@churalliya

Friday, April 29, 2011

Chicken Pox with bad infection.. tlg doakan nana..

Hati ini sangat tersentuh bila dapat tau kawan sendiri sedang ditimpa dugaan.. Anak kedua salah sorang kawan masa study dulu kena chicken pox with a few complications..

 nana, baru berumur 10 bulan.. sekarang masih warded di Ampang Puteri due to her infection and fever..

Telah mendapat izin untuk copy gambar nana dan publish di sini.. dengan tujuan untuk share dengan semua bahawa penyakit chicken pox itu amat bahaya ok.. ini lah pertama kali mekchu tengok kes chicken pox yang ada infection macam ni.. be carefull semua, expecially kalau kena pada anak di bawah umur 1 tahun..



Menurut my fren lagi, ini kes post chicken pox. After chicken pox dah nak abis, little girl nana kena bad infection kat kulit dia.. Sekarang luka pada nana dah mula sembuh, tapi dia masih demam around 38 - 40 degree.. Doctor continue dengan antibiotics..


 After 7 days warded, her wound seems to be better. Hope Nana don't get any fever tonite. (serius macam nak menangis bila tengok gambar ni)
Nana's today. Doc said her Luka improve well eventho fever is there. But she can open up her eyes & smile already.thank Allah.

Mekchu nak minta tolong sangat kalau kawan-kawan semua yang pernah ada pengalaman macam ni, sila lah share pengalaman, petua korang semua.. biar dapat kurangkan rasa sedih dan pilu hati my fren.. luluh hati ni bila tengok anak kecil yang terpaksa tanggung semua tu.. and please please please remember to be extra carefull.. peyakit sekarang ni dah tak macam dulu..

Ya Allah, engkau tabahkan lah hati dan kuatkanlah semangat kawanku Samsiah Abdul Latiff.. Nana, be strong like ur mummy okey.. Sorry, auntie tak sempat nak melawat nana lagi..

Thursday, April 28, 2011

Kanak2, remaja, dewasa dan ...

Lepas baca yassin ngan papa-jit tadi.. Sambil mi-cah selongkar laci.. Dan hasilnya membuatkan mekchu tersenyum lama...

Dulu mekchu rajin tampal dan gantung gmbr2 ni ikut turutan. Sejak ada anak kecik, gmbr ni dh koyak dan langsung tak ingat bila nak susun balik mcm asal..

'Eh, ni masa bila?' 'Eh, ni gemuk pulak' 'Eh, pernah apply nak jadi bibik?' Hahaha.. Ada satu tu gmbr mcm bibik indon..

Yang mekchu ingat, gmbr 1st tu masa darjah 6 (1991), gmbar utk masuk asrama penuh. Dan gmbr last tu sebelum nikah (2005), gmbr utk intvw gomen. Haha.. How times fly...

Bila tya papa-jit mana cantik, cpt2 dia keluar bilik nak tgk tivi..


Sent from my Red Lovers :)

Helmet Terbalik

Hari tu pasal tauhu terbalik.. kali ni helmet terbalik pulak...

Helmet yang sama, tp cara pemakaian yang berbeza.. ce tengok 2 orang budak yang mempunyai mama yg berperangai suka tayang anak dia kat blog ni..

mi-cah

dan irfan (model sebenar helmet dolphin)

hadoi la mi-cah.. bila nak tolong, dia tak bagi.. bila kena gelak, marah pulak tu....

tengok irfan tu.. baru lah cara pemakaian helmet yang betul.. ikat, jangan tak ikat... terus mama irfan bawak gi pasar malam tau.. (sorri diana, akak kidnap gambar irfan..)

Wednesday, April 27, 2011

Kenapa mekchu masih menggunakan kenari

Kenari itu adalah kereta pertama mekchu.. di beli dengan duit gaji pertama pada tahun 2002.. korek duit ASB dan pinjam duit mak untuk down payment.. umur kenari sekarang telah hampir mencecah 10 tahun, tak pernah tukar kereta.. susah nak jumpa orang yg setia macam mekchu ni kan.. tak berpaling tadah.. hahaha...

Isu nak tukar kereta mmg satu isu yg on dan off.. bila teringat, mula la topik tu yg menjadi bahan bualan laki bini..selalunya kitowang akan bukak topik ni bila kenari rosak.. tp smpai situ je la.. tak de tindakan susulan..

Kenapa mekchu masih menggunakan kenari?

1. Sebab kenari tu dah 2 tahun lebih habis bayar.. tak yah pikir nak bayar duit tiap2 bulan lagi.. setahun sekali je bayar road tax & insuran.. itu pun murah je.. dalam RM300 je setahun..

