. BB adalah peneman setia kat dlm Balairong Seri ni.. Papa-jit nun jauh di kerusi penerima pingat. Mekchu nun jauh di kerusi pengiring. Enda nun jauh di hadapan dan lieza pulak nun jauh di sebelah kiri.. Kerasssssss....

Monday, February 27, 2012

Lunch yang merangkap minum petang

Lempeng pisang gula melaka. Sedap!!! Pas tu nak feel lagi petang, order nescafe tarik :) wal hal baru pukul 1.30..

Thursday, February 23, 2012

Mi-cah masuk InTrend lagi

65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend



Paparan khas Blog Pilihan InTrend kini melangkah ke tahun ketiga, meraikan para penggiat media sosial baru. Dan selepas melepasi beberapa fasa saringan dan pemurnian, sidang redaksi berbesar hati memperkenalkan 65 Blog Pilihan InTrend untuk tahun 2012. Sudi-sudikan! ~ InTrend Mac 2012


Ada beberapa kategori. Antaranya Fesyenista, Hijabista, Santapan, Usahawan, Si Cilik Manja, Mahligai Cinta dan Anugerah Khas Juri InTrend. Dan mi-cah terpilih untuk Si Cilik Manja.


Bukan main ko ye anak.. over shadow mama sendiri.. itu pun nasib ada jugak gambar mama dia sikit.. gambar papa-jit dia lagi kesian.. nampak tang mata je.. hahahaha..

Bila tunjuk InTrend pada mi-cah semalam, tersipu-sipu malu.. nyampahhhh!!!

Bila tunjuk kat nenek labu pulak senyum meleret dia.. dia ingatkan mi-cah yang pakai baju merah tu aje.. tak perasan budak yang buat mulut koyak tu pun cucu dia.. Dia cakap "ingatkan anak jepun mana tadi.." sekali mi-cah dengar terus jawab "bukan anak jepun la nek, anak orang Inggeris..." hahahahaha kelakar ok..

Terima kasih yang tak terhingga kepada sidang redaksi InTrend kerana telah memilih blog picisan mekchu ini dan seterusnya memilih putera kami untuk menghiasi kategori Si Cilik Manja. Lepas ni pilih la emak dia pulak yeee... hehehehehe..

Terima kasih jugak kepada zura (siap buat entry) dan ida iereen yang telah maklumkan lebih awal pasal benda ni.. Pantas betul dorang.. paling tak tahan bila baca komen dari Nad@MamaZakwan ni kat entry zura..

hahahaha... nak kena gigit gigit cuping telinga ni taw.. 

Terima kasih papa kerana sungguh-sungguh untuk dapatkan InTrend ni.. 2 hari jugak mencari kat seremban ni.. Kedai yang ke-8 baru jumpa.. dia dah sentap turun naik kereta dalam hujan renyai-renyai.. Dah sampai tahap "lepas ni tak payah la masuk majalah lagi" hahahahahahaha marah sangat la tu.. tapi suka kan sebenarnya......

Bila dah masuk majalah gini, tak boleh lah nak malas-malas update blog lagi kan.. Pertama bulan Ogos lepas di segmen Pena Siber dan ini kali ke-2.. Alhamdulillah syukur... Siapa yang tak melonjak gembira kalau hobi secara suka-suka macam ni dihargai..

Lepas ni mekchu lantik mi-cah untuk sama-sama update blog.. tak kira!! sape suruh comel sangat.. hahahahaha.. bayangkan anak orang Inggeris tu update blog sambil menangis...

Wednesday, February 22, 2012

MAD Bra Bag dah sampai

Sebenarnya mintak corak lain.. kaler maroon corak renda2 kalau tak salah.. sekali sampainya corak harimau mengaummmm... suruh galakkan buat cakaran harimau ke apa nih?

Tapi cantik je..

