Cerita pangkor yang masih ada hutang lagi 1entry..
Patut lah terasa berat hati nak packing barang untuk check-out.. ada kisah sedih rupanya.. tp masa tu tak tau lagi.. golek-golek kejap sebelum check-out.. masa nak datang hari tu malas nak packing ke pangkor.. lepas tu dah habis bengkel malas pulak nak packing balik.. sebab penat kot.. ye ke penat?
masa ni boleh senyum-senyum lagi.. antara yang terawal jugak berkumpul kat lobi..
dapat jugak bergambar dengan orang kuat ISMS MAMPU.. ini kat dalam transit ke jeti..
kat jeti Pangkor Island Beach Resort.. kiri, kanan, belakang adalah beg. itu aje ke beg mekchu? kagum tak?
Pukul 2.30 petang feri pun sampai, ngam-ngam mengikut jadual.. dan plan mekchu pun adalah mengikut jadual.. janji dengan driver tunggu kat lumut pukul 3 petang..
Malam tu sebenarnya mekchu kena hantar papa-jit ke KLIA.. flight dia pukul 10 malam dan kena sampai rumah paling busuk pun pukul 8 malam.. oleh itu, adalah sangat risau kalau feri terlambat walau 5 minit.. kat dalam feri (dapat feri kecik, tak de tempat keluar mcm hari tu) asyik main BBM ngan papa-jit.. dia janji nak bagi semua duit claim kat binik dia sebagai tanda kasih dan kasihan.. cecah je bontot dari pangor dah kena hantar ke KLIA.. dah la kurus pulak tu.. hahaha.. (itu memang point mintak belas kasihan)
Ngam-ngam je feri parking kat jeti lumut, mizi datang membawakan berita buruk.. CC call bagi tahu kereta pejabat rosak kat Teluk Intan.. DENGGGGGGGGGGG.... mcm mana nak balik seremban nehhhh? mcm mana nak hantar papa-jit? mcm mana dengan ikan bilis, udang kering, sotong kering tu semua? hahahaha.. tiba2 bleh terpikir okehh...
Berita busuk (eh, buruk ke busuk) itu disambut relek-relek aje oleh fz & mizi.. hahaha.. nampak sangat lah ko ni kalut mekchu oiii... dan mereka mendapat satu idea... tingggggggggggg (efek keluar gambar mentol)
Masa makan kat hotel hari tu kitorang ada borak-borak ngan peserta dari SUK na na na na na Ganu kiteee.. dorang tak balik Ganu terus.. pegi KL naik ketapi laju dulu.. tak pasti mungkin sambung miting kat KL kot.. apa lagi, terus menumpang simpati untuk tumpang kereta pejabat dorang untuk sama-sama ke stesen ketapi laju Batu Gajah..
moncongg laaaa.. ini kat dalam keta SUK Ganu dari Lumut ke Batu Gajah.. sebaik keta beso.. muat tumpang kan kami 3 orang..
Sambil tu dah terbayang perjalanan yang berliku-liku perlu ditempuh untuk sampai ke pangkuan suami.. itu pun kalau sempat kejar flight dia kol 10 malam... ini bukan setakat duit claim papa-jit aje ni, kurang2 duit simpanan ASB pun kena bagi jugakkkk...
Pokcik driver SUK Ganu tu mmg sempoi.. kelakar sangat.. terhibur jugak la perjalanan kami.. nak kejar train 4.15 adalah tak sempat.. dan train seterusnya pukul 6.30 petang.. pergghhhh, air mata nak meleleh dah masa tu.. siapa nak hantar balik ni nantiiiiii....... sempat tak jumpa suami ni nantiiiii....
Mekchu kena balik rumah nenek labu dimana kalo naik teksi adalah merbahaya malam2 gitu.. Call akak mekchu, dia tak dapat hantar, adik ipar pulak hantar papa-jit ke KLIA.. abang boleh amek, tapi lambat sikit sbb keje.. terus call papa-jit kalo2 dia ada idea.. tp dia suruh mekchu pikir sendiri... tsk tsk.. bergenang air mata ni terasa semua tak menyayangi diri walau baru 3 hari ke pangkor.. tsk tsk...
Dia memang sentiasa memastikan binik dia berdikari walau di Batu Gajah sekali pon.. gajah pun tak berdikari macam tu tau pa...
Sambil tu dorang bawak gi makan ABC ngan mee rebus dekat2 situ jugak.. makan mee rebus sambil berendam air mata uols... sedih okehhh...
pokcik, farhan dan hafiz.. baik sangat dorang nih..