2. Kenari tak kuat gunakan minyak (jalan pun tak jauh).. sebulan hanya isi 2x je.. sekali isi adalah dalam RM50.. so, sebulan peruntukan hanya RM100 je.. itu pun kadang2 papa-jit yg full kan tank dia... sukeeeee :)

3. Nak kata dia meragam, tak jugak.. sebab rosak pun benda2 kecik je.. itu pun jarang sangat la dia rosak.. sbb jarang2 pakai kot.. spare part pun senang je nak dapat..

4. Kenari sangat senang di bawa.. tinggi dan ringan.. walau pun kecik, tp itu lah kereta yang menjadi pilihan kalo nak ke pasar beli sayur, ikan, ayam.. celah2 pun boleh parking.. sap sap soi siap..

5. Belum naik 44 lagi.. perancangan nya bila dah naik 44 sok baru nak tukar keta.. pas tu naik 48 nak option pencen.. hahaha.. dgn harapan masa tu papa-jit dah dpt JUSA.. ho ho...

6. Sekarang kena bayar bibik RM600 sebulan.. kalo tukar keta baru, bayar bibik + keta dah jadi RM1,200.. apa ko nak shopping kan untuk bulan tu..

7. Kalo ujung minggu nak jalan-jalan jauh, konpem tak pakai kenari.. kenari kecik dan panas... tak menjadi pilihan.. jadi, jimat milliage.. bila jimat milliage, duit dpt dijimatkan ke arah hantar servis...


8. Kenari adalah kereta yg teramat fleksibel.. macam2 boleh angkut termasuklah mesin rumput nenek labu ni ha.. mesin rumput ni boleh dikatakan tiap2 bulan kena hantar repair.. macam2 yg rosaknya.. ko ingat bila dah pakai swift nnti, mekchu rela mesin rumput ni di angkat sebegitu rupa? altis tu ha tak rela.. bonet sikit punya besar gedabak pun tak mau bawak kan mesin rumput.. kenari tu jugak lah yg berjasa..

9. Nak beli keta baru, mahal pulak nak kena bayar installment.. nak angkat 2nd hand, geli pulak nak pakai lebihan orang.. hahaha...

10. Senang nak cam kenari ni..badan biru, kasut (rim) putih.. macam budak pegi sekolah kan..Gmbar kenari terkini tak de.. gmbr masa baru tukar rim dulu ada laa..

hahaha... amacam kenari dgn rim pink? tergoda tak...? seksi tak? 

dah lama mencari rim 'enkei' 14".. bila jumpa, kaler pink la pulak.. tak lama lepas tu, papa-jit di semburnya kaler putih dan itulah kalernya sampai lah sekarang.. dia yg tak sanggup nak pakai rim pink tu (masa tu dia ketiadaan kereta).. mekchu ok je..

Kesimpulannya, pakai lah selagi DIA boleh menyumbangkan jasa dan selagi KAU tak kaya-kaya.. dah kaya sok baru tukar keta ok. kalo ternampak org lain bawak keta beso-beso, telan je air liur tu..

Tuesday, April 26, 2011

Misi mencari kasut mi-cah

Kesian pulak tengok dia nak pakai selipar spiderman buruk dia tu bila keluar berjalan.. bila tengok papa dia pakai kasut, dia pun teringin nak pakai kasut.. tp kasut tu dah tak muat..

So, alang-alang dah smpai Bukit Mahkota, pujuk rayu sikit papa-jit dan dapatlah gi Mines carik kasut mi-cah..
 
mula-miula nak tukar angin, carik kan mi-cah sandle aje.. tp tak de pulak yg berkenan.. dari sandle macam tu, lebih baik belikan dia kasut.. kemas pun kemas..

patah balik ke adidas.. mmg disitu mukmatadnya pilihan papa-jit untuk anak dia..

 oppsss 18sx pulak..

amboi mi.. mahal nye kasut mi.. papa pun tak pernah beli mama kasut mahal macam tu taw...

sementara tunggu kasut sampai..

cubaan nak tengok berapa ruang kosong dalam kasut.. tp x cukup tenaga :)

sudahnya, tonggeng macam tu.. sonang..

 test skill..

macam nak jual la kasut mi-cah ni.. tp ada ke yang nak beli? kalau tak cuba, tatau kan..  nak simpan, x de rezeki lagi untuk najwa :)

Relaxing

Rambut sikit lagi dah serupa hantu kak limah.. So, its time for relaxing..

Sent from my Red Lovers :)

Monday, April 25, 2011

Dinding Megik Nenek Labu

Kat rumah tu, kaler pensel, cryon, pen, water color, what so everrr semua dah kena sorok.. separuh lagi dah campak dalam tong sampah..