Disebabkan tak pernah jumpa bra bag ni dan tak pernah sentuh, jadi nak membayangkan pun agak susah. Takut tersalah bayang pulak. Selama ni memang tgk kat internet aje.. Bila dapat je harus jakun sekejap.. diikuti dengan gelak-gelak nakal kami satu opis (yg perempuan sahaja)..

 siap ada renda2 tu yang comel sangat tu.. 

bahagian dalam.. struktur yang kukuh sebab dia keras.. dan besar juga. memang boleh muat 3-4 helai.. cukup stok kalau pegi bercuti..

siap ada tali pemegang.. jadi mekchu terus lah pegang.. hahaha sila jangan pegang begitu sambil jalan-jalan ok.. no no kennot like that..


Ohh ye, mekchu beli bag ni dari Milkadeal promo. Entry masa beli ada kat sini. Pesanan, rajin-rajin lah masuk Milkadeal tu.. Ada macam2 barang yang comelsssss....

Dah, tak payah review banyak-banyak.. Milkadeal bukannya bayo mekchu pun untuk iklan :D

Tuesday, February 21, 2012

Mesyuarat Malam

Minggu depan ada Sukan SUK Se-Malaysia.. kali ni di Sarawak dan mekchu telah dipilih sebagai urusetia. Bertuahnya rasa badan.. Orang jenis tak bersukan macam mekchu ni pun dapat pegi.. #goyanggoyangbontot. Terima kasih sangat kerana telah pilih mekchu ni walau pun tak boleh nak diharapkan sangat..

Nak peginya minggu depan.. persiapan dah 80% siap.. sumbangan mekchu ada lah 8% je kot.. hahahaha.. dan malam tadi meeting kali terakhir untuk urusetia serta pengurus pasukan.. bila entah kali pertama, kedua, ketiga.. tau-tau je dah kali terakhir.. hahahaha ko memang dasar pemalas sangat-sangat sekarang ni kan..

"Mama, pandang sini.. buat macam ni (tunjuk isyarat peace)" ~ mi-cah

Seronok jugak miting kat restoran macam ni.. Mekchu diam menyepi sebab tak biasa dengan yang lain-lain walau pun satu opis kan.. jadi tukang gelak memanjang.. 

rindukan mereka? nasib lah tak drive sendiri sebab mitingnya hingga larut malam..

Sebenarnya mereka yang hadir mesyuarat malam tadi adalah istimewa sebab mereka telah tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu :D

Monday, February 20, 2012

Taip-padam.. taip-padam..

Bila dah lama tak update, terasa kelu lidah untuk berbicara.. hahahaha.. betul lah, susah sangat nak buat ayat..

Letup-letup jari sekejap..

Mekchu nak bagi tau yang mekchu masih di sini.. sedang mencari kekuatan untuk terus berblog.. dan mungkin akan kembali menjadi seseorang yang baru.. jeng jeng jeng..

Nah amek sekeping gambar ni untuk pengubat rindu semua..


Dah lama tak amek gambar katanya.. cari-cari camera dalam henbeg rupanya dah lama tinggalkan kat dalam drawer rumah.. buat semak angkut ke hulu ke hilir tapi tak guna.. sudahnya terima lah gaya entahapaapaentah ni.. konon-konon nak tunjuk tengah kusut gile buat dokumen sebut harga.. tapi tak cukup gaya.. hahahaha..

Wednesday, February 15, 2012

Korang ni kannnnnn...

#sentaphatimaknak

Tak sangka pulak ramai yang jawab betul.. hahahaha.. tipu!! Tak sangka pulak bila buat entry ala-ala macam tu ramai yang terus teka mekchu pegnen.. siap dah wish congrates tu yang paling menyentap.. hahaha rasa macam nak gigit-gigit cuping telinga kecilmu je tau..

Kemalasan mekchu semakin menjadi-jadi mungkin disebabkan berdebar nak siapkan dokumen untuk audit dalam ISMS awal bulan April nanti.. atau mungkin berdebar nak pegi Sarawak awal bulan depan.. atau memang dah dasar pemalas yang memang tak dapek nak nolong..

Atau mungkin betul jugak apa yang korang cakapkan tu.. (lagik mau buat ayat penutup yang mendebarkan). Apa-apa pun mekchu tetap sayammmm korang ketat-ketat..