Tiba-tiba berbunyi lagu Bruno Marz (ring tone papa-jit).. suspen...
"Ma, mama nak balik cam ne nanti"
"Mama balik sendiri laaa..."
"Ye la, dengan siapa?"
"Kan tadi papa yang suruh mama pikir.. mana dah pikir dah"
"Ye la, dengan siapa?"
"Abg ngah, tapi pukul 12" ~main petik je nama abg.. dah merajuk sgt masa tu
"Mcm ni la.. kat KL Central nanti mama transit naik ERL pegi KLIA. Nanti balik dengan deqna. Papa bawak najmi sekali.."
(dalam hati, dah bape kali transit daaaa aku hari niiiii.. tp dengar nama najmi, terus sejuk hati)
"Ok" ~tanpa banyak soal dan baru lah boleh senyum..
itu dia beg merah yang paling besar antara peserta bengkel.. hahaha.. ini baru betul beg di kiri, kanan, belakang dan hadapan..
ok, kenangan dengan farhan dan kereta yang byk jasa dengan kami..
macam2 train yang lalu situ.. dan masih ramai rupanya yang menggunakan perkhidmatan train untuk travel.. sebab mekchu amat jarang naik train untuk jalan jauh2 ni.. naik komuter aje..
Tepat 6.30 ptg, ETS kami pun sampai... apa itu ETS? fizza ghaus kata Emosi Tak Stabil.. hahaha..
ada penyambut tapi garang.. siap kena marah sbb jalan lambat.. hahaha..
ye la kak, mana kitorang tau ada no seat.. kitorang tunggu kat gerabak D.. sekali seat kat gerabak A.. pas tu dapat seat menghadap belakang pulak tu.. semua lupa train ada seat macam tu.. hahaha.. apa lagi, mcm org kena tarik laa...
5 minit lepas tu mekchu pening.. nak muntah pun ada.. terus mintak akak penyambut tetamu nak tukar seat menghadap depan.. dan dia suruh kitorang ke gerabak F..dari gerabak A ke gerabak F adalah sangat jauh ok.. berjalan sambil seret beg besar dan bukak pintu gerabak teramat mecabar.. nak seat pandang depan punya pasal..
Korang pernah tak bila naik train lama-lama, pas tu boring, pas tu macam nak jalan-jalan pegi cafe dia? hahaha..
sandwich dan air milo.. tgk air milo goyang2, kepala pun ikut goyang..
Pening. Mabuk..
Pukul 9 malam jugak baru selamat sampai KL Central.. perjalanan masih belum tamat.. terus kami berpecah.. farhan & hafiz gi carik bas nak ke hotel.. fz & mizi carik komuter nak balik seremban dan mekchu carik ERL nak ke KLIA..
cuak ok 1st time naik ERL.. jarang kan dapat jumpa orang seremban yang naik ERL nak ke KLIA.. hahaha..
kejap-kejap tengok jam.. sempat ke tidak nak jumpa suami nih.. bermacam-macam telah di redah untuk memastikan dapat jumpa suami malam tu.
memang dah felling nak buat video clip lari2 kat KLIA masa tu.. tapi....................... kita hanya merancang kan.. papa-jit kena jugak masuk Departure Hall.. tak kan nak suruh mekchu hantar dia sampai Kuantan pulak.. ohhh noooo...
"Ma, papa kena masuk dah ni.."
"Alaaaaaa"
"Tak pe la, bukannya lama pun papa pegi"
"Ok........." ~kalo campur dengan 3 hari bengkel mekchu + 1 hari mesyuarat dia kira lama lah tu kan..
Frust.
Meckhu terlewat dalam 5 minit je... apa nak buat kan.. terus nyanyi..
~ Dinda kerja siang..... kanda kerja malam..... Jadi bila nak bertermuuuuu...... ~ hahaha sengal...
Sampai2 je nampak budak bulat dan tembam lari laju2 ke arah mekchu.. dan bila dia terkam je mekchu terus nak terhumban ke belakang...
"Mama sihat? Tak demam?" ~ macam nak menangissssss
Ohh saat itu adalah saat paling bahagia.. Walau pun hakikatnya masih belum sampai rumah pun lagi...
Perjalanan diteruskan dengan hantar atuk, nenek & deqna dan seterusnya tengah-tengah malam selamat sampai rumah nenek labu terchenta.. dan terus pitammm atas katil...