Mula-mula mi-cah gunakan pensel kaler.. baek punya dia kasik conteng dinding kat merata tempat.. Mmg kena marah punya.. tapi marah dlm senyap sbb takut nenek labu dgr.. nnti dia pulak yg marah mama-chu... takottt... gigih lah 2 beranak tu sental dinding dengan kain basah smpai hilang kesan..

lukisan dinding yang pertama..

 mi-cah sental...

mama-chu pun sental.. (tanpa pengetahuan nenek)

dan contengan mi-cah itu hilang.. wahhhh... megik sungguh dinding nenek labu nih... lepas kesan conteng hilang, baru lah boleh bg tau nenek labu :)

 mi-cah suka... 

mama-chu pun suka.. (budak kecik tu yg suruh mama dia pose tunjuk 'good')

mungkin mi-cah ingat dinding nenek labu mmg memiliki kuasa megik... selang 2 hari selepas itu...

adoiiiiii, sikit lagi mama-chu ko ni nak pengsan.. kali ni dia melukis guna cryon okehhhh... ini tidak boleh dimaafkan.. suruh dia sental.. smpai menangis meraung mintak rayuan.. jgn pegi mana-mana selagi tak hilang!! geram sangat.. turun naik napas masa tu.. 

teknik guna kain basah mmg tak membantu.. sudahnya bibik 'basuh dinding' dengan breeze... nasib baik hilang.. legaaa....

dalam kepala nak carik cat kaler kuning je.. nak cat balik dinding tu.. dah la numpang rumah emak kan, tak kan biarkan macam tu aje.. tak patut weii.. emak mekchu ni jenis yang sayang gile dengan rumah dia tu... 

sebelum tido, asyik ulang2 cakap apa yg mi-cah buat tu salah.. tak baik.. tak bagus.. tak elok.. dia angguk sambil mintak maaf.. sambil peluk & cium mama-chu dia nih.. 

2-3 hari lepas tu, pada dinding yang sama jugak.. 

kali ni dia pakai pensel pulak.. nasib baik sikit je... cryon dah sorok dalam lemari.. 

dan penyelesaiannya... 
 

2 in 1 color drawing board.. beli kat jusco melaka lepas abis bengkel ISP hari tu.. harga RM39.90.. board dia besar dan ada magnetic drawing pen dan erased felt pens.. dah lamaaaaa sangat nak beli tapi tak beli2 sebab mahal.. dah jadi macam ni, mahal pun sanggup..

dah la mi-cah... tolong lah bg komitmen kat mama-chu ko nih.. jgn lah nakal2 sangat.. tak sanggup asyik kena bebel ngan nenek labu.. mama dari kecik dah kena bebel, dah masuk 30-an pun kena bebel lagi.. mi-cah sorang je yang kena bebel dah la.. jgn libatkan mama ok.. :)

Sunday, April 24, 2011

Menu budak kecik lg mahal

Kat laksa shack. X de pulak menu yg sesuai utk budak. Mak pak dia ngidam nak makan asam laksa..

Sudahnya fish & chip yg lg mahal dr asam laksa.. x pe, janji dia makan..

Alamak, cane nak save gmbr rotate kat BB ni erk? Fail la gmbr tunggang tebalik..
Sent from my Red Lovers :)

Kami adalah rumet

Kami adalah rumet lama di Vista Angkasa, Kerinci.. year back in 2003-2004.. Wow!! tiba-tiba terkenang kisah bujang dulu2 kan.. memang manisssss...


kitowang tinggal 4 orang dalam masterbed.. ada lagi sorang, lyein.. hahaha.. sepadat yang boleh.. maklumla, apartment tu bukan main mahal lagi.. RM1K taw.. tp bayar ikut bilik la kan.. dah tak ingat berapa harga bilik masa tu..

jarang sangat dapat jumpa kawan-kawan lama.. as usual, mekchu lah yang paling jarang dpt jumpa dorang.. ye la, terpelanting ke arah selatan kan.. dorang tu selalu jugak gathering.. 
 atut, me, azza & emi.. atut, sorang putri.. mechu pun sorang putra.. azza dah 3 orang puteri & emi 2 orang hero..


sempena majlis aqiqah dan house warming rumah baru din & emi kat Bukit Mahkota.. seronok dapat jumpa rumet lama kat situ.. ok ok.. fine, korang nak kutuk mekchu pakai baju meri krismes kan.. ada agenda lain la lepas tu ;p

Friday, April 22, 2011

Mencari family-man

Semalam check-up mi-cah kat klinik.. ye la, setelah 6 bulan tak ulang-alik klinik tu, tetiba berbunyik lak reminder ni kan.. kena pulak masa mekchu ada bengkel ni.. cantik sangat la tu.. haruslah papa-jit yang hantar anak gi klinik..