Rasanya dah tahu kenapa malas melampau-lampau sekarang

Rasa-rasanya dah tahu sebabnya..
Rasa-rasa je lah..

Korang nak tahu?
Tapi rasa-rasa aje.. tak tahu betul ke tidak..
Rasa-rasa je tau..
Rasa-rasa..

Tata...

Friday, February 10, 2012

TREND LETAK ANAK PATUNG Di BUMPER KERETA

Copy paste daripada seorang rakan di facebook.. Sememangnya setiap kali ternampak memang akan tertanya-tanya.. JANGAN mudah terikut kalau tak tahu sebabnya.. 



Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA -
credit:MBakhri Ir

Thursday, February 9, 2012

Kenapa dah malas nak update blog?

Kenapa ekk dah malas nak update blog?

Tiada sebab utama kenapa sekarang ni dah malas nak update blog.. walau pun tiap2 hari bukak blog.. rasa macam bosan kot bila hari2 pun cerita pasal makan apa, pakai apa, shopping apa, training apa, holiday kat mana.. konon2 nak berehat sementara untuk mencari kelainan, tapi tak tahu apa.. hahahaha..

Ingatkan tak de yang perasan dan tak de yang hairan.. rupanya ada jugak yang marah sebab dah malas upadate blog.. katanya dah tiada bahan bacaan.. katanya juga penulisan mekchu bagus.. cisss.. jangan nak tuduh2 mekchu sama macam Arini Eva taw... mencik!!

Tambahan pulak Red Berry mekchu dah jahanam nih.. tekan-tekan tak keluar apa.. lagi lah payah nak jadi blogger on the go.. bleh jawab call aje..

Tolong buat derma kilat 'Tabung Talipon Mekchu' boleh?

Wednesday, February 8, 2012

Anda wanita berumur 30 tahun ke atas? Haaaaaaa baca nih..

Kes Pertama
Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi

*****

Kes Kedua

LOS ANGELES: Apa yang paling kerap diperkatakan ialah wanita muda paling dikejar oleh industri filem Hollywood tetapi ini tidak benar sekurang-kurangnya tahun ini berdasarkan kriteria pembaca majalah AskMen bagi senarai ‘99 Wanita Paling Diingini’ selepas aktres seksi Sofia Vergara menduduki tempat teratas, minggu ini. 

Malah, ketika pelakon Modern Family itu yang berusia 39 tahun terpilih, pelakon terkenal seperti Jennifer Aniston dan Angelina Jolie yang lebih muda dan glamor tidak langsung masuk dalam senarai itu.
Vergara menduduki tempat ke-3 senarai berkenaan tahun lalu. Malah, pemenang tahun lalu, Blake Lively berada di tempat ke-31 kali ini.

Ini bermakna Vergara mengalahkan orang lebih muda termasuk Miranda Kerr yang berada di tempat ke-4, Nicki Minaj (5), Emma Stone (6), Scarlett Johansson (7) serta Candice Swanepoel (10).

Vergara nyata gembira dengan pencapaiannya apabila memberitahu laman web majalah berkenaan: “Saya rasa sungguh dihargai sebagai wanita paling diingini pembaca AskMen tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang mahukan saya.”

Ketiadaan Aniston dan Jolie mungkin menandakan lelaki sudah mengubah selera atau kriteria mereka. Sebab itu mereka memilih Vergara selain Kim Kardashian yang berada di tempat ke-8, Rihanna (9) dan Zooey Deschanel (12). 


Senarai yang dikeluarkan AskMen kali ini adalah yang ke-11 sejak dilancarkan dan lebih sejuta pembaca mengundi pilihan mereka bagi senarai 2012.

Penyingkiran Aniston dan Jolie juga dianggap pembaca majalah itu kini mengutamakan muka baru dan ia ketara bagi pilihan lima teratas dengan model Kate Upton di tempat ke-2 selepas tiada dalam senarai tahun lalu.

Selepas Upton ialah Rooney Mara di tempat ke-3 yang semakin dikenali menerusi filem The Girl with the Dragon Tattoo yang disusuli pencalonan Oscar.