Sebenarnya dah lama tunggu masa-masa mcm ni.. buwahahahaha (gelak jahat) nak tgk cemana rupe papa-jit menghantar anak ke klinik berdua-duaan.. kalo mekchu mmg terror sgt dah.. selalu asyik dia je yg outstation..

mama-chu : adakah semua terkawal?
papa-jit : jgn kaco.. tgh bz..

nampak.. nampak.. dia tgh gelabah la tu.. suka... suka....

ptg tu dapat gmbr beserta kapsyen...

tido cara selamat... (siap seat belt)


perjalanan diteruskan walaupun lolap..

finally, sampai juga ke rumah, mencabar phew..

dorang siap singgah dan makan kat A&W bagai.. bila dengan mama tak nak pun singgah :(

ok, perkembangan najmi (mula lah keluarkan jari tangan nak kira berapa umur anak) 2 tahun 9 bulan :
berat : 14kg, tinggi 90.5cm

sesekali tersentuh hati ini bila tgk suami menjalankan tugas seorang diri.. itu mmg keadaan biasa bagi seorang 'family man'.. tp papa-jit ni lebih kepada 'golfing-man'.. cane tu? kena lah beli belacan dari melaka macam nih.. hahahaha... eh, lupa lak... tq papa :)

Thursday, April 21, 2011

Bukan senang nak ajar anak

Mi-cah baru nak pandai pegang pensel, eh berus... dari dulu omak ehh dah ajar, tp dia tak nak ikut.. malas nak paksa.. buat sentap diri sendiri je..

Baru-baru ni ok pulak mood budak kecik tu.. boleh dengar kata.. tp dalam masa yang sama mata tu tak lepas tgk mickey mouse kat tibi tu ha...dia masih tak boleh berikan perhatian pada satu-satu benda lagi..


kadang-kadang tu terlepas jugak pegang dgn cara lama.. mula-mula mmg susah sikit nak biasakan diri..


nak dekat sejam macam tu, sejammmm okehhhh baru lah dia makin boleh terima.. 
 

So sepanjang tempoh sejam tu kena sama-sama duduk kat kerusi kecik dia tu.. nasib baik mmg muat.. tak mengalami rasa kebas pon.. kalau bangun, dia pun akan bangun sekali.. lagi pun tangan yang kotor dah membawa ke muka.. takut ke dinding pulak nnti.. perhatian lebih amat diperlukan..


Bila ajar dia sebut sama-sama nombor satu sampai sepuluh memang dia TIDAK akan buat.. tp bila dia main sorang-sorang mmg boleh dengar dia sebut perfectly.. one two three sampai ten pun sama..

Malas nak paksa dia.. sbb perangai dia ni lain macam sikit.. kalo paksa, lagi dia protes.. baik biar kan aje.. tiba masa, dia akan jadi jugak.. cuma beza cepat ngan lambat je la... mmg tak boleh sama kan langsung ngan budak-budak lain.. lagi baca perkembangan anak orang lain, jadi bertambah stresss.. hahahaha.. ntah apa-apa, itu pun nak stress.. papa-jit dulu masuk darjah 1 pun belum kenal ABC..

tak pe.. tak pe.. bagi mi-cah enjoy dulu dengan dunia budak dia.. smpai masa nnti ko tau la mama ko ni akan jadi lebih garang dan cikgu disiplin dan lebih besar dari cikgu besar..

Kerja tetap kerja

Kena drive sendiri jugak ke melaka. Putarr putarr pun tetap tak dpt bermanja.. Papa-jit ada miting lain pagi ni..

Kerja tetap kerja.. Moga selamat sampai.. Keranamu ISP...
Sent from my Red Lovers :)

Wednesday, April 20, 2011

Kepala putarrrrr

Bukan sakit kepala denyut2 biasa tu, tp kali ni ada putarrrr.. X bleh langsung bukak mata, nmpk semua benda berpusingggg. Kalo tertengok kipas lagi tension..

X dpt menghadirkan diri ke opis (server emel x ok lagi.. uwarghh) dan x dpt menghadirkan diri ke bengkel ISP (sekretariat yg bermasalah).. Asal ada bengkel je dia pening kepala, asal pening kepala je dia ada bengkel..

Terus dpt injection kat lengan pg td.. Harap2 semua dan kembali statik.. Amin...
Sent from my Red Lovers :)

Tuesday, April 19, 2011

Hidden Request di facebook

Bagus jugak kena tinggal hujung2 minggu kat rumah.. boleh jugak menggodek balik setting dan edit friends kat facebook ni..

Ramai jugak friends request yang mekchu tak accept.. asal nampak macam pelik je, terus klik NOT NOW.. mekchu hanya akan terus accept kalau mmg kenal dan boleh dipercayai sahaja..

paling kena hati-hati kalo dia pakai gambar artis, gmbr katun, gambar pelik-pelik la.. pas tu nama jenis yg tak pernah dgr.. itu konpom masuk dalam list NOT NOW.. lagi satu, kalau betul2 dia ada ramai mutual friends boleh gak terima lagi.. ini jenis kurang dari 10 mutual friends.. pas tu mutual friends tu pulak datang dari friends yang macam tak de kaitan.. fuhhhh, mencabar memori sungguh nak kaitkan apakah tali persaudaraan dorang..

asalnya ada 87.. banyak yang kena delete terus... setelah di tapis, tnggal 32.. biar je dorang kena kurung dulu kat dalam tu..

korang, hati-hati taw.. sebab pernah terjadi ada mamat sorang ni dia selagi boleh nak pakai nama & gambar opismate mekchu.. kalau tgk, mmg pasti dia adalah opismate mekchu.. dan bila kita accept, dia terus kutuk, maki bertubi2.. WTF....

ce cuba lah pakai nama dan gambar yang sebenar.. paling tidak pun salah satu identiti yang orang boleh kenal kita..byk sgt kes penyamaran skang ni.. takottttt....

kawan-kawan nak add mekchu silakan...
http://www.facebook.com/suraya.mazni.. kalau dpt tinggalkan message masa add tu lagi molek :)

opss, sambil-sambil tu add lah mekchu di twitter jugak..
http://twitter.com/churalliya.. ngeeeeee..

Monday, April 18, 2011

Sekitar Maybank Malaysian Open 2011

Balik-balik tengok muka jadi pink, lengan sebelah atas putih-sebelah bawah hitam, leher kaler coklat-coklat sikit.. teruk nye hasil seharian berpanasan kat KLGCC tu (dah tau dah kat mana... ) kalo perempuan, harus risau tu.. tona kulit tidak sekata lah katakan..

Mula-mula tunjuk hasil perolehan dulu..
mekchu nye kaler merah.. sukeeeee... tp papa-jit punya lagi cantik.. 

kat bawah ni pulak gambar2 papa-jit kat sana.. nak cerita pun tatau sebab tak kenal pun player golf ni.. kenal tiger woods je.. dia tak datang pulak.. mahal sangat nak kena bayooo...

semua gambar adalah dari lumix kami sahaja.. tak mampu DSLR noks..

ini lah pemenang yang dapat RM1.4 juta tu.. Manaserro dari Ilaty.. kalau tak salah hari ni genap umur dia 18 tahun.. ko bayangkan budak amek SPM dah jadi jutawan.. *pengsan tak bangun-bangun

peserta yang menjadi pojaan hari tu adalah Mcllroy ni.. kira tak de Tiger Woods, dia ni lah yang orang tunggu2.. tapi dia dapat no.3 je.. tak de luck katanya...

siap follow vontot dia lagi.. lepas dia pukul, ramai2 ikut vontot pegi lobang satu lagi.. apa ke pekdahnya tu?? susah untuk dimengertikan..

memang gini kot gaya pemenang.. ce korang tengok gaya dorang berdiri tu.. nak cakap poyos tak bleh pulak sebab dorang tu mmg terror.. kesimpulannya, kalo nak terror main golf, berdiri lah silang kaki sambil tangan ditumpangkan kat kayu golf macam tu..
 
kenapa dorang tu pakai baju sama kaler (putih dan hijau) erk?.. cuma beza putih atas, hijau bawah dan hijau atas, putih bawah je.. sangat mengelirukan..

antara pemimpin yang hadir..
 
sangat sporting kan.. siap duduk bersandar macam tu.. perghhh...

ini pulak 'hole in one' yang nyaris menerbangkan mekchu ke dubai itu..

tu papa-jit yang mencuba nasib.. dia tak berdiri silang kaki.. patut lah tak masuk lobang... tak pe, tak de rezeki kali ni..

teringat kata-kata PM kat berita malam tadi.. lebih kurang macam ni la bunyi dia.. "dah hampir 50 tahun malaysia organize Malaysian Open ni.. tapi tak de sekali pun rakyat Malaysia yang jadi pemenangnya....."

 
dan ini lah dia bakat baru 15 tahun akan datang... ngeeeee ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...