Antara paling melonjak ke kedudukan lebih tinggi termasuk aktres Glee, Lea Michele yang kini di tempat ke-19 berbanding 91, tahun lalu dan penyanyi Selena Gomez di tempat ke-14. – Agensi 


*****

Kita memang bukanlah secantik Alesha Dixon atau Danielle Lineker atau Sofea Vergara, tapi sekurang-kurangnya sudah terbukti bahawa di Eropah sana wanita berumur di atas 30 tahun adalah semakin mantappppp...

Tak mustahil kita pun boleh menjadi sihat, cantik dan mantap macam dorang jugak.. kannnn... ye faham, dorang banyak duit.. semua pun boleh kelihatan cantik.. kita cantik kan lah diri kita dari dalam.. boleh jugak kan.. (ayat tak nak kalah)

Sebagai kata-kata semangat pada kaum wanita yang serik melakukan kerja rumah dalam pada masa yang sama bekerja juga..

So, let's chill  \(^o^)/

(kalau ada jumpa artikel berkaitan pasal ni, sila sambung menjadi kes ketiga, keempat dan seterusnya)

Saturday, February 4, 2012

Seremban di landa banjir kilat

Khamis lepas hujan lebat kemain.. time tu mekchu sedar hujan.. sedar jugak bunyi petir berdentum.. tp sesungguhnya tido sambil tarik selimut lagik best.. boss pernah kata, kalau mc buat cara mc..

Tiba2 tengok kat fb ramai pulak yang share gambar/video pasal seremban di landa banjir kilat.. sejak 32 tahun ni rasanya tak pernah alami atau dengar.. hahaha ok mungkin angka tu tipu.. tapi memang jarang lah dengar seremban sebuah bandar yang relek-relek ni dilanda banjir kilat kan..

Pada mekchu dah cukup teruk dah tu..

 
Maaf lah ye mekchu curik gmbar kat fb.. maklumlah, orang mc mana dapat peluang nak amek gambar detik2 macam ni kan..

Kat atas tu memang gambar ditengah-tengah bandar seremban.. orang seremban harus familiar dengan tempat tu..

Yang kat bawah ni pulak kat stesen komuter.. tak pasti itu laluan keretapi atau laluan air :)


 

Yang pasti, staff Jabatan Pengairan Dan Saliran akan ada misi penting untuk tahun 2012 nih.. konpem kena sediakan macam2 paper untuk menjawab!!

Haaaa... jawab!!!! jawab!!

Friday, February 3, 2012

Macam mana korang packing Bra ketika travel?

Tak payah travel la.. nanti kata jarang travel jauh2.. amek contoh balik kampung cukup..

Macam mana korang packing bra korang kat dalam luggage masa balik kampung? Bila bukak beg, apa yang terkeluar dulu? Kikikiki..

Semua pun tahu kan susah nak jaga bra.. expecially kalo bra yang padding tebal2 tu.. makan space jugak la kalo kena bawak lebih dari 3 pasang kalo travel lama-lama.. kadang2 tu hangin jugak bila dah packing cantik2, sekali bag tak boleh zip. Masa tu apa yang husband korang buat? Mesti dia akan tekan luggage dengan lutut sambil kedua-dua tangan zip bag. Dan apa akan jadi dengan bra berpadding ropol-ropol la senza korang kat dalam tuh? haru beb....Silap haribulan boleh senget sebelah.. hahahaha...

Bra Bag ni sangat memahami situasi bagi kaum perempuan kan.. ibarat sedang mengantuk disorong bantal busuk dan selimut..

 Ada 20 design yang comel-comel..
For starters, get a Bra Bag from Lulugift Enterprise for only RM58.90. It's available in 20 attractive designs and you get a free Small Bra Bag when you purchase 3 Bra Bags!



RM58.90 instead of RM118 for a Bra Bag from Lulugift Enterprise [50% OFF]

Berminat? Jom beli jom :) Klik kat SINI

Mekchu dah beli rembat satu.. design yang mana satu biarlah rahasia.. hahaha.. lepas ni tak yah risau kalau kena paksa dengan makcik imigresen bukak luggage dpn orang ramai.. huhuhuhu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...